Anda di halaman 1dari 1

8/20/2015

myMetro | Rahsia guru edar dadah terbongkar

Harian Metro
Menu

Setempat

Rahsia guru edar dadah terbongkar


TEMERLOH: Kegiatan licik seorang guru berusia 32 tahun berstatus duda menjadi pengedar
dadah kecil-kecilan di Tualang Hilir, Kerdau, di sini, terbongkar apabila dia ditahan dalam Ops
Tapis yang dijalankan pihak berkuasa pada jam 5 petang, kelmarin.
Difahamkan, ketika serbuan, guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah itu nekad merempuh
sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
yang mengepungnya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit gagal memboloskan diri terjatuh dari motosikal ditunggangi sebelum
bertindak agresif dan bergelut dengan sepasukan anggota polis dalam usaha memboloskan diri.
Pada masa sama, polis merampas beg pinggang dipakai guru terbabit dan mendapati ia mengandungi
satu tiub straw berisi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 0.20 gram.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor, berkata selain itu, polis turut menemui lapan
keratan kertas aluminium yang mengandungi beberapa ketulan pil jenis E5.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM463 dipercayai hasil kegiatan penjualan dadah dan alat
timbang digital yang digunakan untuk menyukat syabu mengikut tempahan pelanggan.
Katanya, siasatan mendapati, guru terbabit sudah 13 tahun mengajar dipercayai terbabit dalam kegiatan
haram berkenaan empat tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/09

DISYORKAN

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rahsiaguruedardadahterbongkar/Article/index_html

1/3

Anda mungkin juga menyukai