Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam mengolah
isi karangan jenis fakta dengan menggunakan teknik ICH bagi murid tahun empat.
Kajian ini melibatkan seramai lima orang peserta kajian, murid Tahun Empat Bijak,
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulaijaya, Johor. Peserta kajian terdiri
daripada dua murid lelaki dan tiga murid perempuan. Data-data telah dikutip dan
dikumpulkan menggunakan pelbagai instrumen kajian yang terdiri daripada analisis
dokumen, temu bual dan ujian. Masalah yang dikenal pasti ialah peserta kajian
tidak dapat mengolah isi karangan dengan bersepadu, tersusun dan tepat daripada
segi perenggan, susunan perenggan dan seterusnya keseluruhan karangan. Teknik
ICH telah dicipta sebagai alat penyelesaian masalah tersebut. Kajian ini telah
dijalankan selama empat minggu. Ternyata, hasil dapatan dari kajian ini
menunjukkan bahawa intervensi yang dijalankan telah berjaya meningkatkan
kemahiran menulis dalam mengolah isi karangan jenis fakta dengan menggunakan
teknik ICH sekaligus membantu peserta kajian untuk menghasilkan sebuah
karangan yang baik, tersusun dan berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai