Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS GRADUASI 2014


Tarikh : 18 Oktober 2014
Masa :9.00 pagi 1.00 petang
Tempat
: Hotel Maluri, Kuala Lumpur
Masa
9.00
pagi

CUE
Para hadirin
mengambil
tempat

ANN 1
MOHON PARA HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT

Masa
9.05
pagi

CUE
Apabila isyarat,
iaitu BARISAN VIP
masuk ke dalam
dewan

Masa
9.10
pagi

CUE
Apabila Yang
Berbahagia serta
para hadirin telah
mengambil
tempat duduk.

ANN 2
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA EN MAT
YAAKOB BIN MOHAMMAD DENGAN DIIRINGI OLEH
TETAMU KEHORMAT, BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU
KELAS TINGKATAN 5 DAN SETERUSNYA PARA GRADUASI
MASUK KE DEWAN DAN MENGAMBIL TEMPAT.
ANN 3
Sayang merbah mencari makan,
Terbang seiring di hujung muara;
Selamat datang kami ucapkan,
Awal Bismillah pembuka bicara.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
YANG BERUSAHA, EN. MAT YAAKOB BIN MOHAMMAD
YANG DIPERTUA PIBG
YA
YANG BERBAHAGI TN HJ ADNAN BIN HJ YAHAYA, NAIB YANG
DIPERTUA PIBG

YANG BERUSAHA PN. CHE RATNI BINTI MUHAMAD,


PENGETUA SMK TASEK PERMAI

YANG BERUSAHA BARISAN PENTADBIR, GURU-GURU


SERTA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 YANG DIRAIKAN.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA.
LIMPAHAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN
RAHMAT DAN KURNIA-NYA DAPATLAH KITA SAMA-SAMA
BERKUMPUL DI DALAM DEWAN YANG INDAH INI BAGI
MERAIKAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN
LIMA SMK TASEK PERMAI BAGI SESI 2014.

DI SINI ADA PUTERA PUTERI YANG MENDAULATKAN BANGSA,


DI SINI ADA IBU BAPA YANG PRIHATIN PENUH DI JIWA,
DI SINI ADA PENDIDIK YANG TIDAK PERNAH KENAL ERTI
PUTUS ASA,
DI SINI ADA PENGETUA YANG BERJASA,
DI SINI ADA PEMIMPIN YANG BERJIWA MULIA.

Masa
9.15

CUE
Bacaan doa.

ANN 4
MAJLIS SETERUSNYA MEMOHON PARA HADIRIN UNTUK

pagi

Masa
9.20
pagi

CUE
Selepas bacaan
doa.

Masa
9.25
Pagi

CUE

Ucapan Pengetua

Masa
9.40
pagi

CUE
Selepas ucapan
pengetua

Ucapan perasmi.

Masa
10.00
pagi

CUE
Sebaik sahaja
ucapan
perasmian.

SAMA-SAMA MEMANJATKAN KESYUKURAN DAN


BERMOHON KE HADRAT ILAHI AGAR MAJLIS GRADUASI
INI AKAN DITERIMA SEBAGAI SATU USAHA YANG MURNI
DAN DIBERKATI. UNTUK ITU, MAJLIS MENJEMPUT AL
FADHIL USTAZ BAKHTIAR FITRI BIN ABDUL HAMID UNTUK
MEMIMPIN BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN BERAGAMA
ISLAM, SAMA-SAMALAH BERTAFAKUR MENGIKUT
KEPERCAYAAN MASING-MASING.
ANN 5
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA
USTAZ BAKHTIAR FITRI BIN ABDUL HAMID ATAS BACAAN
DOA ITU TADI.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

ANN 6
SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA
PN. CHE RATNI BINTI MUHAMAD , PENGETUA SMK TASEK
PERMAI UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BUAT TITIPAN
SEMANGAT SERTA DORONGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR
YANG DIRAIKAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
ANN 7
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH
KEPADA YANG BERUSAHA PN. CHE RATNI ATAS UCAPAN
SEBENTAR TADI.
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,
Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak
berbicara.
DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA
EN MAT YAAKOB, YDP PIBG SMK TASEK PERMAI UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN
MAJLIS GRADUASI KALI KE-14 SMK TASEK PERMAI 2014.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
ANN 8
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA EN MAT
YAAKOB BIN MOHAMMAD ATAS KESUDIAN MERASMIKAN
MAJLIS SEBENTAR TADI.
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DARIPADA PIHAK
SEKOLAH, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN EN MOHAMAD UNTUK MENYAMPAIKAN
CENDERAMATA KEPADA EN MAT YAAKOB BIN MOHAMAAD.
DIPERSILAKAN.

Persembahan
Multimedia

HADIRIN YANG DIKASIHI,


Bersarang merbah di pohon rambutan ,
Manis madunya pabila dimakan ;
Majlis kini sudah dirasmikan,
Persembahan Multimedia gimik perasmian.
SEBAGAI HALWA TELINGA DAN MATA, KITA MERIAHKAN
MAJLIS KITA PADA HARI INI DENGAN TAYANGAN SLIDE YANG
BERTEMAKAN PERSAHABATAN DAN KENANG-KENANGAN
DARIPADA PELAJAR TINGKATAN 5.
DENGAN SUKACITANYA MAJLIS MEMPERSEMBAHKAN.
BEGITULAH PERSEMBAHAN MULTIMEDIA DARIPADA PELAJAR
TINGKATAN 5.

Penyampaian sijil

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA


PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA 2014.
DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PN. CHE RATNI BINTI
MUHAMAD DENGAN DIIRINGI OLEH PN NORZAH BINTI
SUHOR NAIK KE PENTAS BAGI MENYEMPURNAKAN
UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

Masa
10.15
pagi

CUE
Sebaik sahaja
pengetua di atas
pentas.

Tingkatan 5SAINS

Masa

CUE
Tingkatan 5AKAUN

Masa

CUE
Tingkatan 5Pdg

Masa

CUE

ANN 9
HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI,
MAJLIS DIMULAKAN DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA
PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 SAINS. DIJEMPUT PN.NOR
HAMIZAN BINTI OMAR, GURU TINGKATAN 5 SAINS UNTUK
BERSAMA-SAMA BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5SAINS )
DIPERSILAKAN PN. NOR HAMIZAN UNTUK MENERIMA
CENDERAMATA.
ANN 10
SETERUSNYA DIJEMPUT PN. WAN ZARINAH , GURU
TINGKATAN 5 AKAUN UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5AKAUN )
DIPERSILAKAN PN. WAN ZARINAH UNTUK MENERIMA
CENDERAMATA.
ANN 11
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT EN. MOHAMAD
SHAHRIN, GURU TINGKATAN 5 PERDAGANGAN UNTUK
BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5PDG )
DIPERSILAKAN EN. MOHAMAD SHAHRIN UNTUK
MENERIMA CENDERAMATA.
ANN 12

Tingkatan 5ERT

Masa

CUE
Tingkatan 5PSV

Masa

CUE
Tingkatan 5Vok

SETERUSNYA DIPERSILAKAN CIK ZARILA BINTI SUDIN,


GURU TINGKATAN 5 ERT UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5ERT )
DIPERSILAKAN CIK ZARILA BINTI SANUSI UNTUK
MENERIMA CENDERAMATA.
ANN 13
SETERUSNYA DIJEMPUT CIK NOOR AZLINA BINTI MD LAJIS,
GURU TINGKATAN 5 PSV UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5PSV )
DIPERSILAKAN CIK NOOR AZLINA BINTI MD LAJIS UNTUK
MENERIMA CENDERAMATA.
ANN 14
SETERUSNYA DIJEMPUT EN. KAM MIRING BIN SENIN,
GURU TINGKATAN 5 VOKASIONAL UNTUK BERADA DI
ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5Vok )
DIPERSILAKAN EN. KAM MIRING BIN SENIN, UNTUK
MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
10.45

Masa

CUE
Sebaik
sahaja Pengetua
selesai memberi
sijil
CUE
Cabutan Bertuah

ANN 15
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PN CHE
RATNI & PN. NORZAH ATAS PENYAMPAIAN SIJIL SEBENTAR
TADI.
ANN 16
HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA TIBA LAH MASA BAGI CABUTAN NOMBOR
BERTUAH.
MAJLIS DENGAN
SEGALA
HORMATNYA
MENJEMPUT YANG BERUSAHA PUAN NOR HALIZAN,
PENYELIA PETANG UNTUK MEMBUAT 10 CABUTAN
NOMBOR
BERTUAH.
HADIRIN
SEKALIAN
DIMINTA
BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING.
PANGGIL 10 NOMBOR BERTUAH MENGIKUT
KATEGORI
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN
NORHALIZAN ATAS KESUDIAN MENCABUT NOMBOR
BERTUAH ITU TADI DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
HADIRIN YANG BERTUAH PADA HARI INI.

Masa

CUE
Penyampaian

ANN 17
HADIRIN SEKALIAN,

Anugerah Khas

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya berdebar menanti
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL
ANUGERAH KHAS KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN
LIMA 2014 .
DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN MAT YAAKOB BIN
MOHAMMAD YG DIPERTUA PIBG DENGAN DIIRINGI OLEH
EN MOHAMMAD BIN OSMAN NAIK KE PENTAS BAGI
MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL
ANUGERAH KHAS KOKURIKULUM.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL INI DIMULAKAN DENGAN
ANUGERAH KHAS PASUKAN 1M1S :
(BACA TEKS BIODATA)
Dijemput :
MUHAMMAD ZAHIRUL ANWAR BIN JAMAEN
ABDUL RAHMAN BIN MOHD TASAR
ALOI RD MAULIDY BIN ABDUL QASIM
MUHAMMAD AMIN BIN AHMAD DAWI
THANESH A/L NAGARAJAN
SYAIRAZI BIN ASMONI
SETERUSNYA, ANUGERAH KHAS BAGI UNIT
BERUNIFORM :
(BACA TEKS BIODATA)
DIJEMPUT:
SITI NOR HANIM BINTI ZAIDAI
MUHAMMAD ZAHIRUL ANWAR BIN JAMAEN
SETERUSNYA PENERIMA ANUGERAH KHAS UNIT SUKAN
PERMAINAN :
(BACA TEKS BIODATA)
MAYASARI BINTI BAKIR
MUHAMMAD ZAHIRUL ANWAR BIN JAMAEN
SETERUSNYA PENERIMA ANUGERAH KHAS UNIT KELAB
DAN PERSATUAN :
(BACA TEKS BIODATA)
DIJEMPUT:
NURANI BINTI NORDIN
SETERUSNYA, YANG TERBAIK DI ANTARA YANG TERBAIK,
BAKAL MENYANDANG GELARAN TOKOH .TIBALAH KITA KE
PENYAMPAIAN ANUGERAH YANG TERAKHIR PADA MAJLIS
INI IAITU ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM DAN TOKOH
SAHSIAH TERPUJI 2014. BAGI TOKOH KOKURIKULUM,
TOKOH INI DIPILIH BERDASARKAN PENGLIBATAN AKTIF

DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN DAN


MEMBANTU MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH DI
PELBAGAI PERINGKAT.SEBELUM DIUMUMKAN NAMA
TOKOH INI, BERKONGSI SEDIKIT KISAH TENTANG TOKOH
YANG AKAN DIUMUMKAN.
( BACA LAMPIRAN )
DIJEMPUT:
SAUDARI SITI NOR HANIM BINTI ZAIDAI
SAUDARA MUHAMMAD ZAHIRUL ANWAR BIN JAMAEN
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI SITI NOR HANIM
BINTI ZAIDAI DAN SAUDARA MUHAMMAD ZAHIRUL
ANWAR BIN JAMAEN.SEMOGA MEREKA AKAN TERUS MAJU
DALAM BIDANG KOKURIKULUM DAN AKADEMIK DI MASA
AKAN DATANG.SYABAS
BAGI ANUGERAH TOKOH SAHSIAH TERPUJI, TOKOH INI
DIPILIH BERDASRKAN SIFAT PERIBADINYA YANG BOLEH
DIJADIKN TELADAN. SEBELUM DIUMUMKAN NAMA TOKOH
INI, MAJLIS BERKONGSI SEDIKIT KISAH TENTANG TOKOH
YANG AKAN DIUMUMKAN.
( BACA LAMPIRAN )
DIJEMPUT
SAUDARI NURUL AIN SHAHANAZ BINTI HAMIDIN DAN
SAUDARA MUHAMMAD ZAHIRUL ANWAR BIN JAMAEN
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI NURUL AIN
SHAHANAZ BINTI HAMIDIN DAN SAUDARA MUHAMMAD
ZAHIRUL ANWAR BIN JAMAEN.SEMOGA KALIAN SENTIASA
TERUS MENDORONG DIRI DAN RAKAN KEPADA AKHLAK
YANG BAIK . IN SHA ALLAH.
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA
YANG BERUSAHA EN MAT YAAKOB KERANA SUDI
MENYAMPAIKAN ANUGERAH SEBENTAR TADI
Masa

CUE

ANN 18
HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MENJEMPUT YANG BERUSAHA PUAN RABIYA BINTI
MOHAMED SULTAN
UNTUK MEMBUAT 10
CABUTAN NOMBOR BERTUAH. HADIRIN SEKALIAN
DIMINTA BERSEDIA DENGAN NOMBOR MASING-MASING.
PANGGIL 10 NOMBOR BERTUAH MENGIKUT
KATEGORI
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN
RABIYA ATAS CABUTAN NOMBOR BERTUAH ITU TADI DAN

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN YANG BERTUAH


PADA HARI INI.
Masa

CUE

SESI FOTOGRAFI

ANN 19
DEMIKIANLAH TADI UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH.
KEPADA PARA PELAJAR, KAMI PARA GURU MENDOAKAN
YANG TERBAIK UNTUK ANDA SEMUA. JADIKAN MEMORI
INDAH PADA MAJLIS GRADUASI INI SEBAGAI PEMANGKIN
SEMANGAT UNTUK ANDA BERGRADUASI SEKALI LAGI DI
PENTAS KONVOKESYEN UNIVERSITI. JANGAN HAMPAKAN
HARAPAN GURU-GURU DAN IBUBAPA UNTUK MELIHAT
KEJAYAAN ANDA SEMUA.
SETERUSNYA KITA TERUSKAN DENGAN SESI FOTOGRAFI
BERSAMA TETAMU KEHORMAT, BARISAN PENTADBIR,
PARA GURU DAN GAMBAR PELAJAR MEGIKUT KELAS.
~~~~~ SESI FOTOGRAFI MENGIKUT GILIRAN ~~~~~
1. BARISAN PENTADBIR BERSAMA TETAMU
KEHORMAT
2. BARISAN PENTADBIR DAN KETUA BIDANG
3. BARISAN GURU SMK TASEK PERMAI
4. KELAS TINGKATAN & GURU TINGKATAN
DEMIKIAN SUDAH SESI FOTOGRAFI SEBAGAI TANDA
KENANG-KENANGAN KITA PADA MAJLIS GRADUASI BUAT
KALI KE-14, TAHUN 2014.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
DENGAN SESI FOTOGRAFI ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH
MAJLIS GRADUASI SMK TASEK PERMAI BAGI SESI 2014.
DIUMUMKAN PERARAKAN KELUAR YANG BERUSAHA EN
MAT YAAKOB DIIRINGI BARISAN PENTADBIR DAN PARA
GURU KE DEWAN BANKUET UNTUK MENIKMATI JAMUAN.
PARA GURU, HADIRIN DAN PELAJAR JUGA DIPERSILAKAN
MENIKMATI JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN. MUDAHMUDAHAN MAJLIS GRADUASI HARI INI AKAN TERPAHAT
SEBAGAI KENANGAN PALING MANIS UNTUK KITA SEMUA.
Lebat rumbia di sungai Kedah,
Batang selasih di Tanjung Dara ;
Juadah istimewa terhidang sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hinggap cemara di pagar besi,
Mencari makan di awal pagi ;
Selesai sudah majlis graduasi,

Dilain masa bersua lagi.


SEKIAN, TERIMA KASIH.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.