Anda di halaman 1dari 2

B.

PENULISAN KRITIS

Persediaan dan latihan permaianan iringan pelbagai rentak untuk gitar termasuklah
persediaan dalam menguasai teknik gitar sebagai contoh teknik menekan tali pada fret, teknik
memegang kord, teknik petikan (fingerpicking) dan teknik strumming. Aspek menekan tali
termasuklah permainan skel, arpeggio, melodi serta kord.
Teknik menekan tali dengan tangan kiri yang baik bukan sahaja dapat menghasilkan ton
yang baik serta berkualiti malahan juga dapat membantu pemain menekan tali tanpa melihat jari
Antara teknik yang dapat membantu dalam menekan tali pada fret termasuklah kedudukan jari
pada setiap fret, jari berada dalam keadaan tegak untuk mengelakkan daripada menyentuh tali
lain dan menggunakan ibu jari yang diletakkan di belakang leher untuk menampung berat
papan fret. Teknik-teknik yang digunakan dalam menekan tali turut diaplikasikan dalam
memegang kord. Terbuktilah dengan persediaan terhadap teknik menekan tali pada fret ini
dapat meningkatkan permainan gitar saya.
Dalam teknik fingerplucking pula, terdapat dua jenis teknik yang dapat digunakan iaitu
free stroke dan rest stroke. Teknik ini membolehkan seseorang itu memainkan melodi, kord
iringan dan juga bes dalam satu masa. Rumusannya, teknik ini banyak digunakan dalam
permainan gitar klasikal juga kerana gitar jenis ini mempunyai leher yang lebih besar.
Selain itu, membuat latihan teknik strumming dengan menumpukan kepada rentak yang
dimainkan sebagai contoh rentak waltz, foxtrot dan masri. Permainan strumming rentak waltz
dengan gitar seperti down, up, up manakala rentak foxtrot dimain secara down, up, up, down,
up, up dan rentak masri pula seperti down, up, up, down, up. Dengan latihan yang kerap dibuat
saya dapat meningkatkan kemahiran permainan gitar. Seterusnya, strumming kebiasaannya
dilakukan menggunakan plektrum tetapi boleh juga menggunakan jari telunjuk iaitu dengan
memetik setiap tali keatas dan kebawah. Jadi dengan persediaan dan latihan yang cukup saya
dapat menguasai permainan gitar dengan iringi pelbagai rentak.

Seterusnya, pengalaman saya dalam permainan iringan pelbagai rentak yang dapat
meningkatkan kemahiran permainan gitar adalah bermain gitar diiringi metronome. Setiap
rentak seperti waltz, foxtrot dan masri mempunyai tempoh yang berbeza. Antara cara yang
dimulakan adalah dengan menukarkan beat ke 50bpm dan mainkan gitar mengikut rentak.
Dengan strumming diiringi metronome ini saya dapat bermain dengan tempoh yang betul.
Metronome merupakan alat yang penting bagi seseorang permain muzik untuk menguasai
rentak lagu. Hal ini, penggunaan metronome dalam latihan dapat membantu saya menguasai
permainan pelbagai rentak.
Selain itu, dengan latihan skel yang kerap diadakan di dalam kelas dan dipantau oleh
pensyarah juga salah satu untuk meningkatkan kemahiran dalam permainan gitar. Contohnya
setiap hari kelas gitar kami harus bermain skel major seperti C, F, G manakala minor adalah A
dan D. Seterusnya, strumming pelbagai rentak yang diajar oleh pensyarah jugak dapat
meningkatkan kemahiran permainan. Skel aoelion, Lydian dan exotic yang saya pelajari di
internet juga dapat membantu saya untuk mahir dalam permainan gitar.
Di samping itu, saya kerap bermain gitar dengan diiringi lagu pelbagai rentak. Dalam
sehari saya akan bermain 2 lagu rentak yang berbeza. Hal ini dapat meningkatkan lagi
permainan gitar dengan pelbagai rentak. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan teknik
strumming kerana saya menggunakan pelbagai teknik strumming untuk bermain pelbagai
rentak sebagai contoh permainan strumming rentak waltz dengan gitar seperti down, up, up
manakala rentak foxtrot dimain secara down, up, up, down, up, up dan rentak masri pula
seperti down, up, up, down, up.
Secara kesimpulannya, saya telah memperolehi pelbagai manfaat dan kelebihan serta
pertambahan ilmu pengetahuan melalui tugasan ini. Kecekapan saya dalam bermain gitar
dengan pelbagai rentak semakin meningkat dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan serta
melalui tugasan ini. Justeru itu, saya akan menggunakan segala kemahiran dan ilmu yang telah
saya pelajari ini dalam mendidik para pelajar dalam mendalami ilmu pendidikan gitar ini dan
membimbing mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.