Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN KESELAMATAN KETIKA MENGIKUTI PROGRAM EKSPEDISI

FLORA DAN FAUNA

SEMASA MENGIKUTI AKTIVITI


Pelajar TIDAK dibenarkan
1.

Berada di tapak perkhemahan jantina lain.

2.

Membuang sampah merata rata.

3.

Menukar khemah tanpa kebenaran.

4.

Memetik atau merosakkan tumbuh tumbuhan disekeliling.

5.

Membawa masuk rokok, minuman keras, gambar-gambar lucah, bacaan yang


diharamkan atau audio visual yang diharamkan.

6.

Memiliki atau menggunakan bahan-bahan kimia atau ubat- ubatan yang


membahayakan. Jika pelajar membawa sebarang ubat, haruslah di lapurkan kepada
guru keselamatan.

7.

Melakukan perbuatan yang membahayakan diri seperti memanjat pokok/batu atau


mengeluarkan kepala keluar dari bas dll.

8.

Melakukan apa-apa jenis perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman dan


keharmonian pelajar yang mengikuti program ini

9.

Berkhalwat termasuk berdua-duaan dengan berlainan jantina di kawasan tapak


perkhemahan.

10. Bermain judi/permainan yang ada unsur pertaruhan


11. Merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran.
12. Memberi makanan kepada binatang-binatang.
13. Berkeliaran di luar kawasan khemah masing-masing selepas jam 12.00 malam
14. Memancing, berburu dan menagkap binatang tanpa kebenaran
15. Keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi

PERATURAN TAMBAHAN

1. Kekemasan dan Kebersihan Khemah


Setiap penghuni bertanggungjawab terhadap kebersihan khemah masing-masing pada
setiap masa serta kawasan sekeliling.
2. Peraturan Berpakaian
Semua pelajar diingatkan supaya mematuhi cara berpakaian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Peraturan Rohani
Semua pelajar di wajibkan mengerjakan solat pada waktu yang ditetapkan.
.
4. Peraturan lain-lain
Semua pelajar diingatkan supaya menjaga diri, peralatan dan harta persendirian pada
setiap masa.
Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah dibawah penyeliaan dan pengawasan pihak
bertanggungjawab
Aktiviti penggunaan air dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan
mendapat kebenaran dari pihak penganjur

Anda mungkin juga menyukai