Anda di halaman 1dari 25

1.

0 Pengenalan
Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan
kini kehebatannya telah diperakui ramai. Semenjak tahun 1960-an sehingga kini
profesion perguruan menjadi rebutan besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Menurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar,
pendidik, pengajar, dan pengasuh. Guru bertanggungjawab sebagai kaunselor,
pengadil, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis dan lain-lain. Guru-guru
perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan
kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi
dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa
membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif.
Guru adalah model yang menjadi contoh kepada para pelajar. Guru
bertanggungjawab membina hubungan dengan setiap pelajar dan memandang
mereka sebagai individu yang unik.
Seseorang guru itu haruslah mempunyai etika-etika yang harus dipatuhi
supaya profesion keguruan ini akan disanjung sehingga akhir zaman. Etika akan
menentukan sesuatu tindakan seseorang itu baik atau sebaliknya. Etika dalam
erti kata lain ialah mematuhi nilai moral. Etika merupakan akauntabiliti dan
tingkah laku seseorang melalui profesionnya terhadap masyarakat. Sebenarnya,
guru berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan menghadapi cabaran
ini dengan profesional.
Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan
sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam
bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Guru selaku
agen

perubahan

memainkan

peranan

berkesan

dengan

cara

sentiasa

meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Ibu bapa, guru-guru dan


masyarakat amat bergantung harap sepenuhnya kepada guru supaya dapat
membentuk dan mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

1.1 Konsep Profesion


Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lainlain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan
secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus
dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan
1.2 Konsep Etika
Konsep etika ditakrif sebagai satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah
laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995). Etika juga merupakan
prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). Tanggungjawab dan
akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat juga didefinisi
terhadap etika. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
1.3 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .
Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan
justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil.

1.4 Kesantunan Profesionalisme


Kesantunan guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku
dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga
kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku
sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan
murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru iru terlebih
dahulu.
Kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian,
kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa.
Dalam kesantuan berpakaian, beberapa perkara perlu diberi perhatian
oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada

jenis pakaian yang

digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang
sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan
Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang
merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya
berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian
badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.
Kesantunan tingkahlaku adalah merujuk tatacara bertindak atau gerak
geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa
yang datang berurusan di sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab
urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti
guru besar atau pegawai dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.
Semua situasi yang dinyatakan di atas memerlukan tingkah laku yang
berbeza. Sebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan
kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau
mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah
makan dan cara memakai tusuk gigi .

Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi sama ada


dari segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu
mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan
idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsurunsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa
yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang
tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan
dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak
beradat, bahkan tidak berbudaya.
Cara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran
berkomunikasi. Dengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat
menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika
melaksanakan pengajaran. Cara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh
norma-norma budaya atau kelompok masyarakat tertentu. Contohnya orang
Kelantan berbeza dengan cara berbahasa orang Pulau Pinang meskipun mereka
sama-sama berbahasa Melayu. Hal ini menunjukkan kebudayaan yang menjadi
darah daging pada seseorang itu berppengaruh pada pola bahasanya.Oleh itu
seorang guru seharusnya mengetahui

dan memahami norma-norma bahasa

sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid. Perkara ini


amat penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan
menghasilkan kesantunan berbahasa.
Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus serta
sapaan berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian
oleh seseorang yang berilmu dan terpuji akhlaknya. Guru menjadi sebahagian
orang yang dimaksudkan tersebut. Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar
sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang
santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku
yang bermasalah. Guru juga menjadi teledan bagi murid dengan menera[pkan
prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.

1.5 Ciri-Ciri Guru Profesional


Berikut merupakan beberapa ciri guru yang profesional :
1. Fleksibel Dibutuhkan guru yang tidak kaku, luwes, dan dapat memahami
kondisi anak didik, memahami cara belajar mereka, serta mampu mendekati
anak didik melalui berbagai cara sesuai kecerdasan dan potensi masing-masing
anak.
2. Optimis Keyakinan yang tinggi akan kemampuan pribadi dan yakin akan
perubahan anak didik ke arah yang lebih baik melalui proses interaksi guru-murid
yang fun akan menumbuhkan karakter yang sama terhadap anak tersebut.
3. Respek Rasa hormat yang senantiasa ditumbuhkan di depan anak didik
akan dapat memacu mereka untuk lebih cepat tidak sekadar memahami
pelajaran, namun juga pemahaman yang menyeluruh tentang berbagai hal yang
dipelajarinya.
4. Cekatan Anak-anak berkarakter dinamis, aktif, eksploratif, dan penuh
inisiatif. Kondisi ini perlu di imbangi oleh Anda sebagai pengajarnya sehingga
Anda mampu bertindak sesuai kondisi yang ada.
5. Humoris Menjadi guru killer? Anak-anak malah takut kepada anda dan tidak
mahu belajar. Meskipun setiap orang mempunyai sifat humoris, sifat ini dituntut
untuk dimiliki seorang pengajar. Pada umumnya, anak-anak suka sekali dengan
proses belajar yang menyenangkan, termasuk dibumbui dengan humor. Secara
tidak langsung, hal tersebut dapat membantu mengaktifkan kinerja otak kanan
mereka.
6. Inspiratif
Meskipun

ada

panduan

kurikulum

yang

mengharuskan

peserta

didik

mengikutnya, guru harus dapat menemukan banyak ide dari hal-hal baru dan
lebih memahami informasi-informasi pengetahuan yang disampaikan gurunya.
7. Lembut

Dimanapun, guru yang bersikap kasar, kaku, atau emosional, biasanya


mengakibatkan dampak buruk bagi peserta didiknya, dan sering tidak berhasil
dalam proses mengajar kepada anak didik. Pengaruh kesabaran, kelembutan,
dan rasa kasing sayang akan lebih efektif dalam proses belajar mengajar dan
lebih memudahkan munculnya solusi atas berbagai masalah yang muncul.
8. Disiplin
Disiplin disini tidak hanya soal ketepatan waktu, tapi mencakup bebagai hal lain.
Sehingga, guru mampu menjadi teladan kedisplinan tanpa harus sering
mengatakan tentang pentingnya disiplin. Contoh, disiplin dalam waktu,
menyimpan barang, belajar dan sebagainya. Dengan demikian, akan timbul
pemahaman yang kuat pada anak didik tentang pentingnya hidup disiplin.
9. Responsif
Ciri guru yang profesional antara lain cepat tanggap terhadap perubahanperubahan yang terjadi, baik pada anak didik, budaya, sosial, ilmu pengetahuan
maupun teknologi, dll.
10. Empatik
Setiap anak mempunyai karakter yang berbeda-beda, cara belajar dan proses
peneriamaan, serta pemahaman terhadap pelajaran pun berbeda-beda. Oleh
karena itu, seorang guru dituntut mempunyai kesabaran lebih dalam memahami
keberagaman tersebut sehingga bisa lebih memahami kebutuhan-kebutuhan
belajar mereka.
11. Nge-friend
Jangan membuat jarak yang lebar dengan anak didik hanya karena posisi Anda
sebagai guru. Jika kita dapat menjadi teman mereka akan menghasilkan emosi
yang lebih kuat daripada sekadar hubungan guru-murid. Sehingga, anak-anak
akan lebih mudah beradaptasi dalam menerima pelajaran dan bersosialisasi
dengan lingkungannya.

2.0 Tugas-Tugas Guru


2.1 Guru Bertugas Harian / Mingguan
Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit
sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah
sekolah berakhir. Beliau perlu memastikan bilik-bilik darjah telah disapu,
sampah-sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/ tingkap telah ditutup setelah
tamat persekolahan. Beliau mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar
seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar
kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah; jika
perlu.

2.2 Guru Buku Teks/ Rujukan Guru


Beliau mengagihkan buku teks kepada guru serta buku rujukan lain,
bertanggungjawab mengumpul kembali buku-buku yang dipinjamkan kepada
guru pada akhir tahun atau apabila guru bertukar/ berhenti kerja dan
bekerjasama dengan Guru Pusat Sumber dan Pembantu Tadbir dalam membuat
urusan pembelian buku teks dan buku rujukan.
2.3 Guru Disiplin
Beliau membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah, memastikan
peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi, mengambil tindakan terhadap
kes-kes salah laku pelajar, melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan
oleh Guru Besar, menjadi Pegawai Perhubungan antara pihak sekolah dengan
ibu bapa/ penjaga dalam menangani masalah disiplin, mencatatkan semua kes
disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin/ buku laporan disiplin
dan melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada
Penolong Kanan HEM seminggu sekali.

2.4 Guru Mata Pelajaran


Beliau memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan
kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan,
memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat
yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang
harus dicapai di akhir setiap penggal bagi setiap tingkatan, mempunyai sebuah
Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar
pada masa ditetapkan, menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran
yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ penggal/ seminggu/ harian/
dan melaksanakan pengajarannya mengikut Rancangan Pelajaran yang
disediakan, menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup,
memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar/ wakilnya
pada masa yang dikehendaki, menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada
pelajar, merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod
Mengajar, mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/
bimbingan, dan sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang
teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi
dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Guru Rumah Sukan


Beliau mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan,
memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan
antara rumah sukan.

2.6 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid


Jawatankuasa ini melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan
sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam
menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari
semasa ke semasa, membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan
untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tesebut dan
memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas
sekolah.

2.7 Jawatankuasa Jadual Waktu


Jawatankuasa ini menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru,
menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran, membuat
pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai, menetukan
kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu, menentukan corak jadual waktu
yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok dan
menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.

2.8 Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan (RMT) & Projek Susu


Sekolah (PSS)
Jawatankuasa ini perlu mengadakan perjanjian dengan pengurus kantin,
mengadakan pemilihan murid untuk RMT/ PSS, menyediakan rekod-rekod yang
berkaitan dengan RMT/ PSS, dan membuat laporan RMT pada pertengahan dan
akhir tahun.

2.9 Jawatankuasa Pusat Sumber/ Perpustakaan Sekolah


Guru Perpustakaan perlu menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan
pengguna

perpustakaan,

membuat

anggaran

belanjawan

perpustakaan,

menyediakan senarai buku-buku alat-alat bilik perpustakaan, melantik, melatih


dan

menyedia

pengawas

perpustakaan

dalam

membantu

mengurus

perpustakaan, menjaminkan bahawa perpustakaan diuruskan dengan teratur,


dan membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan melalui Guru Besar.

3.0 Isu Professional dan Program


Sebelum ini sudah ada isu & aduan masalah berkaitan guru seperti guru
bekerja masa panjang & sikap guru yang bermasalah. Kita akan mendengar
permasalahan yang menimpa kalangan guru-guru hari ini dan tidak mustahil kita
mungkin akan terus mendengar permasalahan seperti ini ini pada masa akan
datang selagi segala isu yang berkaitan guru-guru Malaysia hari ini tidak
diselesaikan secara tuntas.
Suara rintihan atau isu para guru sering kedengaran sejak berpuluh tahun
tetapi sehingga kini tidak pernah selesai. Memang tidak dinafikan ada tindakan
penyelesaian diambil tetapi ianya banyak yang bersifat ad hoc dan political.
Berbagai kajian telah dijalankan oleh KPM sendiri misalnya tentang beban kerja
guru.
Sehubungan dengan ini, saya akan menyenaraikan beberapa isu yang
sering didapati dalam media massa dan program-program yang diambil bagi
mengatasi masalah ini.

3.1 Beban Tugas Guru


Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan
serta kesihatan pelajar seperti pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan
Wang Amanah Plejar Miskin (KWAPM), Skim Pinjaman Buku Teks dan biasiswa.
Guru juga menguruskan penyelengaraan bangunan, perabot, sistem siaraya,
keceriaan sekolah, kawalan penggunaan kemudahan sekolah, pengurusan stor
dan perolehan.
Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah
Kecemerlangan, Program 3K, Program Sekolah Penyayang dan Program
Kecemerlangan Sukan. Selain program-program sekolah, guru turut terlibat
dengan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), kementerian lain, agensi
bukan kerajaan dan pihak swasta. Antara program itu ialah Sambutan Hari
Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Sambutan Hari Keputeraan
Sultan serta majlis-majlsi rasmi kerajaan negeri.
Guru juga terbabit dalam pengurusan asset sekolah dan inventori
sedangkan ini bukanlah tugas utama guru, sebaliknya ini adalah bidang tugas
pejabat. Walaubagaimanapun, guru perlu memikul tanggungjawab berkenaan
kerana pembantu stor yang pernah diwujudkan pada suatu ketika dahulu telah
dimansuhkan.
Tambahan lagi, guru turut melakukan tugas memasukkan data berkaitan
maklumat guru dan murid ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memerlukan guru mengisi maklumat
profil pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan
ibu bapa melihat prestasi anak-anak mereka.
Antara beban tugas guru yang lain ialah mengutip yuran tambahan,
menyediakan laporan kantin, laporan aktiviti surau, mengurus Rancangan
Makanan Tambahan serta mengurus Rancangan Susu Tambahan. Kesemua
senarai tugas yang diluar daripada bidang pengajaran jelas menunjukkan guruguru pada masa kini terbeban dengan tugas-tugas lain yang melabihi tugas
utama iaitu mendidik pelajar.
Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru
perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian
Pelajaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem
berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.Bebanan
ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan
peningkatan jumlah murid (Harian Metro, 2005).
Masalah beban tugas guru ini sukar untuk diselesaikan secara
sepenuhnya tetapi beberapa tindakan boleh diambil bagi mengurangkan beban

tugas guru antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan. Ibu
bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah bukan sebagai peserta
sahaja malahan turut menjadi pengelola program. Sebagai contoh, semasa hari
sukan tahunan, ibu bapa juga perlu melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa
yang menguruskan sukan tahunan sekolah. ibu bapa boleh membantu dalam
bahagian pengurusan peserta, pelepasan peserta serta ahli jawatankuasa
keselamatan. Hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa
memudahkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek
kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja
secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang
pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas
dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah,
1991). Guru Besar dan pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas
kepada guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut
kemampuan guru tersebut.
Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT
digunakan bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan program. Semua
maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian
Microsoft Access dan Microsoft Excel. Selain itu, ICT juga digunakan untuk
mewujudkan pengkalan data soalan, kandungan pengajaran dan pembelajaran,
persediaan

pengajaran

dan

kandungan

pengajaran.

Hal

ini

dapat

mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.


Pihak kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian
pada peringkat sekolah kerana terdapat sekolah yang mempunyai hampir 20
peperiksaan

dalaman

tidak

termasuk

peperiksaan

awam.

Pengurangan

peperiksaan dalaman dapat mengurangkan beban guru untuk membina soalan


dan menyemak skrip jawapan murid. Secara tidak langsung, pengurangan
bilangan peperiksaan dapat mengelakkan negara daripada menjadi terlalu

berorientasikan peperiksaan. Murid perlu belajar untuk mendapatkan ilmu dan


bukannya belajar untuk menjawab peperiksaan sahaja.
Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat meringankan
beban guru di sekolah. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
bersetuju guru tidak perlu dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu
banyak sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik anak bangsa.
Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
diberikan banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta
membuat persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan
menyediakan garis panduan tugas utama guru dan tugas yang tidak boleh
dilakukan oleh guru.
Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah
purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti
formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan
Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu
dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi
masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada
cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru,
ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0
(ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan
membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh
perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru
dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang
mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain
dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan
boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru
sandaran tidak terlatih.
Guru perlu menguruskan masa dengan baik. Setiap orang akan menerima
masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam sehari. Oleh yang demikian
sepatutnya tidak ada diantar guru yang mengeluh tidak dapat menyiapkan
tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,

sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang
pandai menguruskan masa. Pengurusan masa yang baik dapat meringankan
tugas yang ada.
Selari dengan perkembangan globalisasi pendidikan yang pesat ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan latihan dalam perkhidmatan
(LDP)

sebagai satu kewajipan dan prioriti yang mesti dilaksanakan dalam

perancangan kerjaya setiap guru.


Latihan Dalam Perkhidmatan dianggap sebagai alat yang paling berkesan
dalam memberi latihan dan latihan semula kepada guru-guru yang meliputi
pengetahuan dan kemahiran baru kepada guru dalam meneruskan kerjaya bagi
mengharungi cabaran dunia pendidikan. . Menurut Thomos ,1987

bahawa

latihan adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengubah tingkah laku dan
menjadi alat kepada perubahan tingkah laku itu melalui proses pembelajaran.
Pendapat ini juga disokong oleh Arfah 1992 bahawa cabaran

guru semakin

bertambah dengan ledakan teknologi maklumat lantaran itu guru harus sentiasa
mengembangkan diri secara professional supaya ia dapat bergerak bersamasama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat menjalankan tugas dengan
baik dan berkesan.
Perubahan tingkah laku dari positif kepada negatif bergantung kepada
bentuk pelajaran yang dipelajari semasa latihan kerana seseorang tidak boleh
memaksa seseorang yang lain supaya berubah tetapi perubahan berlaku melalui
proses dalaman yang melibatkan keyakinan dan keinsafan. (Hassan Ahmad,
1990)
3.2 Guru Ponteng
Isu guru ponteng merupakan salah satu isu yang semakin menjadi
perhatian banyak pihak apabila bilangan kes guru ponteng dilaporkan semakin
meningkat dari hari ke hari. Keratan akhbar di atas dipetik daripada sebuah
akhbar tempatan terkemuka, Berita Harian bertarikh 27 Jun 2010 yang
melaporkan bahawa kes salah laku guru terutama guru ponteng semakin
meningkat dan perlu dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam satu artikel lain pula melaporkan bahawa hasil pemantauan dan
pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) negeri Sabah pada
22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir
bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah
juga tidak hadir bertugas. Bilangan ini semakin meningkat dari hari ke hari.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi
amaran kepada para guru yang ponteng mengajar bahawa mereka yang
melakukan demikian akan dikenakan tindakan disiplin (Berita Harian, 2010).
Guru yang ponteng kerja dianggap telah melanggar peraturan dan etika kerja
seorang guru.
Beberapa cara penyelesaian isu yang telah diambil bagi mengatasi isu ini.
Pihak pentadbir boleh mengadakan perbincangan. Pelbagai langkah yang boleh
diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah ponteng ini dari terus
berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak pentadbir perlu
mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru yang sering
ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil
tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan
mereka di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri
kepada guru-guru ini bagi mengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan
motivasi diperlukan agar perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari.
Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap
berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat
amaran bagi memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini
menunjukkan bahawa pihak pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng
ini. Dalam sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas setelah
mendapat surat tersebut.
Namun demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu
Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah tersebut kepada
lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1)

yang terkandung dalam

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian


III.

Bagi pihak guru sendiri, beliau seharusnya kembali kepada pegangan


agama. Dengan mendalami ilmu agama, seseorang guru itu akan sedar peranan
dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanankan dengan sebaik yang
mungkin dan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.
Apabila guru berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang
fokus, dan tidak berupaya menjalankan tugas kerana menghadapi masalah
tertentu, maka amat penting bagi seorang guru mempunyai kekuatan dalaman
yang kuat untuk membantu menaikkan semangat diri bagi menghadapi masalah
tertentu.
Seandainya jika masalah yang dihadapi masih berpanjangan, adalah lebih
baik guru tersebut menghadiri sesi kaunseling dalam mencari jalan keluar yang
terbaik.
Program yang boleh diambil adalah Budaya Refleksi.Refleksi merujuk
kepada gambar atau bayangan dalam cermin, pembalikan, renungan, kenangan
atau pernyataan fikiran dalam bentuk tulisan atau percakapan. Refleksi
merupakan

usaha

pengalamannya

ke

penuh
arah

sedar
membantu

seseorang

individu

meningkatkan

memeknakan

celikakal

mengenai

kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses


merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan
dan tindakan untuk membaiki diri.
Shulman(1987) menyenaraikan dalam konteks perguruan, kebolehan
membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan
memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

4.0 Kesimpulan
Menjadi seorang guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan
mencapai pendidikan yang cemerlang bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang
penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru sendiri mengubah paradigm,
pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling penting menjadi
guru yang tidak mudah patah semangat. Walaupun dibebani dengan tugas yang
banyak, guru tetap tidak boleh patah semangat dan berputus asa. Guru perlu
sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dengan meningkatkan kemahiran
diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi.
Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan
ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja
serta mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan
komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu. Guru
yang berjiwa waja tidak mudah patah semangat dengan cabaran kerjanya. Guru
hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah merungut dengan beban tugas yang
dipikul.
Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru.
Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan
tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan
baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara.
Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang
tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

5.0 Refleksi
Selepas menyiapkan kerja kursus ini, saya baru mengetahui bahawa
profesion guru ini mempunyai banyak perkara yang saya tidak tahu. Saya berasa
bersyukur kerana pensyarah saya, En. Mohtari yang memberi saya peluang ini
untuk mempelajari banyak ilmu baru yang berkaitan dengan bidang perguruan.
Melalui kerja kursus ini, saya telah memperolehi banyak pengalaman yang baru
dan amat berguna bagi saya yang akan bekerja di sekolah pada bulan
September ini.
Melalui kerja kursus ini, saya telah memahami tentang konsep
professional guru yang perlu dijaga oleh saya pada masa depan. Selain itu, saya
juga perlu menjaga kesantunan saya sebagai guru. Kesantunan yang perlu
dijaga adalah kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku dan kesantunan
berbahasa.
Saya harus sentiasa berpakaian dengan sopan dan sesuai dengan etika
berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi
penjawat awam.
Saya juga memahami saya bukan sahaja perlu menjaga kesantunan
dalam sekolah malah di luar sekolah sedangkan guru merupakan model kepada
murid-murid. Saya perlu menjaga kesantunan dalam cara duduk, cara
mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk,
cara membersihkan mulut setelah makan dan cara memakai tusuk gigi .
Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus serta
sapaan berbentuk pujian juga perlu dijagakan sedangkan saya seorang yang
tidak suka senyum. Ini membolehkan saya sentiasa mengingati sendiri untuk
senyum selalu untuk mengelakkan berlakunya keselisihan faham semasa saya
berkomunikasi dengan orang lain sama ada warga sekolah atau pihak di luar
sekolah terutamanya ibu bapa murid-murid.

Saya berasa sangat gembira kerana telah mempelajari ramai ilmu yang
amat penting bagi saya dalam kehidupan guru pada masa akan datang. Akhirnya
saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, En. Mohtari
yang memberi saya peluang ini untuk mempelajari dengan beliau. Sekian, terima
kasih.

6.0 Bibiografi
BUKU
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah. Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Shah Alam: Oxforrd Fajar Sdn. Bhd.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon.
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional.

(2010).

Asas

Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.


Sufean Hussin, Sharil @ Charil Marzuki, AZ Abdul Razak dan rakan. (2005).
Pentadbiran

dalam

Pembangunan

Pendidikan.

Batu

Caves:

PTS

Professional

KAMUS
Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

INTERNET
Academia. (2015). Kod etika perguruan. Akses pada 4 Ogos 2015 daripada
https://www.academia.edu/8689555/Kod_etika_perguruan
Antonmaths Weblog. (2008). Etika professional dalam pendidikan. Akses pada 4
Ogos 2015 daripada https://antonmath.wordpress.com/etika-profesional-dalampendidikan/
Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. (4 September 2012). Isu: Guru
ponteng. Akses pada 4 Ogos 2015 daripada
http://kamiprofesional.blogspot.com/2012/09/isu-guru-ponteng.html

Byronkys Blog. (13 April 2009). 5 ciri akauntabiliti guru. Akses pada 4 Ogos 2015
daripada https://byronky.wordpress.com/2009/04/13/5-ciri-akauntabiliti-guru/
Cerita Guru Kini. (2 September 2012). Isu kepedulian guru. Akses pada 4 Ogos
2015 daripada http://ceritagurukini.blogspot.com/
Cikgu Belajar Bahasa. (2015). Etika profesion perguruan & aspek keguruan
sebagai satu profesion. Akses pada 4 Ogos 2015 daripada
http://amirgassi.blogspot.com/2010/10/etika-profesion-perguruan.html
Coretan Kuliah Fisika. (3 November 2014). Konsep Profesionalisme Guru. Akses
pada 4 Ogos 2015 daripada http://fisika-atom.blogspot.com/2014/11/konsepprofesionalisme-guru.html
Educate Story. (30 Oktober 2012). Kod etika dan akauntabiliti keguruan. Akses
pada 4 Ogos 2015 daripada http://educatestory.blogspot.com/2012/10/kod-etikadan-akauntabiliti-keguruan.html
EDU3108 Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Keguruan. (20 Julai
2012). Isu-isu Profesion dan Profesional. Akses pada 4 Ogos 2015 daripada
http://mizan-edu3108-drzaims.blogspot.com/2012/07/tajuk-1-isu-isu-profesiondan.html#!/tcmbck
Informasi-Pendidikan.com. (24 Julai 2013). Definisi guru professional. Akses
pada 4 Ogos 2015 daripada http://www.informasipendidikan.com/2013/07/definisi-guru-profesional.html
Koleksi Minda. (15 Mac 2013). Isu kesantunan guru. Akses pada 4 Ogos 2015
daripada http://bkree66.blogspot.com/2013/03/isu-kesantunan-guru.html
Learn To Be Better. (2 September 2012). Isu keguruan isu beban tugas guru.
Akses pada 4 Ogos 2015 daripada
http://gurucoolbainun.blogspot.com/2012/09/isu-keguruan-isu-beban-tugasguru.html

Mbah Darmo. (8 Julai 2009). Kesantunan berbahasa dan profesionalisme guru


bahasa. Akses pada 4 Ogos 2015 daripada
http://pakdarmadi.blogspot.com/2009/07/kesantunan-berbahasa-dan.html
MyEduShare. (2015). Senarai tugas & tanggungjawab guru mengikut bidang.
Akses pada 4 Ogos 2015 daripada http://tw.gigacircle.com/4057247-1
Pismp-EDU 3108. (8 Julai 2011). Etika Profesion Guru. Akses pada 4 Ogos 2015
daripada http://pismpgemilang.blogspot.com/2011/07/etika-profesionkeguruan.html
Pismp-EDU 3108. (8 Julai 2011). Etika profesion keguruan. Akses pada 4 Ogos
2015 daripada http://pismpgemilang.blogspot.com/2011_07_01_archive.html
Pendidikan Guru TK. (2013). Ciri-ciri guru profesional. Akses pada 4 Ogos 2015
daripada http://pgtk--darunnajah.blogspot.com/2011/09/ciri-ciri-guruprofesional.html
PK Guru. (Januari 2012). Ciri-ciri guru professional. Akses pada 4 Ogos 2015
daripada http://penilaian-kinerja-guru.blogspot.com/2012/01/ciri-ciri-guruprofesional.html
Profesionalisme Guru. (24 November 2008). Ciri-ciri guru cemerlang. Akses pada
4 Ogos 2015 daripada http://deriakacamata.blogspot.com/2008/11/ciri-ciri-gurucemerlang.html
Scribd. (07 Januari 2011). Isu kesantunan guru. Akses pada 4 Ogos 2015
daripada http://www.scribd.com/doc/46460893/Isu-Kesantunan-Guru#scribd
Scribd. (10 Jun 2008). Akauntabiliti keguruan. Akses pada 4 Ogos 2015 daripada
http://www.scribd.com/doc/3630163/akauntabiliti-guru#scribd
Slideshare. (28 May 2013). Akauntabiliti guru. Akses pada 4 Ogos 2015 daripada
http://www.slideshare.net/ibnussomad/akauntabiliti-guru

Slideshare. (3 November 2012). Eika profesion keguruan dan akauntabiliti. Akses


pada 4 Ogos 2015 daripada http://www.slideshare.net/zain72/etika-profesionkeguruan-dan-akauntablilti
Slideshare. (14 March 2010). Ciri-ciri dan kualiti guru yang professional. Akses
pada 4 Ogos 2015 daripada http://www.slideshare.net/shahrulasyikin/ciriciri-dankualiti-guru-yang-profesional

JURNAL
AS Shaari, SM Tang, KT Lim dan rakan. (2008). Keadilan Penilaian Prestasi
dalam Kalangan Guru dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja dan
Pencapaian Akademik. Universiti Utara Malaysia

7.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai