Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA :

PROJEK MENYEWA TANAH DI MARDI PONTIAN UNTUK TUJUAN


MENGUSAHAKAN PROJEK TANAMAN UBI KAYU, KELEDEK DAN NANAS.
Nama Projek : Projek Pertanian Tanaman Kontan
Tapak Projek : MARDI Stesen Pontian,
KM 53, Jalan Johor,
82000 Pontian, Johor.
Visi

Menjana bidang pertanian bertaraf komersial dan berdaya saing.

Misi

Meningkatkan pelbagai jenis hasil tanaman dan hasil hiliran tanaman.


Membekalkan hasil pengeluaran dan hiliran pertanian di daerah Pontian.

Objektif

Pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan mengamalkan amalan


pertanian yang baik dan sistematik.
Menggunapakai sistem tanaman giliran bagi tanaman kontan untuk
memastikan tanah yang digunapakai tidak kehilangan nutrien asal.
Memenuhi kehendak pasaran tempatan yang semakin berkembang terutama
permintaan untuk tanaman ubi kayu, keledek dan nanas.

Projek Tanaman.
Tanaman yang akan diusahakan :
1. Ubi Kayu.
Nama Botani :
Keluarga
:

Manihot esculenta
Euphorbiaceae

Merupakan tanaman jangka pendek. Jenis ubi kayu yang ditanam adalah untuk dimakan
ialah Ubi Medan (jenis manis - untuk makanan manusia) dan untuk pengeluaran komersil
seperti Black Twig dan C5 (jenis pahit - untuk perusahaan), Perintis dan Klon MM 92. Lainlain jenis ubi ialah Ubi Batang Hijau, dan jenis manis seperti Ubi Putih, Kekabu, Berat,
Betawi, Jurai, Pulut dan Batang Putih.

Varieti:

Black Twig
Jenis pahit, untuk diproses. Kulit ubi putih perang kemerahan tua, isi putih, hasil 3040 hektar. Kandungan kanji 28-30%. Tempoh matang 10-14 bulan.

C5
Ubi pahit untuk diproses. Kulit ubi berwarna perang muda. Isi berwarna putih krim.
Kandungan kanji 26%. Hasil 30-35 tan/hektar. Tempoh matang 10 bulan.

Medan
Ubi jenis manis. Kulit ubi perang kemerahan, isi ubi berwarna putih, kandungan kanji
28-35%. Hasilnya 20-25 tan/hektar, tempoh kutip 9-12 bulan.

Penyediaan Tanah
Tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman besar-besaran. Tanah dibajak 2 kali dan
disisir sekali. Buatlah batas dengan jarak 1m di antara batas.
Penanaman

Benih
Benih ubi kayu menggunakan keratan batang 15-20 cm (6-8 inci) panjang. Batang
ubi yang 1.8 m (6 kaki) panjang boleh memberi 8-10 keratan. Sebanyak 1,545 batang
ubi kayu disediakan untuk kawasan seluas satu hektar (605 batang/ekar).

Jarak Tanaman
Selalunya ditanam dengan jarak 0.9 m x 0.9 m (3 x 3 kaki) 0.9 m x 0.6 m (2 x 2 kaki)
dan 0.6m x 0.6 m (2 x 2 kaki).

Cara Menanam
Keratan-keratan ditanam dengan cara dibaringkan supaya keseluruhan keratan
terkambus di dalam tanah dan dengan cara ini boleh memberi kejayaan pertumbuhan
yang lebih tinggi.

Penjagaan

Mengawal Rumpai
Merumput yang pertama dilakukan 3-4 minggu selepas menanam dan kali kedua 3
bulan selepas merumput pertama. Panduan mengawal rumpai dengan racun herba
adalah seperti berikut:-

Membaja
Baja ditabur dekat barisan 3 minggu selepas menanam. Di tanah gambut baja ditabur
semasa menanam. Untuk mengurangkan kemasaman pada tanah gambut tabur kapur
sebanyak 1.3 - 2.5 t.m/hektar dalam jangkamasa 2-4 minggu sebelum menanam.

Tanah Gambut (Pest Soils) (Jenis Tanah Yang Akan Digunakan)


Tanaman Pertama (sebelum menanam)
1.3-2.5 tan/hektar (0.5-1 tan/ekar) GML atau serbuk batu kapur.
34 kg/ha. (30 lb/ekar) Copper sulfate bercampur dengan 67 kg/ha (60 lb/ekar) CIRP.
67 kg/ha (60 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.
Selepas Menanam:
449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)
Selepas 3 bulan:
67 kg/ha (60lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.
Tanaman Kedua dan Seterusnya:
449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)
67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen pada 3 bulan
225 kg/ha (200 lb/ekar) serbuk batu kapur atau GML
Mengawal Musuh Dan Penyakit
Tiada musuh yang merbahaya dan musuh biasa monyet, tikus dan babi hutan.
Mengawal Penyakit Dengan Menggunakan Racun Kimia

Bintik daun (leaf spot)


Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.
Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia. Buang dan bakar kaparkaparan selepas pengambilan hasil. Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di
tempat yang sama.

Hawar bakteria (bacterial angular leaf spot/blight)


Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.
Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia. Buang dan bakar kaparkaparan selepas pengambilan hasil. Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di
tempat yang sama.

Penyakit akar putih (white root disease)


Penyakit ini diketahui sekali sekala menyebabkan kerosakan dalam kawasan tanaman
getah lama atau tanah yang baru dibuka di mana terdapat tunggul-tunggul akar yang
tidak dibuang semuanya. Buang dan musnah semua tunggul-tunggul atau akar-akar
sebelum menanam. Periksa kawasan tanaman, buang dan bakar pokok-pokok yang
berpenyakit. Buang dan bakar semua kapar-kaparan selepas pengambilan hasil
tanaman. Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama.

Memungut Hasil

Black Twig dipungut selepas 12 bulan dan C5 boleh dipungut 9 bulan selepas menanam.
Hasil purata 24-40 ton metrik/hektar. Ubi Seri Medan dipungut 12 bulan selepas menanam
dan hasilnya 20-30 ton metrik/hektar.
2. Ubi Keledek (Ipomoea Batatas L.)
Nama Saintififk
Keluarga
Nama tempatan

: Ipomoea batatas L
: Convovulaceae.
: Ubi Stella dan Ubi Jalur

Keledek merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena.
Dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin. Komposisi zat
makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut, tenaga makanan, abu, kalsium,
fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, tiamina, riboflavin, niasin dan asid askorbik.
Selain dimakan secara direbus, dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di dalam
air atau sirap pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh digunakan
sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet turut digunakan
sebgai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan. Kanji dari ubi keledek juga
digunakan dalam industri teksil disamping boleh dijadikan alkohol atau sirap.
Diantara varieti-varieti keledek yang ditanam di negara ini ialah Serdang 1, Empat Bulan,
Large White, Bukit Naga dan Klon MSP 94.
Kultivar Yang Disyorkan
Klon yang disyorkan ialah Bukit Naga, Serdang 1 dan Keledek Gendut (PSP 94).
1. VirtAto
Pucuk daun sedikit ungu. Gagang daun hijau dengan bintik unggu di pangkal daun.
Urat daun sebahagian unggu. Daun berbentuk segi tiga. Batang berwarna hijau. Ubi
berbentuk bujur panjang, kulit ubi berwarna oren muda dan licin. Isi ubi berwarna
oren.
Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah bris, tanah bekas lombong dan
tanah asid sulfat. Hasil boleh mencapai 40 m. tan/ha. Kelebihan VitAto ialah ia
mengandungi B-karotena yang tinggi, lebih dari 2,000 bagi setiap 100 gm ubi. Bkarotena dikekalkan apabila menjadi tepung dan tepung ini lebih berkhasiat
berbanding tepung gandum dari segi serat, vitamin C dan B-karotena.
2. Gendut (MSP94)
Mempunyai kelebihan berbanding dengan Bukit Naga dan Serdang 1 dari segi rupa
dan citarasa. Kulit ubi keledek Gendut berwarna perang kekuningan merupakan
warna yang digemari di pasaran tempatan. Isi ubi keledek gendut pula lebih sedang
dimakan apabila direbus, digoreng atau dimasak kerana ianya lebih pejal dan tidak
berair. Klon MSP 94 tidak begitu manis, rasanya hampir sama dengan kentang. Warna
isinya juga menyerupai warna ubi kentang. Ubi keledek ini sesuai ditanam sama ada
di tanah biasa (mineral), tanah sawah, tanah BRIS, tanah bekas lombong mahupun di
tanah gambut yang mempunyai saliran. Penghasilannya tinggi, iaitu diantara 20-30

tan/hektar.

3. Bukit Naga:
Kulit ubi berwarna ungu tua dan isi berwarna kuning. Hasil 20-30 tan/ha. Tempoh
matang 4 bulan. Kultivar jenis besar.
4. Serdang 1
Kulit ubi berwarna ungu tua. Isi putih kekuningan. Hasil 15-20 tan/ha. Tempoh
matang 4 bulan. Kultivar jenis besar.
5. Large White
Warna kulit merah samar, isi kuning pucat. Hasil 12-15 tan/ha. Tempoh matang 4
bulan. Kultivar jenis besar.
6. Kuala Bikam
Kulit berwarna kuning pucat, isi berwarna krim. Hasil 25-25 tan/ha. Tempoh matang
4 bulan. Kultivar jenis kecil.
Keperluan khas penanaman:
Memerlukan cahaya matahari penuh untuk penghasilan yang tinggi disamping keperluan
suhu 24-32 darjah C. Sesuai dengan berbagai keadaan tanah, tetapi tidak tahan kepada
keadaan terendam kerana ubi akan menjadi busuk. Secara amnya, keledek memerlukan tanah
peroi bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan organan seperti tanah lom dan tanah
lempung berpasir.
Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh
digunakan. Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk
menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat
ladang.
Penyediaan Tanah
Keledek ditanam di atas batas. Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x 30-40 cm
tinggi mengikut kultivar keledek. Didapati penghasilan keledek yang akan meningkat selaras
dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang semakin bertambah.
Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang disyorkan 60 cm (Kuala Bikam) manakala kultivar
Gendut 90 cm.
Untuk menanam keledek di kawasan tanah yang baru dibuka, tanah hendaklah dibajak piring
sedalam 20-25 cm dan dibiarkan selama 2 minggu sebelum dibajak putar kali pertama.
Keadaan ini dapat menolong di dalam mengurangkan masalah penyakit dan perosak keledek

yang terdapat dalam tanah. Kapur sebanyak 2.5 m tan/ha hendaklah ditabur 2 minggu
sebelum bajak putar kali kedua.
Bagi penanaman di ladang, keratan benih ditanam di batas dengan sudut 45o sedalam 1520cm. Jarak tanaman adalah 25-30 cm di dalam barisan dan 90-120 cm antara barisan,
mengikut jenis kultivar keledek samada dari jenis yang kecil ataupun besar. Kultivar dari
jenis yang kecil memerlukan sejumlah 44,444 keratan benih (0.25 m x 0.9 m) manakala
kultivar dari jenis yang besar pula sebanyak 27,777 keratan benih (0.3 m x 1.2 m) untuk
penanaman sehektar keledek.
Keledek boleh ditanam secara tanaman tunggal atau secara tanaman selingan di kebun-kebun
getah atau kelapa sawit yang baru dibuka bagi meningkat penggunaan sumber sedia ada dan
keuntungan projek. Penanaman keledek dilakukan di waktu petang.
Sistem Penanaman Keledek

Keperluan Kapur dan Baja Organan

Jenis Tanah
Tanah mineral & tanah lanar
Tanah Bris dan bekas lombong
Tanah gambut/asid sulfat

Kadar Pengapuran
(tan/ha GAIL)
2.5
2
5-10
-

Baja
Organan
(Tan/Ha)
3-5
10-20
3-5
3-5

Tanah batu kapur (pH 6-8)

Batas, tanah mineral, bersaiz 1.2 m lebar dan 7.5 m panjang memerlukan 3.1 kg kapur dan
6.2 kg baja organik seperti tahi ayam.
Penyiraman dilakukan selepas setiap penanaman agar pertumbuhannya tidak terencat dan
kejayaan penanaman lebih terjamin.

Penjagaan Sulur
Bagi mendapatkan pembentukan ubi keledek yang elok di bahagian pangkal pokok, sulursulur keledek hendaklah diangkat dua kali bagi setiap penanaman. Masa yang sesuai
dilakukan adalah 30 dan 55 hari selepas tanam. Aktiviti ini hendaklah dilakukan sebelum
kerja-kerja pembajaan dan pengawalan rumpai. Sekiranya tidak dilakukan, akar sisi akan
membesar dan menghasilkan ubi-ubi kecil yang tidak sesuai untuk pasaran. Pembentukan
ubi utama di pangkal pokok juga akan terjejas dan kurang sempurna tumbesarannya.
Pembajaan
Pengesyoran pembajaan yang sempurna bergantung kepada tiga jenis tanah setempat. Secara
amnya pembajaan keledek menggunakan baja organik (12:12:17:2) dan baja organik (tahi
ayam). Baja organik digaul ke dalam batas 3-4 hari sebelum penanaman.
Kematangan dan Pengutipan Hasil
Boleh dipungut 3-5 bulan selepas menanam. Kematangan boleh ditentukan apabila daundaun bawah pucuk keledek kelihatan kekuningan dan beransur menjadi layu. Sekiranya ubi
keledek dibelah, cecair yang keluar dari ubi tersebut tidak bertukar kepada warna kehitaman
dengan cepat.
Daun dan batang keledek dipotong terlebih dahulu. Ubi dikorek dan dikeringkan di peringkat
ladang sebelum dibakulkan untuk pemasaran. Ini bertujuan untuk proses pengerasan kulit
ubi tersebut bagi memulihan calar-calar dan luka ketika proses memungut hasil dilakukan.
Sekiranya tidak dilakukan, calar-calar ini sering dijangkiti oleh agen-agen penyakit terutama
kulat yang boleh menyebabkan keledek menjadi cepat busuk. Ubi keledek hendaklah
disimpan di tempat teduh yang terbuka agar sentiasa kering bagi mengelakkan reput ubi oleh
serangan kulat. Keadaan kering juga dapat menghalang proses pertumbuhan ubi keledek di
mana ianya boleh menurunkan kualiti dan harga ubi di pasaran.
Perosak Ubi Keledek serta langkah-langkah kawalan

Ulat Pengorek Batang (Omphisa anastomosalis)


Ulat mengorek dan memakan bahagian dalam batang dan sulur keledek. Boleh juga
menyerang ubi jika kehabisan batang. Amalkan giliran tanaman. Tanaman yang baru

hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.

Kumbang Belalai (Cylas formicarius)


Lundi memakan bahagian dalam batang dan ubi. Kumbang dewasa pula memakan
daun, mengorek permukaan ubi. Amalkan giliran tanaman. Tanaman yang baru
hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.

3. Nanas Josapine.
Varieti ini jauh lebih baik daripada Moris dan Sarawak. Rintang terhadap gejala teras hitam.
Oleh itu ia berpotensi untuk pasaran eksport melalui pengangkutan laut dengan menggunakan
kontena berhawa dingin. Selain daripada itu nanas ini juga lebih manis, rangup dan kering,
sesuai untuk hidangan segar.
Berasaskan sistem pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama komersilnya
ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor (induk betina) , Sarawak
(debunga) dan 'Pineapple' (bahasa Inggeris untuk nanas).
Ciri-ciri Utama Josapine:

Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.

Daun hijau keunguan, tidak beduri.

Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu.

Biasanya 1-2 sulur buah / pokok.

Sulur dan ratunnya baik.

Perbandingan ciri-ciri Josapine dengan Moris dan Sarawak adalah seperti berikut:Jumla
Bil
Gejal
Tindak
Bera Empulu
h
Asid Sulu
Berbua
Kualiti
a
Dur
Balas
Varieti t
r
Pepeja
r
h
Penyimpana Teras
i
Berbung
(kg) mm) l Laut %) Buah
Awal
n
HIta
a
(%)
)
m
A2534

1.3

28

16.8

0.63 2.-3

*****

*****

*****

Moris

1.0

24

15.9

0.49

****

***

tr

*****

Sarawa
2.2
k

28

13.7

0.61

***

tr

**

Petunjuk: ***** = sangat baik


*
= tidak baik

r = rintang
tr = tidak rintang

Ciri-ciri Pembungaan dan Pembuahan:

Tindakbalas pembuangan dengan bahan pengaruh sangat baik (90-100%).

Berbuah awal - dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30
hari.

Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari.

Hari 60 tan/ha. bagi tanaman pertama.

Ciri-ciri Buah:

Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila
masak.

Buah berbentuk silinder.

Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish.

Buah bersaiz sederhana (1.2 - 1.5 kg).

Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering.

Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang.

Penyimpannya baik, kualiti buah tidak berubah walapun buah sudah terlalu masak.

Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu
10%oC
selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.

Iklim dan Tanah:


Nanas sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai cuaca yang panas, diantara 24oC-30oC.
Sukatan hujan yang diperlukan ialah 100-150 sm setahun dan taburannya serata. Nanas boleh
hidup di kebanyakan jenis tanah dan hidup subur di tanah gambut, diantara pH 4.5-6.0.

Perparitan sempurna diperlukan sekiranya tanah sentiasa lembap dan terlalu masam. Nanas
sesuai ditanam di tanah rendan dan rata.
Penyediaan Tanah:
Tanah perlua dibersihkan daripada semak samun dan dibajak dan digembur sebelum
menanam (tanah gambut tidak perlu dibajak). Tanah perlu dikapur sekiranya pH terlalu
rendah (bawah pH 4.5)
Amalan Kultur:

Bahan tanaman biasanya terdiri daripada jambul dan sulur.

Jarak tanaman 90 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris berkembar) dengan sistem penanaman


pokok utama disyorkan bagi mendapat hasil dan mutu buah yang seragam.

Pembajaan di tanah gambut menggunakan 435 kg amonium sulfat + 6 kg CIRP + 163


kg 'Muriate of potash' sehektar setiap kali pembajaan pada 2.5 dan 8 bulan selepas
ditanam. Manakala di tanah mineral, baja NPK 15:15:15 sebanyak 860 kg sehektar
setiap kali pembajaan pada 2 dan 5 bulan selepas ditanam dan NPK Mg
12:12:17:2+TE pada kadar yang sama pada 8 bulan selepas ditanam disyorkan.

Baja semburan mengandungi campuran 42 g kumprum sulfat, 42 g zink sulfat, 21 g


ferus sulfat, 640 g kapur dan 640 g urea dalam setiap 18 liter air. Penyemburan dibuat
pada 1 dan 4 bulan selepas ditanama bagi kedua-dua jenis tanah.

Pengaruhan bunga pada masa 9 bulan selepas ditanam dengan menggunakan etefon
(300 bahagian/juta) dan 3% urea (40 ml sepokok).

Buah dipetik pada peringkat 'dua mata' matang.

Pembajaan
Pusingan

Masa

Jenis Baja

Kadar/Hektar

1
2
3
4
5

Sebelum
menanam
Semasa
menanam
3 bulan
6 bulan
9 bulan

Kapor
CIRP
NPK 12:12:17:2
NPK 12:6:22:3
NPK 12:6:22:3

2.5 tan
200 kg
200 kg
500 kg
500 kg

Racun Serangga untuk kawalan perosak serangga

Bil

1
2
3
4
5
6

Racun

Carbaryl
Dimethoate
Amitraz
Mercaptodimethur
Diazinon
Cypermethrin

Bil

1
2
3
4

Kadar

Jumlah/ha

85%
38%
20%
50%
52%
5.5%

9g / 4.5 lit.air
6 ml / 4.5 lit.air
10 ml / 4.5
lit.air
10 g/10 lit. air
7.5 ml / 4.5
lit.air
7.5 ml / 4.5
lit.air

1.8 kg
1 lit
0.8 lit
500 g
1.5 lit
1.3 lit

7
14
7
7
7
7

Nama
Dagangan

Racun

Mancozeb
Maneb
Copper
oxychloride
Tridemorph

Bahan Aktif

Ketinggian
Kemasaman
Tanah

Dithane M-45
Pro-Maned 80
Zepercide 870
Calixin

Bahan Aktif

80%
80%
87%
84.3%

Kadar
Bancuhan

7-9/4.5 lit.air
30-40/18 lit.air
10-20 g/10 lit.air
5 ml/4.5 lit.air

Ketinggian
Kemasaman
Tanah
7
14
7
7

Racun Untuk Kulat


Kawalan Rumpai:
Dalam masa 6 bulan pertama selepas menanam, kerja merumput hendaklah dilakukan setiap
3 bulan ekali. Selepas itu, merumput boleh dikurangkan sehingga 6 bulan sekali.
Kawalan Jambul dan Sulur.
Jambul buah dan sulur tangkai perlu dibuang apabila panjangnya mencapai 2.5 - 6.5 sm untuk
membaiki bentuk dn memudahkan tumbesaran buah. Hanya 2 sulur disimpang pada setiap
pokok untuk dijadikan bahan tanaman.

Indeks Kematangan Nanas Josapine


Indeks 1

Keseluruhan mata berwarna unggu gelap dengan braktea berwarna


kemerahan.
buah belum matang
isi buah keputih-putihan dengan sedikit warna keemasan.
belum sesuai untuk dituai.

Indeks 2 :

Kebanyakan mata berwarna hijau gelap dengan warna kehitaman


antara mata. Braktea kekeringan, berwarna putih.
buah telah matang (peringkat pecah warna)
50% isi berwarna keemasan
belum sesuai dimakan segar
boleh dieksport melalui laut

Buah berwarna hijau gelap dengan 1-2 mata di bahagian pangkal


buah bertukar warna keorenan.
buah matang hijau
75% isi berwarna keemasan
boleh dimakan segar tapi masih belum enak
sesuai untuk ekport melalui laut dan udara

Lebih kurang 25% mata buah berwarna keorenan.


buah suku masak
lebih 75% isi berwarna keemasan
isi pejal, berjus, manis dan sedikit harum
baik untuk dimakan segar
sesuai untuk pemprosesan minuman
sesuai untuk eksport melalui udara.

Lebih 75% mata berwarna keorenan


buah separuh masak
keseluruhan isi berwarna keemasan
isi pejal, berjus, manis dan harum
baik untuk dimakan segar
baik untuk pemprosesan minuman
masih boleh dieksport melalui udara

Indeks 6 :

Lebih kurang 75% mata buah berwarna keorenan


buah tiga suku masak
isi kurang pejal, sangat berjus, manis dan harum
masih boleh dimakan segar
tidak sesuai untuk eksport

Indeks 7

Keseluruhan buah berwarna oren


buah masak penuh
isi lembik, sangat berjus, manis dengan sedikit kemasaman
masih boleh dimakan segar tapi kurang enak

Indeks 3 :

Indeks 4 :

Indeks 5 :

MAKLUMAT ASAS PROJEK PERTANIAN

BUTIR-BUTIR PROJEK
Nama Projek

: Projek Pertanian Tanaman Kontan Secara Giliran

Tapak Projek

: MARDI Stesen Pontian,


KM 53, Jalan Johor,
82000 Pontian, Johor.

Jenis Projek

: Perniagaan berasaskan makanan dan bahan mentah

Pasaran

: Pasaran Terbuka.

Sumber Kewangan : Persendirian.


Khidmat Nasihat

: MARDI Pontian, Jabatan Pertanian Pontian.

LATAR BELAKANG USAHAWAN


BUTIR-BUTIR PERIBADI
Nama
No. Kad Pengenalan
Alamat Tetap
Tarikh Lahir
Umur
Jantina
Warganegara
Agama
No. HP

: Mohd Sina Bin Mohd Ehwan


: 770824 01 - 6891
: No 62, Kg. Parit Abd. Rahman,
82200, Benut, Pontian.
: 24.08.1977
: 37 tahun
: Lelaki
: Malaysia
: Islam
: 011 - 10808872

Butiran Peserta Lain.


Nama
No. I/C
Alamat

: Zulkarnain Bin Abu Bakar


: 780310-01-6455
: No 4, Jalan Muhibah 4, Taman Muhibah, 82100, Benut, Pontian.

Nama
No. I/C
Alamat

: Mohd Nazir Bin Baba


: 810924-01-5929
: No 154, Jalan Utama 3, Taman Utama, 81500, Pekan Nanas, Pontian.

Nama
No. I/C
Alamat

: Muhammad Diauddin Bin Hashim


: 860323-01-6051
: No 5, Lorong Ansar, Jalan Kayu Ara Pasong, 82010, Kayu Ara Pasong,
Pontian.

Anda mungkin juga menyukai