Anda di halaman 1dari 40

MALAYSIA

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN


DALAM NEGERI, NEGERI SEMBILAN

KES TANGKAP NO. 62 33 dan 34 TAHUN 2004

ANTARA
PENDAKWA RAYA
DAN
DEVARAJU A/L KRISHNAN
MOHAN A/L SELVARAJ

ALASAN KEPUTUSAN
Pertuduhan:
[1.0] Di dalam kes ini, kedua-dua Orang Yang Kena Tuduh
[selepas ini dipanggil OKT-OKT] masing-masing
menghadapi pertuduhan seperti berikut:[1.1] Pertuduhan terhadap Devaraju a/l Krishan [ selepas ini
dipanggil OKT 1] adalah seperti berikut:Bahawa kamu pada 15.2.2004 jam lebih kurang 3.00 petang
di Chalet No. 4 Kuala Lukut Chuah, Port Dickson, di dalam
daerah Port Dickson, dalam negeri, Negeri Sembilan, telah
merogol Jayanthi a/p Sugumaran,No. KP: 840817-05-5260
yang berumur 19 tahun 6 bulan.Oleh yang demikian kamu
telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan.

[1.2] Pertuduhan terhadap Mohan A/L Selvaraj


dipanggil OKT 2 adalah seperti berikut:-

[selepas ini

Bahawa kamu pada 15.2.2004 jam lebih kurang 4.00 petang


di Chalet No. 45 Kuala Lukut Chuah, Port Dickson, di dalam
daerah Port Dickson, dalam negeri, Negeri Sembilan, telah
merogol Jayanthi a/p Sugumaran,No. KP: 840817-05-5260
yang berumur 19 tahun 6 bulan.Oleh yang demikian kamu
telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di
bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan.

Kedudukan Undang-Undang:
[2.0] Adalah menjadi prinsip mantap undang-undang am
jenayah bahawa beban membuktikan kes adalah terletak
di atas bahu pihak pendakwaan untuk membuktikan
kesnya sehingga melampaui keraguan munasabah
terhadap OKT sebelum OKT boleh diputuskan bersalah
dan
disabitkan
dengan
kesalahan
sepertimana
pertuduhan.Di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Mohd
Radhi Bin Yaakob v PP [1991] 6 MLJ 169 di muka surat
171, Y. A. Mohamed Azmi FJ pada masa itu dilapor
menyatakan seperti berikut:It is well established principle of Malaysian Criminal Law
that the general burden of proof lays throughout the trial on
the prosecution to prove beyond reasonable doubt the guilt
of the accused for the offence with which he is charge. There
is no similar burden place on the accused to prove his
innocence.

[2.1] Pada peringkat akhir kes pendakwaan, Mahkamah yang


membicarakan suatu kes jenayah hendaklah membuat
penilaian yang menyeluruh ke atas kesemua keterangan
yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di
hadapannya
dan
memutuskan
samada
pihak
pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie
di atas pertuduhan pindaan yang telah dikenakan ke atas
OKT sebelum OKT boleh dipanggil untuk membela diri di
atas pertuduhan-pertuduhan yang mereka masing2

masing hadapi sepertimana yang telah diperuntukkan di


bawah Seksyen 173(f) dan (h) Kanun Acara Jenayah.
[2.2] Kes prima facie telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan
di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP [2003] 1 CLJ
734 yang telah memetik pemerhatian yang telah dibuat
oleh Y. A. Hakim Augustine Paul pada masa itu di dalam
kes PP v Dato Seri Anwar Bin Ibrahim [1999] 2 CLJ
215 di muka surat 274-275.Ianya kemudiannya telah
disahkan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes
Dato Seri Anwar Bin Ibrahim v PP [2002] 3 CLJ 457.
[2.3] Di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ
457 Mahkamah Persekutuan telah memberikan panduan
kepada mahkamah-mahkamah di bawahnya seperti
berikut:For the guidance of the courts below, we summarise as
follows the steps that should be taken by a trial court at the
close of the prosecutions case:(i)

At the close of prosecutions case, subject to the


evidence led by the prosecution in its totality to a
maximum evaluation, carefully scrutinized the
credibility of each of the prosecutions witnesses.
Take into account all reasonable inferences that may
be drawn from the evidence. If the evidence admits
of two or more inferences, then draw the inference
that is most favorable to the accused;

(ii)

Ask yourself the question: If I now call upon the


accused to make his defence and he elects to remain
silent am I prepared to convict him of the evidence
now before me? If the answer to the question is Yes,
then prima facie case has been made out and the
defence should be called. If the answer is No then,
a prima facie case has not been made out and the
accused should be acquitted;

(iii)

After the defence is called, the accused elects to


remain silent, then convict;

(iv)

After the defence is called the accused elects to give


evidence, then go through the step set out in Mat v
PP [1963] 1 MLJ 263.

Elemen Pertuduhan:
[3.0] Meneliti kepada pertuduhan yang dihadapi oleh keduadua OKT masing-masing, saya mendapati adalah
menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan
kesemua elemen pertuduhan di bawah Seksyen 376
Kanun Keseksaan [KK] seperti berikut:-

1. Bahawa OKT telah melakukan hubungan seks dengan


mangsa iaitu seorang perempuan.
2. Bahawa perbuatan tersebut telah dilakukan tanpa
kerelaan mangsa.
3. Bahawa adanya berlaku kemasukkan kemaluan OKT ke
dalam kemaluan mangsa.

Fakta Kes Secara Ringkas:


[4.0] Setelah menimbangkan, menilai dan memperhalusi
keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan seramai
(7) orang dan juga sebanyak (13) ekshibit yang telah
dikemukakan dan dirujuk di sepanjang perbicaraan pada
peringkat ini, saya berpuashati dan mendapati secara
ringkasnya kes pendakwaan adalah seperti berikut:-

1. Pada 16.02.2004, SP4 telah membuat lapuran polis


sepertimana [P6] kerana mendakwa telah dirogol oleh
Ravi [selepas ini dipanggil OKT 1] dan Mohan [selepas
ini dipanggil OKT 2].
2. Menurut SP4, pada 15.02.2004 OKT 1 telah
memberitahu SP4 yang dia boleh membantu SP4 untuk
mendapat pekerjaan.Sepertimana yang dijanjikan, pada
jam lebih kurang 12 tengahari, OKT 1 telah datang
dengan memandu sebuah kereta wira hitam dan
4

mengambil SP4 di tepi jalan besar estet tempat SP4


tinggal.OKT 1 seterusnya membawa SP4 ke Port
Dickson kerana menurut OKT 1 mereka perlu mengikut
jalan ke Port Dickson untuk mendapatkan pekerjaan
tersebut.
3. Apabila sampai di satu tempat [menurut SP4 pada
mulanya beliau tidak tahu tempat itu], OKT 1 telah
memberhentikan keretanya. OKT 1 seterusnya telah
keluar dari keretanya lalu masuk ke dalam sebuah
bangunan yang nampak seperti sebuah rumah dan
mempunyai bilik-bilik di sebelah belakang. Menurut SP4,
sebelum itu, OKT 1 ada memberitahu SP4 yang beliau
hendak membuat bayaran motolori kepada seorang lelaki
cina dan minta SP4 tinggal di dalam kereta.Sebentar
kemudian, OKT 1 kembali semula ke kereta, membuka
pintu kereta dan terus menarik SP4 keluar dan
mengheretnya ke sebuah bilik di belakang rumah.Tiada
sesiapa di dalam bilik itu ketika itu dan yang ada hanya
SP4 dan OKT 1.
4. Pada mulanya, OKT 1 menyuruh SP4 menanggalkan
pakaiannya tetapi SP4 enggan.Oleh kerana SP4 enggan,
OKT 1 telah menampar dan memukul SP4 di muka
dengan tangannya. Kemudian, OKT 1 telah bertindak
menanggalkan kesemua pakaian SP4. OKT 1 telah
menanggalkan baju, baju dalam, seluar dan seluar dalam
SP4. OKT 1 kemudiannya telah menanggalkan semua
pakaiannya lalu menolak SP4 ke atas katil. OKT 1
kemudiannya baring ke atas SP4. OKT 1 kemudian
mengangkat kedua-dua kaki SP4 ke atas. Menurut SP4,
beliau terasa sakit pada kemaluannya dan terasa ada
benda sangat keras dimasukkan ke dalam kemaluannya.

5. Menurut SP4 semasa kedua-dua kaki beliau berada di


atas, beliau tidak nampak dan hanya berasa sakit benda
yang dimasukkan ke dalam kemaluannya.Kaki beliau
telah diangkat ke atas selama lebih 5 minit dan apabila
dilepaskan kakinya, beliau nampak cecair putih terpancut
keluar dari kemaluan OKT 1 lalu jatuh di atas perutnya.
SP4 juga mendakwa kemaluannya juga berasa
basah.Selepas itu, semasa berbaring telah mencium dan
memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP4 dan juga
meramas buah dada SP4. Apabila SP4 meminta OKT 1
berhenti kerana berasa sakit, OKT 1 telah memarahi SP4
5

dengan perkataan lucah dengan berkata Mayiree dan


Thevidiya.
6. Menurut SP4, OKT 1 kemudiannya telah memberitahu
SP4 ada seorang kawan beliau berada di luar bilik
tersebut dan OKT 1 telah menyuruh SP4 mengikut apa
yang kawan beliau suruh buat dan berkata hanya
selepas itu baru mereka akan melepasknannya.Selepas
OKT 1 keluar dari bilik dengan memakai seluar sahaja,
OKT 2 pun masuk. Pada masa itu, SP4 sedang berdiri
dan masih belum memakai pakaian.SP4 merayu OKT 2
supaya melepaskannya kerana beliau mengikut OKT 1
untuk mencari pekerjaan tetapi tidak diendahkan oleh
OKT 2. OKT 2 sebaliknya menyatakan kepada SP4 yang
SP4 perlu melakukan apa-apa yang telah dilakukan
dengan OKT 1 dan hanya selepas itu, baru SP4 akan
dilepaskan.
7. Menurut SP4, apabila kawan OKT 1 yang dipanggil
Mohan [OKT 2] masuk ke dalam bilik itu, OKT 2 terus
menanggalkan baju, seluar dan seluar dalamnya dan
menyuruh
SP4
baring.
OKT
2
kemudiannya
mengangkangkan kaki SP4 di atas katil dan
memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP4.
Menurut SP4 semasa OKT 2 mengangkangkan beliau,
beliau nampak kemaluan OKT 2. SP4 juga sahkan
semasa itu kedua-dua tangan OKT 2 berada di atas tilam
di sebelah kiri dan kanannya. Menurut SP4 beliau
nampak OKT 2 menolak kemaluannya ke dalam
kemaluan beliau.
8. Menurut SP4, OKT 2 menolak kemaluannya dengan
menolak pinggangnya ke depan sikit dan semasa
kemaluan OKT 2 masuk, SP4 juga berasa sakit pada
kemaluannya. SP4 menyatakan beliau nampak
kemaluan OKT 2 besar, sangat keras dan beliau berasa
sakit. Setelah masuk, OKT 2 dikatakan telah
menggoyang-goyangkan pinggangnya lebih kurang 10
minit sebelum kemaluannya dikeluarkan. Apabila keluar,
SP nampak cecair terpancut keluar daripada kemaluan
OKT 2 dan jatuh di atas kemaluannya.
9. Selepas itu OKT 2 dan SP4 memakai tuala dan OKT 2
telah menyuruh SP4 keluar dari bilik itu dan pergi ke
kerusi di luar bilik di mana OKT 1 sedang duduk dan
minum. Semasa di kerusi luar, OKT 1 telah menyuruh
6

SP4 duduk di atas kemaluan OKT 2 yang sedang duduk


di atas kerusi dan menggoyang-goyangkan badannya
sambil kemaluan OKT 2 berada di dalam kemaluannya.
OLeh kerana tak tahan sebab sakit, SP4 telah
bangun.Semasa itu OKT 1 memberitahu SP4 jika SP4
membuat report, beliau akan memberitahu pihak polis
yang SP4 adalah seorang pelacur. SP4 akan ditangkap
oleh pihak polis kerana OKT 1 mendakwa beliau kenal
dengan semua polis di situ.OKT 1 kemudian memaksa
SP4 meminum Carlsberg dan memberitahu SP4, ada
seorang lagi kawan beliau akan datang dan SP4
hendaklah melakukan yang sama kepada kawan itu
sebelum SP4 dilepaskannya kerana kawannya telah
lama tak dapat seks.

10. OKT 1 kemudiannya menalipon kawannya dan menyuruh


SP4 bercakap dengan kawannya itu. Menurut SP4
apabila beliau disuruh bercakap dengan kawan Ravi
melalui telefon bimbit, beliau merayu supaya orang itu
tidak datang dan menangis. Selepas itu SP4 telah
berdepan dengan OKT 1 dan memberitahu OKT 1 yang
dia telah berjanji kepadanya untuk mendapatkan
pekerjaaan tetapi kenapakah beliau diperlakukan
sebegitu..
11. OKT 1 terus membawa SP4 masuk semula ke dalam
bilik dan membuka seluarnya dan menyuruh SP4 baring
di atas katil. OKT 1 kemudiannya mengangkangkan kaki
SP4 dan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan
SP4 selama lebih kurang 10 minit kemudian
mengeluarkannya dan memancutkan cecair di atas
kemaluan SP4.
12. OKT 1 selepas menyuruh SP4 menghisap kemaluannya
sambil beliau berbaring. SP4 muntah ketika itu dan OKT
1 menyuruh SP4 mengelap mulutnya dan menyuruh SP4
menghisap kemaluan beliau sekali lagi. Ketika itu OKT 2
pun masuk ke dalam bilik dan semasa SP4 menghisap
kemaluan OKT 1, OKT 2 pula menghisap buah dada
SP4. Setelah OKT 2 menerima panggilan telefon dan
memberitahu OKT 2 beliau ingin balik ke rumah.OKT
kemudiannya menyuruh OKT 2 menghantar SP4 kepada
Ramesh.Mereka bangun dan membersihkan diri dan
memakai pakaian.

13. OKT 1 juga telah mengambil rantai loket dan handphone


SP4 semasa berada di dalam bilik.Mereka bertiga
kemudiannya telah keluar dari bilik tersebut dan Mohan
telah membawa SP4 naik keretanya dan membawa SP4
ke kawasan Port Dickson.Semasa dalam perjalanan
tersebut, SP4 telah meminta supaya dipulangkan
handphone, rantai dan loket beliau tetapi OKT 2
memberitahu pada minggu depan hari Sabtu, SP4
disuruh menunggu di Terminal 1, Seremban dan kawan
OKT 2 akan datang ke situ dengan kereta untuk
mengambil SP4. SP4 berkata beliau tidak boleh datang
dan OKT 2 memberitahu jika SP4 tidak datang, beliau
tidak akan dapat barang-barangnya kembali.
14. SP4 kemudiannnya telah diturunkan di tepi jalan di
kawasan PD dan di situ ada seorang kawan OKT 2
menunggu. OKT 2 kemudiannya menyuruh SP4 menaiki
motosikal kawannya itu.SP4 menangis dan memberitahu
kawan OKT 2 supaya melepaskannya.Kawan OKT 2
kemudiannya telah membawa SP4 dengan motosikal lalu
berhenti berhampiran dengan sebuah kedai.SP4
diturunkan di situ dan lelaki itu bertanya kepada SP4
apa yang telah berlaku. SP4 pun memberitahu lelaki
yang merupakan kawan kepada OKT 2 apa yang telah
berlaku.Kawan OKT 2 kemudiannya membelikan
minuman untuk SP4 dan menghantar SP4 ke rumah
kawan lelakinya bernama Ramesh dan terus beredar.
15. Ramesh kemudian menalifon ke rumah itu dan bercakap
dengan SP4 dan memberitahu SP4 supaya jangan
menangis. Beliau berjanji akan menghantar SP4 pulang
ke rumah sebelum 9.00 malam.Pada jam lebih kurang
8.00 malam Ramesh datang ke rumah itu dengan kereta
kancil dan mereka pergi ke sebuah rumah untuk Ramesh
mengambil teman wanitanya.Ramesh memberitahu SP4,
sebagai orang berpelajaran macamana SP4 boleh
tertipu.Ramesh juga memberitahu kalau SP4 hendak
membuat report boleh tetapi jangan sebut nama beliau.
Kemudian beliau menghantar SP4 balik ke ladang
Chembong dan turunkan SP4 di tepi jalan berhampiran
dengan sebuah public phone dan terus beredar.
16. Sedang SP4 berjalan menuju ke rumanya, SP4
bertembung dengan ahli keluarganya di dalam sebuah
kereta yang hendak keluar. Keluarga SP4 terus
berhentikan kereta dan membawa SP4 pulang ke
8

rumah.Sampai di rumah SP4 terus menceritakan kepada


ibu saudaranya Sagunthala [SP5] di dalam bilik apa yang
berlaku.Kemudian ibu saudara bersama bapa saudara
SP4 telah membawa SP4 ke IPD Rembau untuk
membuat report polis. Kemudian anggota polis daripada
Port Dickson telah datang ke Rembau dan membawa
SP4 ke Balai Polis Port Dickson untuk membuat
report.Siasatan dijalankan oleh SP3 dan hasil siasatan
kedua-dua
OKT
masing-masing
telah
dituduh
sepertimana pertuduhan.

Penemuan Saya Hakim Perbicaraan Di Akhir Kes Pendakwaan:


[5.0] Selaku hakim perbicaraan, saya menerima pakai dan
mengambil panduan kedudukan undang-undang seperti
yang telah dinyatakan di para 2.0 hingga 2.3 di atas.
Setelah saya menimbang, menilai dan memperhalusi
keseluruhan
keterangan
saksi-saksi
yang
telah
dikemukakan di hadapan saya sepanjang perbicaraan
kes ini dan juga hujahan bertulis oleh kedua-dua pihak
peguambela dan Timbalan Pendakwa Raya yang
terpelajar, saya mendapati kes pendakwaan pada
peringkat ini adalah seperti berikut:[5.1] Bahawa OKT 1 dan 2 masing-masing telah melakukan
hubungan seks dengan mangsa iaitu seorang
perempuan.
Kejadian hubungan seks oleh OKT 1 terhadap SP4
menurut keterangan SP4 adalah seperti berikut:Pada 15.02.2004, Ravi [OKT 1] memberitahu saya akan
dapatkan kerja untuk saya.
Pada jam lebih kurang 12 tengahari, Ravi datang memandu
kereta wira warna hitam.Dia menunggu di main road estate
saya tinggal.Ravi terus membawa saya ke Port Dickson.
Saya tanya Ravi kenapa membawa saya ke Port Dickson
dan Ravi balas perlu ikut jalan ini ke Port Dickson untuk
dapatkan kerja.Apabila sampai di satu tempat (pada
mulanya saya tak tahu tempat itu), Ravi berhentikan
kereta.Dia keluar dan masuk ke dalam satu bangunan,
9

nampak macam sebuah rumah dan nampak bilik di


belakang. Dia beritahu saya dia hendak bayar bayaran lori
kepada satu lelaki cina.Saya masih berada di dalam
kereta.Sebentar kemudian, Ravi kembali ke kereta dan terus
membuka pintu dan menarik saya keluar dari kereta dan
terus mengheret saya ke sebuah bilik di belakang
rumah.Tiada sesiapa di dalam bilik itu hanya saya dan Ravi.
Pada mulanya, Ravi suruh saya tanggalkan pakaian.Bila
enggan, Ravi menampar saya di muka dan memukul muka
saya dengan tangan.Kemudian, Ravi menanggalkan semua
pakaian saya.Saya pakai baju dan seluar slack.Ravi
tanggalkan baju, baju dalam, seluar dan seluar dalam saya.
Ravi juga menanggalkan semua pakaian beliau.Dia
tanggalkan baju, seluar dan seluar dalamnya.Dia menolak
saya ke atas katil.Ravi baring keatas saya.Kemudian Ravi
mengangkat kedua-dua kaki saya ke atas semasa saya
baring.Kemudian saya sakit pada kemaluan saya.Saya rasa
seperti ada benda masuk kemaluan saya.Saya tak nampak
sebab dihalang kaki saya yang diangkat.Saya rasa benda
yang masuk sangat keras dan saya rasa sakit.
Beliau mencium saya kemudian Ravi juga masukkan jari
kedalam kemaluan saya.Dia juga memegang buah dada
saya.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya [TPR] yang


terpelajar SP4 menyatakan:S. Masa benda masuk ke kemaluan
J. Masa benda masuk ke kemaluan saya.Pada mulanya
Ravi baring atas badan saya.Kemudian bila saya rasa ada
benda dimasukkan ke dalam kemaluan saya, saya rasa
beliau masukkan sesuatu ke dalam kemaluan saya, saya tak
nampak benda itu.
S. Di mana kedudukan
J. Ravi menolak kedua-dua kaki saya dengan kedua-dua
tangan beliau.Saya nampak kedua-dua tangan dia pegang
kaki saya masa itu, saya rasa ada benda dimasukkan.

SP4 selanjutnya menyatakan selanjutnya bahawa:Kedua-dua kaki saya berada di atas.Saya tak nampak hanya
berasa sakit benda itu dimasukkan ke kemaluan saya.
10

Saya tak nampak hanya berasa sakit.Selepas kaki saya


diangkat ke atas lebih 5 minit. Bila dia lepaskan kaki saya,
saya nampak kemaluan Ravi dan nampak cecair putih atas
badan saya dan juga kerana basah pada kemaluan saya.
Saya nampak cecair putih terpancut keluar dari kemaluan
Ravi dan jatuh atas perut saya dan kemaluan saya juga
berasa basah.

Keterangan
berikut:-

SP4

selanjutnya

menjelaskan

seperti

Selepas dia masukkan, saya rasa badan saya


bergoyang.Semasa Ravi membuat seks kaki saya berada
diatas.Kedua-dua kaki menghalang muka saya i.e.
penglihatan saya.Kemudian saya berasa sakit pada
kemaluan saya dan minta dilepaskan.Saya juga rasa sakit
pada kaki saya.
Selepas minta dilepaskan, kaki saya masih di atas. Saya
rasa sakit pada kemaluan, kemudian beliau lepaskan kaki
saya dan saya rasa macam ada benda berair pada
kemaluan saya.Kemudian, semasa baring Ravi masukkan
jari ke dalam kemaluan saya.Kemudian saya beritahu saya
rasa sakit, minta lepaskan saya.Kemudian Ravi marah saya
dengan perkataan lucah.Dia kata Mayiree, Thevidiya
kemudian Ravi beritahu saya ada seorang kawan dia ada
diluar bilik itu. Dia tak beritahu namanya dan Ravi suruh ikut
apa yang kawan dia suruh buat.Dia kata lepas itu baru
mereka akan lepaskan saya.

Kejadian hubungan seks oleh OKT 2 terhadap SP4


menurut keterangan SP4 adalah seperti berikut:Apabila kawan Ravi masuk ke dalam bilik, dia
menanggalkan pakaian dia, baju, seluar dan seluar dalam
dan menyuruh saya baring di atas katil dan suruh saya
mengangkangkan kaki saya.Kemudian dia masukkan alat
kemaluan dia ke dalam kemaluan saya.
Masa dia kangkangkan saya, saya nampak kemaluan kawan
Ravi.Masa itu kedua-dua tangan kawan Ravi berada di atas
tilam.

11

Saya berbaring dan badan beliau berada di atas badan


saya.Kedua-dua tangan dia berada di sebelah saya dikiri
dan kanan.Saya pasti kemaluan kawan Ravi masuk ke
dalam
kemaluan
saya.Kedua-dua
kaki
saya
di
kangkangkan.Kawan Ravi berada di atas badan saya dan
saya nampak dia menolak kemaluan dia ke dalam kemaluan
saya.Dia menolak kemaluan dia dengan tolak pinggang ke
depan sikit dan saya nampak kemaluan dia masuk dan saya
juga dapat rasa.Saya rasa sakit, ada benda masuk dalam
kemaluan.
Saya nampak ianya besar, sangat keras dan saya rasa
sakit.

Penjelasan SP4 selanjutnya mengenai perlakuan OKT 2


terhadapnya adalah seperti berikut:Kawan Ravi masukkan kemaluan ke dalam kemaluan saya
dan lepas itu goyang-goyangkan pinggang.Kemudian dia
berada dalam kemaluan saya lebih kurang 10 minit,
kemudian beliau keluarkan kemaluan dia.Kemudian saya
nampak cecair pancut keluar daripada kemaluan beliau jatuh
atas kemaluan saya.

[5.2] Keterangan SP4 selanjutnya berhubung dengan


perlakuan OKT 1 dan 2 selepas dari berlakunya dua
kejadian di atas.
Keterangan SP4 adalah seperti berikut:Kemudian kawan Ravi memakai tuala dan suruh saya
memakai tuala dan suruh saya keluar dari bilik itu.Ada kerusi
diluar bilik.Ravi ada disitu sedang duduk dan
minum.Kemudian Ravi suruh saya duduk di atas kemaluan
rakannya yang sedang duduk atas kerusi.Ya, saya duduk
atas peha Mohan. Apabila saya duduk atas kemaluan
Mohan, Ravi suruh saya menggoyang-goyangkan badan
saya.Ketika itu kemaluan Mohan ada dalam kemaluan
saya.Selepas itu saya beritahu saya tak tahan sakit sangat
dan saya pun bangun.
Saya ada nampak kemaluan Mohan masuk.Lepas itu Ravi
beritahu saya kalau saya pergi buat report, saya kenal
semua polis disini.Dan Ravi kata dia akan beritahu polis
12

yang saya adalah seorang pelacur dan akan ditangkap oleh


polis.
Selepas itu, Ravi yang minum Carlsberg juga paksa saya
minum Carlsberg.Saya terpaksa minum kerana Ravi
menuang ke dalam mulut saya. Kemudian Ravi beritahu
saya, dia ada seorang lagi kawan dan suruh saya buat
seperti itu kepada kawan beliau dan baru melepaskan saya.
Selepas itu tak ada berlaku apa-apa lagi.Saya berada di situ
jam 12.30 tengahari sampai jam lebih kurang 6.00
petang.Selepas dia kata ada seorang kawan itu, dia ada
telefon dan suruh saya bercakap dengan orang dalam
telefon itu.Sebelum itu Ravi ada beritahu saya kawan dah
lama tak dapat dan suruh saya berbuat begitu dengan
kawannya.
Maksud tak dapat i.e. buat hubungan
perempuan.[jawapan kepada soalan Mahkamah].

dengan

Apabila saya disuruh bercakap dengan kawan dia melalui


telefon bimbit, saya beritahu orang itu, Abang jangan
datang dan menangis.Selepas itu saya beritahu Ravi, kamu
janji untuk dapatkan kerja kenapa buat saya begini dan Ravi
balas siapa beritahu awak nama saya Ravi.
Kemudian Ravi bawa saya masuk ke dalam bilik.Ravi
membuka seluar dan suruh saya baring atas katil.Kemudian
Ravi mengangkangkan kaki saya dan masukkan
kemaluannya ke dalam kemaluan saya.Pada masa itu saya
nampak kemaluan Ravi besar dan keras.Pada mulanya saya
baring atas katil. Nampak kemaluan Ravi, kemudian saya
nampak dia goyangkan kemaluan dia di dalam kemaluan
saya dalam 10 minit kemudian keluarkan kemaluan
beliau.Kemudian saya nampak Ravi pancutkan cecair atas
kemaluan saya.Ravi lepas itu baring atas katil dan suruh
saya menghisap kemaluan beliau.Kemudian saya beritahu
dia saya tak nak buat dan berasa nak muntah.Kemudian
Ravi pegang rambut saya dan masukkan kemaluan beliau
dalam kemaluan saya.Saya muntah ketika itu dan dia suruh
lap mulut dan suruh saya hisap kemaluan dia sekali
lagi.Ketika itu kawan dia juga masukkan ke dalam bilik.
Semasa saya sedang menghisap kemaluan Ravi, Mohan
menghisap buah dada saya. Ketika itu handphone saya
berbunyi.Lepas itu Ravi on kan terlefon bimbit saya dan
13

memberitahu saya biar pemanggil itu mendengar saya


menghisap kemaluannya.Saya menarik telefon bimbit dan
matikan handphone saya.Ketika itu Mohan menerima
panggilan telefon dan beritahu Ravi ada panggilan dari
rumah dan ingin balik ke rumah.
Ravi beritahu Mohan untuk menghantar saya kepada
Ramesh.Kemudian Ravi bangun dan suruh saya ke bilik air,
bersihkan diri dan pakai pakaian.Kemudian Ravi mengambil
rantai loket dan handphone saya.Dia ambil semasa berada
di dalam bilik.

Berdasarkan kepada keterangan-keterangan SP4 yang


jelas dan terperinci sepertimana yang telah saya petik
dan nyatakan di para 5.1 dan 5.2 di atas maka selaku
hakim perbicaraan, saya mendapati berdasarkan kepada
keterangan SP4, tarikh dan masa dan di tempat yang
dinyatakan di dalam pertuduhan-pertuduhan yang telah
dikenakan ke atas kedua OKT [1] dan OKT [2] masingmasing, telah berlakunya hubungan seks di antara OKT
[1] dan OKT [2] masing-masing dengan SP4.Fakta dan
keterangan juga menunjukkan pihak pembelaan juga
tidak mempertikaikan bahawa SP4 adalah seorang
perempuan.
Keterangan SP4 telah dengan jelasnya menceritakan
secara terperinci setiap perlakuan OKT 1 dan OKT 2
terhadap beliau dan dengan terperinci menceritakan
hubungan seks yang berlaku di antara beliau dengan
OKT 1 dan 2.Saya mendapati dari apa yang telah
dibertahu, perlakuan-perlakuan OKT 1 dan 2 masingmasing terhadap SP4 bukanlah perlakuan asmara biasa
yang ringan ataupun bercium sahaja sebaliknya
berlakunya kemasukan zakar ke dalam kemaluan SP4.
Perlu ditekankan di sini bahawa pada masa kejadian,
SP4 bukanlah seorang kanak-kanak kecil yang berada di
alam fantasi dan khayalan pada masa kejadian
sebaliknya, SP4 telahpun berusia 19 tahun dan 6
bulan.Justeru itu, di dalam ketiadaan keterangan14

keterangan
yang
mencabar,
membukti
dan
mencadangkan sebaliknya, selaku hakim perbicaraan,
saya memutuskan tiada sebab untuk saya tidak
mempercayai dan meragui keterangan SP4 atas apa
yang telah terjadi pada dirinya.

[5.3] Bahawa Berlakunya Kemasukan Zakar Masingmasing oleh OKT 1 dan 2 Ke Dalam Kemaluan
Mangsa:Adalah menjadi tugas pihak pendakwaan bagi kesalahan
di bawah S.376 Kanun Kesiksaan untuk membuktikan
bahawa adanya kemasukkan zakar OKT 1 dan 2 masingmasing ke dalam kemaluan SP4 sebelum suatu
hubungan seks boleh dikatakan telah berlaku di sisi
undang-undang. Hubungan Seks yang dikatakan telah
berlaku dalam penemuan saya di para 5.1 dan 5.2 di atas
adalah tertakluk kepada penerangan yang telah
dinyatakan
di
bawah
seksyen
375
Kanun
Kesiksaan.Tanpa berlakunya kemasukkan hubungan
seks tidak boleh dikatakan telah berlaku menurut
undang-undang.Oleh itu untuk membuktikan rogol
berlaku pihak pendakwaan perlu membuktikan adanya
kemasukkan berlaku.Seksyen 375 Kanun Kesiksaan
menyatakan:Explanation Penetration is sufficient to constitute the
sexual intercourse necessary to the offence of rape

Menilai dan memperhalusi keseluruhan keterangan SP4


seperti yang telah saya nyatakan di para 5.1 dan 5.2 di
atas, saya berpuashati dan mendapati bahawa dari
keterangan SP4 jelas menunjukkan berlakunya
kemasukkan kemaluan OKT 1 dan 2 masing-masing ke
dalam kemaluan SP4. Cara dan bagaimana SP4 telah
diperlakukan oleh OKT-OKT menurut pertuduhan masingmasing jelas menunjukkan tiada kemungkinan benda
atau objek lain yang telah dimasukkan ke dalam
kemaluan SP4 oleh OKT 1 dan 2 melainkan
kemaluan/zakar mereka masing-masing.Oleh itu pada
15

peringkat ini tiada sebab untuk saya menolak dan


meragui keterangan SP4 dan memutuskan kemasukan
tidak berlaku.
Ini adalah kerana keterangan SP4 sangat jelas dan untuk
memudahkan pihak-pihak saya memetik kembali
keterangan SP4 yang relevan dan menyokong isu
kemasukkan ini di mana SP4 sewaktu menjawab soalan
Timbalan Pendakwa Raya [TPR] terpelajar tentang
perlakuan OKT 1 terhadapnya telah menyatakan:S. Masa benda masuk ke kemaluan
J. Masa benda masuk ke kemaluan saya.Pada mulanya
Ravi baring atas badan saya.Kemudian bila saya rasa ada
benda dimasukkan ke dalam kemaluan saya, saya rasa
beliau masukkan sesuatu ke dalam kemaluan saya, saya tak
nampak benda itu.
S. Di mana kedudukan
J. Ravi menolak kedua-dua kaki saya dengan kedua-dua
tangan beliau.Saya nampak kedua-dua tangan dia
pegang kaki saya masa itu, saya rasa ada benda
dimasukkan.

SP4 selanjutnya menyatakan selanjutnya bahawa:Kedua-dua kaki saya berada di atas.Saya tak nampak hanya
berasa sakit benda itu dimasukkan ke kemaluan saya.
Saya tak nampak hanya berasa sakit.Selepas kaki saya
diangkat ke atas lebih 5 minit. Bila dia lepaskan kaki
saya, saya nampak kemaluan Ravi dan nampak cecair
putih atas badan saya dan juga kerana basah pada
kemaluan saya.
Saya nampak cecair putih terpancut keluar dari
kemaluan Ravi dan jatuh atas perut saya dan kemaluan
saya juga berasa basah.

Mengenai perlakuan OKT


menyatakan seperti berikut:-

terhadapnya,

SP4

Apabila kawan Ravi masuk ke dalam bilik, dia


menanggalkan pakaian dia, baju, seluar dan seluar dalam
16

dan menyuruh saya baring di atas katil dan suruh saya


mengangkangkan kaki saya.Kemudian dia masukkan alat
kemaluan dia ke dalam kemaluan saya.
Masa dia kangkangkan saya, saya nampak kemaluan
kawan Ravi.Masa itu kedua-dua tangan kawan Ravi
berada di atas tilam.
Saya berbaring dan badan beliau berada di atas badan
saya.Kedua-dua tangan dia berada di sebelah saya dikiri
dan kanan.Saya pasti kemaluan kawan Ravi masuk ke
dalam kemaluan saya.Kedua-dua kaki saya di
kangkangkan.Kawan Ravi berada di atas badan saya
dan saya nampak dia menolak kemaluan dia ke dalam
kemaluan saya.Dia menolak kemaluan dia dengan tolak
pinggang ke depan sikit dan saya nampak kemaluan dia
masuk dan saya juga dapat rasa.Saya rasa sakit, ada
benda masuk dalam kemaluan.
Saya nampak ianya besar, sangat keras dan saya rasa
sakit.
[Nota: Perkataan-perkataan yang bergaris adalah penekanan yang
dibuat oleh saya sendiri]

Meneliti, menimbangkan dan menghalusi keterangan SP4


di atas khususnya perkataan-perkataan yang telah saya
gariskan sebagai penekanan untuk isu ini sepertimana di
atas, adalah jelas SP4 telah menyatakan posisi OKT-OKT
serta kedudukan tangan-tangan mereka semasa beliau
rasa adanya kemasukan kemaluan OKT-OKT dan begitu
juga apabila mereka hendak melakukan pancutan air
mani. Saya berpendapat jika tangan-tangan OKT-OKT
masing-masing sedang memegang kaki dan mengangkat
kaki SP4 ke atas dan juga berada di atas tilam di sebelah
kiri dan kanan SP4 dalam posisi-posisi yang dinyatakan
maka apa yang masuk sudah tentunya kemaluan OKT 1
yang sedang keras dan membesar.
Terhadap OKT 2, SP4 bukan sahaja sahkan semasa
kemasukan berlaku, tangannya berada di sebelah kiri dan
kanan beliau di atas tilam tetapi SP4 turut nampak
17

dengan matanya kemaluan OKT 2 dimasukkan ke dalam


kemaluannya.
Dari keterangan juga kedua-dua OKT telah selepas
menggoyangkan pinggang mereka beberapa minit
selepas memasukkan kemaluan mereka masing-masing
ke dalam kemaluan SP4 telah memancutkan dalam
keterangan SP4 air putih pada perut dan
kemaluannya.Ini menguatkan lagi bahawa apa yang
dimasukkan di dalam kemaluan SP4 oleh OKT 1 dan 2
adalah kemaluan mereka masing-masing menurut
pertuduhan-pertuduhan yang mereka masing-masing
hadapi .
Oleh itu isu kemasukkan ini pada hemat saya telah
berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan selaku
hakim perbicaraan, setelah menghalusi keterangan SP4
khususnya yang telah saya gariskan sebagai penekanan,
saya berpuashati dan yakin bahawa kemasukkan
kemaluan OKT 1 dan 2 masing-masing memang berlaku
semasa mereka merogol SP4.

[5.4] Hubungan Seks Telah Berlaku Mengikut Salah Satu


Dari Keadaan-keadaan Yang Dinyatakan Di bawah
Seksyen 375 Kanun Kesiksaan:Meneliti kepada pertuduhan di dalam kes yang
dibicarakan ini, saya mendapati pihak pendakwa telah
bersandarkan kes beliau kepada satu daripada keadaankeadaan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 375
khususnya seksyen 375(a) dan (b) Kanun Kesiksaan iaitu
bertentangan dengan kehendaknya [against her will] dan
bahawa perlakuan OKT 1 dan 2 itu masing-masing
adalah tanpa kerelaan SP4 [without her consent].
Meneliti, menimbangkan dan menghalusi keteranganketerangan SP4 sepertimana yang telah saya nyatakan di
para 5.1 dan 5.2 di atas beberapa rumusan dan
kesimpulan boleh dibuat antaranya, seperti berikut:18

1. Pada 15.02.2004, walaupun OKT 1 telah bersetuju untuk


mendapatkan SP4 pekerjaan tetapi OKT 1 sebaliknya
telah membawa SP4 ke Port Dickson dengan kereta wira
hitamnya dan merogolnya.
2. OKT 1 telah berbohong kepada SP4 dengan
memberitahu bahawa mereka perlu melalui jalan ke Port
Dickson untuk pergi mendapatkan kerja dan apabila
sampai di tempat kejadian OKT 1 telah memberhentikan
keretanya dan memberitahu SP4 bahawa beliau ingin
membuat bayaran lori kepada seorang lelaki cina.OKT 1
jelas telah menipu SP4 dan merogolnya.
3. Sebenarnya OKT 1 bukannya membuat bayaran
sepertimana yang dikatakan sebaliknya, OKT 1
sebenarnya telah menyewa sebuah chalet di tempat itu
bagi tujuan untuk meniduri SP4. Ini jelas bila mana OKT
kembali ke kereta, OKT 1 terus membuka pintu dan
menarik SP4 keluar dari kereta dan mengheret SP4 ke
sebuah bilik di sebelah belakang lalu merogolnya.
4. Apabila SP4 enggan menanggalkan pakaian apabila
disuruh, OKT 1 telah menampar SP4 di muka dengan
tangan dan menanggalkan baju, baju dalam, seluar dan
seluar dalam SP4 dan merogolnya.
5. Selepas persetubuhan tersebut, OKT 1 telah
memasukkan jari ke dalam kemaluan SP4 dan apabila
SP4 merayu supaya berhenti kerana rasa sakit, OKT 1
telah memarahi SP4 dengan perkataan lucah iaitu
Mayiree dan Thevidiya malah OKT telah menyuruh SP4
mengikut sahaja apa yang kawannya iaitu OKT 2 suruh
dia buat. OKT 1 juga memberitahu hanya selepas itu
mereka akan membebaskan SP4.
6. Setelah OKT 2 melakukan persetubuhan dengan SP4,
OKT 2 menyuruh SP4 memakai tuala dan menyuruh SP4
keluar dari bilik pergi ke kerusi di mana OKT 1 sedang
duduk. Di situ OKT 1 telah menyuruh SP4 duduk di atas
kemaluan OKT 2 sampai OKT 2 menggoyang-goyangkan
badannya. Oleh kerana tak tahan sakit, SP4 telah
bangun.
7. Selepas itu, OKT 1 telah memberikan amaran kepada
SP4 supaya tidak membuat repot.Jika tidak, beliau akan
19

beritahu polis yang SP4 adalah seorang pelacur dan SP4


akan ditangkap oleh pihak polis kerana beliau mendakwa
kenal ramai polis di situ.
8. OKT 1 juga telah memaksa SP4 minum minuman
Carlsberg dengan menuang ke dalam mulutnya.OKT1
juga memberitahu ada seorang lagi kawannya yang dah
lama tak bersetubuh akan datang dan menyuruh SP4
melayan kawannya itu dan mengugut hanya selepas itu
dia akan dlepaskan.
9. Apabila SP4 disuruh oleh OKT 1 bercakap dengan
kawannya itu, SP4 memberitahu orang itu supaya jangan
datang dan menangis.
10. Akhir sekali, SP4 ada bertanya kepada OKT 1 kenapa
beliau buat begitu kepadanya sedangkan sebelum itu dia
berjanji untuk mencarikan OKT 1 kerja.OKT 1 tidak
menjawab sebaliknya telah membawa SP4 masuk
semula ke dalam bilik chalet lalu merogol SP4 sekali lagi
dan setelah itu memaksa SP4 menghisap kemaluannya
walaupun SP4 telah muntah manakala OKT 2 telah
masuk kemudiannya menghisap buah dada SP4.

Berdasarkan kepada rumusan dan fakta-fakta yang saya


buat atas keterangan-keterangan SP4 sepertimana
dinyatakan di para 5.4 (1) hingga (9) di atas, saya
memutuskan adalah amat jelas bahawa SP4 tidak pernah
pada bila-bila masa memberikan kerelaan atau mahu
diperlakukan sebegitu oleh OKT-OKT.
Di dalam kes ini keterangan-keterangan sebelum dan
selepas SP4 dirogol memang menunjukkan SP4 telah
diugut dengan ketakutan yang kononnya jika SP4
membuat lapuran polis, OKT 1 yang mendakwa ramai
kenalan polis di situ akan memberitahu pihak polis
bahawa SP4 adalah seorang pelacur dan tindakan akan
diambil ke atas SP4 oleh pihak polis.Seksyen 90 Kanun
Keseksaan khususnya sekyen 90(a) memperuntukkan
bahawa:Kerelaan bukanlah suatu kerelaan yang dimaksudkan oleh
mana-mana Seksyen Kanun ini:20

a) Jika kerelaan itu diberi oleh seseorang dalam keadaan


takutkan bencana atau dalam keadaan salahfaham tentang
nyataan, dan jika orang yang melakukan perbuatan itu
ketahui, atau ada sebab mempercayai bahawa kerelaan itu
telah diberi oleh ketakutan dan salah faham itu;

Di dalam kes ini, ianya jelas menunjukkan ugutan serta


kekerasan telah digunakan terhadap SP4.Dalam kes PP
V Abdul Rahman Mohamad (2005) 1 CLJ 700
Mahkamah telah menyatakan bahawa Seksyen 375 (b)
Kanun Kesiksaan perlu dibaca bersama seksyen 90
Kanun Keseksaan dan mengulas seperti berikut:..consent is not such as is intended by the Code if the
consent is given by a person under fear of injury or under a
misconception or misrepresentation of fact. A complainants
state of mind immediately before the acts of sexual
intercourse is of central importance.submission does not
invariably mean consent..

Di dalam kes ini penilaian kepada keseluruhan


keterangan SP4 oleh saya telah membuktikan bahawa
SP4 tiada langsung memberikan kerelaannya kepada
OKT 1 dan OKT 2 untuk memperlakukan dan merogol
beliau sebegitu rupa.
[5.5] Samada Terdapat Keterangan-Keterangan Sokongan
Kepada Keterangan SP4:Berdasarkan kepada penilaian saya kepada keteranganketerangan yang telah dikemukakan di sepanjang kes
pendakwaan, saya berpuashati bahawa pihak pendakwa
telah berjaya membuktikan kesemua intipati/elemen
penting pertuduhan terhadap OKT 1 dan OKT 2 masingmasing sepertimana yang telah saya bincangkan di atas.
Selain dari itu, di dalam kes ini saya juga tidak
mengabaikan
malah
telah
menimbangkan
dan
memperhalusi keseluruhan keterangan yang ada di
hadapan saya samada terdapat keterangan-keterangan
sokongan lain khususnya kepada keterangan SP4 yang
merupakan mangsa di dalam kedua-dua kes ini.
21

Saya telah memberikan amaran kepada diri saya sendiri


selaku hakim yang membicarakan kes ini mengenai
keperluan undang-undang bahawa keterangan SP4
selaku mangsa jenayah seksual memerlukan keteranganketerangan sokongan.Ini jelas sepertimana yang
diputuskan di dalam kes Din V PP [1964] 30 MLJ 300 di
mukasurat 301 ada dinyatakan:
But the desirability for corroboration of the evidence of the
prosecutrix in a rape case springs not from the nature of the
witness but from the nature of the offence.if, however, she
complains of having rape then both prudence and practice
demand that her evidence should be corroborated

Di dalam kes Brabakaran V PP (1966) 2 MLJ 64,


Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa:
Corroborative evidence is not necessarily restricted to the
oral evidence of an independent witness. Corroboration can
equally well be afforded by established facts and the logic of
established facts sometimes speaks even more eloquently
than words

Di dalam menghalusi dan menilai keterangan-keterangan


sokongan yang ada di dalam kes ini saya mendapati
keterangan-keterangan sokongan ke atas keterangan
yang telah diberikan oleh SP4 antaranya adalah seperti
berikut:1. Selepas SP4 balik ke rumah, SP4 terus menceritakan
kejadian yang menimpa dirinya kepada SP5.
2. SP5 yang nampak SP4 sedang dalam perjalanan balik
ke rumah pada malam itu mengesahkan beliau nampak
SP4 berkeadaan sangat sedih dan malah mengesahkan
bahawa SP4 menangis semasa menceritakan kejadian
beliau dirogol oleh OKT 1 dan OKT 2 kepada SP5.
3. SP5 juga sahkan nampak muka SP4 dengan kesan jari
pada muka manakala beliau juga mendapati bibir SP4
juga bengkak.

22

4. SP4 juga ada memberitahu bahawa salah seorang


daripada kedua-dua OKT iaitu OKT 1 telah mengambil
rantai, loket dan telefon bimbitnya.
5. Fakta dan keterangan tersebut kemudiannya telah
disahkan dengan tangkapan yang dilakukan terhadap
OKT 1 yang mana surat pajak gadai telah ditemui dan
barang-barang milik SP4 telah dapat ditemui semula.

[5.6] Keterangan [SP4] mangsa kepada SP5 jelas pada


fahaman saya adalah merupakan subsequent complaint
dan memang boleh dijadikan sebagai keterangan
sokongan kepada keterangan SP4 sendiri. Di dalam kes
PP V Mardal [1950] 16 MLJ 33, Spenser-Wilkinson J
pada masa itu telah memutuskan:It would be sufficient if that corroboration consisted only of a
subsequent complaint by the complainant herself provided
that the statement implicated the accused and was made at
the first reasonable opportunity after the commission of the
offence.

Dalam kes ini aduan SP4 kepada SP5 telah dibuat dalam
masa yang sangat singkat dan cepat iaitu sejurus selepas
SP4 balik ke rumahnya.Oleh itu keterangan SP5
menyokong keterangan SP4 pada pertimbangan
saya.Selain dari itu di dalam kes Syed Abu Tahir a/l
Mohamed Esmail V PP [1988] 3 MLJ 485 ada
dinyatakan bahawa:In my opinion the evidence of the girl was sufficiently
corroborated by the two doctors who examined the girl and
the appellant respectively. In a case of this nature, medical
evidence is sufficient to corroborate the evidence of the girl

Saya mendapati keterangan SP7 iaitu doktor pakar yang


menjalankan pemeriksaan genetalia ke atas mangsa
pada 16.2.2004 juga adalah keterangan sokongan yang
dapat menyokong keterangan mangsa bahawa terdapat
kemasukan benda tumpul seperti penis atau zakar lelaki
ke dalam kemaluan mangsa.Pada pertimbangan saya
pemeriksaan juga telah dibuat dalam masa yang sangat
23

singkat selepas kejadian berlaku di mana doktor


mengesahkan terdapat kesan koyakan baru pada hymen
mangsa iaitu SP4.
Seterusnya di dalam kedua-dua kes yang dibicarakan
bersama di hadapan saya ini, saya juga berpuashati dari
penelitian dan pertimbangan saya kepada keterangan
SP4 terutamanya di para 5.1, 5.2 dan 5.3 di atas adalah
jelas berlakunya kemasukan penis OKT 1 dan 2 masingmasing sepertimana menurut pertuduhan.Adalah mustahil
objek selain zakar telah dimasukkan lebih-lebih lagi
penelitian kepada keterangan menunjukkan tangan
kedua-dua OKT 1 dan 2 bukannya di bahagian bawah
badan SP4 semasa SP4 merasakan kemasukan suatu
benda keras dalam kemaluannya.
Yang nyata kedua-dua tangan OKT 1 memegang kaki
mangsa yang telah diangkatkan ke atas manakala keduadua tangan OKT 2 pula berada di atas tilam di kiri dan
kanan SP4.
Perlu juga ditekankan, keterangan SP4 sendiri sahkan
terhadap OKT 2 selain kedudukan tangannya di atas
tilam, SP4 juga nampak dengan mata kepalanya sendiri
kemasukkan zakar OKT 2 ke dalam kemaluan
beliau.Maka selaku hakim perbicaraan saya telah
menimbangkan pekara-pekara di atas semasakmasaknya dan tidak ada sekelumit keterangan pun yang
memungkinkan benda lain yang masuk pada masa
material itu melainkan zakar OKT 1 dan 2 masingmasing.
Oleh yang demikian, keterangan-keterangan dan
penemuan-penemuan saya sepertimana di para 5.5 dan
juga keterangan doktor di para 5.6 jelas menunjukkan
keterangan SP4 bukan sahaja boleh berdiri teguh dengan
sendirinya malah ianya turut disokong oleh keteranganketerangan sokongan yang lain yang sangat konsisten
dan kukuh.
24

[5.7] Pemerhatian Mahkamah Terhadap Kredibiliti SP4


Pada penilaian saya, SP4 [mangsa] merupakan seorang
gadis yang matang dan merupakan remaja yang
meningkat dewasa yang berusia lebih kurang 19 tahun
dan 6 bulan semasa kejadian.Dari pemerhatian saya
terhadap SP4 dan juga keterangannya semasa
perbicaraan, saya mendapati SP4 adalah seorang saksi
yang jujur dan di dalam kes ini saya mendapati tiada
sebarang alasan untuk SP4 mereka-reka ceritanya untuk
menganiayai kedua-dua OKT.
Pemerhatian saya juga mendapati, SP4 percaya kepada
OKT 1 yang kononnya ingin membantu SP4
mendapatkan pekerjaan.Malangnya OKT 1 telah menipu
dan bersama OKT 2 telah mengambil kesempatan
terhadap
kepercayaan
SP4
tersebut
dengan
merogolnya.OKT 1 malah menurut keterangan SP4
menggunakan kekerasan dengan menampar SP4 kerana
enggan menanggalkan pakaiannya.SP4 juga telah diheret
dari kereta ke bilik tempat kejadian untuk dirogol.
Oleh itu menilai keseluruhan keterangan yang ada pada
peringkat ini, saya selaku hakim perbicaraan mendapati
tidak ada sebab untuk saya mencurigai keterangan
SP4.Beliau pada hemat saya adalah merupakan seorang
saksi yang sangat credible dan konsisten.Dalam hal ini
selaku hakim bicara, saya telah memberikan amaran
kepada diri saya di dalam menerima keterangan
SP4.Saya mendapati tiada sebab bagi saya untuk
mencurigai keterangan SP4 yang mana pada pendapat
saya merupakan keterangan seorang saksi yang
kredibilitinya tidak wajar disangsikan dan diragui.

[6.0] Kesimpulan.
Bersandarkan kepada alasan-alasan dan penemuanpenemuan yang telah saya nyatakan di para 5.1 hingga
5.7 di atas juga isu-isu yang dibangkit semasa diperingkat
pendakwaan sepertimana di para 7.1 di bawah, saya
25

berpuashati dan memutuskan pihak pendakwaan telah


berjaya membuktikan prima facie kes masing-masing
terhadap OKT 1 dan 2 di atas pertuduhan yang
dikenakan
terhadap
mereka.Dengan
ini,
saya
memerintahkan OKT [1] dan [2] masing-masing dipanggil
untuk membela diri di atas pertuduhan yang mereka
masing-masing hadapi.
[7.0] Kes Pembelaan
Pada peringkat kes pembelaan adalah menjadi prinsip
undang-undang mantap bahawa mahkamah perlu
menimbangkan semua keterangan yang ada termasuk
keterangan pembelaan dan memutuskan samada pihak
pembelaan telah berjaya menimbulkan sebarang
keraguan melampaui semua keraguan yang munasabah
bagi menyangkal kes pihak pendakwaan sepertimana
peruntukan S.173 (m) Kanun Acara Jenayah.Mahkamah
Persekutuan di dalam kes PP V Mohd Radzi Abu Bakar
[2006] 1 CLJ 457 telah memberikan panduan seperti
berikut:After the defence is called, the accused elects to remain
silent, then convict; After the defence is called the accused
elects to give evidence, then go through the step set out in
Mat V PP [1963] 1 MLJ 263.

Di dalam kes Mat V PP [1963] 1 MLJ 263, YA Hakim


Suffian [pada masa itu] telah meringkaskan langkahlangkah yang perlu diambil oleh mahkamah perbicaraan
seperti berikut sebelum membuat keputusan:(a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the
accuseds guilt .. .. .. .. Convict
(b) If you accept or believe the accuseds explanation ..
.. .. .. Acquit

(c) If you do not accept or believe the accuseds


explanation .. .. .. .. do not acquit but consider the
next steps below

26

(d) If you do not accept or believe the accuseds


explanation and that explanation does not raise in
your mind a reasonable doubt as to his guilt .. .. .. ..
Convict.
(e) If you do not accept or believe the accuseds
explanation but nevertheless it raises in your mind a
reasonable doubt as to his guilt .. .. .. .. Acquit

[7.1] Isu-Isu Yang Telah Dibangkitkan Oleh Pihak


Pembelaan Semasa Di Peringkat Kes Pendakwaan.
Menurut pemerhatian dan pertimbangan saya semasa
pemeriksaan balas peguambela terpelajar kepada SP4
[mangsa] pada peringkat kes pendakwaan, saya
mendapati pihak pembelaan telah membangkit pekarapekara berikut:1. Mendakwa bahawa kedua-dua OKT berada di tempat
lain dan tidak pernah berada di tempat yang
dikatakan.
2. Isu pengecaman OKT 1
3. Kredibiliti keterangan SP4
4. Isu seorang bernama Ramesh.

Saya telah menimbangkan dan menghalusi isu-isu yang


telah dibangkitkan di atas dan saya memutuskan seperti
berikut:1. Saya mendapati di dalam kes ini, walaupun SP4 tidak
membuat pengecaman dock identification terhadap
OKT 1 kerana OKT 1 telah dibenarkan meninggalkan
Mahkamah semasa perbicaraan kerana perlu
mendapatkan rawatan matanya akibat kemalangan
dengan segera, SP4 telah dengan jelas menyatakan
bahawa OKT 1 tiada di mahkamah semasa diminta
membuat pengecaman ketika perbicaraan.
2. Pada penilaian dan pertimbangan saya di dalam
keadaan kes ini, meneliti, menimbang dan
memperhalusi keseluruhan keterangan yang ada
khususnya jangka masa yang telah dihabiskan oleh
SP4 bersama OKT 1 dengan jarak dan keadaan
27

siang hari, kegagalan pihak pendakwaan untuk


memanggil semula SP4 bagi membuat pengecaman
dock indentification ke atas OKT 1 tidaklah fatal di
dalam keadaan kes ini kerana SP4 dengan jelasnya
merujuk dan mengesahkan Ravi yang dikatakan dan
dimaksudkan oleh beliau adalah merujuk kepada
OKT 1.
3. Peranan dan tindak-tanduk OKT 1 semasa kejadian
juga telah dinyatakan dengan terperinci oleh SP4 di
dalam keterangannya sepertimana dinyatakan di para
5.1,5.2 dan 5.3 di atas khususnya. Maka pada
pertimbangan saya ketinggalan pengecaman OKT 1
dari kandang OKT oleh SP4 semasa perbicaraan di
dalam keadaan kes ini tidak memudaratkan kes
pendakwaan jika pertimbangan keseluruhan kes ini
diambilkira.
4. Kredibiliti SP4 pula telah saya pertimbangan dan
perhalusi sepertimana penemuan dan pemerhatian
saya yang telah saya nyatakan dengan jelas di para
5.7 di atas dan pada peringkat kes pendakwaan, saya
berpendapat tiada sebab untuk saya mempertikaikan
kredibiliti SP4 yang jujur.
5. Isu seorang yang bernama Ramesh yang telah tidak
dipanggil di dalam keadaan kes ini pula pada
pertimbangan saya tidaklah memudaratkan kes
pendakwaan kerana menurut keterangan SP4,
Ramesh adalah kawan kepada OKT 2 malah dari
keterangan OKT 1 yang meminta OKT meminta
Ramesh menghantar SP4 pulang. Oleh itu Ramesh
hanya bertindak membantu menghantar SP4 balik ke
rumahnya selepas kejadian pada malam tersebut.
6. Pemerhatian saya juga mendapati pihak pembelaan
langsung tidak mencabar semasa peringkat kes
pendakwaan bahawa orang yang bernama Ramesh
tersebut, tidak wujud. Ini boleh dilihat dari
pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan terhadap
SP4 dan juga pegawai penyiasat SP3 di mana OKT 2
khususnya langsung tidak mencabar mengenai
seorang bernama Ramesh yang dikatakan rakan
beliau oleh SP4 dan juga peranan lelaki itu yang telah
menghantar SP4 pulang ke rumahnya atas
permintaan OKT 2 sendiri.
28

7. Berhubung dengan Notis Alibi iaitu IdD14 dan 15,


saya berpendapat notis-notis tersebut bukanlah notis
yang teratur, sah dan berkesan di sisi undangundang. Di dalam kes Mahkamah Agung, kes
Hassan Sillit V PP [1998] 1 CLJ (Rep) 128 di mana
di dalam kes ini OKT telah disabitkan dengan
kesalahan rogol dan pihak pembelaan di dalam kes
tersebut
telah
mengemukakan
pembelaan
alibi.Bagaimanapun di dalam kes tersebut pihak
pembelaan telah tidak memberikan notis untuk
menyokong pembelaan alibi tersebut kepada pihak
pendakwaan sepertimana yang dituntut oleh oleh s.
402A Kanun Acara Jenayah dan dalam hal ini
Mahkamah Agung menyatakan di mukasurat 129
seperti berikut:Be that as it may, Counsel for the accused argues
that there is compliance with the provisions of s. 402A
because the cautioned statement given by the
accused to the police contained the defence of alibi
and that was sufficient notice to the Public Prosecutor
for the purpose of that section. For this legal
proposition, learned Counsel for the accused is
unable to cite any authority, local or foreign. We can
only conclude that there are no known authorities to
support such a vital legal proposition which involves
the recognition of the doctrine of constructive notice in
the provisions of s. 402A. A statutory provision
must be construed in favour of the person or
class of persons for whose protection or benefit it
was passed. From the wordings of s. 402A, the
statutory notice must be given by an accused
person in writing to the Public Prosecutor at least
10 days before the commencement of the trial,
and we fail to comprehend how a cautioned
statement made by the accused on 4 April 1981 to
the police under s. 113 CPC in the course of
police investigation and made before the accused
was charged in Court as an accused person can
ever constitute a valid alibi notice under s. 402A.
The words used in the statutory provisions are
clear and unambiguous. In our view, for purpose
of compliance with s. 402A, actual written notice
containing particulars of the alibi must be given to
the Public Prosecutor within the prescribed
29

period. We would accordingly answer the first


question in the negative, i.e. a cautioned statement
recorded by the Police under s. 113 CPC does not
constitute a valid notice under s. 402A of the Code.
[Nota: Perkataan-perkatan yang bergaris adalah
penekanan yang dibuat oleh saya sendiri]
8. Di dalam kes di hadapan saya ini walaupun tidak
dinafikan ada notis telah dikeluarkan, notis-notis
tersebut jelasnya telah tidak ditujukan kepada pihak
pendakwaan seperti diperuntukkan di bawah seksyen
402A tersebut. Pihak pembelaan sebaliknya telah
menujukan notis-notis itu kepada Pendaftar
Mahkamah dan salinannya diberikan kepada pihak
pendakwaan.Oleh itu saya mendapti notis tersebut
tidak mematuhi peruntukan undang-undang di mana
ianya mestilah diberikan kepada kepada pihak
pendakwaan.Di dalam kes PP V Mohd Fazil
Awaludin [2009] 2 CLJ 862, YA Mohd Zawawi JC
telah memutuskan:What are the consequences of a failure to disclose
material documents before the commencement of the
trial? As far as s. 51A of the CPC is concerned, I do
not think that the consequence of the non-compliance
would make the trial a nullity. My reasons are as
follows:
Firstly, there is a distinction between provisions
which prescribe the manner of trial and
provisions which provide for the conduct of the
trial. Disregard of a provision under the former is
fatal to the trial and at once invalidates the
conviction. However, disregard of the latter, even
though prescribed in a mandatory manner is not fatal
unless the court is satisfied that the accused has
been prejudiced. In my opinion, provisions relating to
the delivery of certain documents to the accused
before trial like s. 51A of the CPC concerns with the
conduct of the trial. A comparison of s. 399, 402A
and s. 51A of the CPC will illustrate the point.
Subsection (2) of s.399 of the CPC sets a
precondition, in that, where the public prosecutor
intends to give any evidence of the report of a
person listed under subsection (2),he has to
30

deliver a copy thereof to the accused not less


than 10 clear days before the commencement of
the trial. If the public prosecutor did not comply
with the precondition stipulated, the report is not
admissible in evidence. Therefore, the service of
notice to the accused is not only procedural but it
is evidential. So too section 402A of the CPC. This
section was enacted to prevent any person from
fabricating evidence of alibi and to enable the
police to interrogate the intended witness or
witnesses well before the date of trial to ascertain
the validity of the defence. The non-compliance
with the requirements of section 402A will render
evidence in support of an alibi inadmissible.
[Nota:Perkataan yang bergaris adalah penekanan yang dibuat
oleh saya sendiri]

9. Maka saya putuskan, oleh kerana Notis Alibi iaitu


IdD14 dan IdD15 pihak pembelaan, telah gagal
mematuhi pekara asas yang dikehendakki oleh
undang-undang yang diperuntukan di bawah seksyen
402A CPC sepertimana penekanan kepada kes keskes yang telah saya rujuk di atas, maka saya
memutuskan Notis-notis Alibi tersebut tidak sah.Oleh
itu apa-apa keterangan yang cuba dibawa masuk
oleh pihak pembelaan berhubung dengan pembelaan
alibinya patut diketepikan dan tidak wajar diterima
masuk sebagai keterangan oleh mahkamah ini.

[7.2] Pada peringkat kes pembelaan, OKT 1 dan 2 masingmasing telah memilih untuk memberikan keterangan
secara bersumpah di dalam kandang saksi.Pembelaan
juga telah memanggil 4 orang lagi saksi memberikan
keterangannya.Setelah meneliti, menimbangkan dan
memperhalusi keseluruhan keterangan yang ada di
hadapan saya khususnya keterangan-keterangan saksisaksi pembelaan pada peringkat ini, saya berpuashati
dan memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal
menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah
terhadap
kes
pihak
pendakwaan.Alasan
saya
memutuskan sedemikian adalah seperti berikut:-

31

Pertamanya, saya ingin mengulangi dan menerima pakai


penemuan-penemuan serta alasan-alasan saya semasa
di peringkat kes pendakwaan yang telah saya nyatakan di
para 5.1 hingga 6.0 di atas dan juga penemuanpenemuan saya terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan
oleh pihak pembelaan melalui peguambela yang
terpelajar semasa di peringkat kes pendakwaan
sepertimana di para 7.1 di atas.
Seterusnya, di dalam menimbangkan pembelaan keduadua OKT 1 dan 2 serta saksi-saksinya dengan
keseluruhan keterangan yang ada di hadapan saya di
dalam kes ini, saya mendapati pembelaan OKT-OKT
meragukan. Di antaranya:1. Semasa di peringkat pembelaan SD1 dan SD2
memberikan keterangan bahawa mereka tidak pernah
kenal antara satu sama lain.Pembelaan ini adalah satu
pembelaan yang baru yang tidak pernah ditimbulkan oleh
pihak pembelaan pada peringkat kes pendakwaan.SP4
[mangsa] dan juga pegawai penyiasat [SP3] semasa
memberikan keterangan mereka di peringkat kes
pendakwaan tidak pernah ditanya mengenai pekara
ini.Oleh itu saya mendapati dakwaan dan pembelaan ini
pada peringkat ini adalah sesuatu yang direka atau after
thought.
2. Walaupun
pembelaan
boleh
membangkitkan
pembelaannya pada bila-bila masa yang difikirkan
sesuai, kegagalan pembelaan menimbulkan dan
mencabar SP4 dan juga SP3 yang menyiasat kes
berkenaan pekara ini menyebabkan versi pembelaan
nampak rapuh dan tidak meyakinkan. Saksi Mohan yang
dikatakan tersebut tidak pernah dimaklumkan kepada
pihak pegawai penyiasat menunjukkan pembelaan ini
sebenarnya direka dan sengaja diada-adakan.
3. Pembelaan alibi yang cuba dibawa masuk oleh pihak
pembelaan juga telah saya putuskan tidak boleh diterima
masuk sebagai keterangan kerana kegagalan pihak
pembelaan mematuhi dengan ketat peruntukan seksyen
402A di mana pihak pembelaan telah gagal memberikan
Notis kepada Pendakwa Raya. Notis-Notis Alibi
sebaliknya telah diberikan kepada Pendaftar Mahkamah
32

dan hanya salinannya sahaja telah diberikan kepada


Pendakwa Raya. Oleh itu Notis tersebut saya telah
putuskan sebagai tidak sah sepertimana penemuan saya
di para 7.1 (6),(7) dan (8) di atas.
4. Selanjutnya pembelaan mendakwa bahawa kononnya
SP4 telah tersilap mengecam SD3 [OKT 2] dan pihak
polis telah tersilap menangkap SD3 [OKT 2] adalah juga
suatu isu baru yang tidak pernah ditimbulkan sebelum ini
oleh pembelaan menurut pertimbangan saya.Pada
penilaian saya dakwaan ini sangat bertentangan dengan
pengecaman yang telah dibuat oleh SP4 terhadap OKT 2
[SD3].Oleh itu, saya selaku hakim perbicaraan
mendapati pembelaan OKT-OKT tidak konsisten dan
berubah-berubah semasa di peringkat pendakwaan
mahupun pembelaan.
5. Jika benar dakwaan di atas, saya mendapati keterangan
SP4 menyatakan bahawa SD3 [OKT 2] yang telah
menghantar beliau kepada kawan SD3 sendiri bernama
Ramesh pada masa peringkat kes pendakwaan telah
langsung tidak dicabar oleh pihak pembelaan bagi
menafikan pekara tersebut. Malah untuk menjadikan
pembelaan kes OKT-OKT semakin parah, pada
peringkat pembelaan ini juga saya mendapati SD1 [OKT
1] mendakwa Ramesh yang dikatakan sebenarnya telah
bersama dengan SP4 yang dikenalinya pada masa itu
sebagai Malar telah berjumpa di sebuah stesen
Shell.Mereka ingin meminjam duit daripada OKT 1 [SD1]
dan sebagai cagaran rantai dan loket emas diserahkan
kepada OKT 1 [SD1]. Ramesh dikatakan telah
mengungut SD1 upaya memulangkan rantai tersebut
dengan mengugut untuk membuat lapuran polis bahawa
SD1 [OKT 1] menjalankan perniagaan pinjaman wang
tanpa lesen.Namun begitu, pada penilaian saya, cerita
yang sangat bertentangan dengan versi kes pendakwaan
ini telah langsung tidak dicabar oleh pihak
pembelaan.SP4 [mangsa] dan juga SP3 [pegawai
penyiasat] langsung telah tidak ditanya dan disoal
mengenai isu ini jika pembelaan bercakap benar.
6. Sebagai contoh kepada keraguan pembelaan yang sukar
untuk Mahkamah ini mempercayai adalah berhubung
dengan barang kemas yang kononnya telah digadaikan
oleh OKT 1 sehari selepas kejadian iaitu pada 16hb
mempunyai 2 versi yang sangat bertentangan.
33

Menurut versi pendakwaan oleh SP4, rantai dan loket


emas beliau telah diambil oleh OKT 1 bersama dengan
talipon bimbitnya selepas beliau dirogol malah
keterangan SP4 seterusnya juga ada menyatakan
semasa di dalam perjalanan, di dalam kereta OKT 2
beliau telah merayu supaya barang-barang tersebut
dikembalikan tetapi OKT 2 telah memberitahu SP4
supaya berjumpa dengannya pada minggu depan di
mana OKT 2 akan menghantar seseorang untuk
mengambilnya di Terminal One. Jika tidak SP4 tidak
akan mendapat semula barang-barang tersebut.
Fakta dan keterangan ini langsung tidak dicabar oleh
OKT 2 malah OKT 1 yang mendakwa rantai tersebut
adalah sebagai cagaran pinjaman yang dibuat oleh
Ramesh dan Malar [yang telah dicamkan sebagai
SP4].Kegagalan pihak pembelaan mencabar keterangan
ini semasa di peringkat kes pendakwaan menjadikan kes
/ versi pembelaan OKT 1 dan 2 meragukan,
bertempiaran tanpa haluan serta tidak menyakinkan.
7. Isu SP4 dan seorang bernama Ramesh telah meminjam
wang dari SD1 [OKT 1] telah hanya ditimbulkan oleh
pembelaan pada peringkat ini sedangkan jika benar isu
tersebut wujud dan berasas kenapakah SP4 telah tidak
dicabar mengenainya dan juga peranan Ramesh yang
merupakan kawan kepada kawan OKT 2 yang hanya
menghantar SP4 balik atas permintaan OKT 2 sendiri
telah tidak dicabar oleh OKT 2 dan dibangkitkan pada
masa di peringkat kes pendakwaan. Oleh yang demikian,
ini menunjukkan bahawa pembelaan SD1 dan SD3 tidak
munasabah dan konsisten malah SP4 telah dicamkan
oleh OKT 1 sebagai Malar pada peringkat kes
pembelaan walaupun pada peringkat kes pendakwaan,
OKT 1 telah mencabar pengecaman dock indentification
SP4 terhadapnya. Pihak pembelaan sekali lagi
membuktikan bahawa pembelaan mereka adalah rekaan,
pembohongan dan tangkap muat sahaja tanpa asas.
8. Ramesh
yang
dikatakan
menurut
SD1
telah
menaliponnya
untuk
meminjam
wang
dengan
mencagarkan rantai dan loket Malar [SP4] tetapi SP4
memberitahu bahawa selepas kejadian kesemua mereka
keluar dari tempat kejadian dan beliau masuk ke dalam
kereta OKT 2 yang kemudiannya menghantar SP4
34

kepada kawannya yang dikenali dengan nama Ramesh.


Maka SP4 menyatakan beliau hanya kenal Ramesh
setelah OKT 2 [SD3] membawanya kepada Ramesh
sedangkan SD1 atau OKT 1 mendakwa Ramesh dan
SP4 telah menghubunginya untuk meminjam wang
adalah sesuatu yang amat berbeza tetapi pihak
pembelaan tidak menimbulkannya semasa diperigkat kes
pendakwaan menjadikan versi pembelaan tidak realistik.
9. Pada penilaian saya isu pinjam wang oleh SP4 dan
Ramesh dimana Ramesh dikatakan telah menghubungi
OKT 1 dan OKT 1 pula di peringkat pendakwaan
mendakwa tidak kenal OKT 2 menjadikan pembelaan
OKT 1 dan 2 bahawa mereka tidak kenal antara satu
sama lain tidak boleh dipertahankan. Ini adalah kerana
SP4 semasa di peringkat kes pendakwaan mengesahkan
bahawa OKT 2 yang telah membawa beliau kepada
Ramesh dan Ramesh hanya berperanan membantu
menghantar beliau balik ke rumah TETAPI semasa di
peringkat pembelaan saya mendapati peranan Ramesh
tiba-tiba menjadi sangat aktif di mana Ramesh dan SP4
yang dipanggil Malar pada peringkat kes pembelaan
menjadi peminjam malah menggugut OKT 1
menjalankan perniagaan pinjam wang tanpa lesen jika
gagal kembalikan rantai SP4. Jika SP4 dan Ramesh
kenal OKT 1[SD1] dan pernah berurusan pinjam wang
SD1 dan SP4 pula telah dikenalkan Ramesh oleh OKT 2
yang minta Ramesh menghantar SP4 pulang, maka
dakwaan OKT 1 dan 2 mereka tidak mengenali antara
satu sama lain adalah tidak masuk akal.

10. Pada pertimbangan saya versi kes pembelaan tidak


dapat dipertahankan malah menjadi bertambah kusut bila
mana pembelaan OKT 1 dan OKT 2 mendakwa mereka
tidak kenal antara satu sama lain tetapi OKT 2 tak
nafikan dan cabar langsung dakwaan dan keterangan
SP4 bahawa Ramesh adalah kawannya dan OKT 2
sendiri yang meminta Ramesh menghantarkan SP4
pulang.Tambah kusut lagi bila mana OKT 1 pula
mendakwa berurusan dengan Ramesh dan Malar yang
dicamkan sebagai SP4 dalam pinjaman wang sedangkan
OKT 1 dan 2 telah mendakwa mereka tidak kenal antara
satu sama lain sebelum ditangkap pihak polis. Maka
jelaslah dan kukuhlah bahawa ini adalah satu

35

pembohongan yang nyata oleh pembelaan kepada


mahkamah yang mulia ini.
11. Saya bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa
SD2, SD4, SD5 dan SD6 adalah saksi-saksi yang
mempunyai hubungan kekeluargaan dan di dalam
menerima keterangan mereka, saya selaku hakim
perbicaraan bersetuju dengan pihak pendakwaan
bahawa saya perlu berhati-hati.Di dalam kes,mengambil
kira penemuan-penemuan saya serta alasan-alasan saya
yang dinyatakan di sini terhadap kes pembelaan dan
keterangan OKT 1 dan 2 khususnya, saya berpendapat
adalah tidak selamat untuk saya menerima keterangan
saksi-saksi pembelaan di sini.

[7.3] Kesimpulan
Maka setelah saya menimbangkan keseluruhan
keterangan yang ada di hadapan saya dan setelah saya
memberikan amaran kepada diri saya selaku hakim
perbicaraan, saya berpuashati dan mendapati tiada
sebab untuk mahkamah ini menolak keterangan SP4
mengenai peristiwa hitam yang telah menimpa
dirinya.Keterangan pembelaan OKT 1 dan 2 serta saksisaksi mereka masing-masing bukan sahaja banyak
menimbulkan persoalan yang tidak terjawab malah
keterangan OKT-OKT juga pada saya merupakan satu
penafian dan
juga rekaan semata-mata.Menghalusi
keseluruhan
keterangan
yang
ada
menjadikan
pembelaan-pembelaan yang ditimbulkan pada peringkat
kes pembelaan bukan sahaja meragukan kes pembelaan
sebaliknya mengukuhkan kes pendakwaan.
Atas alasan-alasan yang telah saya nyatakan di atas
saya mendapati dan memutuskan pihak pembelaan telah
gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah
terhadap kes pendakwaan.Saya juga telah mengikut
langkah-langkah panduan yang telah nyatakan di dalam
kes Mat V PP [1963] 1 MLJ 263.Maka saya memutuskan
OKT 1 dan OKT 2 bersalah sepertimana pertuduhan yang
mereka masing-masing hadapi.

36

[7.4] Rayuan OKT 1 dan 2 Melalui Peguambela Mereka


Menurut peguam ini adalah kesalahan pertama keduadua OKT dan mereka tidak pernah melakukan kesalahan
yang lain.Kedua-dua mereka telah berumahtangga dim
ana OKT Pertama mempunayi empat orang anak dan
seorang isteri.OKT Kedua pula mempunyai tiga orang
anak dan juga seorang isteri.Kedua-dua mereka adalah
satu-satunya punca pendapatan keluarga.OKTpertama
mempunyai
syarikat
pengangkutan
yang
mana
diuruskannya sendiri.Jika hukuman penjara yang
panjang, perniagaan akan rugi kerana tiada sesiapa yang
akan kendalikan.OKT Kedua pula pesakit buah pinggang.
Setiap 3 4 tahun beliau perlu menjalani rawatan
pembedahan buah pinggang.Hukuman penjara yang
lama akan memudaratkan kesihatan mangsa.Menurut
peguam beliau percaya ini adalah satu kes dan
kesalahan yang berat.Mahkamah, bagaimanapun ada
budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.Mohon
hukuman penjara dan rotan yang rendah dijatuhkan.
[7.5] Hujahan Timbalan Pendakwaraya
Saya percaya kesalahan ini serius. Kes jenayah
sexual.
Dalam kes ini Mahkamah dapat menilai kekerasan
telah digunakan terhadap mangsa.
Mangsa diperdaya OKT untuk dapatkan kerja
sebaliknya dirogol
Saya mohon Mahkamah ambil satu judicial Notice
kes ini statistic paling tinggi.
Mohon hukuman deterrent dijalankan. Ambil kira
mangsa, factor kepentingan awam. Mohon
hukuman.
Saya sahkan OKT Pertama dan OKT Kedua tiada
kesalahan lampau.

37

[7.6] Sabitan Dan Hukuman


Setelah menimbangkan rayuan kedua-dua OKT melalui
peguambela dan juga hujahan balas pihak TPR yang
terpelajar, saya memutuskan OKT 1 dan 2 didapati
bersalah dan disabitkan dengan kesalahan sepertimana
pertuduhan-pertuduhan yang mereka masing-masing
hadapi.
Saya selanjutnya memerintahkan OKT 1 dan 2 masingmasing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dari tarikh
hukuman i.e 5.10.2009 dan juga dikenakan 6 sebatan
rotan.
Saya juga memerintahkan semua eksibit dikepilkan pada
fail Mahkamah manakala eksibit yang dikemukakan
sebagai Id dikembalikan kepada tuanpunya melalui pihak
polis.
[7.7] Alasan Saya Menjatuhkan Hukuman Sedemikian
Hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT-OKT di
sini adalah sah menurut apa yang telah diperuntukan di
sisi undang-undang. Di dalam kes Public Prosecutor v.
Jafa bin Daud (1981) 1 MLJ 315 Mahkamah telah
menyatakan maksud "sentence according to law" seperti
berikut:"sentence according to law" means that the sentence must
not only be within the ambit of the punishable section, but it
must also be assessed and passed in accordance with
establish judicial principles.. "

Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT-OKT,


saya telah menimbangkan fakta bahawa OKT telah
didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan
sepertimana pertuduhan selepas suatu perbicaraan
penuh dijalankan.Maka hukuman di sini telah
mengambilkira perbicaraan yang panjang dan masa yang
telah diambil oleh mahkamah, saksi-saksi dan pihakpihak yang terlibat di dalam kes ini.
38

Saya juga telah menimbangkan faktor kepentingan awam


di mana sejak akhir-akhir ini kejadian rogol semakin
menjadi-jadi.Adalah diharapkan hukuman ini dapat
menginsafkan OKT-OKT dan juga memberikan amaran
kepada mereka-mereka yang berhasrat untuk melakukan
kesalahan yang sama di masa hadapan.
Kedua-dua OKT adalah pada masa kejadian telahpun
berumahtangga serta mempunyai anak-anak.OKT-OKT
tidak sepatutnya melakukan kesalahan di sini kerana
OKT-OKT mempunyai isteri yang boleh memberikan
OKT-OKT tempat untuk meredakan kehendak dan
tuntutan syahwatnya.
OKT-OKT telah melakukan keganasan terhadap mangsa
dengan menampar dan mendera serta mengugut mangsa
semasa kejadian.
OKT 1 telah mengambil kesempatan di atas kepercayaan
mangsa untuk mendapat pekerjaan sebaliknya di atas
kepercayaan yang telah diberikan kepadanya, OKT 1
telah merogol mangsa malah mengajak OKT 2 samasama merogol mangsa.Hukuman di sini juga telah
mengambilkira status OKT yang telah berkahwin dan
mempunyai isteri serta keganasan dan kekasaran yang
telah dilakukan terhadap mangsa.
Pada pertimbangan saya OKT-OKT sepatutnya
memikirkan tentang kepayahan dan kesusahan keluarga
masing-masing, risiko pada perniagaannya dan juga
penyakit yang dihidapinya terlebih dahulu sebelum
melakukan kesalahan di sini lebih-lebih lagi kedua-dua
mereka satu-satunya pencari rezeki buat keluarganya
masing-masing.OKT 1 sedar dia mempunyai perniagaan
yang stabil tetapi masih melakukan kesalahan di sini.OKT
2 juga sedar dia berpenyakit tetapi masih mahu merogol
dan menggelapkan masa depan seorang anak remaja
yang berpotensi. Oleh itu permohonan untuk peringanan
hukuman di sini adalah satu yang tidak wajar
39

dipertimbangkan pada saat ini kerana ibarat pepatah nasi


sudah menjadi bubur
Perbuatan OKT-OKT telah menghancurkan dan
merosakkan kehidupan seorang anak gadis yang masih
muda pada masa itu dan pekara ini hendaklah di
pandang serius dan di dalam menjatuhkan hukuman
sedemikian saya telah mengambilkira kesusahan dan
keperitan yang dialami oleh mangsa yang menghadapi
trauma akibat peristiwa hitam ini di dalam hidupnya.
Akhir sekali saya menyatakan keputusan saya mendapati
dan memutuskan OKT-OKT bersalah dan disabitkan
dengan kesalahan yang mereka masing-masing hadapi di
sini dan juga hukuman yang telah saya jatuhkan ke atas
mereka, atas alasan-alasan tertera di atas adalah wajar,
sah dan adil di sisi undang-undang.
Dikemukakan kepada YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk
pertimbangan.

Bertarikh: 5hb Oktober 2009.

(Zamri Bin Haji Bakar)


Hakim Mahkamah Sesyen Seremban

Pihak-Pihak
Puan Hanie Dzatul Akhmar Binti Zulkefli
Timbalan Pendakwa Raya bagi pihak Pendakwaan
En Sharif Bin Mohammad
Peguambela bagi pihak OKT [1] dan [2]
40