Anda di halaman 1dari 1

KEPEN

TINGA
N
KITAR
SEMUL
A

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita


Kita perlulah menghormati Alam atau Bumi ini yang
telah banyak berjasa pada kita.Kini terdapat kirakira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia.
Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150
ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah
yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak
pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru
akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan
berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup
kita.

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat


dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan
kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah
sampah boleh mengeluarkan bau dan
menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita
dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan
seterusnya mengawal penyakit daripada
merebak. Pada masa yang sama, kita cuma mengakibatkan kerosakan yang
minimum pada alam sekitar. Kita bertanggungjawab untuk meninggalkan bumi
dalam keadaan yang sama atau dalam keadaan yang lebih baik lagi untuk
generasi yang akan datang.
3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada
terus mengancam kualiti kehidupan kita. Dalam cara ini, kita akan belajar yang
ekonomi bukanlah segala-galanya kepada manusia seperti kita.
4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga
i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan
4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk
menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar
semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang

Anda mungkin juga menyukai