Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang.
Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca
ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika
dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya
terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.
Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu,
graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan
tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang
anda boleh berikan kepada pelajar ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia
bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan.
Contoh-contoh arca mobail
Tema adalah gambaran mesej yang ingin disampai dan dikongsi oleh pengarca kepada
pemerhati. Lazimnya isu-isu semasa menjadi pilihan tema pengarca kerana keselarian isu dan
minat pemerhati mengikut factor semasa. Namun begitu, latar belakang minat pengarca juga
boleh menjadi pilihan kerana ekspresi dalaman pengarca yang ingin dikongsi kepada umum.
Misalnya, persoalan kepincangan masyarakat, isu agama dan gelagat politik semasa.
Tema yang dipilih berasaskan flora dan fauna. Iaitu bunga matahari dan ikan.
Pemilihan alatan.
Alatan yang dipilih berasakan bahan buangan sepenuhnya. Contoh bahan buangan seperti tin
susu, bekas minyak masak(plastik), serta tali yang terpakai. Warna poster juga digunakan untuk
tujuan proses mewarna hasil karya.
Bahan yang dipilih mestilah menepati dari segi saiz,ketahanan, serta sesuai dengan karya yang
akan dihasilkan. Botol platik dan tin susu dipilih untuk proses penghasilan mobail. Ianya amat
sesuai kerana tahan lama serta ringan.
Setelah bahan dipilih proses membina kerangka dilakukan. Proses perlu dilakukan berhati-hati
supaya hasil yang baik diperolehi. Proses dijalankan seperti urutan dibawah.
Proses memotong dilakukan mengikut objek ikan yang dilakarkan. Kelihatan objek ikan yang
terhasil.
Proses mewarna pada bekas plastik(botol minyak) dilakukan mengikut warna yang disukai.
Apabila kesemua objek telah siap dihasilkan, Proses menebuk lubang untuk tujuan gantung
dilakukan seperti gambar di bawah. Proses menebuk lubang dijalankan menggunakan paku yg
dipanaskan pada objek plastik.
Proses menebuk lubang dilakukan pada objek.
Proses Kemasan.
Akhir sekali proses kemasan dilakukan. Objek digantung menggunakan tali benang terpakai.
Objek disusun mengikut susunan seperti gambar di bawah.