Anda di halaman 1dari 4

Bahasa Jiwa Bangsa.

Andai patah sayap rajawali,


bertongkat jua saya ke mari,
bukan kerana ingin bermimpi,
tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato
yang berbunyi Bahasa Jiwa Bangsa.
Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia.
Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi Majlis,barisan
panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada
saat dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin
pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Assalamualaikum
wm..wbt...
Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya
mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus Bahasa
Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan
Pustaka. Bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi
suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa.
Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai j enis manusia
daripada satu asal keturunan.
Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa
maksud milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti
kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkanjati diri
sesuatu bangsa.
Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya
sesuatu bangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.

Yang merah itu saga,


Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Demikianlah indahnya pantun Melayu yang
menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek
moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam
aspek pertuturan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa
Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa
Jiwa Bangsa. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita
daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus
memercikkan jati diri kebangsaan.
Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa
kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat pemersatuan
bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan
yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan
roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan jati diri
kebangsaan.
Tidak melayu hilang di duniaKata-kata keramat
Laksamana HangTuah ini mungkin hanya tinggal retorik
semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga
keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.
Hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen
utama yakni peranan Bahasa Kebangsaan ke arah
memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama,
bahasa kebangsaan bahasa perpaduan.
Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah
menjadi Bahasa Lingua Francabagi negara-negara di kepulauan
Melayu. Hal ini telah menjadi kebanggaan kita untuk
memartabatkan Bahasa Melayu.

Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang


selaras dengan taraf pembangunan yang dicapai oleh negara
dan rakyat. Pada masa kini, Dasar Bahasa Kebangsaan telah
mengiktiraf BahasaKebangsaan sebagai bahasa rasmi yang
digunakan dalam setia purusan. Tidak cukup dengan itu,dasar
pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama. Denganadanya dasar-dasar
ini,kita bukan sahaja dapat memastikan Bahasa Kebangsaan
termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dan
diamalkan secara meluas oleh masyarakat.
Warga pendengar yang budiman,
Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya
membawa hadirin sekalian kepada komponen pidato saya yang
kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan
bahasa kemajuan.
Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa
ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa peradaban moden.
Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk
membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya
diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak
pembentukan bangsa Malaysia.
Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua rakyat
tanpa mengira kaum,agama,budaya dan bahasa ibunda.
Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1
Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri
kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh kita
jayakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa
berperanan penting dalam mengembangkan Bahasa Melayu
agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh
masyarakat di seantero dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita
harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara

agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita


seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan
saya menghadiahkan serangkap pantun,
Sedap makan kacang kelisa,
Buah peria pahit dan maung,
Bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Satu Malaysia sama bernaung.
Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa
kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan
budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.
Bahasa Kebangsaan harus didaulatkan. Inilah sikap dan
pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan
2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu menjadi nadi
penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri
kita. Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan
pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang
menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1


Malaysia.
Bahasa Jiwa Bangsa

Anda mungkin juga menyukai