Anda di halaman 1dari 8

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)

Hubungan antara Strategi Kognitif Regulasi Kendiri Emosi


dengan Tingkah Laku Sosial Remaja di Malaysia
Norhayati Zakaria, a,* , Nirwana Mohd Rashid, b Ahmad Firdaus Dahalan a
a
b

Politeknik Banting Selangor, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Institut Pendidikan Guru - Kampus Tengku Ampuan Afza, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

*Corresponding author : znorhayati@gmail.com

Abstrak
Penglibatan remaja dalam salah laku dan jenayah semakin serius dan terus meningkat dari tahun ke tahun. Gejala sosial dan
tingkah laku tidak beretika yang berleluasa hari ini berpunca dari masalah emosi. Peristiwa-peristiwa yang memberikan tekanan
yang hebat seperti kehilangan kasih sayang, bencana dan pergolakan dalam keluarga didapati memberi jangkaan terhadap
permasalahan dalaman (internalizing) dan luaran (externalizing) seseorang individu. Tujuan kertas kajian ini adalah untuk
mengenal pasti perkaitan antara sembilan dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi dengan tingkah laku sosial positif dan
negatif remaja. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan 538 remaja berumur 16 tahun yang
dipilih secara rawak seluruh Malaysia. Strategi kognitif regulasi kendiri emosi diukur dengan menggunakan alat ukur Cognitive
Emotion Regulation Questionnaire (CERQ) dan tingkah laku sosial pula diukur dengan menggunakan Senarai Semak Tingkah
Laku Sosial yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Tujuh
antara sembilan dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi dilihat mempunyai hubungan positif yang signifikan manakala satu
dimensi menunjukkan hubungan negatif yang signifikan dengan tingkah laku sosial positif remaja. Bagi hubungan dengan tingkah
laku sosial negatif pula, tiga dimensi menunjukkan hubungan positif yang signifikan manakala hanya dua dimensi menunjukkan
hubungan negatif yang signifikan dengan tingkah laku sosial remaja. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa dimensi
menyalahkan orang lain (blame-others), memikirkan musibah (catastrophizing) dan meletakkan pada perspektif yang betul (putting
into perspective) lebih berkait rapat dengan pembentukan tingkah laku sosial negatif manakala dimensi fokus semula tindakan
(refocus on planning) dan menilai semula secara positif (positive reappraisal) adalah lebih dominan ke arah pembentukan tingkah
laku sosial positif. Ini telah memberikan satu pengetahuan baru kepada semua pihak agar program intervensi harus dilaksanakan
bagi membentuk remaja menggunakan strategi kognitif regulasi kendiri emosi yang bersesuaian apabila berdepan dengan sesuatu
situasi oleh remaja terutamanya dalam situasi yang negatif.
Kata kunci: Strategi kognitif regulasi kendiri emosi (skrke), tingkah laku sosial (tls), remaja

PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini akhbar-akhbar arus perdana negara sering memuatkan berita-berita yang
menggemparkan melibatkan salah laku para remaja yang mana menunjukkan peningkatan penglibatan remaja
dengan jenayah dari tahun ke tahun. Secara teorinya, tingkah laku bukanlah sesuatu yang terbit dengan sendirinya
malah merupakan tindak balas kepada sesuatu situasi yang mengawalnya. Menurut Bandura (1986) tingkah laku
merupakan sesuatu yang dikawal secara kognitif yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk perilaku setelah
memadankannya dengan situasi yang bersesuaian. Remaja yang menghadapi masalah tingkah laku dikatakan sebagai
remaja yang terganggu emosinya (Coleman 1986; Reinet & Huang 1987). Ini juga boleh menyebabkan daya intelek
mereka kurang berfungsi dan tidak dapat disesuaikan dengan perubahan-perubahan sosial, sering merasai konflik
diri, berasa bimbang dan bersalah serta sukar menyesuaikan diri dengan keperluan-keperluan persekitaran
(Blackham, 1967). Menurut Quay, Morse dan Cutler (1966), remaja yang sedemikian akan bercelaru kelakuannya
dan bertingkah laku secara agresif, bermusuhan dan juga suka bergaduh. Mereka juga tidak matang, malas,
berkhayal, pasif dan prejudis dan natijahnya mereka ini mengamalkan tingkah laku delinkuen. Gejala sosial dan
tingkah laku tidak beretika yang berleluasa hari ini berpunca dari masalah emosi (Cohen & Strayer, 1996). Justeru,
keupayaan memantau aktiviti kognitif ini adalah penting terutamanya semasa proses meregulasi emosi kendiri agar
emosi tidak menguasai diri remaja yang dizahirkan dalam bentuk tingkah laku (Garnefski, 2005). Menurut
Garnefski, Koopman, Kraaij & Cat, 2008), strategi kognitif regulasi kendiri emosi di definisikan sebagai strategi
mental yang digunakan secara sedar oleh seseorang individu bagi menangani maklumat yang membangkitkan emosi.
Pandangan Garnefski adalah selari dengan pendapat yang dikemukakan oleh Thompson (1991) yang menyatakan
bahawa strategi kognitif regulasi kendiri emosi merupakan proses pengurusan emosi secara kognitif sebagai tindak
balas terhadap peristiwa-peristiwa yang menyentuh emosi. Diperingkat awal pembentukan tingkah laku, respons
adalah dipilih dan dikelola diperingkat kognitif. Konsep tindakan yang terbit dari contoh-contoh tertentu

379

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)


membolehkan seseorang individu menghasilkan respons diperingkat luaran. Representasi konseptual ini
menyediakan model dalaman bagi menghasilkan dan membentuk respons. Pada dasarnya, pembentukan tingkah laku
melibatkan proses pemadanan konsep dimana sensori maklumbalas yang baru dibentuk dibandingkan dengan konsep
tersebut. Tingkah laku tersebut kemudiannya diubahsuai berdasarkan kepada perbandingan maklumat untuk
mencapai secara progresif perhubungan yang rapat di antara konsep dan tindakan.
Garnefski telah memperkenalkan sembilan dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi dan ianya
merupakan keperluan asas bagi menangani situasi negatif dalam kehidupan seharian seseorang individu. Dalam
keadaan tertentu, seseorang individu mungkin menggunakan strategi kognitif yang spesifik dan boleh berubah
mengikut situasi yang dihadapi. Strategi kongnitif regulasi kendiri emosi juga boleh dipengaruhi, boleh berubah,
boleh dipelajari, atau tidak boleh dipelajari seperti melalui psikoterapi, program-program intervensi atau pun melalui
pengalaman individu itu sendiri (Garnefski, 2002). Sembilan strategi kognitif regulasi kendiri emosi itu ialah
menyalahkan diri sendiri (Self-Blame), menyalahkan orang lain (Blame-Others), penerimaan (Acceptance), fokus
semula kepada perancangan (Refocus on Planning), fokus semula secara positif (Positive Refocusing), terlalu
memikirkan (Rumination), menilai semula secara positif (Positive Reappraisal), meletakkan pada perspektif yang
betul (Putting into Perspective), memikirkan musibah (Catastrophizing). Garnefski (2005) mendapati strategi
menyalahkan diri sendiri (self-blame), terlalu memikirkan (rumination), penilaian semula secara positif (positive
reappraisal) dan pemfokusan semula secara positif (positive refocusing) adalah menyumbang terhadap tingkah laku
luaran. Dapatan kajian ini di dapati menyokong dapatan kajian terdahulu mengenai tingkah laku dalaman yang
membawa kepada gangguan kognitif negatif (Leung & Wong, 1998; Epkins 2000). Selain dari kajian tersebut
Garnefski (2004) Kajian ini di dapati selari dengan kajian yang lalu di mana strategi mengendali kognitif seperti
terlalu memikirkan (rumination), menyalahkan diri sendiri (self-blame) dan memikirkan musibah (catastrophizing)
adalah berkait rapat dengan kemurungan, sementara strategi seperti menilai semula secara positif (positive
reappraisal) tidak mempunyai kaitan dengan simptom tersebut (Anderson, Miller, Riger, Dill & Sedikides, 1994;
Sullivan, Bishop & Pivik, 1995). Dalam kajian yang dijalankan oleh Matin dan Dahlen (2004) mendapati bahawa
menyalahkan diri sendiri, menyalahkan orang lain, terlalu memikiran dan memikirkan musibah (catastrophizing)
mempunyai korelasi secara positif dengan trait anger scale dan anger expression-in. Manakala menyalahkan orang
lain (Blame-Others), terlalu memikiran (rumination) dan memikirkan musibah (catastrophizing) mempunyai
korelasi yang positif dengan anger expression-out. Silk, Steinberg & Morris (2003) pula mendapati remaja yang
tidak membenarkan atau mengelak berlakunya proses kognitif dalam meregulasikan emosi mereka, menunjukkan
berlakunya ketidak-keberkesanan dalam meregulasikan afek negatif mereka. Penggunaan strategi ini telah
menunjukkan wujudnya simptom kemurungan yang kronik dan juga mewujudkan masalah tingkah laku. Dapatan ini
adalah selari dengan dapatan kajian Larson et al., (1996). Ganefski (2002) menunjukkan bahawa remaja secara
signifikannya kurang menggunakan strategi regulasi kendiri emosi kognitif berbanding dengan orang dewasa.
Dapatan kajian mendapati bahawa strategi kognitif regulasi kendiri emosi seperti menyalahkan diri sendiri (selfblame), terlalu memikirkan (rumination), memikirkan musibah (catastrophizing) dan penilaian semula secara positif
(positive reappraisal) memainkan peranannya yang penting kepada simptom psikopatologi bagi kedua-dua
kumpulan remaja dan orang dewasa. Ianya adalah selari dengan dapatan kajian terdahulu oleh Nolen-Hoeksema et al
(1997). Berdasarkan kepada kajian terdahulu, tindak balas strategi kognitif regulasi kendiri emosi terhadap tekanan
emosi (tingkah laku dalaman-internalizing) seperti menyalahkan diri sendiri (Self-blame), terlalu memikirkan
(Rumination) dan memikirkan musibah (Catastrophizing) telah didapati mempunyai hubungan dengan masalah
emosi manakala strategi seperti penilaian semula secara positif mempunyai hubungan dengan kurangnya masalah
tingkah laku di kalangan remaja (Garnefski, Boon, & Kraaij, 2003; Garnefski & Kraaij, 2006; Garnefski et al., 2001;
Garnefski, Legerstee, Kraaij, van den Kommer, & Teerds, 2002; Martin & Dahlen, 2004).
Dari teori dan kajian strategi kognitif regulasi kendiri emosi dan tingkah laku yang telah dikemukakan di atas,
jelas menunjukkan gangguan tingkah laku adalah disebabkan oleh pelbagai aspek. Selari dengan kajian ini, terdapat
teori yang menyatakan bahawa pembentukan tingkah laku melibatkan proses kognitif bagi menjana tindak balas
(Bandura, 1986). Selain dari itu, punca masalah tingkah laku adalah bermula dari faktor-faktor dalaman seseorang
(Becker, 1963). Ini memberikan maksud bahawa wujudnya konflik dalam jiwa seseorang individu yang
membangkitkan emosi untuk bertingkah laku sebagaimana pandangan oleh ahli psikodinamik. Kajian-kajian yang
lalu telah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara peristiwa negatif dalam kehidupan
dengan permasalahan emosi di kalangan remaja. Peristiwa-peristiwa yang memberikan tekanan yang hebat seperti
kehilangan kasih sayang, bencana dan pergolakan dalam keluarga didapati memberi jangkaan terhadap permasalahan
dalaman (internalizing) dan luaran (externalizing) seseorang individu terutamanya remaja (Garnefski, et. al., 2003).
Walau bagaimanapun kepelbagaian dalam ketidakbolehsuaian (maladjusment) disebabkan perisitwa-peristiwa yang
memberi tekanan ini telah menunjukkan tidak semua remaja yang terdedah kepada pengalaman-pengalaman yang
memberi tekanan ke atas mereka akan mengalami permasalahan emosi. Oleh yang demikian, timbul persoalan
mengapa sebahagian daripada remaja mengalami permasalahan emosi dan sebahagiannya lagi tidak mengalami
permasalahan emosi selepas melalui pengalaman-pengalaman negatif yang memberikan tekanan ke atas mereka.

380

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)


Fokus kajian ini adalah untuk megenal pasti apakah perkaitan antara penggunaan dimensi strategi kognitif regulasi
kendiri emosi dengan pembentukan tingkah laku sosial positif dan juga tingkah laku sosial negatif. Adalah
diharapkan kajian ini akan dapat memberikan impak yang positif dalam usaha menyelesaikan masalah tingkah laku
remaja hari ini. Hasil daripada penemuan-penemuan tersebut, kajian ini diharap akan dapat membentuk satu model
strategi kognitif regulasi kendiri emosi untuk merangka dan melaksanakan pelbagai program intervensi bagi
memupuk strategi-strategi yang baik dalam meregulasikan emosi dan seterusnya menzahirkan tingkah laku sosial
yang lebih positif dalam kalangan remaja di Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara dimensi strategi kognitif regulasi
kendiri emosi (SKRKE) dengan tingkah laku sosial (TLS) dalam kalangan remaja di Malaysia. Secara khususnya
objektif kajian ini adalah :
1.
Mengenal pasti profil jantina, etnik, agama, tahap strategi kognitif regulasi kendiri emosi dan tahap tingkah
laku sosial dalam kalangan remaja di Malaysia.
2.
Menentukan hubungan antara dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi dengan tingkah laku sosial
positif dalam kalangan remaja di Malaysia.
3.
Menentukan hubungan antara dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi dengan tingkah laku sosial
negatif dalam kalangan remaja di Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 538 orang remaja berumur sekitar 16 tahun dari seluruh Malaysia. Responden
adalah mereka yang sedang menuntut di tingkatan empat di Sekolah Menengah Harian di Malaysia. Taburan
responden mengikut Jantina menunjukkan 50.56% lelaki dan 49.44 % adalah perempuan. Taburan etnik dan agama
pula adalah sejajar dengan taburan di Malaysia di mana secara keseluruhannya majoriti responden adalah terdiri dari
etnik Melayu, diikuti oleh etnik Cina dan India manakala komposisi lain-lain adalah yang terendah.
Instrumen Kajian
Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini ialah Cognitive Emotion Regulation Questionnaire (CERQ;
Garnefski et al., 2002) yang mengandungi tiga puluh enam item (9 strategi khusus). Sembilan SKRKE khusus
tersebut ialah (1) Menyalahkan diri sendiri (Self-Blame); menyalahkan diri atas peristiwa negatif yang dialami. (2)
Menyalahkan orang lain (Blame-Others); meletakkan kesalahan atas peristiwa yang dialaminya ke atas orang lain.
(3) Penerimaan (Acceptance); secara rela atau terpaksa menerima kenyataan atas peristiwa negatif yang dialami. (4)
Fokus semula kepada perancangan (Refocus on Planning); memberikan fokus kepada langkah-langkah yang perlu
bagi menangani sesuatu peristiwa yang dialami. (5) Fokus semula secara positif (Positive Refocusing); mengalihkan
fokus kepada perkara-perkara yang menyeronokkan daripada memberikan fokus kepada peristiwa negatif yang
dialami. (6) Terlalu memikirkan (rumination); pendekatan seseorang individu yang berfikir secara mendalam tentang
perasaan yang dialami yang berkait dengan peristiwa-peristiwa negatif lampau yang boleh membawa kepada
kemurungan. (7) Penilaian semula secara positif (Positive Reappraisal); penilaian semula sesuatu yang negatif
secara positif dan melihatnya sebagai sesuatu yang bermakna. (8) Meletakkan pada perspektif yang betul (Putting
into Perspective); mengurangkan rasa kecewa terhadap sesuatu peristiwa negatif dengan membuat perbandingan
dengan peristiwa lain yang lebih teruk yang pernah dialami. (9) Memikirkan musibah (Catastrophizing);
memberikan penumpuan yang eksplisit terhadap sesuatu pengalaman yang mengecewakan dirinya.
Alat ukur yang digunakan bagi mengukur tingkah laku sosial positif dan tingkah laku sosial negatif remaja
adalah menggunakan Senarai Semak Tingkah Laku Sosial (SSTLS) yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji yang
merangkumi semua jenis tingkah laku sosial berdasarkan panduan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.
DAPATAN KAJIAN
Analisis Deskriptif Profil Ciri Responden Kajian
Jadual 1 menunjukkan perincian yang menerangkan profil sembilan dimensi strategi kognitif regulasi kendiri
emosi bagi keseluruhan responden kajian (N=538). Secara keseluruhannya, skor min tertinggi adalah menilai semula
secara positif (positve reappraisal) dan dikuti oleh fokus semula tindakan (refocus on planning), fikir perkara
menyenangkan (positive refocusing) dan menerima kenyataan (acceptance), asyik memikirkan (rumination),
menyalahkan diri sendiri (self-blame), meletakkan pada perspektif yang betul (putting into perspective), memikirkan
musibah (catastrophizing) dan yang terakhir adalah menyalahkan orang lain (blame-others). Ini bermakna strategi
yang paling kerap digunakan oleh remaja dalam menghadapi peristiwa atau situasi yang negatif ialah menilai semula
secara positif (positve reappraisal) dengan nilai Min=3.34 manakala dimensi menyalahkan orang lain (blame-others)

381

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)


merupakan strategi yang paling kurang digunakan oleh remaja dengan nilai Min=2.20. Secara keseluruhannya,
dapatan ini memberikan gambaran bahawa remaja di negara ini terlebih dahulu melakukan penilaian semula
terhadap sesuatu situasi manakala strategi menyalahkan orang lain merupakan strategi yang kurang digunakan oleh
remaja semasa menghadapi sesuatu peristiwa sebelum bertindak untuk menzahirkan tingkah laku mereka.
Jadual 1 Taburan skor dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi responden kajian

Min

Jumlah Responden
(N=538)
SP

2.80

0.81

2.20
3.11

0.83
0.76

3.28

0.85

3.21

0.86

3.01

0.88

3.34

0.85

2.78

0.76

Dimensi SKRKE
Menyalahkan diri sendiri
(self-blame)
Menyalahkan orang lain (blame- others)
Menerima kenyataan (acceptance)
Fokus semula tindakan
(refocus on planning)
Fikir perkara menyenangkan
(positive refocusing)
Asyik memikirkan
(rumination)
Menilai semula secara positif
(positve reappraisal)
Meletakkan pada perspektif yang betul
(putting intoperspective)

2.60
Memikirkan musibah (catastrophizing)
Catatan: SKRKE; strategi kognitif regulasi kendiri emosi

0.83

Jadual 2 menunjukkan taburan skor min tingkah laku sosial positif dan tingkah laku sosial negatif bagi
responden kajian (N=538). Dapatan menunjukkan bahawa min tingkah laku sosial positif (M=3.10) mengatasi min
tingkah laku sosial negatif (M=1.59). Ini bermakna bahawa responden kajian lebih cenderung ke arah bertingkah
laku sosial positif berbanding dengan tingkah laku sosial neagatif. Ini jelas menunjukkan majoriti responden dalam
kajian ini adalah mereka yang kurang bermasalah tingkah laku sosial. Walau bagaimana pun masih terdapat remaja
yang mempamerkan tingkah laku negatif, namun dalam masa yang sama mereka juga mempamerkan tingkah laku
positif.
Jadual 2 Taburan skor tingkah laku sosial positif dan negatif responden kajian
Jumlah Responden (N=538)
Pembolehubah
LS positif

Min

SP

3.10

0.68

TLS negatif

1.59
0.61
Catatan:
TLS-positif: Tingkah laku sosial positif; TLS-negatif: Tingkah laku sosial negatif

Min=3.88
SP =0.53

Analisis Inferensi Responden Kajian


Analisis inferensi dijalankan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson. Jadual 3 memaparkan hasil
analisis korelasi pearson untuk melihat hubungan antara setiap pemboleh ubah dimensi strategi kognitif regulasi
kendiri emosi dengan pemboleh ubah tingkah laku sosial positif dan tingkah laku sosial negatif. Berdasarkan analisis
yang telah dijalankan, terdapat tujuh dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi iaitu (i) menilai semula secara
positif (positif reappraisal), (ii) fokus semula tindakan (refocus on planning), (iii) fikir perkara menyenangkan
(positive refocusing), (iv) menyalahkan diri sendiri (self-blame), menerima kenyataan (acceptance), (v) asyik
memikirkan (rumination), (vi) menilai semula secara positif (positive reappraisal) (vii) meletakkan pada perspektif
yang betul (putting into perspective) yang menunjukkan hubungan positif yang signifikan manakala hanya satu
dimensi menunjukkan hubungan negatif yang signifikan dengan tingka laku sosial positif iaitu dimensi menyalahkan
orang lain (blame-others).

382

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)


Dapatan juga menunjukkan hubungan antara dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi dengan tingka
laku sosial negatif. Dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi iaitu menyalahkan orang lain (blame-others),
memikirkan musibah (catastrophizing) dan meletakkan pada perspektif yang betul (putting into perspective) yang
menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan tingkah laku sosial negatif manakala dimensi fokus semula
tindakan (refocus on planning) dan menilai semula secara positif (positive reappraisal) menunjukkan hubungan
negatif yang signifikan dengan tingkah laku sosial negatif. Ini jelas menunjukkan remaja yang bermasalah sering
menggunakan dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi menyalahkan orang lain (blame-others), memikirkan
musibah (catastrophizing) dan terkadang mereka menggunakan strategi meletakkan pada perspektif yang betul
(putting into perspective). Dapatan ini mempunyai sedikit persamaan dan perbezaan dengan hasil dapatan kajian
yang dijalankan oleh Garnefski (2005) terhadap remaja yang mempunyai masalah tingkah laku dalaman
(internalizing) di mana mereka secara signifikannya menggunakan strategi menyalahkan diri sendiri, strategi terlalu
memikirkan dan strategi menilai semula secara positif manakala kajian ini adalah memberikan fokus terhadap
tingkah laku luaran bukannya tingkah laku dalaman. Perbezaan yang jelas di sini ialah bagi remaja bermasalah
tingkah laku sosial (tingkah laku sosial negatif) menggunakan dimensi strategi kogniti regulasi kendiri emosi
menyalahkan orang lain (blame-others) manakala masalah tingkah laku dalaman menggunakan dimensi
menyalahkan diri sendiri (self-blame) dan kesamaan bagi kedua-dua masalah dalaman dan luaran ialah memikirkan
musibah (catastrophizing).
Jadual 3 Hubungan antara strategi kognitif regulasi kendiri emosi dengan tingkah laku sosial positif dan negatif
Pemboleh ubah

TLS positif
(N=538)

TLS negatif
(N=538)

Menyalahkan diri sendiri (self-blame)

.277**

.000

-.003

.941

Menyalahkan orang lain (blame-others)

-.096*

.026

.388**

.000

Menerima kenyataan (acceptance)

.283**

.000

-.07

.103

Fokus semula tindakan (refocus on planning)

.445**

.000

-.14**

.001

Fikir perkara menyenangkan (positive refocusing)

.340**

.000

-.057

.184

Asyik memikirkan (rumination)

.253**

.000

.004

.918

Menilai semula secara positif (positve reappraisal)

.471**

.000

-.163**

.000

Meletakkan pada perspektif yang betul


(putting intoperspective)
Memikirkan musibah (catastrophizing)

.164**

.000

.090*

.037

.076

.079

.195**

.000

SKRKE Umum

Catatan:
TLS-positif: Tingkah laku sosial positif; TLS-negatif: Tingkah laku sosial negatif; N: Bil sampel; p: Signifikan
** Signifikan pada aras 0.01
* Signifikan pada aras 0.05

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN


Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa strategi kognitif regulasi kendiri emosi merupakan satu keperluan
asas kognitif bagi menangani situasi negatif dalam kehidupan seharian seseorang individu (Garnefski, 2002). Dalam
keadaan tertentu, seseorang individu mungkin menggunakan strategi kognitif regulasi kendiri emosi yang lebih
spesifik di mana strategi ini berubah mengikut satu situasi dengan satu situasi yang lain. Penggunaan strategi
kognitif regulasi kendiri emosi boleh dipengaruhi, boleh berubah, boleh dipelajari melalui psikoterapi, programprogram intervensi atau pun melalui pengalaman individu itu sendiri. Keupayaan meregulasi emosi adalah berkait
secara signifikan dengan indikator-indikator kualiti interaksi sosial (Lopes, Salovey, Cote dan Beens, 2006). Dapatan
kajian ini juga jelas menunjukkan bahawa remaja lebih memilih strategi-strategi yang dilihat memberikan natijah
yang positif terhadap tingkah laku sosial positif mereka. Dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi seperti
fokus semula tindakan (refocus on planning), menilai semula secara positif (positive reappraisal) dan empat lagi
strategi yang lainnya dilihat mampu memberikan impak yang tinggi terhadap tingkah laku positif remaja. Walau
bagaimanapun, bagi remaja yang bertingkah laku negatif pula, pengkaji mendapati bahawa tingkah laku sosial

383

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)


negatif mempunyai hubungan yang signifikan dengan dimensi strategi kongitif regulasi kendiri emosi seperti
menyalahkan orang lain (blame-others) dan memikirkan musibah (catastrophizing). Dalam keadaan tertentu,
seseorang remaja mungkin menggunakan strategi kognitif yang spesifik di mana strategi ini mungkin berubah
mengikut keadaan, dari satu situasi dengan satu situasi yang lain. Strategi kognitif regulasi kendiri emosi juga boleh
dipengaruhi, boleh berubah, boleh dipelajari, atau tidak boleh dipelajari seperti melalui psikoterapi, programprogram intervensi atau pun melalui pengalaman individu itu sendiri. Ini memberikan gambaran bahawa strategi
kognitif regulasi kendiri emosi bukanlah sesuatu yang jumud malah boleh berubah mengikut situasi dan keadaan.
Penggunaan strategi yang betul dan bersesuaian dengan keadaan akan dapat menentukan bentuk tingkah laku sosial
yang dipamerkan oleh remaja.
Kajian ini juga dilihat telah berjaya menambah satu lagi maklumat ilmiah serta menyediakan maklumat baru
berhubung dengan aspek tingka laku sosial remaja yang memberikan penekanan kepada aspek meregulasi emosi
sebagai kaedah untuk mengawal pembentukan tingkah laku sosial. Hasil dapatan dan penemuan kajian juga dilihat
menyokong kajian-kajian terdahulu terutama sekali kajian berhubung dengan regulasi kendiri emosi yang telah
dijalankan oleh Gross (1998), John dan Gross (2004) dan Garnefski et al., (2002). Teori dan kajian terdahulu
berhubung dengan meregulasi emosi mendapati bahawa ianya mempunyai perkaitan lansung dengan tingkah laku
sosial. Kajian-kajian terdahulu tidak menyentuh aspek positif tingkah laku sosial secara khusus maka rujukan hanya
tertumpu kepada aspek negatif tingkah laku sahaja dan bukannya khusus kepada tingkah laku sosial. Pengetahuan
kepada strategi-strategi ini boleh dijadikan panduan supaya strategi tertentu dapat diaplikasikan kepada remaja bagi
membantu mereka mengawal emsoi mereka dan seterusnya tidak bertindak melulu dalam menangani sesuatu situasi.
Pengetahuan tentang pemprosesan informasi adalah amat penting kerana kegagalan memproses informasi dengan
cara yang tidak betul akan mengakibatkan tidak berlakunya pengregulasian emosi dalam menjana tindak balas ke
atas sesuatu situasi. Pada kebiasaannya, remaja tidak sedar bahawa mereka sedang melalui proses kognitif yang
kompleks bagi menjana respon terhadap situasi dan perkara ini perlu diberikan pendedahan yang sejelasnya kepada
mereka. Remaja juga perlu mengetahui bahawa terdapat pelbagai dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi
yang sesuai dan tidak sesuai digunakan dan penggunaannya juga berubah dari satu situasi ke situasi yang lain.
Kemahiran menggunakan strategi kognitif regulasi kendiri emosi boleh dipelajari melalui pengalaman individu
sendiri, program psikoterapi dan juga program intervensi. Remaja boleh dilatih oleh ahli psikologi, psikatris dan
kaunselor terlatih bagi menginterpretasikan sesuatu situasi dengan sebaiknya agar keputusan untuk menggunakan
mana-mana dimensi strategi kognitif regulasi kendiri emosi bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Ini bagi
mengelakkan remaja berkemungkinan memberikan respon yang negatif terhadap situasi. Kesedaran dan kemahiran
ini perlu diberikan perhatian serius memandangkan majoriti remaja tidak pernah menghadiri program khusus
berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan strategi kognitif regulasi kendiri emosi dan ianya amat
berkait rapat dengan tingkah laku secara lahiriah dan batiniah. Bahkan aspek strategi kognitif regulasi kendiri emosi
ini juga belum pernah didedahkan kepada masyarakat umum di negara ini. Sudah sampai masanya bagi semua pihak
melihat peri pentingnya aspek ini supaya semua lapisan masyarakat memahami kesan strategi kognitif regulasi
kendiri terhadap tingkah laku sosial remaja.
Secara praktikalnya input kajian ini memberikan implikasi kepada beberapa aspek. Aspek tersebut adalah
penerapan menyeluruh aspek strategi kognitif regulasi kendiri emosi di dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah menengah, latihan dan bimbingan kepada guru mengenai strategi kognitif regulasi kendiri emosi, peranan
ibu bapa dan guru-guru dalam pembentukan sahsiah remaja dan peranan Kerajaan bagi mewujudkan program
bersepadu bagi mengatasi masalah sosial remaja. Model yang dihasilkan dari kajian ini akan dijadikan asas kepada
kajian lanjutan berkaitan dengan isu strategi kognitif regulasi kendiri emosi dan tingkah laku sosial remaja. Kajian
lanjutan bolehlah diperkembangkan lagi memandangkan kajian ini mempunyai limitasinya dalam aspek yang dikaji.
Walau bagaimana pun terdapat beberapa cadangan yang boleh diketengahkan bagi tujuan menjalankan kajian
lanjutan. Adalah dicadangkan agar kajian akan datang dapat menggunakan kaedah eksperimental melalui intervensi
yang dijalankan agar dapat mengenal pasti kesan dan akibat kaedah menggunakan strategi kognitif regulasi kendiri
emosi dalam menzahirkan tingkah laku sosial mereka. Antara kaedah lain yang boleh mengukuhkan dapatan hasil
dari pendekatan kuantitatif ialah dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual berstruktur
agar dapat meneroka secara lebih mendalam akan pengalaman remaja bertingkah laku. Kajian longitudinal juga akan
mempu memberikan input terhadap hubungan antara pemboleh ubah bermula dari kanak-kanak sehinggalah ke
peringkat awal remaja melalui kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Inventori dan model berbeza
juga boleh digunakan dalam kajian akan datang memandangkan instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah
lebih kepada persepsi dan senarai semak tingkah laku sosial sahaja. Adalah dicadangkan inventori pengukuran yang
dibina sendiri berdasarkan kesesuaian dengan remaja di Malaysia boleh digunakan dalam kajian akan datang melalui
perbincangan yang mendalam dengan pakar-pakar psikologi. Kajian ini telah mengenal pasti pelbagai elemen yang
menyumbang kepada pembentukan tingkah laku sosial positif mahu pun yang tingkah laku sosial negatif remaja.
Oleh yang demikian, perancangan dan tindakan susulan perlu diberikan perhatian khusus oleh pelbagai pihak yang
terlibat. Antara cadangan yang praktik dikemukakan kepada pihak-pihak yang mempunyai perkaitan dengan

384

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)


permasalahan ini adalah seperti memberikan pendedahan pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai program.
Justeru, pihak kementerian harus mengambil langkah yang proaktif dalam merancang program intervensi dan
menyediakan perkhidmatan yang efisien agar remaja dapat mempraktikkan pengetahuan berkaitan serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Pihak kementerian haruslah menyemak semula polisi,
keutamaan dan kandungan kurikulum dalam mata pelajaran berkaitan agar pengetahuan ini dapat disampai dan
diterapkan kepada remaja sebelum program lanjutan dilaksanakan. Selain dari melalui kaedah penerapan menerusi
proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti-aktiviti bermakna di dalam ko-kurikulum juga akan dapat menyokong
serta mengukuhkan lagi pengetahuan ini. Pihak kementerian perlulah melakukan refleksi ke atas apa saja program
yang dilaksanakan melalui kajian, tindakan atau pandangan dari pakar yang mampu membawa kepada perubahan
tingkah laku sosial remaja.
Dengan adanya kaunselor sepenuh masa di setiap sekolah, program menangani masalah tingkah laku sosial
melalui pendedahan dan kemahiran terhadap aspek yang telah dikenal pasti dapat dirancang dengan teliti melalui
kerjasama dengan pihak kementerian sebagai pemudah caranya. Program yang dilaksanakan haruslah berfokuskan
kepada kumpulan sasaran remaja bermasalah tingkah laku sosial yang mana boleh dikenal pasti melalui pemantauan,
penilaian dan unit disiplin sekolah. Langkah langkah pencegahan awal bagi merawat permasalahan tingkah laku
diperingkat awal adalah menjadi keutamaan sebelum ianya menjadi barah yang sukar diubati.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah S.W.T di atas rahmat dan kurnianya dalam menyempurnakan kajian
ini. Ucapan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak iaitu KPM, JPN, Sekolah Menengah
Harian di Malaysia dan juga UPM yang terlibat dengan kajian ini dan juga semua pihak yang telah membantu
secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan kertas kajian ini.
RUJUKAN
Anderson, C.A., Miller, R.S., Riger, A.L., Dill, J.C., & Sedikides, C. (1994). Behavioral and Characterological
Styles as Predictor of Depression and Loneliness; Review, Refinement and Test. Journal of Personality and
Social Psychology, 66, 549-558.
Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (2002). Introduction to Research in Education. 6th Edition. Wadsworth,
Thomson Learning. USA.
Bandura, A., (1986). Social Foundation for Thought and Action. New York: Prentice Hall.
Barker, R. G. (1968). Ecological Psychology: Concepts and Methods for Studying the Environment of Human
Behaviour. Standford, CA: Standford University Press.
Becker, H. 1963. Uutsiders: Studies in the Sociology of Deviance. New York: The Free Press.
Blackham, G. J.(1967). The Deviant Child in the Classroom. Belmont, CA: Wadsworth.
Cohen, D. & Strayer, J., (1996). Empathy in Conduct-Disordered and Comparison Youth. American Psychological
Association. Developmental Psychology. 32(6); 988-998.
Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences. 2nd Edition. New York: Academic Press.
Coleman, M. C. 1986. Behavioral Disorders: Theory and Practice. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentices
Hall.
Epkins, C. C. (2000). Cognitive Specificity in Internalizing and Externalizing Problems Incommunity and ClinicReferred Children. Journal of Clinical Child Psychology, 29, 199-208.
Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. (1998). How to Design and Evaluate Research in Education. New York: Mc.GrawHill.
Garnefski, Koopman, Kraaij, Cate (2008) Brief report: Cognitive Emotion Regulation Strategies and Psychological
Adjustment in Adolescents with A Chronic Disease. Journal of Adolescence 32 (2009) 449-454. Elsevier Ltd
Garnefski, N., & Kraaij, V. (2006). Relationships Between Cognitive Emotion Regulation Strategies and Depressive
Symptoms: A Comparative Study of Five Specific Samples. Personality and Individual Differences. 40: 16591669.
Garnefski, N., Baan, N., & Kraaij, V. (2005). Psychological Distress and Cognitive Emotion Regulation Strategies
among Farmers Who Fell Victim to The Foot-and-Mouth Crisis. Personality and Individual Differences, 38,
1317-1327.
Garnefski, N., Boon, S., & Kraaij, V. (2003). Relationships Between Cognitive Strategies of Adolescents and
Depressive Symptomatology Across Different Types of Life Event. Journal of Youth and Adolescence. 3: 401408.
Garnefski, N., Kommer, T., Kraaij, V., Teerds, J., Legerstee, J., & Onstein, E. (2002). The Relationship between
Cognitive Emotion Regulation Strategies and Emotional Problems: Comparison between a Clinical and a NonClinical Sample. European Journal of Personality. 16: 403-420.
Garnefski, N., Kraaij, V., & Spinhoven, Ph. (2002). Manual for the Use of the Cognitive Emotion Regulation
Questionnaire. Leiderdorp, The Netherland: DATEC.

385

2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013)


Garnefski, N., Kraaij, V., & Spinhoven, Ph., (2001). Negative Life Events, Coginitive Emotion Regulation and
Depression. Personality and Individual Differences. Elsevierscience Ltd.
Garnefski, N., Kraaij, V., & van Etten, M., (2005). Specificity of Relation Between Adolescents Cognitive Emotion
Regulation Strategies and Internalizing and Externalizing Psychopathology. Journal of Adolescence.
Garnefski, N., Legerstee, J., Kraaij, V., Kommer, T., & Teerds, J. (2002). Cognitive Coping Strategies and
Symptoms of Depression and Anxiety: A Comparison Between Adolescents and Adults. Journal of
Adolescence. 25: 603-611.
Garnefski, N., Teerds, J., Kraaij, V., Legerstee, J., & Kommer, T. (2004). Cognitive Emotion Regulation Strategies
and Depressive Symptoms: Differences Between Males and Females. Personality and Individual Differences,
36, 267-276.
Garnefski, N., Teerds, J., Kraaij, V., Legerstee, J., Kommer T. V. D., (2003). Cognitive Emotion Regulation
Strategies and Depressive Symptoms: Differences Between Males and Females. Elsevier Ltd. The Netherland.
Gross, J.J., (1998). The Emerging Field of Emotion Regulation: An Integrative Review. Rev Gen Psychology 2:271299.
John, O.P. & Gross, J.J. (2004). Healthy and Unhealthy Emotion Regulation: Personality Processes, Individual
Diffrences, and Life Span Development. Journal of Personality, 72:6. Blackwell Publishing
Larson, R., Richards, M.H., Moneta, G., Holmbeck, G., & Duckett, E. (1996). Changes in Adolescents Daily
Interactions with Their Families from Ages 10 to 18: Disengagement and Transformation. Developmental
Psychology, 32, 744-754.
Leung & Wong, (1998). Guanxi (Personal Relationship): Relationship Marketing in a Chinese Context.
International Business Press, An imprint of The Haworth Press, Inc., NY
Lopes, P. N., Salovey, P., Cote, S., Beers, M. (2005). Emotion Regulation Abilities and The Quality of Social
Interaction. Journal of American Pyschological Association, 5(1), 113-118.
Mahmood Nazar Mohamed, (1992). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku
Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Majid Konting. (2005). Methodology of Education Research. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Nolen-Hoeksema, S., McBride, A., & Larson, J.,(1997). Rumination And Psychological Distress among Bereaved
Partners. Journal of Personality and Social Psychology, 72, 855-862.
Polis DiRaja Malaysia, (2006). Statistik Penglibatan Remaja dalam Jenayah. Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Quay, H. C., Morse, W. C and Cutler, R. L. (1966). Personality Patterns of Pupils in Special Classes for the
Emotionally Disturbed. Exceptional Children. 32: 297-301.
Reinert, H. R. & Huang, A., (1987). Children in Conflict (3 ed.) Columbus: Merrill Publishing Co.
Silk, J.S., Steinberg, L., & Morris, A. S., (2003). Adolescents Emotion Regulation in Daily Life: Links to
Depressive Symptoms and Problem Behavior. Child Development.
Sullivan, M. J. L., Bishop, S. R., & Pivik, J. (1995). The Pain Catastrophizing Scale: Development and Validation.
Psychological Assessment, 7, 524 - 532.

386

Anda mungkin juga menyukai