Anda di halaman 1dari 7

EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa

1.0 PENGENALAN.
Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami
pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai
agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan
modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras
dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat
iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara
perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara
mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem
pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara
penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini
boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang
menyeluruh.
Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan
cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat
penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan
dilaksanakan
dalam
pembangunan
kurikulum
ini
bermatlamat
untuk
memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial,
kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih
bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di
seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira
bangsa, kaum mahu pun agama.
1.0 KONSEP
2.1 Konsep Transformasi
Definisi transformasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) membawa
maksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan atau dengan erti kata
lain transformasi merupakan satu perubahan daripada keadaan sedia ada kepada
satu dimensi lain bertujuan untuk mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik
bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan: Utusan Malaysia).

Ringkasnya, transformasi juga lebih mudah difahami sebagai satu bentuk perubahan
ke arah kebaikan.
Terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh tokoh yang berkait rapat
dengan istilah transformasi atau perubahan. Istilah perubahan menurut Stoner
(1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai
proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun
tidak. Manakala menurut Jaafar Muhammad (1999) perubahan diperkenalkan hasil
daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas menyesuaikan dengan situasi baru.
Antara pendapat lain berkenaan transformasi ialah sebagaimana yang
dikemukakan oleh Mumtaz Began dan rakan-rakan (2002) yang melihat perubahan
sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan
kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu
masyarakat. Perubahan yang berlaku ini juga mungkin merangkumi pelbagai aspek
penting.

2.2 Konsep Kurikulum


Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan
perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum
dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007) mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata
pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah
dan institusi pendidikan.
Terdapat pelbagai definisi terhadap istilah kurikulum yang dinyatakan oleh
pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan
satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan
rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan
dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid
memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masingmasing.

Menurut pendapat Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman


yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah
dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu
kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum
sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas
serta kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan
pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Kurikulum juga turut dinyatakan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang
tidak formal oleh Hargreaves dalam Hansen et al. (2002). Pelajaran formal
merangkumi kurikulum yang telah ditetapkan matlamat serta rancangan oleh
kementerian, kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana guru
menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan susunan)
dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang pelajar sebenarnya
capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran yang tidak formal
merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang
berlaku apabila belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia.

Rumusannya, tafsiran kurikulum merangkumi skop yang sangat luas berdasarkan


kepelbagaian definisi yang telah dinyatakan. Kurikulum merangkumi kesemua aspek
pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid secara formal atau tidak
formal dan memberi kesan terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, sosial
dan intelek setiap murid.

2.0 ISU DAN CABARAN UTAMA DALAM MEREALISASIKAN TRANSFORMASI


KURIKULUM PERSEKOLAHAN
Transformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan
diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem
pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi pendidikan ini
bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran
baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke
21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025).
Namun begitu, proses transformasi ini bukanlah mudah kerana ianya
melibatkan ramai pihak khususnya warga pendidik di sekolah yang menjadi agen
transformasi bagi setiap perubahan yang dirancang oleh pihak pentadbir pendidikan.
Justeru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan
transformasi tersebut. Cabaran yang paling utama dihadapi ialah dari aspek
kesediaan guru dari segi sikap dan pemikiran mereka untuk menerima dan
melaksanakan transformasi dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Sudah
pastinya terdapat segelintir guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap
transformasi ini. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan
kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan usaha-usaha
ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Lebih membimbangkan apabila terdapat
juga percanggahan pendapat dan perdebatan daripada sesetengah guru

terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan pelbagai
alasan.
Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran tersebut seringkali
wujudnya pelbagai isu berkaitan dengan proses transformasi yang ingin dilakukan.
Isu yang timbul ini adakalanya melibatkan aspek kekangan masa, ruang, sikap guru
dan sebagainya. Namun saya telah melihat isu bebanan tugas guru sebagai satu isu
utama yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan guru di sekolah apabila
mereka dibebankan atau diberikan pelbagai arahan yang perlu dilaksanakan di
sekolah terutamanya dalam proses transformasi kurikulum pada hari ini. Bebanan
tugas guru ibarat isu yang tiada kesudahannya. Walaupun ada segelintir pihak yang
menyatakan bahawa gaji yang diperoleh oleh guru adalah lumayan, kita perlu
melihat dan menilai kerja yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak.
Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan
perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam
konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai
pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan.
Walaupun pada hakikatnya keupayaan setiap sekolah adalah berbeza namun sistem
yang digunakan ini menyebabkan semua sekolah di Malaysia perlu akur dan
mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah tersebut
untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri.
Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah menjadi satu dasar
yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri
kursus yang dikelolakan selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain.
Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran
tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan
penguasaan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha
meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia
dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu
Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Menurut
akhbar Utusan Malaysia bertajuk Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI oleh Tan
Sri Alimuddin (2011) menyatakan bahawa antara sebab pemansuhan PPSMI adalah
kerana penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin
merosot jika dibandingkan semasa penggunaannya dalam bahasa Malaysia. Maka,
sekali lagi guru-guru yang terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas,
banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.
Sebagaimana yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami perubahan
bermula tahun 2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan

KSSR di sekolah ada baik dan buruknya. Usaha transformasi ini dinggap baik
kerana melalui KSSR pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang,
berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut Shafizan Omar (2013) dalam
artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan bahawa sebahagian kumpulan guru
berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang
bertambah, termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang menurut mereka,
boleh mengurangkan masa untuk mereka bersama murid.
Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai
pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap
sekolah di seluruh Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi
markah dan data-data murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya memetik
keluhan daripada oleh Siti Roshayu, seorang guru mengenai sistem ini. Beliau
mengatakan bahawa, sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT
kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami sebagai
warga pendidik. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini pada
dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan
memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun dalam masa
yang sama kelemahan yang terdapat dalam penyelenggaraan sistem ini
menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan
mereka.

4.0 GANGGUAN EMOSI PELAJAR DAN TEKANAN EMOSI GURU

Rajah 1 : Kesan Terhadap Emosi Murid dan Guru

ISU : BEBANAN TUGAS GURU

Transformasi yang ingin dilakukan dalam bidang pendidikan secara dasarnya


memberi banyak kebaikan terhadap perkembangan seluruh anggota masyarakat.
Namun begitu, hakikatnya para guru terpaksa memikul lambakan tugas yang

semakin bertambah. Keadaan ini memaksa guru untuk melakukan bidang tugas di
luar keupayaan mereka. Dengan itu, tangggungjawab dan tugas guru yang semakin
mencabar telah memberikan tekanan stres secara tidak langsung. Stres dalam
kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif, tekanan
serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka.
Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya
pendididikan akan mengalami stres. Tekanan emosi yang dialami oleh guru ini
sekiranya tidak dikawal akan memberikan kesan terhadap persekitaran kerja
mereka. Contohnya stress dalam kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya
masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku
dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Hal ini seterusnya
memberi kesan terhadap emosi murid tersebut.
Seterusnya, bebanan kerja yang dialami oleh guru akibat daripada
perubahan dalam bidang pendidikan akan menyebabkan berlakunya burn out.
Burnout ialah satu fenomena atau sindrom di mana seseorang individu akan
mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada tahap kelesuan, perubahan
personaliti dan pencapaian kendiri akan menurun dengan ketara. Dalam hal ini,
seseorang guru dikatakan mudah untuk mengalami fenomena burn out apabila
merasakan mereka tidak berkemampuan lagi menanggung beban emosi yang tidak
stabil. Bebanan kerja yang banyak akan menyebabkan guru tidak boleh memberi
tumpuan kepada sebarang tugasan kerana kebosanan kerja yang tidak
mendatangkan kepuasan pada diri. Burn out bukan hanya memberi impak negatif
terhadap kesihatan diri guru malahan turut menyebabkan penurunan produktiviti dan
kerja guru sebagai pendidik.
Namun begitu, peningkatan beban kerja guru ini bukan hanya menyebabkan
tekanan emosi dalam kalangan guru malahan turut menyebabkan gangguan emosi
terhadap pelajar. Gangguan emosi merupakan gangguan yang diterima oleh
seseorang pelajar yang menyebabkan emosi pelajar tersebut tidak stabil.
Antara tanda awal gangguan emosi yang dialami oleh pelajar adalah kemerosotan
pencapaian akademik. Bebanan tugas yang perlu dipikul oleh guru menyebabkan
prestasi guru terjejas dan pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat berjalan
dengan sempurna. Sebagai contohnya, guru yang kadang kala terpaksa
meninggalkan kelas kerana harus menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak
sekolah secara langsung telah menyebabkan pelajar kelasnya terabai. Lamakelamaan jika perkara ini sering dilakukan akan menyebabkan pelajar semakin
malas dan tidak bersemangat untuk belajar. Hal ini juga akan menyebabkan pelajar
ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya menyebabkan pencapaian akademik
mereka mulai merosot. Pada ketika inilah pelbagai pihak mula menuding jari dan
meletakkan kesalahan terhadap kelemahan guru yang gagal untuk mendidik
pelajarnya walhal hakikatnya guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab
sampingan yang lain.

Tanda awal gangguan emosi murid yang kedua adalah hilang daya tumpuan di
dalam kelas. Murid yang mengalami gangguan emosi biasanya suka termenung,
cepat marah, tidak selesa berada di dalam kelas dan sering berasa cemas. Hal ini
mungkin terjadi disebabkan oleh kelakuan guru terhadap mereka. Contohnya, guru
yang mengalami tekanan untuk merealisasikan matlamat sekolah bagi memenuhi
transformasi pendidikan semasa berkemungkinan melepaskan tekanan tersebut
kepada pelajar melalui hukuman yang tidak sewajarnya semasa melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan sebegini bukan hanya
menyebabkan pelajar tersebut membenci kelakuan guru terbabit malahan akan
menjejaskan emosinya untuk belajar.
Seterusnya, tanda awal gangguan emosi yang dialami pelajar juga dikesan apabila
mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Hal ini mungkin berlaku kerana tiadanya
keseronokan dan semangat untuk menuntut ilmu. Sistem persekolahan sepatutnya
dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang pula
oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar. Ini kerana
tugas mereka bukan hanya mengajar tetapi turut dibebani tugas lain antaranya
mengurus data, fail, buku rekod dan laporan, urusan pentadbiran, urusan kurikulum
dan kokurikulum serta hal ehwal murid bagi mencapai matlamat transformasi
pendidikan.
Selain itu antara tanda awal lain yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar
tersebut mengalami gangguan emosi adalah apabila pelajar tersebut menunjukkan
konsep kendiri yang lemah. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang lemah
akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, pasif dan mempunyai
keyakinan diri yang rendah. Kesan gangguan emosi yang dialami oleh murid ini
mungkin lahir kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh guru kepadanya
semasa di dalam kelas. Kesibukan guru kadang kala memaksa mereka untuk lebih
memfokuskan pada sesi pengajaran bagi menghabiskan silibus mata pelajaran. Hal
ini telah mengurangkan sesi interaksi antara guru dan murid di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai