Anda di halaman 1dari 3

Soalan 1

Beri pendapat anda tentang kebaikan budaya membaca.


Memang tidak dapat dinafikan, budaya membaca
merupakan suatu amalan mulia yang perlu dipraktikkan oleh semua
orang. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang boleh dibaca seperti
buku, majalah, surat khabar dan sebagainya. Budaya membaca
banyak kebaikannya. Justeru budaya membaca perlu dipupuk sejak
kecil supaya menjadi amalan apabila dewasa kelak , bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Persoalannya ,
apakah kebaikan-kebaikan budaya membaca ini?
Sebenarnya, amalan membaca dapat menambahkan ilmu
pengetahuan, sesuai dengan cogan kata Membaca Jambatan Ilmu.
Pelbagai bidang
ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui
membaca seperti bidang keagamaan, kesusasteraan, kebudayaan,
sosial, hiburan, pelajaran dan sebagainya. Dengan ini, akan lahir
generasi berilmu pengetahuan tinggi dan dapat menabur bakti
kepada kemajuan negara pada masa depan seperti cogan kata
Rakyat Berilmu, Negara Maju.
Selain itu, perbendaharaan kata seseorang juga dapat
ditambah melalu pembacaan. Hal ini demikian kerana , banyak kosa
kata yang baharu dapat diketahui dengan membaca pelbagai bahan
bacaan. Kosa kata baharu seperti lestari, hakikat, sahsiah,
marcapada, patriotik, duniawi dan sebagainya sangat menarik untuk
diketahui. Kita juga boleh merujuk kamus untuk mendapatkan
maksud perkataan-perkataan tersebut dan menggunakannya
semasa menulis karangan. Karangan yang dihasilkan akan lebih
bermutu kerana penggunaan kosa kata yang luas membantu
seseorang menghuraikan isi karangan dengan lebih matang dan
baik.
Seterusnya, membaca pelbagai bahan bacaan terutama
buku-buku teks dan buku-buku rujukan merupakan suatu
persediaan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
Seseorang pelajar umpamanya akan sentiasa membaca buku dan
bukan hanya saat-saat akhir menjelang peperiksaan sahaja.
Sekiranya budaya membaca menjadi amalan hidup seseorang
pelajar, mereka akan sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan
yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan. Oleh itu, tidak
dapat dinafikan kecemerlangan dalam peperiksaan akan dapat
dikecapi.

Pada masa kini, terdapat segelintir golongan remaja yang


mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang sia-sia kurang
berfaedah seperti bermain permainan komputer dan melayari
internet dalam tempoh yang lama. Justeru, sekiranya membaca
menjadi amalan hidup, golongan remaja ini dapat mengisi masa
lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu emas. Masa yang
berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu, remaja yang gemar
membaca merupakan remaja yang bijak mengisi masa dengan
aktiviti yang berfaedah.
Kesimpulannya, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Justeru
semua pihak terutama generasi muda mestilah mengamalkan
budaya membaca ini demi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan dan berkualiti. Generasi muda merupakan pewaris
kepimpinan negara pada masa depan. Justeru, budaya membaca
dapat melahirkan bakal pemimpin yang berilmu dan berwibawa
yang mampu memimpin negara ke mercu kemajuan dan
kegemilangan.