Anda di halaman 1dari 90

4.

0 MASALAH MURID PEMULIHAN DALAM MENGAPLIKASIKAN MATEMATIK DALAM


KEHIDUPAN SEHARIAN.
Murid pemulihan menghadapi beberapa masalah dalam mengaplikasikan
matematik dalam kehidupan sehariannya. Hal ini disebabkan mereka mengalami
masalah dalam kemahiran mengira. Kemahiran mengira adalah asas dalam konteks
matematik. Sebelum murid pemulihan mengaplikasikan matematik dalam kehidupannya
mereka haruslah mahir dalam pembelajaran matematik. Mereka haruslah menguasai
operasi tambah, tolak, darab dan bahagi supaya dapat menerapkan konsepnya dalam
kehidupan.
Pertama sekali, masalah diskalkulia dalam kalangan murid pemulihan. Merujuk
isitilah sastera, Dys dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, Calculia dalam
bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah
pembelajaran spesifik yang mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran
aritmetik (Wikipedia, 2008). Menurut Department for Education Skills 2001 diskalkulia
diterangkan sebagai sesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau
memperoleh kemahiran aritmetik. Kanak-kanak seperti ini mengahadapi masalah
dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap
nombor, dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur.
Sebagai contohnya, mereka 4+5 = 9, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+4=9.
Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka
melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. Berdasarkan pengalaman saya, sebelum
ini saya pernah melawat Pusat Disleksia di Ampang, Kuala Lumpur untuk
mengumpulkan maklumat tentang masalah murid disleksia serta antara intervensi yang
mereka aplikasikan untuk memulihkan kanak-kanak tersebut. Di sana saya juga dapat
memerhatikan kanak-kanak yang mempunyai masalah diskalkulia.Guru-guru yang
berkhidmat di sana telah menggunakan pelbagai jenis kaedah, bahan dan terapi untuk
memulihkan
masalah
pembelajaran
murid
tersebut.
Masalah diskalkulia ini menyebabkan murid-murid pemulihan mengalami
kesukaran dalam menguasai kemahiran operasi asas matematik. Ia menyebabkan
murid-murid tidak dapat menghitung dengan betul apa-apa jua benda yang diberikan.
Dalam kehidupan seharian pula, dia tidak dapat membeli sesuatu benda dalam kuantiti
yang betul. Kelemahannya akan menjadi kekuatan kepada orang lain. Hal ini
menyebabkan mereka mudah ditipu oleh orang lain. Selain itu, masalah ini juga

mengakibatkan murid pemulihan tidak dapat mengira wang dengan betul. Mereka tidak
menghargai nilai wang dan menggunakannya secara sewenang-wenangnya.
Masalah yang seterusnya adalah murid pemulihan masih lagi tidak menguasai
kemahiran pranombor. Konsep pranombor yang perlu diajarkan kepada murid-murid
pemulihan melibatkan konsep asas terhadap mengenal dan memahami warna, saiz,
dan bentuk sesuatu objek. Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam konsep
pranombor tidak dapat membezakan antara warna, saiz sesuatu gambar dan juga
suaikan bentuk yang sama. Di samping itu, murid pemulihan juga sukar untuk
mengenali nombor asas 0-9 dan mudah lupa nombor-nombor tersebut. Manakala,
aktiviti pengelasan adalah proses yang penting untuk membentuk konsep nombor.
Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu memilih dan membanding,
mengumpul, memilih semula, mengasingkan kumpulan, dan memilih objek berdasarkan
fungsi dan kegunaan. Malah, murid pemulihan ada yang masih lagi tidak dapat
menguasai aspek-aspek tersebut.
Masalah tersebut menyebabkan murid pemulihan tidak dapat mengkelaskan
sesuatu benda mengikut warna, saiz dan bentuk dalam kehidupan sehariannya. Mereka
juga tidak dapat mengukur, menyukat dan menimbang barang-barang dibeli. Impaknya
ia boleh menjejaskan masa depan murid pemulihan. Mereka tidak dapat melibatkan diri
dalam bidang yang sesuai. Seperti mana yang kita bincangkan di atas, pada masa kini
kebanyakan bidang memerlukan pengetahuan matematik asas. Tanpa pengetahuan
matematik mereka sukar melibatkan diri dalam sesuatu bidang. Ia akan menggelapkan
masa hadapan murid pemulihan.
Seterusnya, bah kata pepatah masa itu emas menyatakan bahawa masa
mempunyai nilai yang berharga dan kita haruslah menjaga masa dengan baik. Malah,
murid pemulihan pula mengalami masalah untuk menentukan waktu atau masa juga.
Mereka tidak dapat menentukan masa dengan betul berdasarkan jam,minit dan saat.
Lantaran itu, faktor dalaman juga mempengaruhi kesukaran menguasai subjek
Matematik. Murid pemulihan mengalami masalah dari segi fizikal iaitu cacat
pendengaran, masalah pengamatan, ketidakselarasan antara mata dan tangan.
Kesannya adalah murid pemulihan sukar untuk mempelajari, memahami, dan
mengadaptasikan pengetahuan Matematik yang telah dipelajari ke dalam kehidupan
seharian. Di samping itu, murid-murid ini juga mengalami kesukaran untuk mengawal

koordinasi motor halus dan kemahiran persepsi penglihatan kerana agak lemah untuk
mengawal secara total pergerakan mata serta refleksi otot-otot yang terlibat semasa
menulis seperti otot lengan, tangan dan jari. Murid yang mengalami masalah
pengamatan juga tidak boleh mengesan jarak antara nombor, menulis nombor di atas
garisan dan terbalik.
Selain daripada itu, faktor luaran juga mempengaruhi masalah pembelajaran dalam
Matematik. Terdapat segelintir guru yang tidak dapat menyampaikan maklumat yang
berkaitan Matematik dengan sempurna dan tersusun. Sekiranya guru yang mengajar
tidak dapat memberikan pengalaman yang cukup dengan menggunakan alat-alat yang
dapat memberikan kefahaman yang lebih, maka sudah tentu konsep Matematik yang
abstrak agak sukar untuk dikuasai dan sukar untuk menarik minat para pelajar. Hal ini
menyebabkan murid pemulihan hilang minat dalam subjek Matematik kerana
menganggap topik-topik Matematik amat sukar untuk dikuasai. Selain itu, persekitaran
bilik darjah yang tidak kondusif iaitu jarak di antara papan hitam dan kedudukan murid
kadang kala tidak diambil kira oleh para guru ketika proses pengajaran dan
pembelajaran
dijalankan.
Kesimpulannya, setiap masalah boleh ditangani melalui menggunakan strategi dan
kaedah yang sesuai. Guru-guru, ibu bapa dan juga pihak sekolah perlu menitikberatkan
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan dalam matapelajaran matematik
supaya dapat dipulihkan dengan segera tanpa ia menjadi lebih serius

1.0 KONSEP APLIKASI MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Jika kita lihat secara terperinci, kehidupan kita berkait rapat dengan matematik.
Segala aktiviti yang kita lakukan seperti pergi bercuti, membeli makanan, merancang
kerja-kerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas.
Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. Pengetahuan
dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam
kehidupan kita. Sebagai contoh, kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan
atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik.
Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam
menangani soalan berbentuk penyelesaian masalah. Seseorang yang telah diberi
latihan yang mantap dalam matematik, mampu melaksanakan kerja-kerja yang
kompleks dengan berkesan.. Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik telah
berjaya membaca dan menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia semasa Perang
Dunia
Kedua.
Selain itu, matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Sebagai contoh, penciptaan sistem nombor
binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Kemajuan dalam
matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains.
Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam memastikan
tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu the
building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities, telah
memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik
yang baru, tetapi juga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan.
(Mok, 2005).
Kesimpulannya, bah kata pepatah siapa yang menguasai matematik dan bahasa
maka ia akan menguasai dunia. Matematik merupakan media yang melatih manusia
untuk berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif. Justeru, kita haruslah menikmati dan
menghargai matematik dalam kehidupan seharian kita.

2.0 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Matematik telah menjadi suatu alat yang sangat penting dalam kehidupan
seharian manusia. Kita menggunakan nombor dalam pelbagai aspek. Antaranya adalah
seperti dalam bidang-bidang berikut :
2.1 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG KEJURUTERAAN
Kejuruteraan secara mudahnya ialah satu bidang bagaimana kita menggunakan
sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal dalam kehidupan
seharian. Seorang jurutera perlu mempunyai kreativiti yang tinggi bagaimana
menggunakan ilmu sains dan matematik untuk kepentingan masyarakat. Sebenarnya
terdapat pelbagai cabang kejuruteraan. Antara empat cabang kejuruteraan yang utama
ialah sivil, mekanikal, elektrikal dan kimia.
Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Juruteralah
yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio,
komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan
sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi
dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan
pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang
sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan
satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu
fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematik yang menjadi tunjak utama dalam
fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan
penguasaan yang kukuh dan jitu. Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan
ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan
pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu juga
untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesuatu alatan
elektrik.
Seterusnya, tanpa pengetahuan ilmu matematik yang konkrit seorang jurutera
sivil tidak dapat membina bangunan, jambatan dan rumah dengan baik dan kukuh. Hal
ini kerana, di sini jurutera perlu menentukan jumlah bahan yang diperlukan seperti

simen, pasir, dan batu-bata yang secukupnya untuk pembinaan yang kukuh. Jikalau
tidak bangunan yang dibinakan tidak akan tahan lama dan cepat roboh.

Rajah 1
3.1.2 BENTUK GEOMETRI DALAM PEMBINAAN
Selain itu, penggunaan bentuk geometri dalam pembinaan. Sebagai contohnya,
dalam pembinaan moden Wigwam Inggeris terdapat beberapa struktur asas geometri.
Berdasarkan gambar di bawah kita dapat melihat beberapa bentuk geometri seperti
bentuk segi empat tepat, silinder dan segi empat sama. Melalui ini, kita dapati bahawa
pengaplikasian konteks geometri matematik dalam proses pembentukan dan
pembinaan.

Rajah 2

Rajah 3 Bangunan yang berbentuk parallelogram

Rajah 4 bangunan yang berbentuk segi empat dan bulat

Rajah 5 Bangunan yang berbentuk pyramid

2.2 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG PERUBATAN

Bidang perubatan juga memerlukan matematik. Dalam bidang ini doktor dan
jururawat sering kali menggunakan konsep nombor semasa menulis preskripsi ubat dan
sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti menggunakan formula
matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan
teliti dengan menggunakan matematik. Seterusnya, untuk mengira nadi seseorang
pesakit juga doktor akan menggunakan pengiraan nombor.
Seterusnya, statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia
supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara
yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Ia
menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median
dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.statistik. Ia juga
memainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan. Terdapat beberapa sebab
kenapa seseorang doktor perlu mengetahui statistik. Sebab pertama adalah bidang
perubatan pada masa kini melibatkan perkara yang lebih kuantitatif berbanding dengan
masa lalu.Di samping itu, kaedah statistik sangat penting bagi merancang, melakukan
dan mentafsirkan penyelidikan perubatan. Sebab ketiga pula penulisan perubatan
menggunakan statistik bagi menyampaikan hasil kajian mereka. Jadi, pengetahuan
statistik diperlukan untuk membolehkan seseorang memahami apa yang ditulis.
Seseorang doktor dalam tanggungjawab hariannya merawat pesakit sentiasa
bergantung pada data. Data boleh diperolehi daripada pesakit itu sendiri, seperti
sejarah penyakit pesakit, hasil pemeriksaan klinikal dan makmal, ataupun daripada
perbincangan orang lain seperti dalam seminar, persidangan, bengkel dan lain-lain lagi.
Oleh sebab itulah, seseorang doktor itu mestilah mempunyai pengetahuan dan
seterusnya membiasakan dirinya dengan sumber data, kaedah pengumpulan
data,penyusunan dan pentafsiran data. Antara contoh aplikasi statistik dalam perubatan
adalah membuat analisis darah atau urin untuk memberi kesimpulan keseluruhan dan
ujian ubat baru atau tatacara pembedahan.
Selain daripada itu, salah satu cara yang lebih maju dalam professional
perubatan menggunakan matematik ialah dalam penggunaan imbasan CAT. CAT
adalah sejenis x-ray khas yang dikenali sebagai Computerized Axial Tomography
Scan. Mesin x-ray yang biasa digunakan hanya dapat memberikan pandangan dua
dimensi sahaja tetapi imbasan CAT ini mewakilkan tiga dimensi bagi organ-organ badan

terutamanya otak. Ia membolehkan doktor dapat melihat bahagian dalam otak atau
organ badan lain denga imej tiga dimensi.

Rajah 6 Imbasan CAT


.Selain daripada itu, salah satu jenis alat pengukur yang kita gunakan dalam
bidang ini adalah mesin penimbang berat badan. Mesin ini mengutamakan konsep
ukuran untuk mengukur berat badan. Melalui ini kita boleh mengetahui berat badan di
samping dapat menjaga kesihatan dan keberatan badan secara seimbang.
Pengaplikasian nombor dalam kehidupan seharian berkait rapat juga dengan mesin
pengukur berat badan seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 7
Kesimpulannya, peranan nombor dalam bidang perubatan merupakan satu
sumbangan yang amat dihargai. Nombor dapat menyampaikan maklumat kepada
doktor, jururawat serta kepada pesakit dengan tepat dan teliti. Oleh itu, kita haruslah

menikmati dan mengaplikasikannya dengan betul dan tepat dalam kehidupan seharian
kita.
2.3 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG EKONOMI
Laporan ekonomi seperti diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara
Malaysia, Institut Penyelidakan seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER),
dan bahagian ekonomi akhbar utama mengandaikan kecelikan matematik dan statistik
yang baik untuk seseorang itu memahami analisis ekonomi yang terkandung di
dalamnya. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal saham dan kewangan banyak
berasaskan kepada model matematik.
Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan
matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti
strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada
batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan.
Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian
masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian.
Seterusnya, bagaimana perniagaan saham boleh naik turun setiap detik, setiap
saat? Matematik yang berperanan untuk menyelesaikan masalah di setiap syarikat dan
perniagaan. Tanpa matematik, tidak akan wujud urusan perniagaan di seluruh Negara.
Di samping itu, setiap pemegang saham sesuatu syarikat pasti mempunyai masalah
dalam pelaburannya seperti kekurangan bayaran saham dan lain-lain lagi. Bayangkan
sekiranya masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, implikasinya pasti sangat besar
dan memberikan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seharian kita. Itulah
kepentingan penyelesaian masalah dalam matematik. Sesuatu urusan kehidupan
manusia pasti akan dapat diuruskan dengan efektif dan lancar. Antara pemikir yang
menyumbang kepada keberkesanan penyelesaian masalah matematik ialah George
Polya yang telah mengemukakan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah
matematik yang bukan hanya boleh digunakan untuk masalah matematik malah boleh
juga diaplikasikan terhadap masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian.
Antara empat strategi yang telah dipolopori oleh George Polya adalah mengenal
pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan akhirnya
menyemak jawapan. Kaedah kaedah tersebut membantu setiap individu untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupannya. Ia juga dapat merangsang

perkembangan intelek dan kognitif seseorang individu itu supaya lebih cepat untuk
menyelesaikan masalah yang sering berlaku dalam kehidupan. Sebagai contohnya,
seorang penjual aiskrim menghadapi kesukaran .apabila berhadapan dengan
pelanggan yang ramai. Di dalam situasi ini penjual tersebut hendaklah mempunyai
kemahiran mengira secara pantas dan secara tidak langsung ia meningkatkan
kemahiran mengiranya setiap kali dia berurusniaga dengan pelanggan.
Selain itu, matematik juga merupakan satu fungsi ekonomi bagi menentukan
siapa yang berada di atas dan siapa yang berada di bawah. Pekerjaan yang
menjanjikan pendapatan yang lumayan, pastinya memerlukan penguasaan matematik
yang tinggi. Malah di peringkat rendah sekalipun, matematik sangat mempengaruhi
jenis pekerjaan yang layak dipohon oleh seseorang individu. Tambahan lagi, pengiraan
mestilah dilakukan semasa memberi gaji kepada pekerja supaya memberikan gaji
mengikut jawatan yang dipegang, etika kerja dan penglibatannya dalam kerja. Akhirnya,
matematik ini berperanan untuk membentuk satu komuniti saintifik dan teknikal yang
menjadi faktor penentu kerjaya seseorang individu.
3.3.1 DARI SEGI ASPEK PERNIAGAAN
Perniagaan merupakan satu sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu
barang atau perkhidmatan. Suatu mekanisma yang membolehkan perniagaan berlaku
dipanggil pasar atau pasaran. Pada asalnya, pertukaran ini adalah menggunakan
sistem barter atau suka-sama-suka. Kini biasanya duit digunakan sebagai ganti. Kita
menggunakan wang sewaktu berurusan dengan peniaga. Kita perlu mempunyai
pengetahuan tentang nilai wang dan cara menggunakannya dengan jimat-cermat.
Melalui ini, kita dapat menjimatkan wang dan boleh mengelakkan pembaziran wang
sewenang-wenangnya.
Tambahan lagi, tanpa konsep pengiraan wang kita tidak dapat menjalankan
kehidupan seharian dengan bijak. Hal ini kerana, pada era moden ini manusia hanya
mengejar masa untuk mencari rezeki supaya dapat berhidup dengan mewah. Melalui
ini, kita dapat tahu setiap insan mempunyai kesedaran tentang kepentingan wang
dalam kehidupan. Pemikiran ini hanya berasal daripada konsep matematik. Kita dapat
tahu wang mempunyai nilai yang berharga dan ia mempunyai peranan yang penting
dalam kehidupannya melalui pengiraan matematik. Oleh itu, manusia telah pun bijak
menguruskan wang dan menjalankan kenderaan hidupnya dengan baik.

Apatah lagi, manusia mempunyai pengetahuan cetek dalam bidang matematik.


Sebagai contohnya, sekiranya peniaga dan pembeli tidak tahu untuk membuat
pengiraan semasa jual beli sedang berlangsung, maka ini akan menyukarkan keduadua belah pihak iaitu pihak peniaga dan pihak pembeli untuk berurusan. Hal ini juga
akan menyebabkan masa yang begitu berharga dibuang begitu sahaja kerana mereka
perlu mengambil masa yang lama untuk membuat pengiraan. Pengiraan dalam urusan
jual beli melibatkan proses matematik. Oleh itu, untuk menjadi seorang peniaga yang
berkaliber, mereka perlulah cekap dalam bidang matematik.
Selain itu, benda yang digunakan dalam bidang perniagaan juga mengandungi
unsur matematik. Pertama sekali, penggunaan konsep ukuran dan sukatan dalam
perniagaan. Kita menggunakan konsep menimbang semasa membeli barang seperti
gula, beras dan tepung. Pekedai akan menggunakan penimbang seperti dalam Rajah 7
untuk mengukur berat barang dalam unit kilogram (kg) atau gram(g). Jadi, kita
mengaplikasikan konsep pengukuran dalam kehidupan seharian. Jika kita tidak
mempunyai pendedahan berkaitan dengan konsep pengukuran matematik, peniagapeniaga akan menggunakan tipu muslihat untuk menipu orang. Malah, ia juga sukar
untuk peniaga juga untuk menjalankan urusan jual beli.

Rajah 8
Seterusnya, konsep sukatan pula kita pernah melihat dalam isipadu air. Kita
akan membeli sesuatu benda cecair seperti jus, sos, shampoo, air mineral, minyak dan
ubat berdasarkan isipadunya. Kita akan melihat pada label isipadu dan barulah kita
membuat penganggaran terhadap harga barang tersebut untuk membeli. Unit bagi
isipadu cecair adalah liter (l) ataupun milliliter (ml). Di samping itu, konsep sukatan
sangat sesuai dan membantu sewaktu mengisi minyak atau petroleum bagi kenderaan.
Petroleum merupakan salah satu sumber yang memberikan pendapatan yang lumayan
bagi negara kita. Di sini pun kita menerapkan konsep sukatan untuk mengisi minyak
dalam kenderaan. Melalui ini, kita boleh membuat penganggaran tentang isipadu
minyak yang perlukan bagi sesuatu kenderaan.

Rajah 9

Rajah 10

Seterusnya adalah aplikasi peratus dalam kehidupan seharian kita. Salah satu
topik yang luas dalam matematik adalah peratus. Antara kegunaan peratus dalam

perniagaan adalah sewaktu membeli-belah kita akan melihat tanda peratus yang
mewakili potongan harga barangan tersebut. Kebanyakan jualan murah akan berlaku
pada musim perayaan. Pada ketika itu, kita boleh melihat tanda peratus di mana-mana
jua kedai. Kita pun berasa gembira dan akan membeli-belah barang-barang yang
diingini. Di samping itu, konsep peratus juga tertera pada info kandungan makanan
pada plastik pembalut makanan. Maklumat ini memberi input kepada kita tentang
jumlah peratus nutrisi yang terkandung dalam makanan tersebut. Aplikasi yang ketiga
pula dalam sistem pendidikan markah ujian dan peperiksaan juga menggunakan
konsep peratus. Contoh-contoh bahan bukti adalah seperti berikut:

Kesimpulannya, menurut Tun Dr.Mahathir Mohamad pernah menyatakan


bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang usahawan ialah
kelemahannya dalam menguasai bidang Matematik yang dipetik daripada Artikel
Kecelikan Matematik dalam menghadapi Abad ke-21. Jikalau mereka tidak
mengaplikasikan konteks matematik tersebut dalam perniagaannya kejayaannya
semakin terjejas dan rutin kehidupan manusia akan bersengsara. Jadi, ukuran, sukatan
dan peratus merupakan antara konsep matematik yang masih kita mengaplikasikan
dalam kehidupan seharian.
2.4 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG KESENIAN
"Matematik hanya sekadar nombor atau angka"

Jika penyataan di atas yang bersarang di setiap minda manusia, ianya pasti
menghadkan keupayaan seseorang itu, menghayati keindahan sebenar
matematik. Dunia matematik, membawa tema keajaiban matematik. Pada masa
kini, dunia matematik memberi satu persepsi yang luas terhadap bidang matematik dan
telah pun berkembang luas. Secara praktisnya, ia telah diaplikasikan dalam segenap
bidang, antaranya bidang seni bina, seni lukis, seni ukiran, seni muzik dan sebagainya.
Tanpa kita sedari penggunaannya mencakupi kehidupan seharian manusia.
Hari ini, kita telah menyaksikan banyak bangunan pencakar langit dibina, potretpotret mencecah jutaan ringgit dijual, alunan muzik yang mengasyikkan, menyedapkan
halwa telinga, dan sebagainya membuktikan bahawa matematik mampu menguasai
dunia. Konsep matematik seperti geometri, trigonometri dan simetri sering digunakan
dalam bidang keseniaan ini. Contohnya ia telah lama menjadi elemen reka bentuk dan
gaya seni bina. Ia sangat mempengaruhi binaan Menara Pisa, Monticello, Astrodome,
Bangunan opera Sydney, tingkap gereja Gothic dan Pantheon. Simetri digunakan pada
banyak reka bentuk asas bangunan, terutamanya pintu, tingkap, dan perhiasan
bangunan.
Kadaran merupakan suatu persamaan yang digunakan untuk membandingkan
magnitud kuantiti-kuantiti. Ia boleh didefinisikan sebagai persamaan yang menunjukkan
persamaan antara dua nisbah. Dalam erti kata lain, jika nisbah antara dua ciri serupa
pada satu objek dengan yang lain adalah sama, maka kedua-dua objek itu dianggap
berkadaran. Ciri-ciri ini boleh terdiri daripada apa-apa yang boleh diukur, misalnya saiz,
kuantiti, dimensi dan sebagainya. Satu contoh yang jelas adalah bandingkan dua buah
segiempat tepat, yang pertama mempunyai panjang 8 inci (20cm) dan lebar 4inci
(10cm), manakala segiempat tepat kedua mempunyai panjang 6 inci (15cm) dan lebar 3
inci (7.5cm). Kedua-dua segiempat tepat ini berada dalam kadaran kerana nisbah
panjang dan lebar antara kedua-duanya adalah sama.

Contoh penggunaan nisbah dan kadaran


Bidang seni bina, seni lukis dan seni ukiran turut bersandar pada konsep
kadaran. Beberapa pelukis dan pengukir sejak beberapa abad dahulu telah
menggunakan model-model kadaran matematik untuk menghasilkan rupa bentuk
menarik dan simetri (seimbang) dalam hasil kerja mereka. Potret dan lukisan yang
memaparkan pemandangan semulajadi, kebiasaannya berkadaran dengan keadaan
sebenar. Bagi potret seseorang, pelukis yang mahir akan memastikan ukuran bahagianbahagian tubuh badan di dalam lukisan adalah berkadaran dengan ukuran sebenar
orang tersebut. Ini dapat dilihat dalam kebanyakan potret kuno serta moden.
Tambahan lagi, unsur-unsur lain dalam lukisan juga berkadaran. Dalam
sesebuah lukisan yang memaparkan rumah, pokok, pagar, dan gunung, saiz setiap
objek tersebut tidak serupa. Dalam lukisan tersebut, rumah akan bersaiz lebih besar
daripada pagar kecuali kedua-duanya berada berjauhan di lokasi berbeza. Dalam erti
kata lain, saiz objek-objek sentiasa berada dalam kadaran, serupa dengan apa yang
dilihat dalam dunia sebenar.
Demikian juga bagi ukiran. Seperti lukisan, saiz ukiran seseorang mungkin lebih
besar atau lebih kecil daripada saiz orang sebenar. Bagaimanapun, ukurannya
biasanya berada dalam kadaran. Kelebihan kadaran dalam mencipta ukiran adalah
nyata apabila perbezaan saiz antara objek sebenar dengan ukiran adalah besar. Mount
Rushmore di South Dakota merpakan contoh klasik. Ia juga merupakan antara tujuh
keajaiban dunia, Seven wonders of the world. Rekabentuk serta pembangunan ukiran
peringatan empat presiden iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Abraham
Lincoln, dan Theodore Roosevelt, adalah berasaskan konsep matematik, seperti
nisbah, kadaran, dan skala. Sebelum mengukir wajah presiden-presiden tersebut pada
permukaan gunung, pereka memorial tersebut, Gutzon Borglum, telah mencipta sebuah
model yang lebih kecil. Saiz dan ukuran memorial pada gunung adalah berkadaran
dengan model. Kerja mengukir wajah terus pada gunung tentunya sukar bagi pereka
dan pasukannya. Malah sebuah model yang lebih kecil tetapi berkadaran telah
menjadikan kerja tersebut lebih mudah. Banyak aspek teknikal seperti jarak antara
wajah, saiz setiap muka, ukuran dalam sesebuah muka, dapat dihitung dalam model.
Sebaik semua ukuran direkodkan, pereka menggunakan persamaan kadar untuk
meghitung ukuran sebenar memorial supaya kelihatan sama seperti model. Hasilnya,
apa yang dapat kita lihat ketika ini. Sungguhpun kita tidak pernah melihatnya secara

dekat di South Dakota, namun begitu gambarnya yang kita lihat di majalah, surat
khabar ataupun melalui televisyen dan sebagainya sahaja sudah cukup
mengkagumkan. Kesimpulanya, kita dapat mengetahui bahawa kadaran turut
digunakan dalam bidang-bidang kesenian seperti seni ukiran dan seni lukisan.

Ukiran wajah bekas Presiden Amerika Syarikat yang terdiri Thomas Jefferson,
Abraham Lincoln, dan Theodore Roosevelt di Dakota Selatan.
3.4.1 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG SENI BINA
Aplikasi matematik dalam bidang seni bina telah berlaku sejak zaman dahulu
lagi. Pelbagai konsep serta rumus matematik yang telah digunakan untuk
membangunkan sesebuah bangunan pada zaman dahulu.

Rajah menunjukkan konsep matematik, trigonometri digunakan bagi pembinaan


piramid
Dari sudut sejarah, ahli matematik juga merupakan seorang arkitek yang telah
mendirikan bangunan-bangunan atau menara yang hebat dan tersergam indah seperti

piramid, ziggurat, tokong-tokong dan sebagainya. Pada zaman Greek dan Rome lama,
arkitek diminta untuk menjadi ahli matematik. Jelas bahawa kedua-dua bidang ini saling
berhubungan. Tradisi ini diteruskan sehingga ke zaman pemodenan islam.
Perkembangan matematik ekoran daripada penggunaan nombor-nombor dari tamadun
islam.
Di India, kita ketahui bahawa Taj Mahal (1648) merupakan sebuah tanda cinta
Agung Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz Mahal. Namun keunikan seni bina Taj
Mahal turut mengaplikasikan konsep matematik nisbah dalam pembinaannya. Ia
menjadikan Taj mahal nampak cantik dan unik dengan keseimbangan yang begitu
indah
pada
pandangan
mata.

Taj mahal bukan sahaja lambang cinta agung Shah Jehan malahan lambang
keunikan teori matematik
Selain daripada itu, salah satu pengaruh matematik yang ketara dalam bidang
seni bina ialah Pythagoras. Pythagoras menganggap bahawa semua benda adalah
angka. Ini mempunyai signifikasi yang jelas terhadap seni bina. Antara kejayaan beliau
ialah penemuan pembahagian ratio atau nisbah melalui integer terkecil. Penemuan ini
membolehkan para arkitek mereka bentuk bangunan menggunakan nisbah integer
terkecil. Selain itu, beliau telah mengembangkan tanggapan estetik perkadaran.
Kegunaan simetri juga diaplikasikan dalam seni bina. Perkataan simetri berasal
daripada bidang seni bina Greek lama iaitu, symmetria yang bermaksud pengulangan
bentuk dan nisbah yang digunakan daripada bahagian terkecil dalam sebuah bangunan
terhadap keseluruhan strukturnya. Ini membuktikan konsep daripada Pythagoras
memberi impak kepada bidang seni bina di Greek.
Kesimpulannya, kini seni bina menjadi satu simbol kemegahan bagi sesebuah
negara. Ianya secara tidak langsung cuba menarik perhatian dunia di atas
kewujudannya dan memberitahu dunia bahawa sesebuah negara itu mampu bersaing

di peringkat global. Contohnya negara kita, Malaysia, yang mempunyai menara ketiga
tertinggi dunia, iaitu menara berkembar petronas (KLCC) yang menjadi kebanggaan
setiap rakyatnya.

3.4.2 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG SENI LUKIS


Seterusnya, tokoh seni lukis yang popular ialah Leonardo da Vinci.
Beliau merupakan seorang yang tidak asing dalam dunia seni lukisan. Walaupun nama
Leonardo da Vinci membuatkan semua orang mengingati keindahan lukisan beliau
semata-mata, atau lebih spesifik lagi, potret Monalisa, namun di sebalik itu beliau
adalah seorang yang amat tertarik dan terpesona dengan matematik. Seni lukis
merupakan salah satu kepakaran beliau dan mempelajari teori-teori dan prinsip-prinsip
di sebaliknya. Beliau mempunyai pelbagai kebolehan dan minat. Beliau merupakan
penasihat kepada The Duke of Milan dalam bidang seni lukis. Kemudiannya, beliau
telah dinobatkan sebagai pelukis, arkitek dan mekanik pertama raja oleh Raja Francis
I.

Rajah 11 menunjukkan seni lukis potret Monalisa


berdasarkan konsep matematik

2.4.3 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG SENI MUZIK


Muzik merupakan salah satu daripada cabang seni. Seni muzik dan matematik
saling berkait antara satu sama lain. Terdapat banyak perbincangan yang boleh
mengaitkan hubungan antara matematik dan muzik. Kebanyakkannya merangkumi
spekulasi yang hanya menekankan kaitan antara dua bidang ini secara umum dan
luaran sahaja. Hubungan di antara matematik dan muzik boleh difahami tetapi
pemahaman matematik itu sendiri adalah penting, kita harus menyedari bahawa angka
dan matematik bukanlah sesuatu yang tidak bernyawa dan dingin. Muzik yang juga
merupakan penjelmaan yang ketara dari angka, menyerlahkan keindahan dan
perasaan (emosi) dalam dunia matematik. Kedua-dua bidang berkongsi pelbagai ciri-ciri
yang sinonim. Oleh itu, matematik dan muzik mempunyai intelektual, spiritual dan asas
yang kukuh.
Apabila kita membuat atau menyelesaikan permasalahan matematik, orang
disekitar, tempat dan aktiviti merupakan satu gangguan. Berlainan pula dengan muzik,
apabila kita terlibat dengan keindahan muzik dan teori-teorinya secara metamatik kita
mungkin berada di sebuah pesta dan bersuka ria. Ini adalah bercanggahan dengan
aktiviti dimana kita hanya menumpukan kepada matematik sahaja (dunia luar
merupakan gangguan). Kita boleh berkongsi keindahan matematik dengan ahli
matematik sahaja tetapi kita boleh berkongsi muzik dengan sesiapa sahaja. Sekiranya
kita membuat kajian di sekitar kita, masyarakat akan hanya mengaitkan matematik
dengan kalkulator dan angka sahaja di mana semuanya berbentuk aritmatik sahaja.
Matematik adalah pemikiran kritis. Matematik adalah penyelesaian masalah. Matematik
adalah bagaimana kita bekerja dengan kaedah yang telah sedia ada, diketahui dan
memahami apa yang belum dipelajari. Walaupun matematik sentiasa dikaitkan dengan
teori dan fakta semata-mata hanya yang benar-benar merasainya sahaja yang
memahami
keindahan
dan
keajaibannya.
Dalam muzik, setiap not mewakili frekuensi yang berbeza. Dalam aspek inilah
penggunaan matematik diaplikasikan Diketahui frekuensi ialah pengukuran tempoh
dalam sesaat. Maka setiap not yang digunakan akan menghasilkan bunyi atau nada

yang berbeza. Nada setiap lagu boleh menjadi rancak, lambat dan sebagainya. Ini
bermakna pemuzik mempunyai pengetahuan yang baik. Gabungan not-not yang
digubah menghasilkan lagu yang indah dan kadangkala membuai perasaan. Berikut
merupakan contoh not-not yang digunakan dalam menggubah sesebuah lagu.

Jenis Not

Frekuensi, 1/T (Hz)

440.00

Bb

466.16

523.25

C#

554.36

587.32

Eb

622.25

659.25

698.46

F#

739.99

783.99

Ab

830.60

Not yang dihasilkan berdasarkan


frekuensi yang berbeza

Contoh:
A = 440.00
Bb = 440.00 x (12 x 2)
= 466.16 Hz.

Jadual menunjukkan not-not yang digunakan dalam bidang muzik


Maka jelas di sini, bahawa matematik mempunyai hubungan dengan kesenian,
iaitu seni muzik. Walaupun seni muzik dan matematik saling berkait rapat ia tidak
bermaksud semua ahli muzik atau pemuzik mempunyai kemahiran matematik yang
tinggi berbanding mereka yang tidak terlibat dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana
penggunaan konsep matematik yang tersirat dalam muzik menyebabkan sesetengah
daripada mereka hanya menghasilkan muzik tanpa mengetahui aplikasi matematik
terhadapnya.
Kesimpulannya, bidang kesenian sentiasa mencuba untuk mencapai satu
pencapaian dimana ia bukan sahaja berkenaan dengan fungsi malah nilai estetik,
falsafah dan makna juga dititikberatkan. Di sebalik keindahan seni yang gah, hampir
kesemuanya adalah saling berkait rapat dengan keindahan dan struktur matematik.
Sehingga kini, penggunaan matematik sentiasa cuba ditingkatkan dalam kesemua

bidang di seluruh dunia. Diharapkan artikel ini mampu menarik minat anda untuk
mendekati dan menghayati matematik.

3.5 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG SUKAN


Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Dalam
sukan, terdapat prinsip matematik yang digunakan sama ada dalam aspek teknikal atau
fizikal. Contohnya dalam bola sepak, sudut dan pergerakan yang tepat yang diambil
oleh pemain mampu memberi peluang keemasan untuk mereka menjaringkan gol.
Selain itu, aplikasi matematik juga ada digunakan dalam permainan bola
keranjang. Contohnya peratus pencapaian seorang pemain dalam setiap permainan
yang disertai, dapat dikira pada setiap akhir permainan. Caranya adalah
dengan membahagi bilangan gol yang berjaya dijaringkan (m) dengan bilangan
percubaan gol yang cuba dilakukan (a), iaitu :
Seterusnya, terdapat juga unsur matematik dalam permainan bola
sepak. Padang bola sepak mempunyai sembilan bentuk segi empat tepat termasuk dua
kawasan gol di luar padang. Ukuran padang bola sepak adalah tidak tetap, iaitu dalam
lingkungan 90 hingga 120 meter panjang dan 45 hingga 90 meter lebar. Mengikut Liga
Juara-juara Eropah, ukuran padang bola sepak mestilah 105 meter panjang dan 68
meter lebar yang mana luasnya ialah 7140 m2 perimeternya ialah 346 meter. Jejari
bulatan tengah padang bola sepak ialah 9.15 meter. Jarak antara tanda penalti dengan
pintu gol ialah 11 meter manakala jarak dari lengkok penalti atau kawasan D dengan
tanda penalti pula ialah 9.15 meter seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 12 Padang Bola Sepak


Selain daripada itu, permainan tennis juga menerapkan konsep matematik
seperti vektor, kebarangkalian, aritmetik dan model Markov chain dan sebagainya.
Terdapat pelbagai formula dan model matematik memainkan peranan untuk menguasai
permainan tennis.
Claudia Zaslavky (1998), penulis buku Math Games & Activities From Around
The World telah menceritakan pelbagai permainan dan aktiviti yang berunsurkan
matematik di serata dunia. Contohnya, permainan tic tac toe, permainan trique dari
Colombia, toma-todo dari Mexico, magic square dari China, sudoku dari Jepun dan
sebagainya. Di Malaysia, satu permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai
aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan ialah congkak.Seterusnya, salah satu
permainan tradisional yang bernama congkak juga mengaplikasikan konteks
matematik. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Congkak dipercayai berasal
daripada perkataan congak yang bermaksud kiraan dalam Bahasa Melayu lama.
Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan
seterusnya memenangi permainan.
Pada pendapat saya, dalam bidang sukan segala jenis permainan mengandungi
unsur matematik. Kita tidak dapat menjalankan sesuatu permainan tanpa konsepnya.
Sebagai contoh, jika kita menggunakan bola ping pong untuk menggantikan bola tennis
atau sebaliknya ia langsung tidak efektif. Justeru, setiap permainan mempunyai
peraturan dan strategi masing-masing. Kita mestilah mematuhi segala peraturan yang
telah ditetapkan bagi sesuatu permainan.

2.6 PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM BIDANG PERTANIAN

Berdasarkan keratan akhbar di atas, ia menyatakan bahawa matematik


memainkan peranan yang penting dalam bidang pertanian. Secara mudahnya, ilmu
matematik membantu dalam pengiraan hasil dan berapa jumlah banyak baja dan racun
yang perlu dibubuh pada tanaman makanan untuk ternakan. Ia juga membantu untuk
mengira kuantiti racun perosak yang diperlukan untuk sesuatu tanaman agar ia tidak
melebihi had dan boleh berbahaya pada kesihatan manusia yang memakan tanaman
tersebut. Di samping itu, konsep matematik yang menentukan iklim, tanah, penyediaan
tanah, dan jarak tanaman yang perlu untuk menanam sayuran ini agar dapat
menghasilkan sayur yang enak dan berkualiti.
Seterusnya, unit dan ukuran yang digunakan dalam pertanian untuk mengukur
tanah dalam ekar. Ia adalah sukar untuk memahami saiz ekar kerana fikiran kita dilatih
untuk menggambarkan batu atau kilometer. Kita boleh menggunakan penukaran untuk
meletakkan ekar ke dalam perspektif. Terdapat 43.560 kaki persegi di ekar. Akhirnya,
pengiraan dan formula matematik membantu petani menyelesaikan masalah dan
kebolehan pengurusan wang mereka setiap hari. Petani menggunakan matematik yang
lebih maju untuk mengubah suai mesin dan pam pengairan seperti geometri asas,
bahagian, pendaraban, dan pengukuran dalam kehidupan seharian mereka.
3.7 APLIKASI MATEMATIK SECARA ALAM SEMULAJADI
2.7.1 KONSEP GEOMETRI DALAM SARANG LEBAH

Rajah 13 Sarang Lebah


Konsep matematik telah pun diaplikasikan secara semulajadi selain kita
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Berdasarkan rajah 1, pada sarang
lebah terdapat struktur geometri alam yang unik. Selama jutaan tahun, lebah telah
menggunakan struktur segi enam untuk membangun sarangnya.
Sungguh menakjubkan bahawa mereka memilih struktur segi enam, bukan segi
delapan atau segi lima. Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika
membangun sarang. Mereka mula membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu
dari sudut-sudut yang berbeda, seterusnya hingga pada akhirnya bertemu di tengah.
Setelah pekerjaannya selesai, tidak nampak adanya ketidakserasian pada sel-sel
tersebut. Perkara ini tidak mampu dilakukan oleh manusia tanpa membuat
perancangan yang sempurna dari segi perhitungan geometrik yang rumit tetapi lebah
melakukannya dengan sangat mudah. Hal inilah yang disebut sebagai kurniaan tuhan
secara semulajadi.
Seterusnya, geometri adalah salah satu konteks dalam dunia matematik.
Perkataan geometri berasal dari bahasa yunani, iaitu geos bererti tanah dan metron
bermaksud pengukuran. Berdasarkan kandungan Jurnal Geometri Pada Struktur
Sarang Lebah menyatakan bahawa sarang lebah tersusun atas sarang madu
berdinding lilin lebah, dengan ratusan sel-sel pada permukaannya. Semua sel sarang
madu berukuran sama persis. Lebah menggunakan sel-sel ini untuk menyimpan
makanan dan memelihara lebah muda. Secara geometrik, bentuk sarang lebah terdiri
daripada dua bahagian yang penting iaitu bahagian permukaan sarang lebah yang
berbentuk segi enam (heksagon) dan ruangnya berbentuk prisma segi enam. Sarang

lebah yang berbentuk heksagon beraturan mempunyai poligon sama sisi dan sama
sudut.
Seterusnya, dalam sarang lebah juga terdapat konsep pengubinan (teselasi) iaitu
pengubinan beraturan yang hanya dapat terjadi jika sudut dan sisi poligonnya
kongruen. Ia membuktikan bahawa sarang lebah yang berbentuk segi enam memenuhi
syarat kongruen sudut dan poligonnya sehingga dapat membentuk pengubinan.
Secara keseluruhannya, struktur geometri heksagon adalah bentuk yang paling
efektif sebagai sarang lebah kerana dengan menggunakan konsep pengubinan, bentuk
heksagon mampu memanfaatkan luas secara maksimum. Pada kedalaman dan isipadu
yang sama jika dibandingkan dengan segi tiga sama sisi dan persegi, struktur segi
enam mempunyai keliling yang paling pendek. Inilah yang dinamakan prinsip
penghematan pada sarang lebah. Justeru, melalui ini kita dapat melihat pengaplikasian
konteks matematik secara semula jadi dalam kehidupan manusia.
2.7.2 KONSEP PECAHAN DALAM BUAH-BUAHAN

Rajah 16
Berdasarkan rajah 16,kita melihat konsep pecahan dalam buah-buahan. Kita boleh
memotong segala jenis buah-buahan dan sayur sayuran dalam konsep pecahan.

Sebagai contohnya, memotong tomato pada separuh, buah oren pada satu per lapan
bahagian dan lain-lain lagi. Di samping itu, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah juga guru-guru akan menggunakan buah-buahan sebagai bahan utama untuk
mengajar konsep pecahan. Ia memudahkan cara penyampaian konsep pecahan
kepada murid.
Selain itu, kita juga menerapkan konsep pecahan sewaktu melihat jam. Kita sering
mengatakan masa dalam bentuk pecahan. Misalnya, pukul satu setengah petang dan
pukul tujuh suku pagi. Di samping itu, dalam masakan juga kita menggunakan konsep
pecahan nombor. Sebagai contohnya untuk membuat kek, kita akan mencampurkan
segala bahan-bahan yang diperlukan dalam bentuk pecahan seperti ,satu cawan susu,
satu sudu garam, setengah cawan cip coklat, dua biji telur. Jika kita tidak
mengaplikasikan konsep pecahan dan mencampurkan segala bahan seperti segelen
susu, satu paun mentega, sedozen telur dan beg keseluruhan cip coklat hasilannya
tidak dapat dibayangkan. Jika kita tidak tahu bagaimana mengambil sukatan yang betul
maka makanan kita itu tidak akan lazat. Jadi, konsep pecahan dan sukatan memainkan
peranan yang penting dalam masakan juga.
Akhirnya, kita dapat mengaplikasikan konsep pecahan nombor dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui ini, kita dapati bahawa konsep pecahan
memainkan peranan yang penting dalam pelbagai aspek. Ia juga sangat sesuai
digunakan dalam pembahagian sama rata seperti pembahagian buah-buahan, kain
dan Jikalau kita tidak menggalakkan konsep pecahan ini, kemungkinan ia boleh
menimbulkan kerumitan dan perselisihan faham dalam kalangan murid untuk
membahagikan sesuatu dengan sama rata.
2.7.3 GARISAN SIMETRI DI ATAS GLOB DUNIA

RAJAH 17
Dunia adalah satu contoh yang baik bagi simetri putaran dalam objek tiga
dimensi. Dunia menyimpan bentuknya kerana ia dihidupkan pendiriannya sekitar garis
khayalan antara utara dan kutub selatan. Dunia yang ditunjukkan di sini bermula dari
akhir abad ke-15 atau awal ke-16 dan merupakan salah satu yang paling awal
perwakilan tiga dimensi permukaan Bumi. Ia boleh didapati di Akademi bersejarah di
Madrid.
3.0 KEPENTINGAN PENGAPLIKASIAN NOMBOR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang
memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini.
Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh,
kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan
ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama.
Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya
menggunakan matematik untuk menerangkannya.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu
matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang
lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama
manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda. Alangkah huru-haranya
kehidupan kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat
lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu

jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan
buntu.
Kesedaran betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan
minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan,
matematik juga merupakan satu senaman untuk minda kita supaya kita tidak jemu dan
beku untuk berfikir. Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia.
Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan
baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang
tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh
sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu
matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.
Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif.
Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan
berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu
seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang
menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.
Seterusnya, betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan
seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara.
Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kirakira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira
berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan
mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan
kita.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan.
Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter,
liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat
melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat
makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.
Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia
merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi
baru dalam kehidupan kita. Juruteralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita
seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Ia memerlukan

pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Contoh penggunaan matematik


dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu
alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya
dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan
sesustu alatan elektrik.
Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu
penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan
ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menggunakan
matematik. Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik.
Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam
sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula
matematik.
Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik
digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia
dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting
dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini
menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median
dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi. Matematik juga
penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan
untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti
keseimbangan
dalam
perniagaan
dan
ekonomi.
Kesimpulannya, segala kepentingan matematik dalam kehidupan seharian kita telah
dibincangkan secara mendalam dalam tugasan ini. Pada pendapat saya, info-info
tersebut memang bermanfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita
juga.
http://eswarypml2013.blogspot.com/2013/09/3.html

5.0 STRATEGI MENGATASI MASALAH MURID PEMULIHAN DALAM MENGUASAI


KEMAHIRAN MATEMATIK.
Guru pemulihan memainkan peranan penting untuk menyampaikan ilmu matematik
kepada murid pemulihan. Guru juga perlu membimbing murid pemulihan untuk cara
mengaplikasikan matematik dalam kehidupan sehariannya. Antara masalah yang
dihadapi oleh murid pemulihan adalah tidak dapat menentukan masa dan waktu, sukar
untuk menimbang dan menyukat barang serta dengan masalah mengira wang.
Pertama sekali, langkah yang boleh guru laksanakan untuk mengajar menentukan
masa dan waktu kepada murid pemulihan adalah melalui penggunaan model jam. Guru
boleh menggunakan model jam untuk mengukuhkan konsep jam supaya murid dapat
mempraktikkan kemahiran yang baru belajar pada alat maujud. Guru boleh
membekalkan murid model jam dan minta murid memutarkan jarumnya mengikut saat,
minit dan jam yang dinyatakan oleh guru. Justeru, murid boleh mengaplikasikan ilmu
tersebut sewaktu berada di rumah.
Manakala untuk mengajar waktu pula, guru pemulihan boleh mengadakan aktiviti
kumpulan. Salah satu cadangan saya ialah murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
Murid diminta bertanya rakan-rakan dalam kumpulan baharu tentang bulan kelahiran
mereka dan mencatatnya pada sekeping kertas yang disediakan. Semua murid kembali

ke kumpulan asal dan membentangkan hasil dapatan masing-masing. Seterusnya, guru


akan membekalkan setiap kumpulan satu kalendar lengkap dari bulan januari hingga
disember. Murid perlu mencatatkan bulan-bulan tersebut pada kalendar. Akhirnya,
murid diminta menyebut dan mengeja nama setiap bulan secara berulang kali. Di
samping itu, guru juga boleh mengajar murid lagu yang mempunyai turutan bulan-bulan
supaya mereka boleh mengingati dengan lebih mudah. Aktiviti sebegini dipilih bagi
membolehkan murid meneroka sendiri nama-nama bulan yang ada supaya mereka
boleh mengingatnya dengan lebih baik. Mankala menghafal bulan dengan cara
menyanyi dapat menarik minat murid dan membantu murid mengingatinya dengan lebih
berkesan.
Seterusnya, masalah murid pemulihan dalam mengenal konsep wang dan cara
mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Walaupun kanak-kanak telah mengenal
konsep wang sejak kecil, bagi murid pemulihan mereka merasa sukar menguasai
kemahiran topik wang. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivisme adalah
pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina
kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau
hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Salah satu aktiviti
yang saya ingin cadangkan adalah teknik simulasi. Simulasi bermaksud teknik yang
melibatkan murid memainkan peranan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar.
Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya murid
dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi
sebenar. Simulasi boleh dilaksanakan dalam bentuk permainan, permasalahan,
berbentuk persaingan atau koperatif. Sebagai contohnya, guru boleh mewujudkan
situasi jual beli di dalam kelas. Guru akan menjadi sebagai peniaga manakala murid
akan menjadi pembeli. Guru akan melaksanakan urusan jual beli bersama murid
dengan menggunakan wang dan duit syiling.
Pada pendapat saya, simulasi ini akan menjadi pengalaman yang baik kepada
murid pemulihan supaya mereka boleh menerapkan dalam kehidupan seharian. Mereka
akan tahu cara menggunakan duit dalam urusan jual beli. Di samping itu, guru juga
boleh menyelitkan nilai murni seperti amalan jimat-cermat. Melalui ini, murid-murid akan
medapat satu pendedahan bahawa wang memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan.

Selain itu, pada peringkat awal, murid biasanya mempunyai konsep yang kurang
mantap tentang ukuran dan sukatan. Misalnya, ramai murid masih tidak sedar tentang
keabadian ukuran dan sukatan. Mereka juga mungkin menghadapai kesukaran
mengamati keabadian dalam isipadu cecair. Contohnya isipadu cecair akan berubah
apabila cecair itu dituangkan ke dalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz.
Kesilapan ini dapat diatasi apabila kebolehan kognitif murid semakin berkembang di
samping melalui pengalaman yang berkaitan. Kesedaran guru terhadap masalah murid
dalam keabadian ukuran dan sukatan tentulah akan dapat membantu guru dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru seharusnya merujuk kepada teori Jean Piaget untuk mengetahui dengan lebih
mendalam tentang pengamatan kanak-kanak dalam ukuran dan sukatan. Pembelajaran
tentang ukuran dan sukatan boleh menjadi satu pengalaman yang menarik jika seorang
guru dapat :
Memberi peluang kepada murid menganggarkan sesuatu kuantiti fizikal sebelum
aktiviti mengukur.
Merancang aktiviti yang membolehkan murid merekod hasil ukuran dan sukatan
dengan membina jadual secara individu, kumpulan atau kelas.
Memberi pengalaman kepada murid dalam penyelesaian masalah supaya dapat
menggunakan kemahiran mengukur dan menyukat dalam situasi kehidupan seharian.
Anggaran harus diberi penekanan semasa menjalankan aktiviti mengukur dan
menyukat. Murid digalakkan menganggar suatu ukuran dan sukatan, kemudian
membandingkannya dengan ukuran yang sebenar. Melalui penganggaran dan
penyemakan dengan ukuran sebenar, murid dapat memahami dengan jelas tentang
apa yang diukur dan unit yang digunakan.
Guru hendaklah memberi penekanan pengalaman yang boleh membantu murid
mengembangkan kefahaman tentang ukuran dan sukatan. Beberapa perbendaharaan
kata yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan seperti berat-ringan, banyak sedikit
dan sebagainya harus diperkenalkan sebagai perbendaharaan praukuran dan sukatan.
Ukuran dan sukatan memberi peluang kepada guru melibatan murid dalam pelbagai
aktiviti. Kebanyakan pengajaran dan pembelajaran tentang ukuran dan sukatan
haruslah berpusat kepada aktiviti murid. Aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah
menyukat isipadu cecair. Contoh masalah rutin ialah seorang penjual susu hanya
mempunyai bekas yang boleh menyukat 3 liter dan 5 liter cecair. Bagaimanakah dia
hendak menyukat susu sebanyak 7 liter dengan tepat?

Dalam aspek menguasai kemahiran pranombor iaitu untuk membolehkan murid ini
dapat membilang angka berdasarkan objek, guru haruslah merancang strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi membantunya. Misalnya,
bagi memudahkan murid pemulihan memahami konsep membilang angka berdasarkan
objek guru boleh menggunakan bahan konkrit. Sebagai contohnya, guru boleh
menyuruh murid untuk membilang ada berapa batang pensel. Dengan ini, murid itu
dapat memahami cara membilang dengan menggunakan objek secara mudah sahaja.
Di samping itu, disebabkan ada murid yang mengalami kelemahan dalam
melengkapkan nombor secara menaik maka guru haruslah mengutamakan aktiviti yang
sesuai supaya mereka dapat menguasai untuk melengkapkan nombor secara menaik.
Oleh itu, guru juga boleh melaksanakan aktiviti permainan matematik yang
melibatkan penggunaan nombor dalam konsep menaik dan menurun. Misalnya,
permainan Snake and Ladder. Melalui cara bermain, murid akan dapat mengetahui
bagaimana hendak menggerakkan token mainan mengikut nombor yang didapati dalam
balingan dadu tersebut. Melalui pergerakan dadu, mereka dapat belajar konsep menaik
dan menurun secara tidak langsung. Dari segi pengamatan pendengaran pula, bagi
memastikan murid pemulihan dapat mengenal arah kiri dan kanan, aktiviti Shoulder
Game boleh dilakukan di mana minta murid memegang bahu rakannya dan memberi
arahan
untuk
bergerak
dari
kiri
ataupun
kanan.
Selain daripada itu, guru juga boleh mengaplikasikan kaedah polya dalam mengatasi masalah
matematik dalam kalangan murid pemulihan. Menurut model Polya, penyelesaian masalah boleh
dilaksanakan melalui empat peringkat iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah dalam matematik.
Seterusnya, merancang strategi penyelesaian seperti membuat simulasi, melukis gambar rajah,
mengenal pasti pola dan cuba jaya. Setelah merancang strategi penyelesaian guru boleh melaksanakan
strategi tersebut dan akhirnya menyemak semula penyelesaian tersebut untuk menentukan sama ada
jawapannya munasabah atau tidak. Kaedah ini sangat sesuai diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah
dalam operasi asas matematik. Ia juga membantu murid untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
dialami

dalam

kehidupan

sehariannya

bukan

sahaja

untuk

operasi

matematik.

Strategi yang seterusnya adalah kaedah Newman. Kaedah ini boleh dimanfaatkan
untuk mengenal pasti punca kesilapan dan kesalahan murid-murid khususnya dalam
penyelesaian masalah (Newman;1977). Ujian rujukan kriteria hendaklah diberi
keutamaan dan dilakukan secara formatif. Model berasaskan teori Newman (1977)
mendefinisikan lima kemahiran membaca spesifik bagi penyelesaian masalah

matematik iaitu membaca (decoding), pemahaman, transformasi, kemahiran proses


dan encoding. Langkah pelaksanaan kaedah ini terhadap murid adalah, pertama sekali
guru perlu bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi keselesaan
kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya adalah untuk membantunya
dalam Matematik. Selepas itu, beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat
beberapa masalah matematik terdahulu sekali lagi. Guru sediakan murid dengan kertas
soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu
yang pernah dibuatnya tetapu jawapan salah. Setelah sudah menjawab, tanya murid
beberapa atau semua soalan atau arahan Newman yang bersesuaian. Guru perlu
mengelakkan membantu murid dalam apa-apa peringkat tetapi buat catatan ringkas
tentang jawapan murid yang sangat revealing. Akhirnya, tentukan mengikut klasifikasi
ralat Newman iaitu guru dapat mencari di mana murid tidak boleh membuat latihan
pada
peringkat
awal
ujian.
Kesimpulannya, ibu bapa dan pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting
dalam menangani masalah murid dalam subjek Matematik. Sokongan ibu bapa amat
dialu-alukan untuk mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Ahli keluarga mestilah sentiasa merujuk kepada guru
kelasnya untuk mengikuti perkembangan anak di sekolah dan ibu bapa perlulah
mengajar anak-anaknya dengan memberi pendedahan tentang pengiraan matematik
melalui permainan. Ibu bapa juga haruslah memberi peluang kepada mereka untuk
berhadapan dengan pengiraan dan perhitungan dalam aktiviti seharian. Seterusnya,
guru-guru juga perlu mengamalkan cara mengajar yang lebih bersistematik. Guru perlu
mula mengajar daripada konkrit, piktorial dan akhirnya kepada simbol atau abstrak.
Guru patutlah menggunakan strategi yang pelbagai dan sumber bahan yang
bersesuaian untuk meningkatkan tahap kefahaman dan pencapaian murid. Pihak
sekolah juga hendaklah mengambil berat terhadap murid-murid pemulihan yang
menghadapi masalah pembelajaran Matematik. Pihak sekolah boleh menyarankan
aktiviti-aktiviti atau program yang boleh meningkatkan keupayaan murid dalam
Matematik. Elakkan daripada menyisihkan murid-murid tersebut daripada kalangan
murid yang berkelas perdana. strategi-strategi yang telah disarankan memang memberi
kesan yang baik jika ia diaplikasikan secara berterusan dan dengan cara yang betul.

1.0: PENGENALAN
Matematik ialah satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni,
dan bahasa yang tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan rekreasi manusia.
Menurut Mohd Daud Hamzah -1996 (Pendidikan Disleksia), kanak-kanak mempelajari
matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Matematik selalunya didefinisikan
sebagai pembelajaran/kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau
dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah
penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan
simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan
dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai
dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

i.
ii.

Asas matematik adalah salah satu pembinaan blok kepada semua bentuk
pendidikan peringkat rendah. Pembelajaran untuk berfikir secara matematik adalah
penting dalam dunia kehidupan dan dunia pekerjaan. Bagi murid pemulihan
pengetahuan matematik perlu dikuasai untuk mencapai kebolehan hidup berdikari
seperti menaiki bas yang betul, menyedari apabila mereka lewat ke tempat kerja,
membuat panggilan telefon ke rumah, boleh mengira dan mengambil jumlah yang betul,
mengagak, mengukur dan sebagainya.Selain itu, kekurangan mereka menguasai
kemahiran di atas adalah disebabkan kurangan pengajaran kemahiran tersebut kepada
mereka. Asas matematik terbahagi kepada dua komponen iaitu:
Komponen perkiraan
Komponen penyelesaian masalah

Masalah yang hadapi oleh murid-murid pemulihan dalam matematik ialah


mereka menulis nombor dengan terbalik sehingga menyebabkan jawapan yang mereka
terima adalah salah. Selain itu, mereka juga kurang faham akan konsep masa, ruang,
isipadu dan sebagainya. Ini menyebabkan konsep matematik mereka salah dan mereka
tidak dapat menguasai matematik dengan baik.

Menurut Mohd Salahuddin Salleh -2006 ( Pendidikan Disleksia), matematik ialah


satu bidang ilmu yang melatih minda seseorang pelajar supaya dapat berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Menurut sumber Wikipedia bahasa Melayu, matematik didefinisikan sebagai
pembelajaran / kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau
dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Dislkesia),
pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid
untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi
tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu
berperingkat-peringkat, bermakna, dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta
minat murid (Ahmad Hozi H.A. Rahman, Ketua Penolong Pengarah , Bidang Sains dan
Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum).
Menurut Mohd Daud Hamzah -1996(Pendidikan Disleksia), kanak-kanak
mempelajari matematik melalui kegiatan seharian yang tertentu. Ada beberapa aktiviti
yang membantu kanak-kanak memperoleh konsep-konsep awal matematik, iaitu aktiviti
padanan (matching), penjenisan (sorting), berpasangan (pairing), dan susun atur
(ordering).Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan.
Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum dalam kalangan bentuk-bentuk.
Pasangan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan
satu. Manakala susun atur adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu
barisan.
Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat), nombor merupakan asas
yang penting dalam mata pelajaran matematik kerana nombor digunakan dalam operasi
asas matematik dan juga dalam topik-topik matematik yang lain. Seseorang pelajar
tidak akan dapat mempelajari matematik selanjutnya jika ia tidak menguasai kemahiran
menulis nombor, membilang serta menentukan nilai sesuatu nombor.

Konsep pranombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh


menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk
membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang
nombor keseluruhannya . Perkara yang penting di sini termasuklah:
Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna, bentuk dan saiz.

Kebolehan mengenal kuantiti melalui perbandingan: banyak atau sedikit; sama banyak
atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.
Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat), konsep nombor dibahagikan
kepada tiga iaitu nombor kardinal , nombor ordinal dan nombor sifar.
Nombor kardinal ialah digunakan untuk membilang berapa banyak objek dalam
satu set atau kumpulan. Pemahaman nombor kardinal adalah penting kerana dengan
adanya kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek, murid akan dapat
menggunakan nombor bulat untuk empat operasi asas matematik. Oleh itu, nombor
kardinal lebih ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah.
Nombor ordinal digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu objek atau
peristiwadan sering juga digunakan untuk mengetahui yang mana satu. Seterusnya,
nombor sifar ialah satu nombor yang mempunyai makna tidak ada apa-apa.
Selain itu, konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam sistem
penomboran Hindu-Arab, kerana kedudukan digit dalam sesuatu nombor mempunyai
nilai yang tertentu. Murid diperkenalkan kepada konsep nilai tempat apabila mereka
sudah boleh membaca dan menulis angka untuk nombor 0 hingga 9 serta boleh
membilang dengan mengumpul secara sepuluh-sepuluh. Beberapa contoh peralatan
yang boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep nilai tempat
ditunjukkan dalam rajah berikut. Bahan manipulatif ini membekalkan murid cara
mewakilkan nombor yang mudah difahami berbanding dengan gambar atau huraian
lisan. Bahan berkadaran atau bahan tak berkadaran boleh digunakan dalam mengajar
nilai tempat .

Pembundaran nombor merupakan suatau kemahiran yang berguna, misalnya


untuk membolehkan murid menganggarkan sesuatu hasil operasi aritmetik semasa
membuat penyemakan . Dalam mempelajari kemahiran ini, dua faktor perlu
dititikberatkan , iaitu:
Murid seharusnya dapat mengenal pasti digit yang akan dibundarkan.
Murid seharusnya boleh membuat keputusan sama ada nombor itu ditambah 1 atau
dikekalkan.

OPERASI MATEMATIK
2.0: OPERASI MATEMATIK
2.1:OPERASI
2.1.1: KONSEP PENAMBAHAN
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah satu hasil tambah.

untuk

Oleh kerana bertindak terhadap dua nombor serentak, operasi tambah


dinamakan operasi dedua.Terdapat dua cara yang lazim digunakan untuk
menjelaskan konsep penambahan, ialah:
Penyatuan set
Pengukuran pada garis nombor

PENYATUAN SET
Dalam cara penyatuan set , penambahan nombor bulat dikaitkan dengan
penyatuan suatu set (kumpulan) objek dengan suatu set objek yang lain (yang tidak

mengandungi unsur-unsur yang sama)untuk menghasilkan suatu set objek yang


disatukan.

Berdasarkan rajah diatas menunjukkan dua set epal A dan B yang disatukan untuk
menghasilkan set guli C. Set A mengandungi 1 buah epah (bilangan unsur) dan set B
mengandungi 2 buah epal(unsur) dalam set C boleh ditentukan dengan membilang.
Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang dinamakan operasi tambah.
Operasi ini dilambangkan dengan symbol + dan dicatatkan sebagai:
PENGUKURAN PADA GARIS NOMBOR
Dalam cara pengukuran, garis nombor digunakan untuk menggambarkan proses
penambahan. Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak (sukatan
panjang) di antara titik pada garis berkait dengan nilai 1.Penambahan dua nombor ,
misalnya 1 dan 2, digambarkan dengan pergerakan 1 langkah ke kanan bermula
daripada 0, disusuli dengan 2 langkah lagi ke kanan. Titik pada garis nombor tempat
berhenti (3) mewakili hasil tambah dua nombor ini.
2.1.2: FAKTA ASAS TAMBAH
Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk
songsangannya) yang setiap sebutannnya (juzuknya) ialah nombor satu digit.
Berdasarkan definisi ini, kombinasi seperti 10+6= 16 bukanlah fakta asas kerana satu
sebutannya ialah nombor dua digit. Oleh sebab terdapat sepuluh nombor satu digit
(0,1,2, 3,....9) dan nombor satu digit boleh ditambah dengan setiap nombor satu digit
yang lain, maka terdapat 10x10, iaitu 100 fakta asas tambah. Semuanya ini perlu
difahami dan diingati oleh murid.
Selain itu, mempelajari fakta asas tambah dan mengingatinya merupakan
perkara yang amat penting kerana pengetahuan fakta asas kepada pengadilan
algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Murid-murid perlu diberi pelbagai
pengalaman(aktiviti) untuk membentuk konsep serta latihan yang sesuai untuk
peneguhan demi membantu murid mempelajari fakta asas tambah dengan berkesan
dan berjaya. Contoh jadual fakta asas tambah:
+
0
1

0
0
1

1
1
2

2
2
3

3
3
4

4
4
5

5
5
6

6
6
7

7
7
8

8
8
9

1
0
1

9
9
1
0
1
1
1

1
0

1
0
1
1

1
0
1
1
1
2

1
0
1
1
1
2
1
3

1
0
1
1
1
2
1
3
1
4

1
0
1
1
1
2
1
3
1
4
1
5

0
1
1
1
2
1
3
1
4
1
5
1
6

1
1
2
1
3
1
4
1
5
1
6
1
7

2
1
3
1
4
1
5
1
6
1
7
1
8

2.1.2.1: MEMPELAJARI FAKTA ASAS TAMBAH


Carta di bawah menggambarkan urutan dalam mempelajari fakta asas tambah.

Secara ringkas, urutan ini dimulakan dengan cara mewakilkan operasi tambah secara
konkrit bertujuan untuk mengembangkan kefahaman murid tentang penambahan.
Kemudiannya strategi yang berkesan (dinamakan strategi berfikir) diperkenalkan
berdasarkan beberapa prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan
menghafal semua fakta asas tambah. Seterusnya, murid boleh menyatakan semua
fakta asas tambah dengan cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang
berkesan.Guru mestilah menentukan bahawa muridnya telah mempunyai konsep
penambahan yang mantap (termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka
mengingati fakta asas tambah.

Tambahan pula, untuk memudahkan murid mengingati dan menyebut fakta asas
tambah secara spontan, guru hendak mempertimbangkan tertib penyampaian
kombinasi fakta asas tambah tersebut. Sebagai cadangan, guru boleh
memperkenalkannya secara berperingkat-peringkat, seperti yang berikut:
Jumlah kurang daripada 100

Jumlah 10

Jumlah 11 hingga 18

Maka, guru boleh menggunakan pelbagai bahan manipulatif konkrit (alat pembilang),
gambar, atau garis nombor untuk menerangkan kombinasi fakta asas tambah kepada
murid. Cara pembelajaran yang betul adalah penting bagi membolehkan murid
mengingati fakta asas tambah.
2.1.2.2: STRATEGI BERFIKIR UNTUK MEMPELAJARI FAKTA ASAS TAMBAH
Terdapat beberapa strategi untuk membantu murid mempelajari fakta asas
tambah.Strategi ini akan meringankan bebanan ingatan kerana dengan
menggunakannya , bilangan fakta asas tambah yang perlu diingatii dikurangkan.
SIFAT TUKAR TERTIB (KOMUTATIF
Jika murid mengetahui a+b, maka dia juga akan mengetahui b+a, berdasarkan
sifat tukar tertib.Disebabkan sifat ini dan simetri dalam carta fakta asas tambah, murid
juga mengetahui 1+2 (bahagian berlorek) secara automatik akan mengetahui 2+1
(bahagian tidak berlorek) dan seterusnya. Dengan ini, sebanyak 45 fakta asas tambah
telah dikurangkan untuk diingati. Contoh:

MENAMBAH SIFAR (SIFAT IDENTITI)


Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat), menambah sifar
dimaksudkan ialah sebarang nombor ditambah dengan 0 akan menghasilkan nombor
itu. Contoh:

2.1.3: ALGORITMA PENAMBAHAN


Istilah algoritma, berasal daripada nama seorang tokoh matematik bernama AlKhorizmi, bermakna prosedur atau langkah serta format yang digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah . Murid boleh diperkenalkan kepada algoritma
penambahan sebaik sahaja mereka telah memahami nombor bulat, nilai temapt serta
fakta asas tambah. Sebelum algoritma lazim yang biasa diigunakan, murid boleh
diperkenalkan kepada algoritma perkembangan.
2.1.4: PENYEMAKAN HASIL TAMBAH
2.1.4.1: PENYEMAKAN DAN PENGANGGARAN
Kemahiran menganggar adalah penting bagi seseorang murid dalam sesuatu
pengiraan.
Pengganggaran merupakan satu aspek pengiraan mental yang perlu
dikembangkan secara beransur-ansur sebaik sahaja murid telah mahir dalam

penambahan yang melibatkan puluh dan ratus. Tiga proses digunakan dalam
penganggaran iaitu:
Pembundaran nombor

Penambahan dari depan.

Nombor serasi

2.2:OPERASI TOLAK
2.2.1: KONSEP OPERASI TOLAK
Konsep operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan
sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan
proses menterbalikan operasi tambah. Terdapat tiga konsep dalam operasi tolak iaitu:
Berapa objek lagi yang perlu ditambah
Perbandingan dua set
Penyekatan
2.2.1.1: PENGASINGAN ATAU MENGAMBIL KELUAR
Dalam model pengasingan, kita bermula dengan sesuatu set. Kemudian
mengeluarkan satu subset daripada set berkenaan. Contoh:
Faridah mempunyai 5 biji belon. Dia memberi 2 biji belon kepada adiknya. Berapa
biji belonkah yang Faridah masih ada?

Oleh yang demikian , murid perlu banyak menggunakan bahan konkrit untuk
mengukuhkan konsep tolak serta meningkatkan bahasa komunikasi mereka. Apabila
mereka telah mahir dalam proses pengasingan ini barulah bahasa dan istilah matematik
diserapkan ketika mereka melakukan proses berkenaan. Simbol tolak(-) dikaitkan
dengan kurang atau keluarkan dan sama (=) dikaitkan dengan tinggal atau baki.
Kemudian mereka dibimbing menulis ayat matematik bagi keseluruhan proses
pengasingan. Tambahan pula, penggunaan bahan konkrit akan digantikan dengan
bahan separa konkrit seperti kad gambar, kad cantuman dan lain-lain, supaya mereka
dapat membayangkan bilangan dengan nombor dan tidak lagi bergantung sepenuhnya
pada benda konkrit. Sebagai lanjutan, murid boleh memperihalkan atau menceritakan
ayat matematik supaya mereka memahami ayat matematik berkenaan serta
mengaitkannya dengan peristiwa atau kejadian seharian.
2.2.1.2: PERBANDINGAN
Dua set objek yang berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula dan
dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali
sebagai baki atau beza. Contoh:
Faridah mempunyai 6 biji guli Rani mempunyai 2 biji guli . Berapakah biji gulikah
Faridah lebih daripada Rani.

2.2.1.3: PELENGKAP
Pelengkap bermula dengan satu set objek. Kemudian fikirkan berapa objek lagi
perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contoh:
Saya ada 5 ekor itik di dalam kolam yang boleh memuatkan 6 ekor itik . Berapa
ekor itik yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kolam itu.
Dalam model tolak ini, perbincangan dan penggunaan bahan manipulatif perlu
digunakan agar murid dapat melihat perkaitan antara tambah dan tolak.
2.2.1.4: PENYEKATAN
Dalam konsep ini ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk
menepati sesuatu syarat.Contoh:
Terdapat 6 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 1 buah kereta berwarna
biru dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna
merah?
Dalam aktiviti untuk konsep ini, objek tidak diasingkan, tidak dibandingkan dan tidak
ditambah, sebaliknya dikumpulkan mengikut syarat yang diberi seperti warna dan
bentuk. Selepas itu murid perlu mengira bilangan objek dalam kumpulan yang ingin
ditentukan.

2.2.2: ALGORITMA PENOLAKAN


Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat), biasanya operasi tolak diajar
mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula kepada tolak dengan
mengumpul semula. Sebelum mempelajari opersi tolak dengan mengumpul semula ,
murid perlu mengulangi kaji kemahiran berikut:
Fakta asas bagi tolak

Nilai tempat bagi angka

2.2.3: KAEDAH PENOLAKAN YANG LAIN


Selain kaedah algoritma dalam operasi tolak, terdapat juga kaedah lain yang
boleh diperkenalkan kepada murid. Kaedah itu ialah:

Kaedah ganti rugi

Kaedah pelengkap

2.3:OPERASI DARAB
2.3.1: KONSEP PENDARABAN
Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat),proses pendaraban pada
amnya dapat dibahagikan kepada empat konsep pendaraban. Kesemuanya
mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mencari jumlah objek terlibat:
2.3.1.1: KONSEP TAMBAH BERULANG

Satu cara untuk mendapatkan jumlahnya adalah dengan membilang satu


persatu atau membilang secara melangkau , iaitu dua, empat dan enam atau dengan
menambahkan kesemuanya. Tambahan pula, tambah berulang juag dimaksudkan
sebagai tambah kuantiti yang sama beberapa kali. Contoh situasi:
Guru mengedarkan satu kad kepada semua muridnya dan meminta murid melukis
sekuntum bunga dengan 5 kelopak. Kemudian seorang murid dipanggil ke depan kelas
dan tunjukkan gambar bunga itu. Guru meminta murid menentukan jumlah kelopak
yang ada.
Contoh:
5+5= 10(Tambah 5 dua kali
2x5= 10
2.3.1.2: KONSEP KUMPULAN SAMA
Konsep kumpulan yang sama dimaksudkan bahawa apabila kedua-dua nombor
dan saiz objek diketahui (tetapi jumlah tidak diketahui). Contoh situasi:
Anita membeli tiga kotak limau . Setiap kotak mengandungi 24 biji limau. Berapa biji
limaukah yang Anita ada?
Contoh:
3
x
24
= 72
Bil.Kumpulan
saiz kumpulan
Hasil darab
sama
2.3.1.3: KONSEP PERBANDINGAN
Konsep perbandingan dimaksudkan masalah perbandingan dengan struktur
pendaraban melibatkan 2 set yang berbeza, tetapi hubungan bukan satu kepada
satu. Dalam situasi pendaraban , satu set melibatkan merupakan gandaan set yang
satu lagi. Contoh situasi:
Heng belanjakan RM 35 untuk membeli hadian bagi keluarganya . Gunalan
membelanjakan 3 kali ganda daripada Heng. Berapa banyakkah yang
dibelanjakan oleh Gunalan?

2.3.1.4: KONSEP KOMBINASI


Konsep kombinasi dimaksudkan dua faktor mewakili saiz dua set yang berbeza
dan hasil darab menunjukkan berapa banyak pasangan benda boleh dibentuk, dengan
satu ahli pasangan diambil dari tiap-tiap dua set.Contoh situasi:
Tahir mempunyai 3 helai kemeja yang berlainan warna (putih, hitam, kuning) dan
2 jenis seluar ( seluar panjang, seluar sukan). Berapa banyak kombinasi pakaian
(kemeja dan seluar) yang Tahir ada?
2.3.1.5: KONSEP TATASUSUNAN

Konsep tatasusunan dimaksudkan luas suatu segiempat tepat boleh dicari


dengan mendarabkan lebar dengan panjang segi empat tepat itu. Dalam tatasusunan
(susunan objek yang diskrit dan boleh dibilang), jumlah objek boleh dicari dengan
mendarabkan bilangan baris dengan bilangan objek dalam setiap baris. Contoh situasi:
Sekumpulan meja disusun dalam tiga barisan. Setiap baris diletakkan sebanyak 5 buah
meja. Berapakah jumlah meja tersebut?
Bilangan baris meja
=3
Bilangan meja dalam setiap baris
=5
Jumlah meja
= 3x5=15
2.4:OPERASI BAHAGI
2.4.1: KONSEP PEMBAHAGIAN
Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh murid di
sekolah rendah. Sebenarnya murid sudah pun menggunakan idea pembahagian dalam
aktiviti seharian sebelum idea iperasi bahagi dimantapkan. Ini jelas kelihatan apabila
murid cuba mengongsikan sejumlah gula-gula bersama-sama kawan-kawan atau
apabila mereka cuba meneka berapa batang aiskrim berharga 20 sen yang boleh dibeli
dengan wang satu ringgit. Adalah tidak wajar mengembangkan konsep operasi bahagi
secara berasingan daripada konsep operasi darab. Operasi bahagi dikaitkan dengan
operasi darab sebagaimana opersi tolak dikaitkan dengan operasi tambah.

Kebanyakan istilah berkaitan dengan konsep darab masih digunakan apabila


murid mengembangkan konsep bahagi. Contoh:
a). Lisan : Tiga kumpulan empat ialah dua belas
Ayat matematik: 3 x 4 = 12
b).Lisan: Berapa kumpulan empat dalam dua belas
Ayat matematik: 124
=3
Oleh sebab terdapat banyak aspek pembahagian, murid perlu membiasakan diri
mereka dengan pelbagai situasi pembahagian serta penggunaan bahasanya.
Perwakilan dengan simbol seharusnya tidak mendahului kefahaman yang mendalam
tentang pelbagai aspek pembahagian serta bahasa. Mengikut amalan biasa sekarang
model operasi bahagi dihadkan kepada idea pengumpulan dan pengongsian sahaja.
Sebenarnya model operasi bahagi yang lain seperti pembahagian dalam tatasusunan,
pembahagian dengan garis nombor,dan pembahagian aspek skala faktor pengecilan
perlu juga. Murid harus diberi peluang memerhatikan operasi bahagi dalam pelbagai
situasi atau konteks untuk mendapatkan kefahaman yang luas dan mendalam.
Dalam pengajaran yang berkaitan dengan konsep operasi bahagi, guru perlu
mengembangkan kebolehan murid menggunakan operasi bahagi pelbagai situasi

penyelesaian masalah. Guru juga mesti meningkatkan kebolehan murid mengenal


bilakah opersi bahagi itu diperlukan dalam penyelesaian sesuatu masalah. Makna
konsep bahagi boleh diperkukuhkan lagi apabila murid mengambil bahagian secara
aktif dalam pelbagai situasi penyelesaian masalah yang menggunakan kertas dan
pensel.
Pada mulanya fokus pembelajaran operasi bahagi ditumpukan kepada
perkembangan bagi operasi itu, perkaitan operasi bahagi dengan operasi darab
,siasatan pola pembahagaian yang biasa, siasatan fakta asas bahagi dan algoritma.
Pada peringkat yang lebih tinggi , fokus tertumpu kepada penguasaan kemahiran
mengendalikan algoritma bahagi, penyelesaian masalah termasuk masalah pelbagai
langkah, anggaran dan penyemakan dan perkaitan operasi bahagi dengan pecahan.
Operasi bahagi adalah penting bagi murid untuk memahami nombor nisbah
serta operasi berkenaan dengan nombor nisbah, nombor perpuluhan, peratus , kadar,
nisbah dan purata.
2.4.1.1: PEMBAHAGIAN SEBAGAI PENGUMPULAN
Murid mula mengaitkan opersi bahagi dalam proses mencari bilangan set yang
sama besar daripada sesuatu jumlah objek. Proses ini dinamakan pengumpulan atau
pembahagian secara ukuran kerana dalam proses ini murid dikehendaki mengukur
bilangan subset kecil yang sama besar daripada set objek yang asal. Contoh:
Seorang nelayan menangkap 12 ekor ikan. Jika ikan itu dilonggokkan supaya terdapat
3 ekor ikan dalam satu longgok, berapa longgok ikankah yang boleh didapati?
123= 4
Dalam pembahagian secara proses pengumpulan , jumlah asal dan bilangan objek
dala, setiap kumpulan kecil diberikan. Kita dikehendaki mencari bilangan kumpulan
kecil yang boleh didapati selepas proses pembahagian.
2.4.1.2: PEMBAHAGIAN SEBAGAI PENGONGSIAN
Operasi bahagi juga timbul apabila murid mengongsikan sejumlah objek secara
sama rata dengan beberapa orang kawan, atau apabila membahagikan beberapa
orang murid kepada sebilangan kumpulan yang tertentu. Contoh:
Jika 12 biji gula-gula dibahagikan sama rata di antara 3 orang, berapa biji gula-gulakah
akan diterima oleh setiap orang?
123= 4
Dalam pembahagian secara proses pengongsian, jumlah asala dan bilangan kumpulan
(subset) diberikan. Kita perlu mencari bilangan objek dalam setiap kumpulan.
2.4.2: PERKAITAN ANTARA OPERASI BAHAGI DENGAN OPERASI LAIN.
2.4.2.1: PEMBAHAGIAN SEBAGAI SONGSANGAN DARAB

Pendaraban dan pembahagian adalah berkaitan dengan cara yang sama


sebagaimana penambahan berkaitan dengan penolakan.Operasi bahagi ialah
songsangan operasi darab kerana proses bahagi akan membalikan proses darab.
Perkaitan antara operasi darab dengan opersi bahagi sebenarnya mempunyai makna
yang lebih daripada idea tersebut di atas. Dalam setiap fakta asas darab ada tiga
nombor yang terkandung dalam fakta asas bahagi yang berkenaan, dan operasi bahagi
merupakan proses mencari faktor yang tertinggal dalam fakta asas darab yang
berkenaan.
2.4.2.2: PEMBAHAGIAN SEBAGAI OPERASI TOLAK BERULANG
Lanjutan daripada idea operasi darab sebagai operasi tambah berulang, maka
opersi bahagi ialah operasi tolak berulang. Sebenarnya mesin kira dahulu
menggunakan prinsip ini untuk membolehkan pengiraan bahagi.Konsep bahagi sebagai
opersi tolakm berulang berkait rapat dengan konsep bahagi sebagai proses
pengumpulan. Dalam penyelesaian 153=
, murid digalakkan bertanya kepada diri
sendiri: Ada berapa 3 dalam 15? Denga menggunakan pembilang, murid boleh
menentukan kumpulan 5 kumpulan 3.
2.4.2.3: PEMBAHAGIAN DENGAN GARIS NOMBOR
Aspek opersi bahagi ini ialah operasi tolaj berulang dan boleh diwakili dengan
lompatan pada garis nombor. Lompatan bermula dari nombor yang dibahagi dan
bergerak ke kiri menuju ke sifar.
2.4.2.4: PEMBAHAGIAN DENGAN TATASUSUNAN
Tatasusunan memberi pola tentang kedua-dua operasi darab dan opersi bahagi.
Apabila seseorang murid berkebolehan menentukan pola tatasusunan yang terdiri
daripada baris dan lajur yang diskrit, dia boleh menulis semua fakta asas darab dan
bahagi yang berkenaan. Rajah berikut menunjukkan fakta asas darab dan bahagi bagi
tatasusunan 3 baris dengan 6 bulatan dalam setipa baris.
2.4.3: BAHASA YANG BERKAITAN DENGAN PENDARABAN DAN PEMBAHAGIAN.
Ada pelbagai situasi yang melibatkan pendaraban dan pembahagian. Situasi
yang berlainan memerlukan perkataan dan ungkapan yang berbeza. Kefahaman
tentang pelbagai perkataan dan ungkapan itu amat penting untuk memahami
pendaraban dan pembahagian. Antara perkataan dan ungkapan yang digunakan untuk
mengembangkan konsep darab dan bahagi ialah: setiap, sama, sama rata , sama
banyak, kumpulan, jumlah, set, subset, kongsi, agih, di antara, baris, lajur, kali,
bahagian, berapa kumpulan 2 dalam 6? Dan sebagainya. Jika muid dikehendaki
menggunakan bahasa yang tepat untuk berkomunikasi dan menerangkan apa yang
difahami mereka secara jelas dan berkeyakinan , guru haruslah memastikan murid
menghuraikan ayat matematik bahagi dengan menggunakan ayat dan ungkapan dan
betul.

2.4.4: CADANGAN STRATEGI DAN AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN.


2.4.4.1: KESEDIAAN MEMPELAJARI PEMBAHAGIAN
Murid akan lebih bersedia mempelajari opersi bahagi apabila mereka sudah
memahami operasi darab dan boleh mengingati beberapa fakta asas darab serta boleh
menghuraikan situasi darab dengan perkataan biasa.Contoh:
Diberi satu set yang mengandungi 8 objek , berapa banyak set yang mengandungi 2
objek yang sama daripada sesuatu set yang asal.
Ada berapa kumpulan 2 dalam 8?
2.4.4.2: PERKEMBANGAN KONSEP PEMBAHAGIAN
Konsep pembahagian diperkembangkan melalui pengalaman sebenar dengan
bahan manipulatif. Konsep pembahagian sebagai proses pengumpulan biasa
diperkembangkan terlebih dahulu kerana ia mudah dikaitkan dengan makna
pendaraban sebagai jumlah objek dalam beberapa set yang setara. Namun begitu
murid akan terus mengalami situasi pembahagian sebagai proses pengongsian dalam
aktiviti dan permainan dalam kehidupan seharian.
Istilah pengumpulan dan pengongsian bukanlah perkataan yang perlu digunakan
oleh murid menghuraikan opersi bahagi.Yang pentingnya murid mestilah boleh
menghuraikan setiap situasi bahagi itu dengan perkataan dan ayat yang
melambangkan kefahaman tentang proses bahagi.

2.4.5: PENYELESAIAN MASALAH BERCERITA BERKAITAN DENGAN OPERASI


BAHAGI.
Pada amnya ada tiga jenis masalah bercerita bagi operasi bahagi iaitu:
Situasi pengumpulan
Situasi pengongsian
Situasi skala faktor
SITUASI PENGUMPULAN
Dalam situasi pengumpulan, jumlah objek dalam set asal dan bilangan objek
dalam setiap subset yang hendak diukur daripada set asal itu diketahui, tetapi
bilangan subset tidak diketahui. Contoh:
Mamat mempunyai 12 biji guli. Dia ingin memberi 3 biji guli kepada setiap kawannya.
Berapa orang kawan Mamat yang mendapat guli?
Ayat matematik bahagi bagi masalah ini ialah:
123=
SITUASI PENGONGSIAN

Dalam siituasi pengongsian , jumlah pada set asal dan bilagan subset diketahui,
tetapi bilangan objek dalam setiap subset itu tidak diketahui. Contoh:
Mamat mempunyai 12 biji guli. Dia ingin mengongsikan guli itu sama banyak di antara 3
orang kawannya. Berapa biji gulikah akan diterima oleh setiap kawannya?
Ayat matematik bahaginya ialah:
123=
Dalam perkembangan kemahiran murid menyelesaikan setipa situasimasalah di
atas, guru harus menunjuk cara masalah itu atau menggalakkan murid melakonkan
situasi itu. Murid dikehendaki membandingkan situasi pengongsian dan situasi
pengumpulan serta membincangkan bagaimana angka dalam ayat matematik bahagi
ditentukan. Misalnya bagi ayat matematik 364=
, guru membimbing murid
dengan menyoal:
Apakah maksud 4 dalan situasi pengumpulan?
SITUASI FAKTOR SKALA
Satu jenis lagi masalah bercerita berkaitan dengan operasi bahagi ialah situasi
skala faktor pengecilan. Contoh:
Budin mempunyai wang sebanyak 12 ringgit . Jumlah wang ini sama dengan empat kali
jumlah wang yang ada pada Lisa. Berapakah jumlah wang Lisa?
Ayat matematik ialah:
124= atau 4 =12
2.4.6: ALGORITMA PEMBAHAGIAN
Algoritma pembahagian merupakan algoritma yang paling sukar baik diajar
mahupun dimahirkan. Ini disebabkan beberapa unsur terlibat dalam pengendaliannya,
iaitu:

Pengiraan dari arah kiri ke kanan


Fakta asas bahagi dan tolak
Penganggaran
Algoritma darab dan tolak
Langkah-langkah yang coraknya berbeza dan berlainan
Justeru itu, disarankan bahawa pengajaran topik pembahagian secara formal
ditundakan sehingga murid telah memperoleh kemahiran asas yang sempurna dalam
operasi tambah, tolak dan darab. Terdapat beberapa cara untuk mengembangkan
algoritma untuk operasi pembahagian. Pada asasnya dua algoritma yang berlainan
digunakan untuk mengira hasil bahagi, iaitu:

a) Algoritma penolakan
b) Algoritma distributif

ALGORITMA PENOLAKAN

ALGORITMA DISTRIBUTIF

Walaupun berkecenderungan mekanikal serta menggalakkan penghafalan,


algoritma distributif nerupakan algoritma lazim yang diigunakan. Ramai guru di sekolah
masih menggunakan algoritma distributif sahaja dalam penyampaian algoritma operasi
bahagi. Pada hakikatnya kedua-dua cara mempunyai kelebihannya dan harus
diteliti.Yang mana digunakan terpulang kepada guru sendiri sesuai dengan kebolehan
murid yang diajar. Dicadangkan pada peringkat awal, algoritma penolakan disampaikan
dahulu untuk kefahaman proses, kemudian disusuli dengan algoritma distributif
(algoritma lazim) untuk pengiraan laju dan cekap.

OPERASI MATEMATIK
2.0: OPERASI MATEMATIK
2.1:OPERASI
2.1.1: KONSEP PENAMBAHAN
Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah satu hasil tambah.

untuk

Oleh kerana bertindak terhadap dua nombor serentak, operasi tambah


dinamakan operasi dedua.Terdapat dua cara yang lazim digunakan untuk
menjelaskan konsep penambahan, ialah:
Penyatuan set
Pengukuran pada garis nombor

PENYATUAN SET
Dalam cara penyatuan set , penambahan nombor bulat dikaitkan dengan
penyatuan suatu set (kumpulan) objek dengan suatu set objek yang lain (yang tidak
mengandungi unsur-unsur yang sama)untuk menghasilkan suatu set objek yang
disatukan.

Berdasarkan rajah diatas menunjukkan dua set epal A dan B yang disatukan untuk
menghasilkan set guli C. Set A mengandungi 1 buah epah (bilangan unsur) dan set B
mengandungi 2 buah epal(unsur) dalam set C boleh ditentukan dengan membilang.
Proses keseluruhan untuk menentukan nombor inilah yang dinamakan operasi tambah.
Operasi ini dilambangkan dengan symbol + dan dicatatkan sebagai:
PENGUKURAN PADA GARIS NOMBOR
Dalam cara pengukuran, garis nombor digunakan untuk menggambarkan proses
penambahan. Garis nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak (sukatan
panjang) di antara titik pada garis berkait dengan nilai 1.Penambahan dua nombor ,
misalnya 1 dan 2, digambarkan dengan pergerakan 1 langkah ke kanan bermula
daripada 0, disusuli dengan 2 langkah lagi ke kanan. Titik pada garis nombor tempat
berhenti (3) mewakili hasil tambah dua nombor ini.
2.1.2: FAKTA ASAS TAMBAH
Fakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk
songsangannya) yang setiap sebutannnya (juzuknya) ialah nombor satu digit.
Berdasarkan definisi ini, kombinasi seperti 10+6= 16 bukanlah fakta asas kerana satu
sebutannya ialah nombor dua digit. Oleh sebab terdapat sepuluh nombor satu digit
(0,1,2, 3,....9) dan nombor satu digit boleh ditambah dengan setiap nombor satu digit
yang lain, maka terdapat 10x10, iaitu 100 fakta asas tambah. Semuanya ini perlu
difahami dan diingati oleh murid.
Selain itu, mempelajari fakta asas tambah dan mengingatinya merupakan
perkara yang amat penting kerana pengetahuan fakta asas kepada pengadilan
algoritma penambahan dengan cekap dan tepat. Murid-murid perlu diberi pelbagai
pengalaman(aktiviti) untuk membentuk konsep serta latihan yang sesuai untuk
peneguhan demi membantu murid mempelajari fakta asas tambah dengan berkesan
dan berjaya. Contoh jadual fakta asas tambah:
+
0
1

0
0
1

1
1
2

2
2
3

3
3
4

4
4
5

5
5
6

6
6
7

7
7
8

8
8
9

1
0
1

1
0
1
1
1

1
0
1
1
1
2
1

9
9
1
0
1
1
1
2
1
3
1

1
0

1
0
1
1

1
0
1
1
1
2

1
0
1
1
1
2
1
3

0
1
1
1
2
1
3
1
4

1
1
2
1
3
1
4
1
5

2
1
3
1
4
1
5
1
6

3
1
4
1
5
1
6
1
7

4
1
5
1
6
1
7
1
8

2.1.2.1: MEMPELAJARI FAKTA ASAS TAMBAH


Carta di bawah menggambarkan urutan dalam mempelajari fakta asas tambah.

Secara ringkas, urutan ini dimulakan dengan cara mewakilkan operasi tambah secara
konkrit bertujuan untuk mengembangkan kefahaman murid tentang penambahan.
Kemudiannya strategi yang berkesan (dinamakan strategi berfikir) diperkenalkan
berdasarkan beberapa prinsip tertentu. Akhirnya murid dikehendaki mengingat dan
menghafal semua fakta asas tambah. Seterusnya, murid boleh menyatakan semua
fakta asas tambah dengan cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang
berkesan.Guru mestilah menentukan bahawa muridnya telah mempunyai konsep
penambahan yang mantap (termasuk simbol yang terlibat) sebelum meminta mereka
mengingati fakta asas tambah.

Tambahan pula, untuk memudahkan murid mengingati dan menyebut fakta asas
tambah secara spontan, guru hendak mempertimbangkan tertib penyampaian
kombinasi fakta asas tambah tersebut. Sebagai cadangan, guru boleh
memperkenalkannya secara berperingkat-peringkat, seperti yang berikut:
Jumlah kurang daripada 100
Jumlah 10

Jumlah 11 hingga 18
Maka, guru boleh menggunakan pelbagai bahan manipulatif konkrit (alat pembilang),
gambar, atau garis nombor untuk menerangkan kombinasi fakta asas tambah kepada
murid. Cara pembelajaran yang betul adalah penting bagi membolehkan murid
mengingati fakta asas tambah.

2.1.2.2: STRATEGI BERFIKIR UNTUK MEMPELAJARI FAKTA ASAS TAMBAH


Terdapat beberapa strategi untuk membantu murid mempelajari fakta asas
tambah.Strategi ini akan meringankan bebanan ingatan kerana dengan
menggunakannya , bilangan fakta asas tambah yang perlu diingatii dikurangkan.
SIFAT TUKAR TERTIB (KOMUTATIF
Jika murid mengetahui a+b, maka dia juga akan mengetahui b+a, berdasarkan
sifat tukar tertib.Disebabkan sifat ini dan simetri dalam carta fakta asas tambah, murid
juga mengetahui 1+2 (bahagian berlorek) secara automatik akan mengetahui 2+1
(bahagian tidak berlorek) dan seterusnya. Dengan ini, sebanyak 45 fakta asas tambah
telah dikurangkan untuk diingati. Contoh:

MENAMBAH SIFAR (SIFAT IDENTITI)


Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat), menambah sifar
dimaksudkan ialah sebarang nombor ditambah dengan 0 akan menghasilkan nombor
itu. Contoh:

2.1.3: ALGORITMA PENAMBAHAN


Istilah algoritma, berasal daripada nama seorang tokoh matematik bernama AlKhorizmi, bermakna prosedur atau langkah serta format yang digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah . Murid boleh diperkenalkan kepada algoritma
penambahan sebaik sahaja mereka telah memahami nombor bulat, nilai temapt serta
fakta asas tambah. Sebelum algoritma lazim yang biasa diigunakan, murid boleh
diperkenalkan kepada algoritma perkembangan.

2.1.4: PENYEMAKAN HASIL TAMBAH


2.1.4.1: PENYEMAKAN DAN PENGANGGARAN
Kemahiran menganggar adalah penting bagi seseorang murid dalam sesuatu
pengiraan.
Pengganggaran merupakan satu aspek pengiraan mental yang perlu
dikembangkan secara beransur-ansur sebaik sahaja murid telah mahir dalam
penambahan yang melibatkan puluh dan ratus. Tiga proses digunakan dalam
penganggaran iaitu:
Pembundaran nombor

Penambahan dari depan.

Nombor serasi

2.2:OPERASI TOLAK
2.2.1: KONSEP OPERASI TOLAK
Konsep operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan
sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan
proses menterbalikan operasi tambah. Terdapat tiga konsep dalam operasi tolak iaitu:
Berapa objek lagi yang perlu ditambah
Perbandingan dua set
Penyekatan
2.2.1.1: PENGASINGAN ATAU MENGAMBIL KELUAR
Dalam model pengasingan, kita bermula dengan sesuatu set. Kemudian
mengeluarkan satu subset daripada set berkenaan. Contoh:
Faridah mempunyai 5 biji belon. Dia memberi 2 biji belon kepada adiknya. Berapa
biji belonkah yang Faridah masih ada?

Oleh yang demikian , murid perlu banyak menggunakan bahan konkrit untuk
mengukuhkan konsep tolak serta meningkatkan bahasa komunikasi mereka. Apabila
mereka telah mahir dalam proses pengasingan ini barulah bahasa dan istilah matematik
diserapkan ketika mereka melakukan proses berkenaan. Simbol tolak(-) dikaitkan
dengan kurang atau keluarkan dan sama (=) dikaitkan dengan tinggal atau baki.
Kemudian mereka dibimbing menulis ayat matematik bagi keseluruhan proses
pengasingan. Tambahan pula, penggunaan bahan konkrit akan digantikan dengan
bahan separa konkrit seperti kad gambar, kad cantuman dan lain-lain, supaya mereka
dapat membayangkan bilangan dengan nombor dan tidak lagi bergantung sepenuhnya
pada benda konkrit. Sebagai lanjutan, murid boleh memperihalkan atau menceritakan
ayat matematik supaya mereka memahami ayat matematik berkenaan serta
mengaitkannya dengan peristiwa atau kejadian seharian.
2.2.1.2: PERBANDINGAN
Dua set objek yang berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula dan
dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali
sebagai baki atau beza. Contoh:
Faridah mempunyai 6 biji guli Rani mempunyai 2 biji guli . Berapakah biji gulikah
Faridah lebih daripada Rani.
2.2.1.3: PELENGKAP
Pelengkap bermula dengan satu set objek. Kemudian fikirkan berapa objek lagi
perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contoh:
Saya ada 5 ekor itik di dalam kolam yang boleh memuatkan 6 ekor itik . Berapa

ekor itik yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kolam itu.
Dalam model tolak ini, perbincangan dan penggunaan bahan manipulatif perlu
digunakan agar murid dapat melihat perkaitan antara tambah dan tolak.
2.2.1.4: PENYEKATAN
Dalam konsep ini ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk
menepati sesuatu syarat.Contoh:
Terdapat 6 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 1 buah kereta berwarna
biru dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna
merah?
Dalam aktiviti untuk konsep ini, objek tidak diasingkan, tidak dibandingkan dan tidak
ditambah, sebaliknya dikumpulkan mengikut syarat yang diberi seperti warna dan
bentuk. Selepas itu murid perlu mengira bilangan objek dalam kumpulan yang ingin
ditentukan.

2.2.2: ALGORITMA PENOLAKAN


Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat), biasanya operasi tolak diajar
mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula kepada tolak dengan
mengumpul semula. Sebelum mempelajari opersi tolak dengan mengumpul semula ,
murid perlu mengulangi kaji kemahiran berikut:
Fakta asas bagi tolak

Nilai tempat bagi angka

2.2.3: KAEDAH PENOLAKAN YANG LAIN


Selain kaedah algoritma dalam operasi tolak, terdapat juga kaedah lain yang
boleh diperkenalkan kepada murid. Kaedah itu ialah:

Kaedah ganti rugi

Kaedah pelengkap

2.3:OPERASI DARAB
2.3.1: KONSEP PENDARABAN
Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (1998Pengajaran dan pembelajaran Matematik: Nombor Bulat),proses pendaraban pada
amnya dapat dibahagikan kepada empat konsep pendaraban. Kesemuanya
mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mencari jumlah objek terlibat:
2.3.1.1: KONSEP TAMBAH BERULANG
Satu cara untuk mendapatkan jumlahnya adalah dengan membilang satu
persatu atau membilang secara melangkau , iaitu dua, empat dan enam atau dengan
menambahkan kesemuanya. Tambahan pula, tambah berulang juag dimaksudkan
sebagai tambah kuantiti yang sama beberapa kali. Contoh situasi:
Guru mengedarkan satu kad kepada semua muridnya dan meminta murid melukis
sekuntum bunga dengan 5 kelopak. Kemudian seorang murid dipanggil ke depan kelas

dan tunjukkan gambar bunga itu. Guru meminta murid menentukan jumlah kelopak
yang ada.
Contoh:
5+5= 10(Tambah 5 dua kali
2x5= 10
2.3.1.2: KONSEP KUMPULAN SAMA
Konsep kumpulan yang sama dimaksudkan bahawa apabila kedua-dua nombor
dan saiz objek diketahui (tetapi jumlah tidak diketahui). Contoh situasi:
Anita membeli tiga kotak limau . Setiap kotak mengandungi 24 biji limau. Berapa biji
limaukah yang Anita ada?
Contoh:
3
x
24
= 72
Bil.Kumpulan
saiz kumpulan
Hasil darab
sama
2.3.1.3: KONSEP PERBANDINGAN
Konsep perbandingan dimaksudkan masalah perbandingan dengan struktur
pendaraban melibatkan 2 set yang berbeza, tetapi hubungan bukan satu kepada
satu. Dalam situasi pendaraban , satu set melibatkan merupakan gandaan set yang
satu lagi. Contoh situasi:
Heng belanjakan RM 35 untuk membeli hadian bagi keluarganya . Gunalan
membelanjakan 3 kali ganda daripada Heng. Berapa banyakkah yang
dibelanjakan oleh Gunalan?

2.3.1.4: KONSEP KOMBINASI


Konsep kombinasi dimaksudkan dua faktor mewakili saiz dua set yang berbeza
dan hasil darab menunjukkan berapa banyak pasangan benda boleh dibentuk, dengan
satu ahli pasangan diambil dari tiap-tiap dua set.Contoh situasi:
Tahir mempunyai 3 helai kemeja yang berlainan warna (putih, hitam, kuning) dan
2 jenis seluar ( seluar panjang, seluar sukan). Berapa banyak kombinasi pakaian
(kemeja dan seluar) yang Tahir ada?
2.3.1.5: KONSEP TATASUSUNAN
Konsep tatasusunan dimaksudkan luas suatu segiempat tepat boleh dicari
dengan mendarabkan lebar dengan panjang segi empat tepat itu. Dalam tatasusunan
(susunan objek yang diskrit dan boleh dibilang), jumlah objek boleh dicari dengan
mendarabkan bilangan baris dengan bilangan objek dalam setiap baris. Contoh situasi:
Sekumpulan meja disusun dalam tiga barisan. Setiap baris diletakkan sebanyak 5 buah
meja. Berapakah jumlah meja tersebut?

Bilangan baris meja


Bilangan meja dalam setiap baris
Jumlah meja

=3
=5
= 3x5=15

2.4:OPERASI BAHAGI
2.4.1: KONSEP PEMBAHAGIAN
Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh murid di
sekolah rendah. Sebenarnya murid sudah pun menggunakan idea pembahagian dalam
aktiviti seharian sebelum idea iperasi bahagi dimantapkan. Ini jelas kelihatan apabila
murid cuba mengongsikan sejumlah gula-gula bersama-sama kawan-kawan atau
apabila mereka cuba meneka berapa batang aiskrim berharga 20 sen yang boleh dibeli
dengan wang satu ringgit. Adalah tidak wajar mengembangkan konsep operasi bahagi
secara berasingan daripada konsep operasi darab. Operasi bahagi dikaitkan dengan
operasi darab sebagaimana opersi tolak dikaitkan dengan operasi tambah.

Kebanyakan istilah berkaitan dengan konsep darab masih digunakan apabila


murid mengembangkan konsep bahagi. Contoh:
a). Lisan : Tiga kumpulan empat ialah dua belas
Ayat matematik: 3 x 4 = 12
b).Lisan: Berapa kumpulan empat dalam dua belas
Ayat matematik: 124
=3
Oleh sebab terdapat banyak aspek pembahagian, murid perlu membiasakan diri
mereka dengan pelbagai situasi pembahagian serta penggunaan bahasanya.
Perwakilan dengan simbol seharusnya tidak mendahului kefahaman yang mendalam
tentang pelbagai aspek pembahagian serta bahasa. Mengikut amalan biasa sekarang
model operasi bahagi dihadkan kepada idea pengumpulan dan pengongsian sahaja.
Sebenarnya model operasi bahagi yang lain seperti pembahagian dalam tatasusunan,
pembahagian dengan garis nombor,dan pembahagian aspek skala faktor pengecilan
perlu juga. Murid harus diberi peluang memerhatikan operasi bahagi dalam pelbagai
situasi atau konteks untuk mendapatkan kefahaman yang luas dan mendalam.
Dalam pengajaran yang berkaitan dengan konsep operasi bahagi, guru perlu
mengembangkan kebolehan murid menggunakan operasi bahagi pelbagai situasi
penyelesaian masalah. Guru juga mesti meningkatkan kebolehan murid mengenal
bilakah opersi bahagi itu diperlukan dalam penyelesaian sesuatu masalah. Makna
konsep bahagi boleh diperkukuhkan lagi apabila murid mengambil bahagian secara
aktif dalam pelbagai situasi penyelesaian masalah yang menggunakan kertas dan
pensel.

Pada mulanya fokus pembelajaran operasi bahagi ditumpukan kepada


perkembangan bagi operasi itu, perkaitan operasi bahagi dengan operasi darab
,siasatan pola pembahagaian yang biasa, siasatan fakta asas bahagi dan algoritma.
Pada peringkat yang lebih tinggi , fokus tertumpu kepada penguasaan kemahiran
mengendalikan algoritma bahagi, penyelesaian masalah termasuk masalah pelbagai
langkah, anggaran dan penyemakan dan perkaitan operasi bahagi dengan pecahan.
Operasi bahagi adalah penting bagi murid untuk memahami nombor nisbah
serta operasi berkenaan dengan nombor nisbah, nombor perpuluhan, peratus , kadar,
nisbah dan purata.
2.4.1.1: PEMBAHAGIAN SEBAGAI PENGUMPULAN
Murid mula mengaitkan opersi bahagi dalam proses mencari bilangan set yang
sama besar daripada sesuatu jumlah objek. Proses ini dinamakan pengumpulan atau
pembahagian secara ukuran kerana dalam proses ini murid dikehendaki mengukur
bilangan subset kecil yang sama besar daripada set objek yang asal. Contoh:
Seorang nelayan menangkap 12 ekor ikan. Jika ikan itu dilonggokkan supaya terdapat
3 ekor ikan dalam satu longgok, berapa longgok ikankah yang boleh didapati?
123= 4
Dalam pembahagian secara proses pengumpulan , jumlah asal dan bilangan objek
dala, setiap kumpulan kecil diberikan. Kita dikehendaki mencari bilangan kumpulan
kecil yang boleh didapati selepas proses pembahagian.
2.4.1.2: PEMBAHAGIAN SEBAGAI PENGONGSIAN
Operasi bahagi juga timbul apabila murid mengongsikan sejumlah objek secara
sama rata dengan beberapa orang kawan, atau apabila membahagikan beberapa
orang murid kepada sebilangan kumpulan yang tertentu. Contoh:
Jika 12 biji gula-gula dibahagikan sama rata di antara 3 orang, berapa biji gula-gulakah
akan diterima oleh setiap orang?
123= 4
Dalam pembahagian secara proses pengongsian, jumlah asala dan bilangan kumpulan
(subset) diberikan. Kita perlu mencari bilangan objek dalam setiap kumpulan.
2.4.2: PERKAITAN ANTARA OPERASI BAHAGI DENGAN OPERASI LAIN.
2.4.2.1: PEMBAHAGIAN SEBAGAI SONGSANGAN DARAB
Pendaraban dan pembahagian adalah berkaitan dengan cara yang sama
sebagaimana penambahan berkaitan dengan penolakan.Operasi bahagi ialah
songsangan operasi darab kerana proses bahagi akan membalikan proses darab.
Perkaitan antara operasi darab dengan opersi bahagi sebenarnya mempunyai makna
yang lebih daripada idea tersebut di atas. Dalam setiap fakta asas darab ada tiga
nombor yang terkandung dalam fakta asas bahagi yang berkenaan, dan operasi bahagi

merupakan proses mencari faktor yang tertinggal dalam fakta asas darab yang
berkenaan.
2.4.2.2: PEMBAHAGIAN SEBAGAI OPERASI TOLAK BERULANG
Lanjutan daripada idea operasi darab sebagai operasi tambah berulang, maka
opersi bahagi ialah operasi tolak berulang. Sebenarnya mesin kira dahulu
menggunakan prinsip ini untuk membolehkan pengiraan bahagi.Konsep bahagi sebagai
opersi tolakm berulang berkait rapat dengan konsep bahagi sebagai proses
pengumpulan. Dalam penyelesaian 153=
, murid digalakkan bertanya kepada diri
sendiri: Ada berapa 3 dalam 15? Denga menggunakan pembilang, murid boleh
menentukan kumpulan 5 kumpulan 3.
2.4.2.3: PEMBAHAGIAN DENGAN GARIS NOMBOR
Aspek opersi bahagi ini ialah operasi tolaj berulang dan boleh diwakili dengan
lompatan pada garis nombor. Lompatan bermula dari nombor yang dibahagi dan
bergerak ke kiri menuju ke sifar.
2.4.2.4: PEMBAHAGIAN DENGAN TATASUSUNAN
Tatasusunan memberi pola tentang kedua-dua operasi darab dan opersi bahagi.
Apabila seseorang murid berkebolehan menentukan pola tatasusunan yang terdiri
daripada baris dan lajur yang diskrit, dia boleh menulis semua fakta asas darab dan
bahagi yang berkenaan. Rajah berikut menunjukkan fakta asas darab dan bahagi bagi
tatasusunan 3 baris dengan 6 bulatan dalam setipa baris.
2.4.3: BAHASA YANG BERKAITAN DENGAN PENDARABAN DAN PEMBAHAGIAN.
Ada pelbagai situasi yang melibatkan pendaraban dan pembahagian. Situasi
yang berlainan memerlukan perkataan dan ungkapan yang berbeza. Kefahaman
tentang pelbagai perkataan dan ungkapan itu amat penting untuk memahami
pendaraban dan pembahagian. Antara perkataan dan ungkapan yang digunakan untuk
mengembangkan konsep darab dan bahagi ialah: setiap, sama, sama rata , sama
banyak, kumpulan, jumlah, set, subset, kongsi, agih, di antara, baris, lajur, kali,
bahagian, berapa kumpulan 2 dalam 6? Dan sebagainya. Jika muid dikehendaki
menggunakan bahasa yang tepat untuk berkomunikasi dan menerangkan apa yang
difahami mereka secara jelas dan berkeyakinan , guru haruslah memastikan murid
menghuraikan ayat matematik bahagi dengan menggunakan ayat dan ungkapan dan
betul.
2.4.4: CADANGAN STRATEGI DAN AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN.
2.4.4.1: KESEDIAAN MEMPELAJARI PEMBAHAGIAN
Murid akan lebih bersedia mempelajari opersi bahagi apabila mereka sudah
memahami operasi darab dan boleh mengingati beberapa fakta asas darab serta boleh
menghuraikan situasi darab dengan perkataan biasa.Contoh:
Diberi satu set yang mengandungi 8 objek , berapa banyak set yang mengandungi 2
objek yang sama daripada sesuatu set yang asal.

Ada berapa kumpulan 2 dalam 8?


2.4.4.2: PERKEMBANGAN KONSEP PEMBAHAGIAN
Konsep pembahagian diperkembangkan melalui pengalaman sebenar dengan
bahan manipulatif. Konsep pembahagian sebagai proses pengumpulan biasa
diperkembangkan terlebih dahulu kerana ia mudah dikaitkan dengan makna
pendaraban sebagai jumlah objek dalam beberapa set yang setara. Namun begitu
murid akan terus mengalami situasi pembahagian sebagai proses pengongsian dalam
aktiviti dan permainan dalam kehidupan seharian.
Istilah pengumpulan dan pengongsian bukanlah perkataan yang perlu digunakan
oleh murid menghuraikan opersi bahagi.Yang pentingnya murid mestilah boleh
menghuraikan setiap situasi bahagi itu dengan perkataan dan ayat yang
melambangkan kefahaman tentang proses bahagi.

2.4.5: PENYELESAIAN MASALAH BERCERITA BERKAITAN DENGAN OPERASI


BAHAGI.
Pada amnya ada tiga jenis masalah bercerita bagi operasi bahagi iaitu:
Situasi pengumpulan
Situasi pengongsian
Situasi skala faktor
SITUASI PENGUMPULAN
Dalam situasi pengumpulan, jumlah objek dalam set asal dan bilangan objek
dalam setiap subset yang hendak diukur daripada set asal itu diketahui, tetapi
bilangan subset tidak diketahui. Contoh:
Mamat mempunyai 12 biji guli. Dia ingin memberi 3 biji guli kepada setiap kawannya.
Berapa orang kawan Mamat yang mendapat guli?
Ayat matematik bahagi bagi masalah ini ialah:
123=
SITUASI PENGONGSIAN
Dalam siituasi pengongsian , jumlah pada set asal dan bilagan subset diketahui,
tetapi bilangan objek dalam setiap subset itu tidak diketahui. Contoh:
Mamat mempunyai 12 biji guli. Dia ingin mengongsikan guli itu sama banyak di antara 3
orang kawannya. Berapa biji gulikah akan diterima oleh setiap kawannya?
Ayat matematik bahaginya ialah:
123=
Dalam perkembangan kemahiran murid menyelesaikan setipa situasimasalah di

atas, guru harus menunjuk cara masalah itu atau menggalakkan murid melakonkan
situasi itu. Murid dikehendaki membandingkan situasi pengongsian dan situasi
pengumpulan serta membincangkan bagaimana angka dalam ayat matematik bahagi
ditentukan. Misalnya bagi ayat matematik 364=
, guru membimbing murid
dengan menyoal:
Apakah maksud 4 dalan situasi pengumpulan?
SITUASI FAKTOR SKALA
Satu jenis lagi masalah bercerita berkaitan dengan operasi bahagi ialah situasi
skala faktor pengecilan. Contoh:
Budin mempunyai wang sebanyak 12 ringgit . Jumlah wang ini sama dengan empat kali
jumlah wang yang ada pada Lisa. Berapakah jumlah wang Lisa?
Ayat matematik ialah:
124= atau 4 =12
2.4.6: ALGORITMA PEMBAHAGIAN
Algoritma pembahagian merupakan algoritma yang paling sukar baik diajar
mahupun dimahirkan. Ini disebabkan beberapa unsur terlibat dalam pengendaliannya,
iaitu:

Pengiraan dari arah kiri ke kanan


Fakta asas bahagi dan tolak
Penganggaran
Algoritma darab dan tolak
Langkah-langkah yang coraknya berbeza dan berlainan
Justeru itu, disarankan bahawa pengajaran topik pembahagian secara formal
ditundakan sehingga murid telah memperoleh kemahiran asas yang sempurna dalam
operasi tambah, tolak dan darab. Terdapat beberapa cara untuk mengembangkan
algoritma untuk operasi pembahagian. Pada asasnya dua algoritma yang berlainan
digunakan untuk mengira hasil bahagi, iaitu:

a) Algoritma penolakan
b) Algoritma distributif
ALGORITMA PENOLAKAN

ALGORITMA DISTRIBUTIF

Walaupun berkecenderungan mekanikal serta menggalakkan penghafalan,


algoritma distributif nerupakan algoritma lazim yang diigunakan. Ramai guru di sekolah
masih menggunakan algoritma distributif sahaja dalam penyampaian algoritma operasi
bahagi. Pada hakikatnya kedua-dua cara mempunyai kelebihannya dan harus
diteliti.Yang mana digunakan terpulang kepada guru sendiri sesuai dengan kebolehan
murid yang diajar. Dicadangkan pada peringkat awal, algoritma penolakan disampaikan
dahulu untuk kefahaman proses, kemudian disusuli dengan algoritma distributif
(algoritma lazim) untuk pengiraan laju dan cekap.

3.0: BAHAN BANTU MENGAJAR YANG INOVASI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK


MENGAJAR OPERASI MATEMATIK.
Bahan bantu mengajar (BBM) adalah satu alatan yang amat berguna dan
membantu untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar.
Pertamanya, bahan bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Hal ini kerana, murid-murid pemulihan senang atau mudah memahami
konsep sesuatu pengajaran. Kebiasannya, murid-murid pemulihan amat lemah atau
kurang menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Oleh yang demikian,
guru pemulihan menghadapi masalah untuk mengajar murid-murid tersebut . Justeru,
guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran supaya
maklumat akan disampaikan kepada murid tersebut.
Selain itu, tujuan bahan bantu mengajar ialah menarik perhatian para pelajar
semasa sesi mengajar. Contohnya, ramai pelajar tidak memberi perhatian
semasa guru mengajar di dalam kelas . Oleh yang demikian, para pelajar akan
memberi sepenuh tumpuan apabila guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan lebih aktif dan seronok apabila guru
menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar mengikut konsep tertentu.
Tambahan pula, melalui penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran para pelajar akan dapat mengingat sesuatu fakta atau
pembelajaran secara berterusan dalam mindanya. Apabila, mereka belajar dengan
menggunakan bahan bantu mengajar maka mereka boleh mengingat untuk jangka
masa yang panjang.
Saya telah menghasilkan beberapa bahan bantu mengajar (BBM) Matematik
yang inovasi daripada permainan Matematik dengan mengambil kira aspek kesesuaian
ciri-ciri bahan, kepelbagaian kegunaan, mudah alih, adaptasi dan mengambil kira aspek
keselamatan untuk boleh digunakan dalam pengajaran matematik. Semua bahan bantu
mengajar
ini
boleh
digunakan
untuk
semua
operasi
matematik.

3.1: OPERASI TAMBAH


3.1.1: PERMAINAN ROLLER COASTER

http://kanniammalgapaloo.blogspot.com/2013/09/normal-0-false-false-false-en-my-x-none_21.html

Bahan bantu mengajar roller coaster ini mempunyai peraturan tertentu.


Pertamanya bahan bantu mengajar ini boleh dimainkan oleh dua atau tiga orang
sahaja. Selain itu, murid pemulihan dikehendaki menggerakkan kereta di atas trek
roller coaster. Seterusnya, dalam roller coaster itu terdapat tiga stesen. Di setiap
stesen itu terdapat kertas yang digulingkan dengan riben. Maka, apabila murid sampai
di stesen 1; mereka dikehendaki membuka kertas tersebut dan membaca soalan.
Dalam kertas itu, mempunyai beberapa soalan yang berkaitan dengan operasi tambah.
Murid dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di stesen pertama. Setelah
menyiapkan soalan di stesen pertama, murid dikehendaki bergerak ke stesen dua dan
mengulangi permainan ini. Malah, jika murid tidak dapat menjawab soalan di stesen
pertama; maka mereka tidak boleh meneruskan permainan ke stesen dua dan tiga.
Tujuan, saya menghasilkan bahan bantu mengajar yang inovasi ini adalah untuk
merangsangkan minda murid untuk membuat pengiraan operasi tambah sambil
bermain. Hal ini kerana, murid pemulihan akan melibatkan dirinya dengan baik apabila
membuat pengiraan operasi tambbah sambil bermain. Saya telah mengaplikasikan
permainan ini di SJK(T) Ladang Cairo semasa menjalankan praktikum fasa 1 dalam
kalangan murid pemulihan. Permainan roller coaster ini amat berkesan dalam
kalangan murid pemulihan di SJK(T) Ladang Cairo.
Pada mulanya, murid pemulihan di sekolah tersebut mempunyai masalah dari
segi kehadiran ke sekolah, kurang minat dalam pembelajaran dan tidak begitu aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah saya mengaplikasikan permainan
ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan di sekolah itu
melibatkan dirinya dengan sepenuh dan mereka sangat seronok untuk belajar. Mereka
dapat menjawab soalan itu sambil bermain. Maka, jelaslah bahawa murid pemulihan
akan minat apabila menggunakan unsur permainan dalam pengajaran operasi tambah.
Oleh yang demikian, permainan ini amat berkesan dan berguna dalam kalangan murid
pemulihan untuk mempelajari opersi tambah. Bahan bantu mengajar yang inovasi iaitu
roller coaster ini boleh digunakan untuk mengajar selain daripada operasi tambah
seperti operasi tolak, darab dan bahagi.

3.1.2: HORSES TOURING

Permainan horses touring boleh digunakan untuk mengajar operasi


tambah. Dalam permainan ini terdapat lima kuda. Di setiap kuda itu merangkumi satu
sampul atau poket. Dalam sampul itu, mengandungi masalah matematik yang berkaitan
dengan operasi matematik . Murid mesti menyelesaikan semua masalah
matematik tersebut. Contoh masalah matematik tersebut ialah:

Ali membeli 3 batang pensil. Ayahnya menghadiahkan 5 batang pensil lagi.Berapakah


jumlah pensil yang ada pada Ali?
Cikgu Amizah memberi 6 buah buku kepada Khazali. Cikgu Roslimah pula
menghadiahkan 3 buah buku kepada Khazali. Berapakah jumlah buah buku Khazali?
Rokiah mempunyai seutas rantai yang mempunyai 4 manik hitam . Ibunya menguntai 3
manik merah pada ranyai tersebut. Berapakah jumlah manik dalam rantai tersebut?
Karim ada 5 ekor ayam dan 3 ekor itik. Berapakah jumlah haiwan yang ada pada
Karim?
Umur Kogila adalah 7 tahun manakala adiknya adalah 3 tahun. Berapakah jumlah umur
kedua-dua adik-beradik?
Saya telah mengaplikasikan bahan bantu mengajar ini , dalam kalangan murid
pemulihan di SJK(T) Ladang Cairo. Mereka telah melibatkan dirinya dengan baik dalam
aktiviti tersebut dan memberi respon yang baik. Selain itu, sebelum ini saya telah
memberi latihan menyelesaikan masalah matematik operasi tambah. Pada ketika itu,
mereka tidak begitu seronok dan tidak memberi respon yang baik. Maka, melalui
permainan horses touring ini murid pemulihan dapat menjawab soalan itu dengan
gembira dan aktif.
Akhir kata, bahan bantu mengajar ini amat berkesan dan berinput kepada semua
murid pemulihan. Guru boleh mengapliksikan bahan bantu mengajar ini untuk mengajar
operasi tolak, darab dan bahagi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar ini pelbagai
kegunaan.

ASALAH DALAM OPERASI MT

4.0: MASALAH-MASALAH
OPERASI MATEMATIK.

YANG

DIHADAPI

OLEH MURID

PEMULIHAN

DALAM

4.1: DISKALKULIA
Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang mempengaruhi
pemerolehan / pembelajaran kemahiran aritmetik (Wikipedia, 2008). Menurut Departmant for
Education Skills 2001 DfES (Pendidikan Disleksia), Diskalkulia diterangkan sebagai sesuatu
keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai atau memperoleh kemahiran aritmetik.
Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah,
kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor, dan bermasalah dalam mempelajari fakta
nombor dan prosedur-prosedur. Murid-murid yang menghadapi masalah Diskalkulia akan
menghadapi kesukaran mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik seperti +, -,
x,dan . Selain itu, mereka akan mengalami kesukaran membezakan nilai besar dan kecil.
Contohnya, tidak dapat menentukan nilai terbesar antara 23 dan 32.

Tambahan pula, murid Diskalkulia menghadapi kesukaran mengira dalam gandaan dua
atau lima dan sebagainya serta tertib menurun. Di samping itu, murid Diskalkulia mempunyai
masalah membuat anggaran dan pengukuran, seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.
Seterusnya, murid Diskalkulia juga mengalami kesukaran membaca peta dan jadual, kerana
kurang kesedaran tentang kedudukan, arah, orientasi dan organisasi ruang; menggunakan
peraturan dan prosedur, oleh itu mereka tidak dapat mengingat langkah-langkah untuk
menyelesaikan pengiraan matematik dan dalam pengiraan spontan.

4.2: PRANOMBOR
Menurut Bahagian Pendidikan Guru , Kementerian Pendidikan Malaysia
-1998(Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat untuk Sekolah Rendah), konsep
pranombor perlu dipelajari oleh murid-murid pemulihan sebelum mereka boleh menggunakan
konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Malahan, murid-murid pemulihan menghadapi
masalah dalam memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor
keseluruhannya. Hal ini menyebabkan, mereka akan mengalami kesukaran untuk mengelaskan
objek atau benda mengikut warna, bentuk dan saiz. Selain itu, mereka juga akan mengalami

kesukaran dalam mengenal kuantiti melalui perbandingan : banyak atau sedikit ; sama banyak
atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang.

4.3: MEMPUNYAI MASALAH MENGINGAT


Murid pemulihan mempunyai masalah ingatan.Hal ini kerana, otak manusia terdiri
daripada dua bahagian, iaitu hemisfera kiri dan kanan . Bagi kebanyakan orang, hemisfera kiri
lebih dominan berbanding hemisfera kanan. Pada sesetengah kes, diskalkulia berlaku akibat
terdapatnya gangguan atau kekurangan cerebral atau dominasi hemisfera otak. Oleh hal yang
demikian, sebahagian hemisfera otak gagal medominasi fungsi-fungsi pengiraan. Maka, hal ini
menyebabkan murid pemuliahn mengalami masalah dalam pengiraan matematik dan
mengingat nombor-nombor. Selain itu, mereka akan sering lupa cara-cara membuat pengiraan
tambah, tolak, darab dan bahagi.

4.4: KONSEP NOMBOR


Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), konsep nombor
disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang
dilihat.Murid pemulihan mempunyai masalah dari segi konsep nombor. Mereka tidak dapat
menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan , iaitu sifat kuantiti
benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta
menggambarkan konsep nombor. Murid pemulihan menghadapi masalah dalam menentukan
nilai tempat -kedudukan digit mewakili niai tertentu; asas sepuluh-bermaksud koleksi sepuluh
yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan; penggunaan sifar- simbol untuk sifar yang
menyatakan sesuatu yang tidak wujud; mempunyai nilai tambah , iaitu nombor boleh ditambah
berdasarkan nilai tempat.

4.5: OPERASI TAMBAH


Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Murid pemulihan akan
mengalami masalah dalam operasi tambah iaitu menyatukan kedua-dua nombor. Hal ini kerana,
mereka tidak dapat mengingat dan mudah lupa cara untuk mengira operasi tambah. Muridmurid pemulihan menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan
pengetahuan baharu atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi
pembelajaran. Selain itu, murid pemulihan gagal menggabungkan kedua-dua nombor dengan
menggunakan bahan maujud dan bentuk lazim. Masalah ini menyebabkan ,mereka ketinggalan
dalam pengiraan asas iaitu tambah.

4.6: OPERASI TOLAK

Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), murid


pemulihan gagal memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan
dan melihatkan baki yang tinggal. Di samping itu, murid pemulihan juga tidak mengetahui
konsep mengambil serta membilang objek yang konkrit (dalam satu-satu , dua-dua, dan
seterusnya) untuk menjadi satu set objek; membilang serta mengeluarkan beberapa objek dari
sesuatu set objek berkenaan; membilang bilangan objek yang tertinggal (dalam satu-satu, duadua dan seterusnya) ketika tamat proses pengasingan; dan menyatakan keseluruhan proses
yang telah berlaku secara lisan dalam bahasa komunikasi.

Seterusnya, murid pemulihan akan menghadapi masalah dalam membuat


perbandingan. Antaranya ialah mengambil dua set objek yang berasingan; menyusun objek
dalam sebaris dan membilang objek dalam setiap set objek; memadankan set objek pertama
dengan set objek kedua secara satu dengan satu; dan membilang objek dalam mana-mana set
objek yang tidak ada padanan yang juga disebut sebagai perbezaan antara kedua-dua set
objek. Akhirnya, murid pemulihan juga mempunyai masalah untuk mengingat fakta asas tolak.

4.7: OPERASI DARAB


Selain itu, murid pemulihan sering menghadapi masalah dalam konsep pendaraban.
Antaranya ialah , mereka tidak dapat tambah berulang; kali atau ganda; baris dan lajur
tatasunan ; dan kombinasi objek. Menurut Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia -1998 (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Nombor Bulat untuk Sekolah
Rendah),murid pemulihan mempunyai masalah dalam mengingat fakta asas darab. Menurut
Nocolson dan Fawcett -1995(Pendidikan Disleksia), menerangkan bahawa serebrum otak dan
keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan motor, perkembangan automatif, dan
organisasi sesuatu kemahiran. Hal ini termasuk kemahiran dalam pengiraan.
4.8: OPERASI BAHAGI
Operasi bahagi ialah songsangan operasi darab kerana proses bahagi akan
membalikkan proses darab. Namun demikian, murid pemulihan mempunyai masalah dalam
operasi bahagi ini. Maka murid pemulihan, gagal mengetahui konsep pembahagian seperti
pembahagian sebagai operasi tolak berulang; pembahagian dengan garis nombor;
pembahagian dengan tatasusunan; dan pembahagian dengan faktor skala. Di samping itu,
murid pemulihan menghadapi masalah dalam algoritma pembahagian. Antaranya ialah
pengiraan dari arah kiri ke kanan; fakta asas bahagi dan tolak; penganggaran; algoritma darab
dan tolak dan langkah-langkah yang coraknya berbeza dan berlainan.

4.9: PENGELASAN
Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia), pengelasan
adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Malah,

murid pemulihan mengalami masalah dalam membezakan dan mengumpulkan objek


berdasarkan persamaan dan perbezaan. Tambahan pula, murid pemulihan mempunyai
kesukaran dalam klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan satu ciri ( contoh: warna atau
bentuk atau saiz); dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz);dan tiga ciri (contoh:
warna, bentuk dan saiz)

4.10: MEMBILANG
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian murid-murid
memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Murid pemulihan mempunyai masalah dan
kesukaran dalam prinsip membilang. Antaranya ialah prinsip padanan satu dengan satu; prinsip
susunan nombor yang mengikut ururan; prinsip cardinal , iaitu nama dan nombor yang terakhir
adalah jumlah objek yang dibilang; dan ketakberkaitan (order irrelevance), iaitu boleh
memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan.

5.0: CARA GURU PEMULIHAN DAPAT MENGGUNAKAN STRATEGI KHAS UNTUK


MEMBANTU MASALAH MURID PEMULIHAN DALAM OPERASI MATEMATIK.
5.1: PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID
Dalam pendekatan ini, murid diberi peluang untuk memainkan peranan penting
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dibahagikan kepada
kumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang, menyoal rakan dan berinteraksi
secara terkawal. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang
murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untuk
menyuarakan
pendapat
(Modul
OUM
HBSL2203,
2009
-http://www.scribd.com/doc/55984767/modul-keadah-pemulihan-matematik-topik-3).
Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah
pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid
berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman
sendiri. Dalam kaedah ini, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu
kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Ini membolehkan guru
membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti
pemulihan.
Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan pembelajaran
berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yang mengalami
masalah
dalam
pembelajaran
matematik.
Menurut
DAgustine-1973
(http://www.scribd.com/doc/55984767/modul-keadah-pemulihan-matematik-topik-3),
permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk minat murid terhadap matematik (http://mujahid.tripod.com). Ianya dapat
mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik.
Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil
belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika menyelesaikan
soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian. Dengan permainan
atau rekreasi matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara lazimnya, tumpuan murid
akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan. Semasa bermain murid
secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui serta memperoleh
ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk rekreasi secara lazimnya akan
membantu guru memberi pendedahan konsep yang mudah diingati oleh murid.
5.2: STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Dalam penyelesaian masalah matematik, satu atau lebih strategi dapat


digunakan untuk memperoleh penyelesaiannya. Terdapat beberapa strategi
penyelesaian masalah yang boleh dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk mengatasi
masalah murid pemulihan dalam mata pelajaran Matematik. Antaranya ialah,
permudahkan masalah. Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan
kompleks. Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang
serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian
buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi jawapan.
Seterusnya, guru boleh melukis gambar rajah. Dengan melukis gambar rajah kita dapat melihat
pergerakan masalah tersebut secara tersusun. Tambahan pula, memodelkan / menjalankan simulasi /
melakonkan juga merupakan salah satu strategi yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah
murid pemulihan. Guru boleh memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling
berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan
menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut.
Di samping itu, guru boleh menjalankan strategi mengenal pasti pola.Dalam strategi ini pelajar
perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya
dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor. Guru boleh
menyenaraikan / menjadualkan secara sistematik tentang masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan
dalam mata pelajaran Matematilk. Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat
dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh boleh digunakan untuk menunjukkan
perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah.
Seterusnya, strategi cuba jaya ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang
bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian. Strategi
pembailkan (reverse) boleh dilaksanakan oleh guru pemulihan. Pembalikan antara strategi yang sesuai
untuk menyelesaikan masalah sequence, pola, persamaan dan lain-lain. Tambahan pula, menaakul
secara mantik merupakan salah satu strategi bagi menyelesaikan masalah. Pelajar menganalisa semua
syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah itu
boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk
membentuk penyelesaian masalah tersebut.

5.3: PENEROKAAN (EXPLORATION)


Guru memainkan peranan penting dalam memperkembangkan dispositioon penyelesaian
masalah murid. Mereka hendaklah memilih masalah yang boleh melibatkan murid. Guru perlu
mewujudkan persekitaran yang menggalakkan murid untuk meneroka, mengambil risiko, berkongsi
kejayaan dan kegagalan dan perbincangan. Dalam persekitaran itu, murid membentuk keyakinan bahawa
mereka perlu bagi meneroka masalah dan keupayaan untuk membuat penyesuaian terhadap strategi
penyelesaian masalah. Murid yang kurang aktif juga mempunyai peluang untuk membentuk keupayaan
dan meningkatkan keyakinan mereka menggunakan bahan manipulatif melalui kaedah penerokoaan ini.
terdapat empat langkah pelaksanaan dalam kaedah penerokaan:
Penerokaan
Bagi langkah penerokaan ini, murid hendaklah digalakkan untuk membaca masalah dengan teliti dan
menentukan maklumat jenis apa yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia juga

memerlukan murid untuk mengenal pasti sama ada maklumat relevan atau tidak bagi penyelesaian
masalah.

Perancangan
Dalam langkah perancangan, murid hendaklah membina strategi bagi mencari penyelesaian kepada
masalah. Ini mungkin memerlukan beberapa kaedah pengiraan atau membentuk persamaan. Murid juga
hendaklah digalakkan untuk satu andaian atau jangkaan bagi penyelesaiannya. jangkaan ini boleh
membantu sama ada jawapan akhir yang dihasilakn bertepatan.

Penyelesaian
Selesaikan masalah dengan melaksanakan perancangan. Murid akan melaksanakan pengiraan
matematik yang perlu bagi menentukan jawapan. Lazimnya, jawapan mungkin tidak diterima pada
percubaan pertama. Oleh itu, murid perlu sedar mereka mungkin membuat pengiran beberapa kali bagi
mencapai keputusan yang dikehendaki. Malahan murid mungkin mendapati kaedah pengiraan tersebut
tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan kaedah alternatif perlu dipilih.

Pemeriksaan
Akhirnya periksa jawapan murid dengan teliti dan pastikan ia relevan dengan fakta terdapat dalam
permasalahan yang diberi. Murid hendaklah merujuk semula jawapan ramalan yang dibentuk dalam
langkah perancangan sama ada ianya menepati pengiraan sebenar yang dibuat. Justru, murid hendaklah
membaca masalah berulang kali bagi memastikan ianya diintepretasi dengan tepat. Jika jawapan tidak
menepati masalah yang diberi, murid hendaklah mengulang semula langkah perancangan dan
penyelesaian masalah.
Melalui pendekatan ini, guru memberi murid masalah matematik berdasarkan konteks
persekitaran dan membenarlkan murid membina strategi mereka sendiri bagi menyelesaiakan masalah
men ggunakan sumber yang sedia ada. Mereka boleh menggunakan gambar, perwakilan simbolik atau
secara fizikal. Di samping itu mereka digalakkan meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.
Sepanjang pelaksanaan projek, murid mencipta kaedah sendiri dan berkongsi dengan rakan sekelas.
Proses untuk mendapatkan jawapan adalah lebih penting berbanding jawapan itu sendiri (Bruning et.al,
1999).

5.4: MODEL POLYA


Menurut Noor Shah Saad -2005: 182 ( Pendidikan Disleksia), Model Polya
merupakan model penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya.
Beliau telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya How
to Solve It yang memberikan tumpuan kepada teknik penyelesaian masalah yang
menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik yang
mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu memahami dan mentafsir
sesuatu masalah; merancang strategi penyelesaian; melaksanakan strategi
penyelesaian; dan menyemak semula penyelesaian. Oleh yang demikian, guru boleh

melaksanakan kaedah ini dalam kalangan murid pemulihan untuk menyelesaikan


masalah murid pemulihan dalam mata pelajaran Matematik.
Memahami dan mentafsir sesuatu masalah. Pada peringkat ini, murid dibimbing
untuk terlibat secara aktif berkaitan aktiviti - aktiviti yang tertentu. Antaranya ialah, fokus
kepada bahagian yang penting; mengenal pasti kata kunci; menerangkan masalah
dengan perkataan sendiri; mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan
melukis gambar rajah; mengemukakan beberapa soalan; dan memahami item-item
yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau jawab.
Selain itu,fasa kedua dalam model ini ialah merancang strategi penyelesaian.
Setelah murid memahami soalan,guru membimbing murid untuk merancang strategi
penyelesaian yang sesuai dengan permasalahan yang diberi. Antara strategi
penyelesaian mengikut Polya ialah membuat simulasi; melukis gambar rajah; membuat
carta; mengenal pasti pola; dan cuba jaya.Pemberian pelbagai bentuk masalahj
matematik kepada murid akan membentuk keyakinan mereka dalam pengendalian
masalah-masalah tersebut. Dalam merancang strategi, guru perlu juga
mempertimbangkan beberapa heuristik/strategi/ algoritma dan membandingkan
masalah yang hendak diselesaikan dengan masalah yang hampir sama.
Seterusnya, pelaksanaan strategi untuk menyelesaikan masalah boleh
dilakukan berdasarkan perancangan strategi penyelesaian masalah tadi. Dalam hal ini,
murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaiannya secara bersistematik
untuk mendapat jawapan yang betul, iaitu dengan cara menterjemahkan maklumat
yang diberi ke dalam bentuk matematik; menggunakan strategi yang dirancang;
menjalankan semua proses dan pengiraan yang terlibat; dan menyemak setiap langkah
strategi yang digunakan.
Langkah yang terakhir ialah murid boleh menyemak semula penyelesaian
masalah untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak.Di samping
itu, murid boleh menyemak dengan mencari kaedah yang lain untuk menyelesaikan
masalah matematik yang sama. Kaedah songsangan juga boleh digunakan.
Umpamanya , jawapan daripada operasi tambah boleh disemak dengan operasi tolak.
Semasa menyemak semula, beberapa perkara perlu diberi perhatian supaya cara
penyelesaian masalah yang dilaksanakan oleh murid adalah logik walaupun strategi
yang digunakan berbeza-beza. Yang berikut adalah perkara-perkara yang perlu
perhatian semasa penyemakan , iaitu: semak semua maklumat penting yang telah
dikenal pasti; semak pengiraan; pertimbangkan penyelesaian yang logik; lihat
penyelesaian yang lain; dan baca semula soalan dan tanya diri sendiri sama ada kita
benar-benar telah menjawab soalan.
5.5: KAEDAH NEWMAN
Kaedah Newman Error Analysis juga boleh dimanfaatkan untuk mengenal pasti
punca kesilapan dan kesalahan murid-murid khususnya dalam penyelesaian masalah

(Newman; 1977- Pendidikan Disleksia). Ujian rujuan kriteria hendaklah diberi


keutamaan dan dilakukan secara formatif. Kaedah Newman digunakan untuk mengenal
pasti punca kesilapan dan kesalahan murid-murid pemulihan dalam penyelesaian
masalah. Tambahan pula, kaedah Newman dikenali sebagai prosedur asas diagnostik.
Guru pemulihan boleh membantu murid berdasarkan tahap penguasaan mereka dalam
5 fasa Newman Error Analysis.
Fasa pertama ialah pembacaan. Kebolehan membaca semua soalan kepada diri
sendiri dengan senyap dan meminta bantuan guru jika terdapat perkataan yang tidak
difahami. Seterusnya, fasa keduanya ialah pemahaman. Pemahaman merujuk kepada
kebolehan memberitahu guru mengenao kehendak soalan. Tambahan pula,
transformasi merupakan kebolehan untuk mendapatkan jawapan. Fasa keempat ialah
kemahiran proses iaitu keupayaan menyelesaikan masalah tersebut dan kemudiannya
memberitahu guru apa yang dia (murid) fikirkan. Akhirnya, pengenkodan iaitu
kebolehan menulis jawapan dengan betul.
5.6: KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERY
Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran
seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti. Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan
mengikut hierarki atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlulah
bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.
Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang berjaya menguasai 80
peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal
menguasai aras masteri akan diberi pemulihan dan yang berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan.
Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui prinsip-prinsip
pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa yang diajar oleh guru. Pembelajaran
perlulah dipecahkan kepada unit kecil supaya mudah dikuasai. Di samping itu murid memerlukan masa
yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Arahan guru juga
perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran.

5.7: DIRECT LEARNING


Menurut Ewell -1997 (http://www.scribd.com/doc/55984767/modul-keadah-pemulihan-matematiktopik-3) direct learning merujuk kepada pembinaan peluang bagi penglibatan aktif dalam persekitaran
pembelajaran yang boleh membentuk pemahaman individu. Apabila murid mempunyai sedikit
pengetahuan tengang sesuatu topik, direct learning amat diperlukan bagi mendapatkan pemahaman,
mencipta, mengubah atau mencorak semula model mental. Direct learning terbahagi kepada tiga
kategori. Antaranya ialah strategi ingatan (strategi untuk menyimpan dan menerima bahasa yang
disasarkan); strategi kognitif (strategi bagi penggunaan bahasa dan bagaimana untuk memahaminya);
dan strategi Imbuhan (compensation)-(strategi bagi penggunaan bahasa akibat ruang lompang dalam
pengetahuan).

5.8: DIRECT INSTRUCTION

Berasaskan teori pengajaran Zig Engelmann. Direct Instruction adalah strategi mengajar yang
paling popular untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah pengajaran guru diikuti struktur dan langkah
spesifik yang digunakan menggalakkan pembelajaran. Terdapat beberapa prinsip direct instruction.
Antaranya ialah:
Pengenalan/Semakan

Topik atau maklumat yang akan dipelajari disampaikan kepada muid pada peringkat permulaan
Perkembangan

Guru memberi penjelasan, memberi contoh dan model yang tepat apa yang akan dipelajari sambil
memantau pemahaman murid melalui teknik penyoalan.
Latihan berpandu

Peluang diberi kepada murid untuk membuat latihan apa yang sepatutnya dipelajari sementara guru
memantau aktiviti atau tugasan yang diberikan.
Penutup

Guru menutup pengajaran dengan isi kandungan pelajaran yang telah dipelajari.
Latihan bebas

Tugasan diberi untuk mengukuh pembelajaran tanpa bantuan guru.


Penilaian
Maklum balas daripada hasil kerja murid (Magliaro, Lockee, & Burton, 2005).

5.9:PENDEKATAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBALAJARAN
MATEMATIK MENGGUNAKAN BAHASA MURID
Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan Disleksia),
terdapat empat langkah dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran matematik
menggunakan bahasa murid bagi membantu murid menguasai konsep asas
matematik. Pendekatan bahasa murid dibahagikan kepada empat langkah. Langkah
pertama ialaha bahasa murid. Bahasa murid ialah bahasa seharian yang biasa
digunakan oleh setipa murid untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam
cerita atau situasi yang kita berikan.Situasi yang dibina dapat merangsang murid
bercakap dalam bahasa mereka sendiri. Galakkan mereka bercakap dan mereka-reka
cerita berdasarkan situasi.
Langkah kedua pula,bahasa bahan. Pada peringkat ini, bahasa dan istilah yang
digunakan adalah berkisar di sekitar situasi, cerita yang diberikan oleh guru matematik.
Di sinilah sepatutnya konsep matematik dimulakan. Konsep tolak dalam matematik
umpamanya dikenalkan sebagai....kurangkan, asingkan, jatuhkan, hilang, sudah
dimakan, pecah, terbang dan sebagainya. Selain itu, galakkan mereka menggunakan
bahan manipulatif untuk mewakilkan aksi, situasi, dan keadaan bahan dalam cerita
mereka. Gunakan teknik menyoal yang baik untuk merangsang mereka kea rah konsep
matematik yang ditetapkan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagai sifat
semula jadi seorang kanak-kanak yang suka bertanding, mereka akan berebut-rebut
untuk bercerita berdasarkan pengalaman masing-masing.

Langkah ketiga ialah bahasa matematik. Selepas murid mengambil bahagian


dengan aktif dalam perbincangan menggunakan bahasa murid, guru bolehlah
membimbing murid menggunakan istilah atau bahasa matematik yang betul.
Umpamanya, jumlah katak kelabu dengan katak hijau itu boleh dikatakan sebagai :
Tiga katak hijau tambah dengan empat katak kelabu bersamaan dengan tujuh
Begitu juga jika mencari perbezaan. Jumlah katak ialh tujuh dan tiga berwarna hijau
dikatakan sebagai tujuh tolak tiga berbaki empat. Pada peringkat ini, guru dengan
murid masih lagi secara lisan dan memanipulasi bahan konkrit yang ada bersama-sama
mereka.
Langkah terakhir pula, simbol (perwakilan). Guru menggunakan perwakilan
berbentuk bahan manipulative untuk mewakilkan situasi seperti di atas. Setelah melalui
empat langkah tersebut, diharapkan murid dapat menguasai sesuatu konsep matematik
berdasarkan kemahiran mereka sendiri. Membina kefahaman melalui perbincangan
yang dibimbing oleh guru secara terancang dan mengamalkan prinsip pembelajaran
matematik yang bermakna, berguna, seronok, dan mencabar dapat membantu murid
menguasai konsep matematik yang betul

6.0: KAJIAN MENGENAI OPERASI MATEMATIK


6.1: KAEDAH PENGAJARAN OPERASI PENAMBAHAN DALAM
PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER.

MATA

ABSTRAK
Dalam kajian ini, Nur Shazlina Binti Yussoff telah mengenengahkan masalah
yang dihadapi oleh Patrick, seorang murid berkeperluan khas (slow learner) di sebuah
kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di sebuah sekolah di
Kuching, Sarawak. Masalah yang dihadapi Patrick adalah kesukaran membuat operasi
tambah. Pada sub topik penambahan dalam lingkungan 10, Patrick tiada masalah
dihadapinya lebih-lebih lagi jika melibatkan objek. Tetapi, masalah bermula apabila
penambahan melibatkan pengiraan melebihi 10 dan pengumpulan semula disebabkan
kekeliruan Patrick menggunakan jari untuk menjawab soalan pada lembaran kerja
yang diberikan. Beliau telah merancang pendekatan yang sesuai menggunakan objek
seperti kayu ais krim dan blok mainan untuk membantu Patrick. Seterusnya, kaedah
melukis lidi beliau perkenalkan untuk mengelakkan Patrick daripada terus bergantung
kepada objek lalu melambatkannya menyiapkan lembaran kerja. Ternyata selepas
enam minggu menggunakan teknik-teknik tersebut, Patrick dapat memahami konsep
penambahan dan menambah dengan betul dalam jangka masa yang lebih pendek.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk membantu Patrick, seorang murid bermasalah
pembelajaran slow learner, menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan
kaedah melukis lidi; dan menambahbaik amalan p&p saya dalam bilik darjah.
TINDAKAN
Asas yang kuat dalam fakta Matematik adalah satu aspek yang penting dan
sangat diambil kira dalam kebanyakan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa
kini bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Oleh itu, semua murid perlu
menguasai bidang ini untuk memastikan peluang yang lebih cerah untuk mendapat
pekerjaan pada masa depan. Hal ini tidak hanya tertumpu pada murid normal sahaja
tetapi juga bagi murid bermasalah pembelajaran. Oleh itu, p&p Matematik di kelas
PKBP diberikan penekanan selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas Kebangsaan
untuk melahirkan insan yang antaranya berkemahiran dan berdikari yang dapat hidup

seiring dengan masyarakat sekelilingnya. Walau bagaimanapun, penguasaan


Matematik murid-murid terutamanya murid-murid berkeperluan khas adalah masih
lemah yang kebanyakannya disebabkan oleh asas Matematik yang lemah. Kemahiran
asas Matematik merangkumi kemahiran pranombor; menulis dan mengeja nombor;
operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi.
Semasa mula-mula memasuki kelas PKBP di sekolah tersebut, Nur Shazlina mendapati
semua murid dalam kelas tersebut telah menguasai kemahiran pranombor dan nombor
bulat hasil usaha guru yang mengajar mereka sebelum ini.
Nur Shazlina juga membuat satu ujian ringkas merangkumi subtopik-subtopik
dalam kemahiran pranombor dan nombor bulat. Berdasarkan ujian tersebut, didapati
semua murid sudah dapat menguasai kedua-dua topik tersebut dan sudah bersedia
menerima pengetahuan baru. Oleh itu, beliau meneruskan pengajaran kepada topik
seterusnya iaitu Operasi Penambahan dalam lingkungan 5. Sebagai permulaan, beliau
menggunakan objek untuk memudahkan mereka memahami konsep penambahan.
Pendekatan yang beliau gunakan untuk mereka mengira adalah dengan
teknik counting on. Antara objek yang telah beliau gunakan untuk mengira adalah jari
murid, kayu aiskrim, penyedut minuman, dan bongkah mainan. Semua murid dapat
memahami konsep penambahan serta menyelesaikan lembaran kerja soalan
penambahan dengan betul. Pada permulaannya, lembaran kerja yang diberikan
mengandungi gambarajah objek sebagai garis panduan untuk memudahkan mereka
menyiapkan soalan tersebut. Gambar 1 merupakan satu contoh lembaran kerja tesebut.

Setelah semua murid dapat menguasai penambahan dalam lingkungan 5,


kemahiran seterusnya diajar iaitu penambahan dalam lingkungan 10 dan 20. Soalan
pada lembaran kerja pula telah saya ubah iaitu dengan tidak melibatkan gambarajah
objek. Ketika inilah kelemahan Patrick mula dikenalpasti. Gambar 2 menunjukkan
jawapan Patrick.
Nur Shazlina dapati Patrick telah memberikan jawapan yang agak pelik semasa
beliau memeriksa lembaran kerjanya. Bermula dari situ, beliau mula mencari punca
bagaimana Patrick boleh memberikan jawapan tersebut. Beliau bertanya kepada
Patrick tentang bagaimana beliau mendapat jawapan tersebut. Beliau juga meminta
Patrick menunjukkan kepada beliau cara dia membuat pengiraan untuk menyelesaikan
soalan-soalan pada lembaran kerja tersebut. Patrick telah menunjukkan cara dia
menggunakan jarinya untuk mengira jumlah pada soalan penambahan yang diberikan.
Masalah timbul apabila penambahan melibatkan jumlah yang melebihi 10. Contohnya
apabila 5 + 6, sebelah tangan menunjukkan 5 dan apabila dia ingin menambah 6, dia

berasa keliru tentang bagaimana untuk menambah 6 sedangkan sebelah tangannya


hanya mempunyai 5 jari. Akhirnya, jawapan yang diberikan oleh Patrick kepada soalan
tersebut adalah 6, berbeza sekali dengan jawapan yang sepatutnya iaitu 11.
Disebabkan terlalu banyak jawapan salah diberikan oleh Patrick, rakan-rakan sekelas
yang lain telah meminggir dan mengejeknya.
Melihatkan keadaan ini, Nur Shazlina sering memberikan lembaran kerja yang
lebih kepada murid-murid lain agar mereka leka membuat lembaran kerja tersebut dan
dalam pada masa yang sama, beliau dapat membimbing Patrick membuat pengiraan
dengan betul. Pada mulanya memang agak sukar untuk mencari kaedah alternatif
untuk memudahkan Patrick mengira. Pada peringkat awal, beliau menggunakan objek
iaitu kayu aiskrim untuk memudahkannya mengira. Setelah Patrick dapat menguasai
cara ini, beliau mengajarnya kaedahmelukis lidi dan beliau memintanya membuat
perkaitan antara kayu aiskrim dengan kaedah melukis lidi yang telah beliau ajarkan
selepas itu. Ini kerana walaupun pengiraan menggunakan kayu aiskrim dapat
membantu Patrick menjawab soalan dengan betul, tetapi banyak masa yang diambil dia
untuk berbuat demikian. Oleh itu kaedah melukis lidi telah beliau perkenalkan pada
Patrick agar Patrick lebih faham dan menjawab soalan dengan betul dalam masa yang
lebih pendek.
Di samping mengajar teknik melukis lidi untuk membantu Patrick menyelesaikan
soalan penambahan, Nur Shazlina juga berusaha meningkatkan keyakinan diri Patrick
untuk belajar. Ini sering beliau lakukan dengan memberikan kata-kata pujian kepada
Patrick apabila dia berjaya membuat pengiraan dengan betul. Apabila dia membuat
kesilapan, Nur Shazlina akan menunjukkan cara yang betul dan menggalakkannya
mencuba sendiri. Beliau juga kadang kala mengarahkan rakan-rakan lain membantu
Patrick mengira dengan betul. Hal ini sedikit sebanyak memupuk sifat kerjasama dan
sedikit demi sedikit rakan-rakan lain tidak lagi mengejeknya, malah membantu Patrick
menunjukkan cara yang betul untuk membuat pengiraan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian Nur Shazlina ini berjaya mencapai objektifnya
iaitu
untuk
membantu
Patrick,
seorang
murid
bermasalah
pembelajaran slow learner, menyelesaikan operasi penambahan dengan menggunakan
kaedah melukis lidi. Cabaran yang beliau hadapi adalah untuk mengekalkan
pengetahuan tersebut dalam memori jangka panjang Patrick. Namun, dengan teknik
pengulangan dan latihan yang berterusan, beliau percaya Patrick dapat menguasai
kaedah ini dan mungkin dapat membuat pengiraan tanpa bantuan kaedah ini pada
masa hadapan.
6.2: PENGGUNAAN GARIS NOMBOR DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN
TAHUN 2 MEMAHAMI PENOLAKAN DALAM LINGKUNGAN 10

ABSTRAK
Kajian tentang penggunaan garis nombor dalam membantu murid pemulihan
tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10 telah dijalankan oleh Ra Fiona
Anak Raban. Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan garis
nombor dalam menyelesaikan masalah operasi penolakan dalam lingkungan sepuluh
bagi murid pemulihan Tahun 2. Tinjauan awal mendapati murid sukar untuk memahami
konsep operasi penolakan. Seorang murid pemulihan Tahun 2 terlibat sebagai
responden dalam kajian ini. Fokus kajian ini ialah untuk membantu murid Pemulihan
dapat menguasai kemahiran asas matematik untuk diaplikasikan dalam kehidupan
harian mereka. Kaedah perbualan, senarai semak, pemerhatian dan buku lembaran
kerja digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini telah dijalankan selama 1
bulan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan fahaman murid
terhadap operasi penolakan dalam lingkungan 10 semasa dan selepas kajian ini
dijalankan. Penggunaan garis nombor ini dapat membantu murid menguasai operasi
tolak dengan lebih mudah dan senang. Selain daripada itu juga, kaedah ini dapat
memberi kesedaran kepada guru dan pihak sekolah dalam pemilihan kaedah dan
strategi pengajaran mengikut kesesuaian terutamanya bagi murid pemulihan bagi
meningkatkan kefahaman mereka.
TUJUAN KAJIAN
Hasil daripada masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan kajian tindakan ini
bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran Ra Fiona
sebagai seorang guru Pemulihan Matematik Tahun 2 Kelas Maju melalui pengenalan
penggunaan garis nombor dalam pengajaran fakta asas penolakan dalam lingkungan
10; dan membantu seorang murid pemulihan Tahun 2 Kelas Maju dalam kemahiran
menjawab soalan bertulis untuk fakta asas penolakan dalam pengajaran penolakan
dalam lingkungan 18 melalui penggunaan garis nombor .

TINDAKAN
Menurut Davvis and Simmt (2003), garis nombor merupakan satu bahan konkrit
yang dapat menunjukkan operasi Matematik yang dapat meningkatkan pemahaman
pelajar kita. Selain daripada itu juga, Wiegel (1998 ), menyatakan juga bahawa garis
nombor berstuktur dapat membantu kefahaman murid dalam konsep asas matematik
seperti urutan nombor yang terdapat dalam garis nombor.
Oleh yang demikian, Ra Fiona telah mencuba untuk menggunakan garis nombor
dalam perlaksanaan sesi pengajaran beliau. Ra Fiona dapati Edwin mempunyai
masalah untuk memahami konsep matematik dengan betul. Edwin keliru dengan
konsep penambahan yang telah diajar. Oleh yang demikian, beliau telah merancang
beberapa tindakan awal berdasarkan data awal yang telah beliau diperolehi. Selain
daripada itu, beliau telah menggunakan kaedah lain untuk Edwin mengira dengan betul
sebelum menggunakan garis nombor ini. Kajian ini dijalankan berdasarkan model Kurt

Lewin (1952) dan dijalankan dalam suatu kitaran. Berikut merupakan perancangan
yang Ra Fiona buat :
Tarikh
Perlaksanaan Tindakan
12 Mac
Pengajaran dan Pembelajaran Operasi Tolak Kali Pertama
26 Mac
Latihan 1
4 April
Latihan 2
9 April
Latihan 3
12 April
Latihan 4
25 April
Memberikan penilaian
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan garis nombor telah berjaya meningkatkan
pemahaman murid Kelas Pemulihan Tahun 2 dalam pemahaman operasi tolak dalam
lingkungan 10 dengan lebih baik dan berkesan. Pendekatan ini juga telah menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan selaras dengan salah
satu prinsip dalam pembelajaran koperatif secara umumnya. Kajian ini menyarankan
agar penggunaan bahan bantu yang kreatif dapat membantu murid pemulihan lebih
senang dan faham mengenai sesuatu konsep di samping membuatkan pengajaran itu
lebih menarik dan berkesan

http://sanjuelz.blogspot.com/2013/09/masalah-murid-pemulihan-dalam-mata.html

SOALAN : KAJIAN KES TERHADAP KANAK-KANAK YANG LEMAHMATEMATIK1.0


Pengenalan
1.1. Kognitif merujuk kepada intelek atau individu .Perkembangan Kognitif merujuk
kepadacara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain ia
adalah suatu prosesmemperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan
kanak-kanak. Perkembangankemahiran adalah berasaskan kepada perubahan
struktur mental kanak-kanak.Ia melibatkanbahasa , imaginasi, mental,
fikiran,penaakulan,penyelesaian masalah dan memori. Kebolehankanak-kanak
mengkoordinasi berbagai-bagai cara memikir bagi menyelesaikan sesuatu
masalahadalah salah satu cara yang boleh kita gunakan bagi mengukur
perkembangan intelek mereka.Menurut Jean Piaget (1930), Perkembangan Kognitif
berlaku melalui Skema

iaitu bentuk asaspengetahuan manusia. Kanak-kanak mula membentuk skema dari


saat kelahiran.1.2. Komponen Perkembangan Kognitif menjadi fokus utama
Pendidikan Awal Kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua
aktiviti pembelajaran.Komponen ini memberipenekanan kepada pemupukan sikap
positif terhadap sains dan matematik. Penguasaan asaskemahiran kognitif ini
penting bagi memahami sesuatu konsep dalam semua komponenKurikulum
Prasekolah Kebangsaan (2003) terutama dalam bahasa , agama dan moral
sertakreativiti dan estetika. Kemahiran kognitif terdiri daripada kemahiran
pengelasan , konsep ruangkonsep nombor, proses sains dan penyelesaian
masalah.1.3 Komponen perkembangan kognitif membolehkan kanak-kanak 1.3.1
Meningkatkan kemahiran berfikir1.3.2 Berfikir secara logical matematik melalui
manipulasi objek secara konkrit1.3.3 Memperkembangkan kemahiran
menyelesaikan masalah dalam kehidupanseharian1.3.4 Memberi peluang
memegang , meneroka, mengubahsuai bahan yang berkaitandengan idea
matematik

1.3.5 Mengambil bahagian dalam aktiviti, bermula daripada aktiviti fizikal kepada
ideadi dunia yang abstrak 1.3.6 Menyedari konsep ruang , masa dan menggunakan
symbol1.3.7 Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas,
membanding,turutan,menyukat , graf , membilang dan operasi nombor.
2.0 Kefahaman Konsep Matematik2.1
Kebolehan Matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani
kehidupanseharian. Kanak-kanak sudah faham konsep Matematik dari awal lagi.
Semasa bayi konsepmatematik yang sudah ada pada mereka adalah mereka boleh
membezakan antara ibu dan bapamereka . Asas perkembangan matematik kanakkanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit
atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna , saiz, dan
bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang adadi
sekeliling mereka. Ia berlaku secara spontan dan semulajadi kerana kanak-kanak
secarasemulajadinya mempunyai kebolehan ingin tahu yang tinggi.2.2 Jean Piaget
berpendapat setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan
baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik minat mereka. Matematik
adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang
memerlukanpengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan
pemikiran kanak-kanak.Kanak-kanak peringkat ini perlu diberi pengalaman dengan
benda maujud apabila mempelajarikonsep nombor.2.3 Urutan perkembangan
pembelajaran matematik adalah melalui tiga tahap iaitu :2.3.1 Tahap Konkrit iaitu
penggunaan bahan maujud dan objek 2.3.2 Tahap Gambar iaitu penggunaan
gambar dan diagram2.3.3
Tahap Simbol iaitu penggunaan symbol 1,2,3,

3.0 Objektif Pendidikan Matematik


Objektif pendidikan Matematik adalah :3.1 Kanak-kanak dapat mengambil
bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripadaaktiviti menggunakan

bahan konkrit kepada abstrak 3.2 Memberi peluang kepada kanak-kanak


memegang ,meneroka bahan, dan mengubahsuaibahan yang berkaitan dengan
idea matematik 3.3 Kanak-kanak dapat memahami konsep ruang, masa,dan
menggunakan symbol3.4 Memmberi peluang kepada kanak-kanak mengembangkan
kemahiran mengelas,membanding,turutan, menyukat,graf , membilang dan operasi
nombor.Kurikulam pengajaran matematik kanak-kanak memberi penekanan keatas
prosesmemahami konsep matematik, penaakulan dan penyelesaian masalah
semasa prosespembelajaran dengan menggunakan pelbagai rangsangan, media,
kaedah dan aktiviti
4.0 Prinsip Pembelajaran Matematik

4.1 Matematik adalah contoh pemikiran logik atau pengetahuan. Pengetahuan


matematik berbeza daripada pengetahuan sosial dan fizikal .- Sumber Pengetahuan
Sosial adalah manusia, budaya dan cara mereka melakukan kerja- Sumber
Pengetahuan Fizikal adalah pengetahuan semulajadi bahan atau objek
tersebut( Piaget 1952 )4.2 Pengetahuan Matematik tidak ujud dalam objek atau
realiti luaran, tetapi ia adalahperkaitan ( Kamii 1982 ). Contoh nya , jika seorang
kanak-kanak ada 5 batang pensel- Sosial - orang akan mengenalinya sebagai
pensel- Fizikal - ianya berasal daripada kayu- Matematik - bilangan pensel itu
sebenarnya lebih daripada 4 batang

5.0 Sampel Kajian


Saya mengambil anak kajian saya bernama Ahmad Shah bin Ibrahim sebagai
responden.Dilahirkan pada 4 November 2004. Responden merupakan anak sulung
daripada isteri keduabapanya. Bapanya berketurunan Melayu manakala ibunya
berketurunan peribumi atau orang asli.Ibunya merupakan seorang mualaf daripada
keturunan asli. Responden tinggal di sebuah pondok yang dibina di tepi ladang
walaupun sebelum ini ayahnya merupakan seorang peneroka danmemiliki rumah
yang besar dan lengkap bersama isteri pertama. Dia tinggal di kawasan terpencildi
rumah kecil yang di bina sendiri didalam kebun ditepi ladang dan kurang bergaul
denganmasyarakat setempat.Dari segi latar belakang keluarga, responden kurang
mendapat kasih sayang kerana keduaibu bapa tidak menitikberatkan pendidikan
pada anak-anak. Responden juga suka ponteng danseringkali dibawa ke kampung
orang asli untuk bercucuk tanam, menangkap ikan danmemungut hasil hutan.
Mempunyai perangai agak pelik kerana jika ditegur apabila melakukankesalahan
beliau akan terus bergulung seperti tenggiling. Beliau bersifat pemalu dan
kurangkeyakinan diri.Responden merupakan seorang yang lemah dalam
perkembangan kognitif iaitu lemahmatematik. Responden masih tidak mengenal
nombor dan nilai, serta masih tidak lancar dalammembilang 1-10. Namun beliau
agak mahir mengenal dan mengecam keindahan alam.Responden mudah mengenal
tumbuh-tumbuhan dan jenis-jenis haiwan kerana kerap didedahkandengan suasana
semulajadi di hutan.
saya membuat pemerhatian keatas responden iaitu adik Ahmad Shah bin
Ibrahimberkaitan perkembangan kognitif iaitu lemah dalam matematik, dimana
masih tidak mengenalnombor dan nilai juga tidak dapat membilang dengan lancar
walaupun sudah berumur 6 tahun.Saya berazam untuk cuba menolong responden
mengatasi masalah yang di hadapinya.Aktiviti pertama yang saya buat untuk
menolong beliau ialah menyambung titik-titk .Saya juga memperbanyakkan latihan
menyambung titik-titik membentuk nombor dan nilai agarbeliau lebih mahir
menggunakan otot-otot halusnya. Alhamdulillah berkat latih tubi yang
seringdijalankan keatasnya,beliau semakin boleh mengenal nombor dan nilai 1-5
dan agak mahirmembentuk nombor tersebut melalui aktiviti menyambung titiktitik.Pemerhatian ke 2 ialah semasa saya memintanya tampil kehadapan untuk
menulisnombor di papan putih. Responden kurang yakin dan teragak-agak untuk
menulis nya keranabelum mahir menulis nombor tanpa garisan titik-titik. Untuk
menolong beliau mengatasi masalahini saya memberikannya aktiviti menulis diatas

beras. Ini adalah salah satu latihan untuk mengawal pergerakkan otot-otot jari.
Setelah di beri peluang beberapa kali dengan bantuankawan-kawan beliau sudah
menampakkan banyak kemajuan. Walaupun hasilnya tidak kemastetapi saya dapati
responden sudah mula boleh menulis nombor 1 hingga 5,tetapi kadang-kadangdia
tertukar antara nombor 2 dengan nombor 5, untuk mengatasi masalah ini saya
menjalankanlatih tubi dan responden menunjukkan keyakinan dalam membezakan
nombor tersebut. Aktivitimenulis dan membentuk nombor diatas beras ini juga
adalah gabung jalin antara perkembangankognitif dan bahasa.
emerhatian saya yang ke3 ialah pada 14.9.2010 iaitu semasa adik Ahamd
Shahmembuat aktiviti kognitif didalam kumpulan. Beliau diminta menyusun nombor
1-10 mengikutturutan. Setelah siap menyusun nombor saya memintanya
memadankan nombor dan nilai. Sayalihat beliau sudah menampakkan
perkembangan yang memberangsangkan kerana sudahmengenal nombor dan nilai
tetapi agak perlahan.
pemerhatian saya yang ke3 ialah pada 14.9.2010 iaitu semasa adik Ahamd
Shahmembuat aktiviti kognitif didalam kumpulan. Beliau diminta menyusun nombor
1-10 mengikutturutan. Setelah siap menyusun nombor saya memintanya
memadankan nombor dan nilai. Sayalihat beliau sudah menampakkan
perkembangan yang memberangsangkan kerana sudahmengenal nombor dan nilai
tetapi agak perlahan
Aktiviti yang seterusnya saya menjalanakan kajian terhadap beliau semasa
aktivitipendidikan fizikal iaitu melalui permainan membaling tin bernombor dan
kemudian respondendiminta meneka nombor yang jatuh. Untuk aktiviti ini saya
dapat melihat responden masih kelirumembezakan nombor 6 dan 9. Bagi mengatasi
masalah ini saya telah menjalankan latih tubidengan meminta beliau menyusun tin
tersebut dengan kedudukan yang betul dengan bimbingan.Setelah beberapa kali
aktiviti dijalankan responden telah mulai boleh mengenal nombor 6 dannombor 9.
Aktiviti permainan membaling tin nombor diteruskan dan responden dapat
menekanombor yang jatuh dengan tepat.Saya juga berusaha untuk membantunya
dengan memperbanyakkan latihan bermaindengan nombor, c
ontohnya Permainan Dam Ular.
Melalui aktiviti ini responden telah bolehmengenal semua nombor 1-10 dan beroleh
kemahiran menyusun nombor mengikut turutandengan baik dan betul .Saya merasa
bangga kerana dapat menolong mengatasi masalah AhmadShah kerana melalui
berbagai aktiviti yang dijalankan responden sudah banyak menampakkankemajuan
dan menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar terutama permainan
yangmelibatkan nombor. Ini dapat dilihat dari pemerhatian saya keatas adik Ahmad
Shah semasaaktiviti bebas, beliau begitu suka bermain dengan alat bahan yang
bernombor bersama kawan-kawannya.
Rumusan Keseluruhan
Dari semua aktiviti yang dijalankan dapatlah dirumuskan bahawa adik Ahmad
Shahdapat mengecam dan mengenal nombor yang dipelajarinya, tetapi
memerlukan banyak bimbingan dari guru dan memerlukan latih tubi yang

berterusan. Beliau juga memerlukanbanyak perhatian dan galakan supaya


mempunyai lebih keyakinan diri dalam mengatasi masalahlemah dalam pelajaran
yang dihadapinya.Penglibatan ibu bapa dan keluarga juga amat diperlukan untuk
bersama membantu agarada kesinambungan pembelajaran dari sekolah ke rumah.
Dengan penglibatan semua pihak iaituguru, rakan-rakan sekelas dan juga ibu bapa
akan memberi kesan positif kepada kanak-kanak ini,agar beliau merasa dihargai
dan diberi perhatian. Ini dapat membantu perkembangan beliau darisegi emosi,
kognitif, bahasa dan perkembangan yang lain berlaku seiring untuk membentuk
potensi yang ada pada dirinya.

https://www.scribd.com/doc/89909485/Kajian-Kes-Masalah-Matematik