Anda di halaman 1dari 13

ii.

Objektif

 Dalam permainan guli, pelajar-pelajar dapat mempelajari


kemahiran motor halus seperti aktiviti menjentik guli.
 Melalui permainan ini juga, pelajar-pelajar dapat belajar
menyusun strategi dan menyelesaikan masalah dalam
permainan ini seperti bagaimana hendak melontar guli sehingga
ia mengenai guli pihak lawan .
 Melalui permainan guli, pelajar-pelajar dapat belajar
berkomunikasi dengan orang lain atau ahli kumpulannya yang
lain dalam cara yang dapat difahami, di samping memahami
apa yang cuba disampaikan oleh orang lain kepadanya.
 Selain itu, permainan ini dapat memberi peluang kepada guru
untuk menilai prestasi pelajar dalam sesuatu kemahiran. Ini
secara tidak langsung juga akan menunjukkan keberkesanan
pengajaran seseorang guru tersebut melalui penilaian prestasi
pelajarnya.
 Melalui aktiviti berkumpulan juga, ia dapat memupuk sifat
kepimpinan dan sikap bertanggungjawab di kalangan pelajar
Secara tidak langsung, permainan ini juga dapat memupuk nilai-
nilai murni seperti kerjasama,tolong-menolong, toleransi,
bersatu padu, mematuhi peraturan dan sebagainya dan diri
setiap pelajar.
 Melalui penyertaan dalam permainan seperti ini, ia dapat
membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri. Contohnya,
dalam aktiviti berkumpulan, pelajar dapat merasai kepentingan
diri sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan yang akan
menyumbangkan mata kepada kumpulan masing-masing untuk
mencapai kemenangan. Ini juga membantu membentuk
personaliti seseorang pelajar melalui kerjasama, inisiatif, dan
kesedaran tentang kebersihan dan urutan sesuatu permainan.
v. Gambar rajah:

Foto 1: Guli-guli

Foto 2: Gelangganng bagi permainan guli

Foto 3: Guli-guli yang diletakkan dalam bulatan.


Foto 4: Pemain-pemain melambung guli ke garisan bagi menentukan pemain
yang akan memulakan permainan.

Foto 5: Pemain-pemain memulakan permainan mengikut giliran yang telah


ditentukan.

Foto 6: Seorang pemain sedang menuju guli dari garisan permulaan.


Foto 7: Pemain yang berjaya mengeluarkan guli daripada bulatan akan
mengambil guli berkenaan.

Foto 8: Seorang pemain menuju guli di dalam bulatan.

Foto 9: Seorang pemain cuba menuju guli lawannya.


vi. Jadual keputusan kumpulan / individu borang skor

Permainan Guli:
Pasukan A

Acara
Nama Mengeluarkan guli daripada bulatan
peserta
Siti

Haizam

Kathy

Lee Lee

Raju

Jumlah mata
Permainan Guli:
Pasukan B

Acara
Nama Mengeluarkan guli daripada bulatan
peserta
Ikhwan

Moureen

Fatimah

Kai Chung

Raja

Jumlah mata
Permainan Guli:
Pasukan C

Acara
Nama Mengeluarkan guli daripada bulatan
peserta
Azizi

Norainie

Ji Lin

Sameer

Kareena

Jumlah mata

vii. Jadual Keputusan Keseluruhan


Permainan Guli

Pasukan
A B C
Acara

Bilangan guli berjaya


yang dikumpul

Jumlah mata

Kedudukan

2. Buat satu contoh sukan tradisional yang anda pilih dan langkah-langkah
mengendalikannya dalam kelas Pendidikan Jasmani. Langkah-langkah
tersebut termasuklah dari segi :
i. Peringkat Pra-pertandingan
Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan pada peringkat Pra-
pertandingan:
 Menetapkan tarikh, masa dan tempat pertandingan.
 Menyediakan kawasan yang bersesuaian untuk menjalankan
pertandingan. Semasa memilih kawasan pertandingan, ciri-ciri
keselamatan haruslah diambil kira. Contohnya, kawasan
pertandingan tidak berbatu-bata, tidak berdekatan dengan jalan
raya dan longkang.
 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang
diperlukan untuk pertandingan seperti guli-guli yang
secukupnya, papan tanda, jam randik, pembesar suara, kerusi
dan meja untuk para pengadil.
 Menentukan dan menyenaraikan acara-acara yang akan
dijalankan dalam pertandingan.
 Menyediakan borang skor yang secukupnya dan papan skor
untuk setiap kumpulan yang terlibat dalam pertandingan. Ini
akan memudahkan pelajar –pelajar lain dan para pengadil
mengetahui maklumat terkini mengenai skor bagi setiap
kumpulan.
 Memastikan bilangan pelajar yang mengambil bahagian dalam
pertandingan dan kemudian menentukan bilangan pelajar yang
terlibat dalam satu kumpulan. Pelajar-pelajar yang ditetapkan
dalam setiap kumpulan seharusnya terdiri daripada pelbagai
kaum dan sebaik-baiknya seimbang dari segi saiz badan, umur,
jantina dan sebagainya.
 Menjelaskan dan menerangkan secara terperinci tentang sistem
permarkahan bagi setiap acara yang dijalankan. Selain itu,
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa bermain juga
haruslah dijelaskan kepada peserta-peserta.
ii. Peringkat semasa pertandingan :
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian semasa
pertandingan dijalankan:
 Memastikan semua peserta yang mengambil bahagian dalam
acara tertentu mengambil tempat masing-masing di gelanggang.
 Memastikan setiap peserta melakukan aktiviti-aktiviti yang
diadakan mengikut giliran seperti yang disediakan dalam borang
skor.
 Setiap percubaan yang dilakukan oleh peserta dalam sesuatu
acara haruslah dinilai dan direkod manakala pemilihan
pemenang bagi acara tersebut adalah berdasarkan
pengumpulan skor tertinggi.
 Sepanjang pertandingan dijalankan, pastikan para peserta tidak
melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya
seseorang peserta itu telah melakukan kesalahan, tindakan
seperti penolakan markah atau penyingkiran daripada
permainan tersebut haruslah diambil.

iii. Peringkat selepas pertandingan:
Pada peringkat selepas pertandingan, perkara-perkara di bawah
haruslah dipastikan :
 Guru haruslah memastikan setiap peralatan-peralatan yang
digunakan untuk tujuan pertandingan haruslah dipulangkan
kembali ke stor sukan dalam keadaan baik.
 Pastikan juga bilangan peralatan sukan yang dipulangkan
adalah sama dengan bilangan peralatan sukan yang dipinjam
sebelum pertandingan. Senarai semak peralatan haruslah
disediakan untuk memudahkan kerja pemulangan peralatan.
 Keputusan bagi setiap acara yang dijalankan perlu dianalisis
dan dikira secara adil oleh para pengadil dan kemudian
diumumkan kepada orang ramai.
 Selain itu, borang penilaian bagi acara-acara yang diadakan
boleh disediakan oleh guru. Ini membolehkan guru mengetahui
dan mengesan kebaikan dan kekurangan bagi acara-acara yang
dijalankan melalui maklum balas daripada pelajar-pelajar.
Kesesuaian bahan bantuan / alatan untuk pengajaran dan pembelajaran

kemahiran asas tersebut.


Dalam permainan ini, guli-guli boleh juga digantikan dengan bola-

bola kecil seperti bola tenis. Oleh kerana saiz bola tenis yang agak besar,

maka 10 biji bola sudah mencukupi untuk diletakkan dalam bulatan. Selain

itu, bulatan yang dilukis di atas tanah lapang juga boleh digantikan dengan

menggunakan gelung besar. Kon piramid juga boleh diletakkan di tepi

garisan permulaan sebagai tanda di mana pemain bermula. Semua

peralatan ini adalah selamat digunakan untuk pemain-pemain.

Rujukan
Buku:
 Nani Menon, Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak, PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd., 2005
 Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ahmad Shahar Hi.Nasarah, Tebang-tebang
tebuk, Dewan Bahasa dan Pusaka Kuala Lumpur, 2005

Internet:
 http://malaysiana.pnm.my/03/0308guli.htm

 http://melayuonline.com/culture/?
a=UHVUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=&t=permainan-rakyat

 http://www.heritage.gov.my/about/perkhidmatan/?
c5=498&menu_id=48&c3=40&click=1

 http://www.geocities.com/warrient/wash.html

Anda mungkin juga menyukai