Anda di halaman 1dari 56

PERTUMBUHAN DAN

PEMBANGUNAN NEGARA
SEDANG MEMBANGUN
DAN
KLASIFIKASI NEGARANEGARA DUNIA

PERBEZAAN
Pertumbuhan dan
Pembangunan
EKONOMI

Pengenalan

Maksud pembangunan.

Negara membangun.

Pembangunan ekonomi merupakan kajian


yang menganalisis tentang masalah
pembangunan di negara membangun (ND3).
Di mana proses pembangunan melibatkan
penyusunan semula sistem ekonomi dan
perubahan institusi, adat dan nilai masyarakat

MICHAEL P. TODARO (1977)

Pembangunan sebagai satu proses pelbagai


dimensi yang mana melibatkan pembentukan
serta penyesuaian semula sistem ekonomi
dan sosial.
Proses pembangunan melibatkan
penyusunan semula sistem ekonomi dan
perubahan institusi, adat dan nilai
masyarakat.

BENJAMIN HIGGINS (1968)

Pembangunan ekonomi bukan sahaja


tertumpu kepada pertumbuhan tingkat
pendapatan per kapita semata-mata tetapi
juga melibatkan pembangunan sumber
tenaga manusia, kecekapan penduduk dalam
menyediakan barangan yang diperlukan,
perubahan sikap dan pertalian sosial, diikuti
dengan peningkatan taraf hidup dan
kebajikan.
5

Dalam penggunaan seharian, perkataan


pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
ekonomi digunakan secara bertukar ganti.
Namun demikian, kedua-dua istilah ini sangat
berbeza.

Pertumbuhan ekonomi bermaksud


peningkatan dalam keluaran (pendapatan)
negara atau keluaran (pendapatan) negara
per-kapita. Sekiranya pengeluaran barangan
dan perkhidmatan sesebuah negara
meningkat, negara itu dikatakan mengalami
pertumbuhan ekonomi (Gillis et al. 1996).

Pembangunan ekonomi pula meliputi skop


yang lebih luas. Ia bukan sahaja merujuk
kepada peningkatan keluaran (pendapatan)
atau keluaran (pendapatan) per kapita tetapi
juga melibatkan perubahan struktur ekonomi.

-Ini termasuklah, kepentingan sektor yang


telah berubah kepada perindustrian,
perbandaran yang berlaku dengan pesat, dan
penghijrahan penduduk dari luar bandar ke
bandar yang menyebabkan peratus penduduk
bandar meningkat.

Selain itu, kadar pertumbuhan penduduk


menurun (Positif kepada negara), dan struktur
umur penduduk berubah kepada
berkurangnya nisbah kebergantungan (Bila
kumpulan penduduk bertukar kepada
golongan yang boleh bekerja, akan
mengurangkan beban kerajaan).

10

Disamping itu juga, Corak penggunaan


berubah kepada barangan dan perkhidmatan
tahan lama serta barangan mewah dan bukan
setakat memenuhi keperluan asas sahaja
(Tidak bergangtung kepada barangan
asas/perlu).

11

Sesetengah negara mengalami peningkatan


dalam pendapatan per kapita tetapi
sebahagian besar faedahnya dimiliki oleh
orang asing melalui penyertaan asing dalam
aktiviti ekonomi. Sekiranya ini berlaku maka
negara ini tidak boleh dianggap mengalami
pembangunan.

12

Perkara utama yang perlu wujud dalam


pembangunan ekonomi ialah penyertaan
rakyat negara itu dalam proses perubahan
tersebut. Penyertaan rakyat tempatan ini
adalah dari segi melibatkan diri dalam proses
pengeluaran dan mendapat manfaat daripada
peningkatan keluaran.

13

Maksud
Pembangunan Ekonomi (Samb.)

Dengan kata lain, mereka (Rakyat negara


tersebut) sama-sama menikmati hasil
peningkatan keluaran dan perkhidmatan
melalui peningkatan kekayaan individu. Ini
boleh berlaku melalui agihan pendapatan dan
kekayaan yang lebih sama rata.

14

Maksud
Pembangunan Ekonomi (Samb.)

Sekiranya peningkatan output hanya dirasai


oleh kumpulan minoriti sahaja, maka ia tidak
boleh dianggap sebagai pembangunan.
Ringkasnya pembangunan ekonomi merujuk
kepada pertumbuhan ekonomi dan keadilan
sosial yang berlaku dalam sesebuah Negara.

15

KESIMPULAN :
PERTUMBUHAN DAN
PEMBANGUNAN
PERTUMBUHAN EKONOMI

Merujuk kepada pertumbuhan atau keluaran


dan pendapatan negara.
Pendapatan per kapita diukur berdasarkan
Keluaran Negara Kasar (jumlah hasil dan
perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara
dalam tempoh setahun) dibahagikan dengan
jumlah penduduk.
16

PEMBANGUNAN EKONOMI

Aspek yang lebih luas - semua penduduk


terlibat memainkan peranan penting dalam
proses yang melibatkan perubahan struktur.

Penglibatan dalam proses pembangunan


akan menghasilkan faedah pembangunan
seperti keluaran negara.
Pembangunan Ekonomi = pertumbuhan
ekonomi + keadilan sosial yang berlaku
dalam sesebuah Negara.

17

PERTUMBUHAN EKONOMI MODEN

Merujuk kepada zaman ekonomi semasa


berbanding dengan zaman sebelumnya.

Contohnya zaman kapitalis (sekarang)


dengan zaman ekonomi feudal (dahulu).
Pertumbuhan ekonomi zaman moden penggunaan teknologi moden dalam proses
pengeluaran, industri, urbanisasi dan
pertumbuhan penduduk.

18

GLOBALISASI

19

GLOBALISASI DALAM
PEMBANGUNAN

DARI segi ekonomi, globalisasi merupakan


proses integrasi ekonomi dunia melalui
pengembangan aliran barang-barang,
perkhidmatan, modal, buruh, maklumat, dan
pengetahuan merentasi sempadan.
Ia dipercepatkan melalui kemajuan dalam
pengeluaran, teknologi maklumat dan
komunikasi, serta ekonomi dunia yang lebih
liberal.

20

Terdapat beberapa bentuk globalisasi


ekonomi, iaitu globalisasi perdaganggan
(tanpa cukai), globalisasi kewangan (tanpa
interest), globalisasi pengeluaran
(pengeluaran barangan tanpa sempandanseperti Sweden buka kilang Sony Ericson di
China), dan globalisasi buruh (tiada sekatan
buruh mahir dan kurang mahir) (Mohd Haflah,
2003).

21

Sebagai sebuah negara yang mempunyai


ekonomi terbuka (global), prestasi ekonomi
Malaysia amat dipengaruhi oleh persekitaran
global yang disalurkan melalui perdagangan,
aliran kewangan, dan juga melalui "kesan
jangkitan", misalnya dalam hal kegawatan
atau krisis ekonomi 1997/1998.

22

GLOBALISASI PERDAGANGAN

Globalisasi perdagangan melibatkan


peningkatan rangkaian dan saling
bergantungan perdagangan di antara negaranegara di dunia.
Ia dipercepatkan melalui perkembangan
pengetahuan dan dipermudah melalui
perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi, pengurangan kos pengangkutan,
serta liberalisasi perdagangan dan pelaburan
(bekerja sama di antara negara).
23

Liberalisasi perdagangan melibatkan perjanjian


pelbagai negara untuk mengurangkan tarif dan
akhirnya menghapuskan sekatan tarif dan bukan
tarif di bawah naungan Perjanjian Am
Perdagangan dan Tarif (GATT) dan Pertubuhhan
Perdagangan Dunia (WTO) melalui beberapa
pusingan perundingan perdagangan pelbagai
negara.

Pusingan rundingan yang terakhir ialah


Pusingan Uruguay yang bermula pada
November 1986 hingga 15 April 1994 serta
dilaksanakan mulai 1 Januari 1995.
24

Pusingan Uruguay ini juga termasuklah


perjanjian perdangan wilayah seperti APEC,
AFTA, dan NAFTA serta de-regulasi (tanpa
bataskan) ekonomi negera tertentu.
Pusingan Uruguay mempersetujui pengurangan
tarif ke atas barangan industri sehingga 40%
bagi negara maju, 30% bagi negara
membangun, dan 30% bagi negara transisi
(negara dalam proses perubahan).

Selain itu, dipersetujui bahawa pengurangan


tarif ke atas barangan pertanian sebanyak 36%
meliputi enam tahun bagi negara maju dan 20%
meliputi sepuluh tahun mulai tahun 1995 bagi
negara membangun.
25

Pengurangan juga dikenakan ke atas subsidi


pengeluaran (pengeluaran tanpa had) dan
subsidi eksport (eksport tanpa had) negara
maju, masing-masing sebanyak 36 dan21%.

AFTA atau Liberalisasi perdagangan melalui


Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
mempunyai matlamat untuk meningkatkan daya
saing wilayah ASEAN ke arah pasaran global
dengan mengenepikan duti import dan sekatan
bukan tarif.
AFTA ini dilaksanakan ke atas semua keluaran
yang diperdagangkan intra-ASEAN (di kalangan
negara-negara ASEAN) menjelang tahun 2015
bagi enam negara ASEAN asal dan menjelang
tahun 2018 bagi negara-negara ASEAN baru . 26

GLOBALISASI KEWANGAN

Globalisasi kewangan merujuk kepada


peningkatan pemusatan pasaran kewangan
(samada memperluaskan yang ada atau
menambahkan pasaran) melalui integrasi aliran
modal secara global.

la membawa implikasi pergerakan ke arah satu


pasaran kewangan yang bercantum.

Kewangan global meliputi semua jenis urus


niaga portfolio seberang sempadan termasuklah
meminjam, memberi pinjaman, dagangan mata
wang, serta tuntutan kewangan dan
perkhidmatan kewangan lain-lain yang diberikan
oleh bank perdagangan.
27

Globalisasi kewangan juga termasuklah aliran


modal yang dikaitkan dengan pelaburan
langsung asing FDI.

FAKTOR-FAKTOR yang mendorong globalisasi


kewangan termasuklah kemajuan teknologi
memungut, memproses, dan menyebarkan
maklumat. Misalnya melalui sistem debit dan
kredit elektronik secara global, tunai elektronik,
dan kad kredit pintar di samping kemajuan dari
segi terdapatnya modal kewangan bergerak
(membuat pinjaman dilokasi yang berlaianan),
liberalisasi, dan deregulasi sistem kewangan
serta pembukaan pasaran kewangan domestik 28

IMPAK GLOBALISASI
Globalisasi perdagangan dijangka membawa
impak positif kepada ekonomi Malaysia.
Perdagangan, terutamanya eksport bersih
menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi,
sebagai engin pertumbuhan. (Eksport telah
menjadi faktor postif penting kepada Malaysia
melalui Globalisasi)

Keterbukaan ekonomi Malaysia menjadikan


Malaysia terangkai melalui jalinan perdagangan
dengan ekonomi global. Pada tahun 1970-an,
pertengahan 1980-an, dan awal 1990-an,
pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat
adalah dipacu oleh eksport.
29

Pemulihan ekonomi daripada kegawatan


ekonomi juga dipacu oleh pertumbuhan eksport,
manakala kelembapan pertumbuhan ekonomi
pada tahun 2001 berkait dengan penurunan
permintaan global bagi keluaran eksport utama,
iaitu elektronik.
Malaysia merupakan negara perdagangan ke18 terbesar di dunia dengan nilai perdagangan
berjumlah RM615 bilion, iaitu 183% daripada
KDNK negara pada tahun 2001, berbanding
85.9% bagi Thailand, 60.4% bagi Indonesia,
69.1% bagi Korea, 18.2% bagi Jepun, dan
18.7% bagi Amerika Syarikat.

Sebagai perbandingan, Singapura menduduki


tempat yang lebih tinggi dengan 326.1 %
30

Pemulihan dari kegawatan


ekonomi :

Perdagangan antarabangsa merupakan satusatu sumber pertumbuhan ekonomi yang


besar.
Eksport bertumbuh dengan Kadar 12.6% pada
tahun 1997, meningkat kepada 29.4% pada
1998.
Eksport bersih menyumbang antara 37.9%
hingga 44.5% kepada KDNK pada masa
kegawatan dan pemulihan ekonomi.
31

Globalisasi perdagangan juga boleh


menyebabkan turun naik dalam prestasi
perdagangan Malaysia dalam jangka pendek,
terutamanya dalam zaman kemelesetan. (bila D
P
S )

Keadaan ini terbit daripada pendedahan yang


tinggi eksport negara kepada turun naik
ekonomi dunia.

Pergantungan yang tinggi kepada keluaran


elektronik sebagai barangan eksport
menyebabkan ekonomi Malaysia terjejas dalam
zaman kemelesetan yang menyebabkan
kemerosotan permintaan untuk barangan
eksport tersebut. (kerana terlalu bergantung
32
kepada barangan elektrik, apabila permintaan

KESAN AFTA (ASEAN)

Kesan AFTA terhadap perdagangan adalah


positif, iaitu meningkatkan perdagangan intraASEAN. Peningkatan ini adalah paling tinggi
bagi Vietnam (161.7%), Filipina (110.2%), dan
peningkatan kecil bagi Malaysia (23.4%) dari
GNP masing-masing.
Terdapat juga peningkatan dari segi
perdagangan global dari ASEAN.
Peningkatan ini berbeza mengikut negara,
misalnya Indonesia 1.6%, Malaysia 3%, Filipina
11.5%, Singapura 1.7%, Thailand 4%, dan
Vietnam 7%. (dari ekonomi ASEAN)
Namun demikian, terdapat pengurangan
33

Impak globalisasi kewangan ialah


meningkatnya aliran kewangan di peringkat
global, iaitu bertambahnya penawaran dan
kepelbagaian sumber-sumber kewangan yang
lebih murah (kadar bunga yang lebih murah).

Hal ini membantu membangun pasaran modal


tempatan dan memudahkan urus niaga
perdagangan dunia.

Di samping itu, globalisasi kewangan juga


menyebabkan bertambahnya urus niaga di
pasaran tukaran asing dan meningkatnya nilai
modal pasaran (market capitalization).
34

Akan tetapi, keadaan ini akan menambahkan


turun naik di pasaran tukaran asing dan
menambah kemungkinan berlakunya krisis
kewangan dan perbankan. (inflasi, deflasi, atau
harga barangan Ex)
Keadaan ini juga boleh menyebabkan
penambahan aliran portfolio atau modal jangka
pendek yang sensitif kepada perbezaan Kadar
bunga (bila sumber modal bertambah, kadar
bunga akan jatuh) dan pergerakan Kadar
tukaran asing (nilai tukaran asing akan berubah
mengikut aliran pindahan modal atau aset
negara), serta merumitkan pembentukan dasar
kewangan.
35

Globalisasi kewangan juga menyebabkan


pasaran modal domestik menjadi lebih liberal
(terbuka). Dasar deregulasi (tanpa batasan)
dan penswastaan ekonomi (terbuka kepada
awam) menjadikan integrasi yang lebih rapat
antara sektor kewangan Malaysia dengan
sektor kewangan global.

Keadaan ini memudahkan kemasukan


pelaburan asing langsung bersih dan
peningkatan yang lebih cepat dalam modal
jangka pendek dan pelaburan portfolio ke
Malaysia sejak awal 1990-an.
36

Iklim pelaburan Malaysia adalah terbuka bagi


aliran masuk kewangan jangka pendek dan
jangka panjang (kerana globalisasi).

FDI-Pelaburan langsung asing jangka

panjang yang lazimnya dirujuk sebagai FDI


semakin menjadi penyumbang penting
kepada pertumbuhan ekonomi.
Sememangnya FDI diperlukan untuk menjana
peluang pekerjaan dan perniagaan,
membiayai jurang tabungan-pelaburan untuk
menarik kepakaran dan pengurusan asing,
dan mendapatkan teknologi serta pasaran
baru.
37

Peranan FDI adalah penting untuk menjadi


pemacu kepada teknologi tinggi dan aktiviti
berasaskan pengetahuan.
FDI digalakan melalui dasar yang lebih liberal
berkait dengan terokaan baru dan penyertaan
ekuiti dalam industri berorientasi eksport.
Antara tahun 1996 hingga 2000, FDI
merupakan 22.5% daripada jumlah pelaburan
dan 22.1% daripada jumlah pelaburan pada
tahun 2001 (Halipah, 2003).

38

Globalisasi kewangan juga menyebabkan


peningkatan pinjaman asing jangka pendek
oleh sektor swasta, terutamanya untuk
membiayai aset hartanah.

Pada awal tahun 1990-an, kadar bunga yang


tinggi, pasaran saham yang cergas, dan
jangkaan bahawa nilai ringgit akan meningkat
menggalakan pengaliran masuk pelaburan
jangka pendek ke Malaysia.

Keadaan ini telah menyumbangkan kepada


peningkatan nilai modal pasaran saham BSKL.

39

Pada tahun 1994, aliran masuk modal


portfolio jangka pendek bernilai RM238.5
bilion atau 122% daripada KDNK nominal.
Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomi
1997-1998 telah menyebabkan kecairan
modal semakin ketat, kadar bunga semakin
tinggi, dan aliran keluar dana portfolio oleh
pelabur bukan warganegara.
Pada tahun 2001, aliran masuk modal
portfolio jangka pendek hanya RM37.6 bilion
atau 11.2.% daripada KDNK nominal (Halipah,
2003).
40

KLASIFIKASI NEGARA
Pada Umumnya, Klasifikasi Negara
adalah merujuk kepada kriteria
negara, iaitu :
Negara Kaya dan Negara Miskin
Negara di dunia = negara maju (32) dan
negara membangun (144).

41

Pembahagian utama :
Negara kaya (Eropah Barat, USA, Kanada,
Australia, New Zealand dan Jepun).
Negara miskin (Burundi, Rwanda, Bangladesh,
Nepal dan lain-lain).

42

Pembahagian negara juga dibuat


berdasarkan :
Pembahagian geografi = Utara dan
Selatan.
Ekonomi maju' dan Ekonomi mundur'.
Ekonomi moden' dan Ekonomi tradisional'.
Juga merujuk kepada tahap
pembangunan;

Negara maju - juga dikenali sebagai negara industri.

Negara mundur - negara kurang membangun.

43

Secara Umumnya :
Negara di dunia ini boleh dikelaskan kepada dua
kategori utama, Negara Maju (NM) dan Negara
Membangun.
Negara Membangun pula boleh dibahagikan kepada
Negara Kurang Membangun (NKM) dan Negara Sedang
Membangun (NSM).

44

World Bank (1997) membahagikan dunia


kepada empat kategori, iaitu

1. Negara berpendapatan rendah,

2. Negara berpendapatan sederhana rendah,

3. Negara berpendapatan sederhana tinggi dan


(ketiga-tiga kumpulan di atas adalah Negara
Membangun), serta

4. Negara berpendapatan tinggi yang juga


adalah Negara Maju.

45

Negara berpendapatan sederhana tinggi


(Group ke 3) yang kebanyakannya terdiri
daripada negara Asia dan Amerika Latin yang
dikenali sebagai Negara atau Ekonomi
Perindustrian Baru (EPB).

46

Negara berpendapatan rendah mempunyai


Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita
kurang atau sama dengan As$730 pada 1995,
Negara berpendapatan sederhana rendah
mempunyai pendapatan sama dengan atau
kurang daripada AS$3,020, manakala,

47

Negara berpendapatan sederhana tinggi


mempunyai pendapatan per kapita sama
dengan atau kurang daripada As$8,210.

Bagi negara berpendapatan tinggi mempunyai


pendapatan per kapita tertinggi pada
As$40,630 yang dimiliki oleh Switzerland.
[Sila lihat KNK (pembahagian negara) dalam
rajah 1.1]
48

49

Perbezaan Negara Kaya dan Miskin


oleh Bank Dunia
Pendapatan ekonomi rendah (kurang dari $785
per kapita pada tahun 1997).
Pendapatan ekonomi menengah (antara $786 $3,125).
Pendapatan ekonomi menengah atas (negara
pendapatan sederhana - Asia & Amerika Latin
yang berkembang maju serta negara industri
baru) - $3,126 - $9,125.
Pendapatan ekonomi tinggi (negara industri) kebanyakan dari negara yang pendapatan
melebihi $9,656.
50

Dari Perbincangan di atas, boleh membuat


kesimpulan dan klasifikasikan negara secara
umum seperti berikut :

Negara Dunia Pertama


Negara Dunia Kedua
Negara Dunia Ketiga (ND3)

51

i). Negara Dunia Pertama


Merujuk Kepada :

Negara perindustrian di Eropah Barat, Amerika


Utara dan Pasifik.

Mewakili negara-negara kaya dan


berpendapatan tinggi.

Negara perindustrian.

Mengalami tahap perkembangan perindustrian


yang tinggi.
52

ii). Negara Dunia Kedua

Negara bekas jajahan Soviet Union, ekonomi


berpusat di Eropah Timur
Negara ekonomi sosialis, kerajaan
menentukan pengeluaran negara.
Juga mewakili negara berpendapatan tinggi
(Politik tidak stabil).
Negara maju (perbezaan fahaman politik sosialis).

53

iii). Negara Dunia Ketiga (ND3)


Terdiri dari :
2/3 penduduk dunia - merangkumi Amerika
Latin dan Carribean, Afrika, Asia Tengah dan
Asia (kecuali Jepun).
UNCTAD (United Nations Conference on
Trade and Development) - diwakili oleh 127
buah negara Afro-Asia dan Amerika Latin
(ND3).
Negara sedang membangun, negara
pengeluar minyak, negara miskin.
54

CIRI-CIRI NEGARA MEMBANGUN


A. Taraf Hidup yang Rendah dari sudut :
i. Pendapatan negara per kapita.
ii. Kadar relatif pertumbuhan pendapatan
negara (per kapita).
iii. Pengagihan pendapatan negara.
iv. Kemiskinan.
v. Kesihatan.
vi. Pendidikan.
55

G. Ciri-ciri Lain
i.
ii.
iii.
iv.

Sistem politik.
Kekurangan modal dan teknologi.
Kadar tabungan yang rendah.
Dualisme ekonomi. (golongan kaya dan
miskin)

56

Anda mungkin juga menyukai