Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
http://falsafahetika.blogspot.com/p/ponteng.html
Secara umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak
sukar untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan
secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan
gejala ponteng sekolah.
Guru dan pihak sekolah antara individu yang bertanggungjawab dan memainkan
peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara
salah satu alasan yang diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang
membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau
berpeleseran di pusat membeli- belah dan pusat cafe siber. Guru seharusnya
mengambil alasan ini sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu
agar proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik.
Proses p&p yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah
tetapi akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah
juga perlulah mewujudkan suasana persekolahandan pembejaran yang kondusif,
dinamik dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan dan strategi serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui mengikut
untuk menjana perkembangan kognitif pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan
Bahan Bantu mengajar yang kreati dan menarik dan mempergiatkan aktiviti
berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi
berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta
sesuatu yang baru dan bijak dalam membuat menyelesaikan pemasalahan yang
dihadapi. Hubungan interpersonal degan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu
menjadi mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap
pelajarnya. Ini bermakna guru perlu menjadi role model yang baik kepada pelajar.
Pada masa yang sama pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti
perkehemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah
wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah disamping
memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagi kempen perlu giat diadakan
sama melalui media massa ataupun kempen
Selain itu, guru juga perlu peka akan tingkahlaku dan pergerakan pelajar denagn
meluangkan sedikit masa, biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun,
untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan
tingkahlaku pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin
dapat mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang
bersesuaian dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus
hanyut dan dibiarkan sendirian. Di samping itu, pendekatan bimbingan dan kaunseling
perlu diaplikasikan relevan dengan sikap remaja yang sensitif dan suka memberontak.
Malah, semua guru di sekolah tidak kira guru kanan, guru akademik biasa, guru disiplin
bertanggungjawab terhadap masalah disiplin pelajar. Justeru, janganlah tunggu dilantik
sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang
latar belakang dan masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua bidang,
pengetua, pegawai pendidikan bahagian, pengarah, lakukan sahaja apa yang baik
untuk pelajar. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan suasana yang
positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa.
Kesedaran dan komitmen semua pihak akan membanteras gejala ponteng sekolah
secara berkesan. Malah tanamkan suasana Sekolah syurgaku untuk mewudkan rasa
kepunyaan dan keselamatan di sekolah.
Langkah seterusnya ialah melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu memastikan anakanak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya sekali-sekala ibu bapa menghubungi
pihak sekolah bagi memastikan samada anak mereka benar-benar pergi ke sekolah
ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan baik dengan guru demi
kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini baik di depan mata ibu bapa tetapi
sebaliknya di sekolah. Masing-masing ketakutan apabila mereka ditangkap atas
sesesuatu kesalahan dan kebiasaannya mereka merayu agar jangan diberitahu kepada
ibu bapa mereka. Ibu bapa pula sering tidak percaya dan menafikan anak mereka akan
melanggar peraturan sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan
membawa dua perwatakan berbeza ; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu,
ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa
depan anak mereka sendiri.
Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang
amat besar dalam membina sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga, maka
akan membawa pincangnya negara. Keluarga memberi keadaan persekitaran yang
mempunyai nilai keinsafan, adab, akhlak dan etika yang seterusnya akan berkembang
baik dalam generasi. Keluarga bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan
wawasan bagi seseorang insan dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan
bangsa dan negara yang cemerlang.
Kita seharusnya menjadikan apa yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia mengakui
akan kemajuan mereka di dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan ekonomi
dan kecanggihan teknologi dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka
sangat rapuh dan terdedah dengan segala penyakit sosial. Kita mahu dalam
keghairahan masyarakat mengejar kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi
kekeluargaan tidak harus dikesampingkan.
Langkah untuk mengatasi gejala ponteng sekolah yang ketiga ialah dilihat melalui
aspek sikap pelajar di mana pelajar sendiri perlu sedar betapa pentingnya pelajaran
terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya seseorang tidak akan
dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang terjamin. Tambahan pula,
kelulusan akademik yang cemerlang menjadi penanda ukur utama mendapat pekerjaan
yang baik. Malah, persaingan sengit untuk mendapat pekerjaan kerana semaik banyak
pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu, sekiranya mereka ketingalan, jelaslah
akan merugikan mereka sendiri. Dengan keadaan semasa sekarang di mana setiap
orang mengejar kemewahan dan kebendaan dan ianya dicapai dengan pengetahuan,
usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu, bagaimana seseorang pelajar yang sering
ponteng sekolah mempunyai masa depan yang cerah walhal mereka sendiri sudah
ketinggalan ilmu pengetahuan.
Malah, pelajar perlu cekal dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi supaya
mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan kemewahan yang ada. Mereka perlu
pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai positif dan nilai negatif. Pelajar
juga perlu menolak ajakan rakan-rakan untuk melakukan perkara negatif kerana ianya
hanya akan membuang masa dan menyusahkan orang lain. Pelajar perlu sedar
bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan menimba ilmu sebaik mungkin.
Sewajarnya, ketika masa usia muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat
tentang pendidikan. Jangan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang
asing yang berniat merosakkan akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang
baik, ikuti ceramah atau motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya
bersama keluarga, aktif dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan
memiliki didikan agama yang intensif dan lengkap. Usia remaja tidak akan kembali lagi.
Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa remaja ini sebaik mungkin demi masa
depan yang terjamin.
Langkah yang keempat yang perlu ditekankan ialah peranan pihak yang
tertinggi dlam sistem Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan
dalam
menangani masalah ponteng sekolah ini. Sepertimana dalam keratan akhbar yang
dilampirkan, kementerian boleh mewujudkan pasukan khas bagi menangkap pelajar
yang ponteng sekolah. Kementerian juga boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam
membanteras gejala ponteng sekolah ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini
mungkin akan terlibat dengan kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut.
Dengan adanya bantuan pihak polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.
Selain itu, diharap kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih
banyak peruntukan
proses
p&p.
Ini
menambahkan
lagi
keberkesanan
penyampaian
ilmu
Kementerian juga boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan
sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah
lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan
sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah
berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.
Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum
nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna
pada masa hadapan juga, maka langkah drastik daripada semua pihak patut
dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi,
sama-samalah kita berganding bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah.
Meskipun terdapat pelbagai cadangan mengenai
ponteng sekolah ini, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau
seminar. Sememangnya terdapat pelbagai program yang dirangka untuk remaja dan
pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan
lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat
perlulah berganding
bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para
pelajar. Adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat
melalui interaksi
didedahkan dengan
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan
penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian,
masalah disiplin di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada
sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang.
Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di
atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset utama yang
merupakan sumber modal insan yang selaras denagn falsafah pendidikan negara yang
akan yang akan mempastikan kelansungan kemajuan dan keharmonian negara.