Anda di halaman 1dari 4

3.

Nisbah Hutang
Nisbah hutang merupakan nisbah yang memberikan petunjuk kepada kemampuan

sesebuah firma dalam melangsaikan sesuatu hutang yang dibuat dalam jangka masa panjang
dan juga untuk mengukur sejauh mana firma dapat menggunakan hutang jangka masa
panjang untuk melangsaikan segala hutang yang dibuat oleh sesebuah firma. Terdapat tiga
nisbah hutang yang boleh digunakan oleh Syarikat Perlis Plantation Berhad iaitu jumlah
nisbah hutang terhadap aset, Jumlah nisbah hutang terhadap ekuiti dan jumlah nisbah
pinjaman jangka panjang terhadap ekuiti.

Nisbah

2010 (RM

2011 (RM
Ribu)

2012 (RM
Ribu)

2013 (RM
Ribu)

2014 (RM
Ribu)

Nisbah

Ribu)
454580

634030

813978

873533

123863

hutang

13914090

15199156

15579349

17065430

18605179

terhadap

= 0.03 kali

= 0.04 kali

= 0.05 kali

= 0.05 kali

= 0.07 kali

aset
Nisbah

454580

634030

813978

873533

123863

hutang

13459510

14565126

14765371

16191897

17381316

terhadap

= 0.03 kali

= 0.04 kali

= 0.06 kali

= 0.05 kali

= 0.07 kali

ekuiti
Nisbah

39129

44727

85212

89657

61984

pinjaman

13459510

14565126

14765371

16191897

17381316

jangka

= 0.002 kali

= 0.003 kali

0.006 kali

= 0.006 kali

= 0.004 kali

panjang
terhadap
ekuiti
Jadual 3.2: Nisbah Hutang Perlis Plantation Berhad

NISBAH HUTANG 2010 - 2014


Nisbah hutang terhadap
aset
Nisbah hutang terhadap ekuiti
Nisbah pinjaman jangka panjang terhadap ekuiti
0.08

0.07

0.07

0.06

0.06

0.05

0.05

0.04

0.04
0.03 0.03
0.02
0.01
0 0

2010

0
2011

0.01
2012

0.01
2013

0
2014

Graf 3.2: Petunjuk Nisbah Hutang Perlis Plantation Berhad


Graf diatas menunjukkan jumlah nisbah hutang terhadap aset untuk tempoh lima
tahun iaitu bermula dari tahun 2010 hingga 2014. Berdasarkan graf tersebut, tidak terdapat
perubahan yang berapa ketara diantara kelima-lima tahun yang disenaraikan. Dalam tempoh
lima tahun tersebut jumlah nisbah hutang terhadap aset adalah meningkat pada tahun 2010
hingga 2012 dimana masing-masing menunjukkan nilai 0.03 kali, 0.04 kali, 0.05 kali.
Manakala pada tahun berikutnya iaitu tahun 2013 menunjukkan nilai yang konsisten iaitu
0.05 kali. Pada tahun 2014 pula, jumlah nisbah hutang terhadap aset telah menunjukkan
peningkatan sebanyak 0.02 kali menjadikan ia kepada 0.07 kali.
Nisbah hutang terhadap ekuiti menunjukkan pola perubahan yang tidak konsisten iaitu
pada tahun 2010 hingga 2012 masing-masing mencatat nilai 0.03 kali, 0.04 kali, 0.06 kali.
Manakala jumlah nsbah hutang

pada tahun 2013 telah menurun kepada 0.05 kali dan

meningkat kembali pada tahun 2014 sebanyak 0.02 kali menjadikan jumlah nisbah hutang
terhadap ekuiti pada tahun itu kepada 0.07 kali.
Nisbah pinjaman jangka panjang terhadap ekuiti juga menunjukkan pola perubahan
yang tidak konsisten dalam tempoh lima tahun tersebut. Pada tahun 2010 jumlah pinjaman
jangka panjang terhadap ekuiti mencatat nilai sebanyak 0.003 kali. Pada tahun 2011 jumlah
ini telah meningkat sebanyak 0.003 sekaligus menjadikan jumlah nisbah pinjaman jangka

panjang terhadap ekuiti kepada 0.006 kali. Seterusnya pada tahun berikutnya iaitu tahun 2013
mencatatkan nilai yang konsisten iaitu 0.006 kali. Namun, pada tahun 2014 pula jumlah
nisbah pinjaman jangka panjang terhadap ekuiti telah menurun sebanyak 0.002 kali dan
menjadikan nilai pada tahun itu kepada 0.004 kali.

4.1.5

Potensi Kemasukan peserta baru

Dalam perancangan syarikat Perlis Plantation Berhad (PPB) untuk


memastikan kemapanan perniagaannya, PBB telah menambah perrniagaan baru selain dari
perniagaan asal mereka iaitu agro makanan seperti tepung dan gula. Oleh itu, Golden Screen
Cinema (GSC) telah ditubuhkan dan perniagaan ini merupakan pengedar dan pempamer
filem terkemuka di Malaysia dan ianya berkembang setiap tahun. Sebagai contoh, pada tahun
2015, GSC telah menandatangani perjanjian untuk membuka GSC IOI City Mall Putrajaya,
GSC Aman Central Alor Setar dan GSC Bintulu Times Square. Secara keseluruhannya GSC
telah mengendalikan 242 skrin digital di 28 lokasi di seluruh Malaysia dan Vietnam melalui
perkongsian usaha sama Galaxy Studio yang mengendalikan 18 skrin di empat lokasi di
Bandar Raya Ho Chi Minh. Selain itu GSC memberikan penonton dengan keselesaan dari
segi kapasiti tempat duduk dan dewan THX iaitu merupakan standard pengeluaran visual atau
audio tinggi untuk teater filem, bilik tayangan, teater rumah, pembesar suara computer,
konsol permainan, dan system audio kereta.