Anda di halaman 1dari 30

KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN


HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN JASMANI
PENDIDIKAN JASMANI UNTUK SEMUA

KONSEP
DAN
DEFINISI
PENDIDIKAN
JASMANI

Pendidikan boleh didefinisikan sebagai satu perubahan,


modifikasi atau penyesuaian pada seseorang individu
akibat daripada pengalaman yang diperolehinya .
Ia dikaitkan dengan pembelajaran dan diikuti dengan
sesuatu perubahan dalam tingkah laku.
Perubahan ini yang dikenali sebagai modifikasi atau
penyesuaian, dimanifestasikan melalui perkembangan,
pertumbuhan dan pencapaian.

Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai pendidikan


melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan
dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otototot.
Ia merupakan program kegiatan fizikal yang berpusatkan
sekolah dimana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan
lazimnya diajar dan dilatih.
Ada juga definisi yang mengatakan pendidikan jasmani
meliputi aktiviti-aktiviti tersebut yang berpusatkan sekolah,
misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia
dan sebagainya.
Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang
direka untuk pembelajaran.

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam


konteks pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan
hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan
pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual,
sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti
fizikal yang terpilih dan agak rancak.
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani
meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga
domain pendidikan iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan
suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahirankemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang
tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian
daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi
sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman
pergerakan
kepada
perkembangan
dan
pembangunan
keseluruhan kanak-kanak.

Matlamatnya adalah untuk membolehkan


pelajar menjadi sihat, cergas dan produktif
melalui pemupukan, nilai, sikap,
pengetahuan dan amalan kesihatan dan
kecergasan dalam kehidupan seharian.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987a)

Pengajaran kesihatan
asas yang
merangkumi
langkah-langkah
pencegahan awal dan
peningkatan
kesihatan

Kecergasan jasmani
keseluruhan menerusi
latihan kecergasan,
permainan olahraga
dan pergerakan
kreatif.

Untuk menjayakan objektif


Pendidikan Jasmani di sekolah,
beberapa objektif telah digariskan
oleh pihak Jawatankuasa
Penggubalan Kurikulum (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1987b)

Memperolehi pengetahuan, kemahiran dan sikap


yang diperlukan bagi membina kecergasan
Memahami konsep kecergasan jasmani, komponenkomponennya, prinsip-prinsip latihan dan langkahlangkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
Meningkatkan
kecergasan
Jasmani
dengan
membina d/tahan kardiovaskular, kekuatan &
d/tahan otot, kelenturan, ketangkasan dan
kepantasan.
Mengenal pasti keadaan tubuh badan dan keperluan
latihan kecergasan serta berkebolehan menyusun
program latihan yang sesuai untuk diri.

Memperkembangkan kemahiran sukan individu,


berpasukan
&
pergerakan
kreatif
untuk
membolehkan murid menyertai bidang ini sebagai
sebahagian kegiatan rekreasi jasmani mereka.
Mengenal dan mengambil bahagian beberapa
permainan tempatan dan permainan popular.
Memahami undang-undang, peraturan, cara latihan
dan peristiwa sukan di Malaysia dan antarabangsa.
Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi
yang sihat dalam kegiatan kecergasan jasmani dan
sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama,
toleransi, kepimpinan dan disiplin.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN
DOMAIN PSIKOMOTOR
Melibatkan pembangunan kesedaran
terhadap tubuh, menghasilkan
pergerakan fizikal yang cekap dengan
menggunakan tenaga sedikit
mungkin.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN
DOMAIN KOGNITIF
Membantu individu memperoleh
pengetahuan aktiviti fizikal,
memahami, menganalisa,
menggunakan serta menilainya.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN
DOMAIN SOSIAL
Menolong individu menyesuaikan diri
dalam keadaan tertentu dan
memainkan peranannya sebagai ahli
masyarakat.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN
DOMAIN EMOSI
Memahami jiwa dan perasaan sama ada
dalam atau luar.

OBJEKTIF PERKEMBANGAN
DOMAIN AFEKTIF
Melibatkan sikap, apresiasi dan nilai

FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DAN
HUBUNGANNYA
DENGAN
PENDIDIKAN JASMANI

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
(KPM, 1996)

FALSAFAH PENDIDIKAN
JASMANI
Falsafah pendidikan jasmani adalah penting dan
diperlukan bagi pendidikan kemahiran.
Falsafah pendidikan jasmani membimbing
tingkah laku seseorang.
Falsafah pendidikan jasmani menyedarkan orang
ramai bahawa pendidikan jasmani dapat memberi
sumbangan kepada nilai kemasyarakatan.
Falsafah pendidikan jasmani menerangkan
bahawa bidang pendidikan jasmani mempunyai
matlamat yang bersangkut paut dengan matlamat
pendidikan umum.

HUBUNGAN
FPK menjadi landasan atau teras kepada sistem
pendidikan kebangsaan.
Juga gambaran cita-cita serta hala tuju kepada
semua usaha dan perjuangan rakyat negara ini
melalui pendidikan.
Semua program dan aktiviti pendidikan adalah
hasil dpd prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang
terkandung dalam FPK.
FPK yang ideal diikuti dgn kurikulum yang
mantap dan pelaksanaan p&p yang berkesan
adalah rumusan ke arah kecemerlangan
pendidikan.

PENDIDIKAN
JASMANI UNTUK
SEMUA

PENGENALAN
Minat dalam sukan bermula sejak kecil
lagi.
Ia mudah dipengaruhi dari masyarakat.
Sukan penyumbang utama kepada sosial.
Peranan sukan bermula dari peringkat
umur paling rendah hinggalah umur tua
sehingga mampu menyatukan melalui
sukan olimpik atau bola sepak piala dunia.

Teori Inlick, Wood, Hartwell dan Fitz (1899)


mencadangkan pendidikan jasmani harus
wujud sebagai satu bidang.
Masyarakat dan negara secara persendirian
dan kolektif harus bertindak secara positif
dan bijak.
Jawapannya
ialah
terletak
pada
perkembangan latihan jasmani, sukan dan
aktiviti bermakna yang memberi sumbangan
untuk kehidupan manusia.

Program pendidikan jasmani dalam usaha


menahan dan mengekalkan nilai moral
yang ketara meruntuh bersama bersama
keruntuhan
perkahwinan
dan
kekeluargaan.

Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan


dan mempunyai potensi menolong seseorang itu
memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan
kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup
(quality of life) dan keperluan asas manusia.
Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan
sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli
keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan
masyarakat asing - semuanya menggalakkan
pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan
perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang
tidak mengasingkan diri.
Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai
faktor daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan
mutlak diri.

Kemanfaatan
dan sumbangan sukan
kepada individu, masyarakat
dan dunia antarabangsa
dapat dirumuskan seperti
berikut: -

DI PERINGKAT INDIVIDU
1. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.
2. Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan
serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian
yang positif.
3. Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat.
4. Kekurangan tekanan (stress) hidup moden.
5. Semangat bergaul dan bersahabat antara individu.
6. Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan.
7. Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan
mutlak individu.

DI PERINGKAT MASYARAKAT
1. Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti
semangat berdikari dan berdisiplin.
2. Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal,
mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan
produktiviti negara.
3. Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan
penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk
berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan
hidup berpuak dalam masyarakat.
4. Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa
lapang yang berfaedah dan sebagainya.
5. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi
negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan.

DI PERINGKAT ANTARABANGSA
1. Mengeratkan
hubungan
muhibah
serta
persefahaman antara sebuah negara dengan
negara
lain
ke
arah
keamanan
dan
kesejahteraan dunia.
2. Mempertingkatkan mutu pencapaian individu
dan kecemerlangan melalui pertandingan
antarabangsa yang menghasilkan kebanggaan
diri, keluarga, bangsa dan negara.

1. Mohd Sofian Bin Omar Fauzee, 2003, Psikologi Sukan


Aplikasi Teori dan Praktikal, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd : Kuala Lumpur.
2. Vasudevan T. Arasoo, 1991, Sosiologi Sukan, Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd : Petaling Jaya.
3. Yusoff Ismail, 1992, Strategi Pengajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan KBSM, Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd : Kuala Lumpur.
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/pendidikan_jasmani
5. www.brunei.gov.bn

Anda mungkin juga menyukai