Anda di halaman 1dari 26

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

NO. KUMPULAN: UPSI 22(A131PJJ)


NAMA PENSYARAH: DR.ABD RAHIM BIN MOHD SHARIFF

KERJA KURSUS
CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM

3.LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI

NAMA PELAJAR:NORZEHAN BINTI ISMAIL


NO. ID:D20112055613

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

3.0 PENGENALAN

2 -5

3.1 SURAT UCAPAN TERIMA KASIH

6-9

3.2 LAPORAN JAWATANKUASA KERJA

10 - 12

3.3 LAPORAN KEWANGAN

13 - 14

3.4 KESIMPULAN

15

3.4.1 KEKURANGAN

15

3.4.2 KELEBIHAN

16

3.4.3 CADANGAN PENAMBAIKAN UNTUK


PROGRAM AKAN DATANG
3.4.4 PENUTUP

17
17 - 18

3.5 LAMPIRAN BORANG PENILAIAN KURSUS/ PROGRAM

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK


14120 SIMPANG AMPAT
SEBERANG PERAI SELATAN

LAPORAN AKHIR DAN REFLEKSI AKTIVITI


PERKHEMAHAN TAHUNAN
BERSEPADU UNIT BERUNIFORM
SK SERI TASEK 2013

TARIKH :
25-26 OKTOBER 2013

TEMPAT :
DEWAN & PADANG SK SERI TASEK

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
3.0 PENGENALAN
Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di
sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara
hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya
sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan
juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara
langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, di samping
memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti
mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara
sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para
peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing.
Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme
akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan
diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dalam konteks perkhemahan ini, aktivitiaktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan
potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti di samping
memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta
bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan
perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan,
mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu
menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman
perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan
organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdaya
saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK


14120 SIMPANG AMPAT
SEBERANG PERAI SELATAN
PROGRAM/AKTIVITI : Perkhemahan Tahunan Bersepadu Unit Beruniform 2013 Sekolah
Kebangsaan Seri Tasek.
TARIKH PERLAKSANAAN

:25 Oktober- 26 Oktober 2013.

TEMPAT

: Padang Sekolah Kebangsaan Seri Tasek,


Simpang Ampat,Seberang Perai Selatan.

MASA
OBJEKTIF

: 8.00 pagi ( 25 Okt 2013) 4.00 petang ( 26 Okt 2013)


:

Memberikan pendedahan kepada semua unit beruniform tentang kawad,memasang

khemah, ujian tali, gajet dan memasak.


Memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat tentang kemahiran-kemahiran penting

dalam unit beruniform.


Mendekatkan diri murid dengan aktiviti separa lasak dalam kembara.
Memberi taklimat kepada murid tentang fungsi dan tugas pasukan unit beruniform

sekolah.
Untuk menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta.

KUMPULAN SASARAN : Unit Uniform Sekolah Kebangsaan Seri Tasek.


1) Pengakap Sk . Seri Tasek, Seberang Perai Selatan.
2) TKRS Sk Seri Tasek, Seberang Perai Selatan.
3) Puteri Islam Sk Seri Tasek ,Seberang Perai Selatan.
4) PBSM Sk Seri Tasek,Seberang Perai Selatan.
LAPORAN HARI PERTAMA : 25 OKTOBER 2013
3

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
Pada jam 3.00 petang seramai 130 orang murid telah mendaftar untuk menjalani program
ini, Setelah selesai urusan pendaftaran, peserta dibekalkan dengan khemah dan peralatanperalatan yang lain. Pada jam 3.30 petang aktiviti mendirikan khemah telah dimulakan.
Sejam kemudian semua khemah telah siap didirikan oleh para peserta.
Semua peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar pada jam 4.30
petang. Pada jam 5.00 petang, aktiviti pertama bermula iaitu Pentadbiran Peserta. Di dalam
aktiviti ini peserta diberi masa 1 jam untuk memastikan persekitaran khemah bersih dan
selamat. Kelihatan peserta teruja sewaktu sesi ini dijalankan dan ini memberi pengetahuan
dan pengalaman baru kepada mereka. Peserta kemudiannya berhenti rehat untuk persiapan
diri dan makan malam bermula pada jam 6.30 petang. Mereka berkumpul di surau sekolah
untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Aktiviti ini dikendalikan oleh ustaz yang bertugas
pada hari tersebut.
Pada jam 9.00 malam peserta diberi sesi taklimat yang disampaikan oleh Kem
Komandan . Para peserta telah dimaklumkan tentang peraturan yang mesti dipatuhi
sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
Aktiviti diteruskan dengan perasmian oleh pembukaan perkhemahan Unit Beruniform
oleh Tuan Guru Besar.Tn.Hj. Abdul Nasir.Selepas selesai perasmian aktiviti seterusnya ialah
Pecah Minda iaitu Sayang diri dan permainan minda. Peserta begitu bersemangat dan aktif
melakukan aktiviti tersebut.Ada tindak balas dari peserta dan mereka yakin dengan aktiviti
tersebut.
LAPORAN HARI KEDUA : 26 OKTOBER 2013.
Aktiviti bermula pada jam 5.00 pagi di mana peserta bangun untuk persiapan diri dan
solat serta kuliah Subuh. Solat dan kuliah Subuh dipimpin oleh Ust. Mohd Anuar. Seterusnya
peserta berkumpul di padang sekolah untuk senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu
Marwani dan Cikgu Shariza. Peserta berkumpul untuk sarapan pagi pada jam 7.30 pagi
sebelum memulakan aktiviti Penyelesaian Masalah pada jam 8.00 pagi.
Aktiviti diteruskan dengan Ikatan dan Simpulan yang dijalankan di kantin sekolah
pada pukul 11.00 pagi..Di dalam aktiviti tersebut peserta diajar cara-cara membuat ikatan.dan
dikendalikan oleh Cikgu Adrian Sani dan dibantu oleh guru-guru pengakap. Peserta
kemudiannya berhenti rehat dan makan tengahari.

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
Selepas aktiviti makan tengahari dan solat zohor ,peserta berkumpul di dewan
SKST untuk aktiviti persembahan kumpulan. Persembahan Kebudayaan Malaysia oleh
peserta bermula pada jam 2.00 petang. Kelihatan peserta terhibur dengan persembahan dari
berbagai kumpulan. Acara berakhir pada jam 3.30 petang dan berehat untuk minum petang.
Aktiviti diteruskan dengan bantu mula dan melipat khemah mengikut masa yang
telah ditetapkan. Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah menyusul sebagai
acara kemuncak dan bersurai pada pukul 5.00 petang.

3.1

Surat ucapan terima kasih

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK,


5

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
14120 SIMPANG AMPAT
SEBERANG PERAI SELATAN.
Tel: 04-5887278
Fax :04-5873561
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj Kami : UKK/SKST 800-7/2(10)
Tarikh
: 29 Oktober 2013
Kepada:
Pejabat Pertahanan Awam Unit SPS,
J385 Jalan Besar, Sungai Bakap,
14200 Sungai Bakap, SPS.
Tuan,
Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan
Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa kami, ahli jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Unit
Beruniform 2013 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang telah
memberi kerjasama kepada kami untuk menjayakan program tersebut yang telah berlangsung
pada 25 hingga 26 Oktober 2013 yang lalu.
3.
Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan telah memudahkan usaha kami untuk
memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.
4.
Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami di dalam usaha
kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.
Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
t.t
(En. ABDUL NASIR B. JAMALUDIN)
Guru Besar SK Seri Tasek.

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK,
14120 SIMPANG AMPAT
SEBERANG PERAI SELATAN.
Tel: 04-5887278
Fax :04-5873561
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj Kami : UKK/SKST 800-7/2(11)
Tarikh
: 29 Oktober 2013
Kepada:
Pegawai Pelajaran Daerah Selatan,
Pejabat Pelajaran Daerah
14200 Sungai Jawi, SPS
(u.p : Pegawai Kokurikulum )
Tuan,
Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan
Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa kami, ahli jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Unit
Beruniform 2013 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang telah
memberi kerjasama kepada kami untuk menjayakan program tersebut yang telah berlangsung
pada 25 hingga 26 Oktober 2013 yang lalu.
3.
Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan telah memudahkan usaha kami untuk
memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.
4.
Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami di dalam usaha
kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.
Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah
,t.t
(En. ABDUL NASIR B. JAMALUDIN)
Guru Besar SK Seri Tasek
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK,
7

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
14120 SIMPANG AMPAT,
SEBERANG PERAI SELATAN.
Tel: 045887278
Fax :04-5873561
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj Kami : UKK/SKST 800-7/2(12)
Tarikh
: 29 Oktober 2013
Kepada:
Pegawai Perubatan,
Hospital Sungai bakap,
14200 Sungai Bakap,
Seberang Perai Selatan
Tuan,
Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan
Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa kami, ahli jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Unit
Beruniform 2013 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang telah
memberi kerjasama kepada kami untuk menjayakan program tersebut yang telah berlangsung
pada 25 hingga 26 Oktober 2013 yang lalu.
3.
Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan telah memudahkan usaha kami untuk
memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.
4.
Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami di dalam usaha
kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.
Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
t.t
(En. ABDUL NASIR B. JAMALUDIN)
Guru Besar SK Seri Tasek
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK,
8

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
14120 SIMPANG AMPAT,
SEBERANG PERAI SELATAN.
Tel: 04-5887278
Fax :04-5873561
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj Kami : UKK/SKST 800-7/2(13)
Tarikh
: 29 Oktober 2013
Kepada:
Ketua Polis Balai,
Balai Polis Simpang Ampat,
14100 Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan
(U.p : Pondok Polis Tasek)
Tuan,
Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan
Merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa kami, ahli jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Unit
Beruniform 2013 ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tuan/puan yang telah
memberi kerjasama kepada kami untuk menjayakan program tersebut yang telah berlangsung
pada 25 hingga 26 Oktober 2013 yang lalu.
3.
Kerjasama yang pihak tuan/puan berikan telah memudahkan usaha kami untuk
memastikan aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.
4.
Kami juga berharap pihak tuan tidak keberatan untuk membantu kami di dalam usaha
kami untuk mengadakan program-program seperti ini lagi.
Di atas bantuan dan kesudian pihak tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
t.t
(En. ABDUL NASIR B. JAMALUDIN)
Guru Besar SK Seri Tasek
3.2 Laporan Jawatankuasa Kerja

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
Jawatankuasa
Setiausaha dan Naib

Laporan
Semua urusan surat menyurat telah diselesaikan.Laporan akan

Setiausaha

diselesaikan dalam masa yang terdekat selepas mesyuarat post-

Urusetia/ Pendaftaran

mortem
Seramai 130 orang murid mengambil bahagian.
Pengakap

- 15 perempuan, 20 lelaki = 35 orang

PBSM

- 15 perempuan, 15 lelaki= 30 orang

TKRS

- 20 perempuan, 15 lelaki= 35 orang

PPIM

- 30 perempuan

= 30 orang

Bendahari

JUMLAH = 130 ORANG


Perbelanjaan telah dibuat seperti mana yang dinyatakan dalam

Kem Komandan

laporan kewangan.
Pengerusi melaporkan bahawa aktiviti perkhemahan telah
berlangsung dengan jayanya.Ianya berjalan seperti dirancang
dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Peserta

perkhemahan menunjukkan respons dan minat yang tinggi


sepanjang

perkhemahan

berlangsung.

Mereka

telah

menunjukkan semangat kerjasama yang baik dan mampu


berdikari. Sikap ini diharap dapat diamalkan semasa berada di
AJK Makanan

rumah.
Pengerusi jawatankuasa makanan melaporkan bahawa semua
ahli jawatankuasa yang dilantik telah memainkan peranan yang
sewajarnya. Makanan murid telah ditempah di kantin sekolah
untuk menjamin tahap kebersihannya.

Penyediaan adalah

berdasarkan kepada 160 kuantiti pada setiap kali hidangan.


Ianya termasuk keperluan 130 orang peserta perkhemahan dan
selebihnya adalah untuk guru dan individu yang turut hadir
membantu pada sesuatu masa.

Peruntukan makanan adalah

mencukupi. Jadual penggiliran masakan adalah dipatuhi oleh


semua jawatankuasa yang dilantik. Para peserta dan guru-guru
berpuas hati dengan menu yang disediakan. Pada malam
kemuncak juga diadakan jamuan BBQ untuk para guru dan
AJK Teknikal/Siaraya

peserta.
Keseluruhannya

keperluan

siaraya

adalah

mencukupi

berdasarkan penggunaannya pada lokasi tertentu sahaja. Tidak


10

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
ada gangguan bekalan elektrik. Lampu perlu ditambah terutama
di bahagian belakang Blok A menuju ke kantin kerana kawasan
AJK Persiapan Tempat/

itu agak gelap.


Semua jawatankuasa telah bekerjasama membuat persiapan dan

Peralatan

dan peralatan yang diperlukan. Pengerusi melaporkan jumlah


sebanyak 20 unit khemah telah dipasang di lokasi yang
ditetapkan pada hari perkhemahan.

Pihak sekolah telah

meminjam 10 unit khemah daripada Unit Kokurikulum Pejabat


Daerah Selatan bagi mencukupkan jumlah bilangan khemah
yang diperlukan. Semua khemah telah dibersihkan dan telah
AJK Penyelaras Aktiviti

dipulangkan.
Pengerusi menjelaskan aktiviti yang dirancang telah berjalan
dengan lancar. Aktiviti yang dijalankan meliputi pelbagai aspek
yang menjurus kepada pembentukan jati diri murid. Keperluan

AJK Bantu Mula/

peralatan semasa beraktiviti adalah mencukupi.


Pada keseluruhannya jawatankuasa kecemasan telah membuat

Pertolongan Cemas

persediaan

yang

sewajarnya

bagi

menghadapi

pelbagai

kemungkinan. Bilik rawatan sekolah dibuka dan beroperasi 24


jam. Keperluan perubatan untuk kemalangan kecil telah
disediakan. Tidak ada sebarang kemalangan dan kecederaan
yang berlaku. Pemantauan tahap keselamatan dan kecemasan
dilakukan setiap masa oleh jawatankuasa dan guru-guru.
AJK Dokumentasi

Murid-murid turut bekerjasama menjaga keselamatan diri.


Ketua jawatankuasa dokumentasi melaporkan banyak gambar
telah diambil semasa perkhemahan dan akan dimuatkan ke
dalam laman Facebook sekolah dan murid-murid boleh memuat
turun gambar mereka daripada laman tersebut.

Pihak

jawatankuasa juga akan menyediakan dokumentasi bertulis


untuk simpanan sekolah.
AJK Ibadah

Ketua jawatankuasa Ibadah memaklumkan bahawa sepanjang


perkhemahan tersebut, semua peserta terlibat dalam aktiviti
solat berjemaah dan tazkirah yang dijalankan. Sedikit sebanyak
telah menampakkan perubahan sikap individu murid kepada
sikap hormat-menghormati kepada guru mahupun rakan-rakan.
11

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
AJK Hadiah/ Sijil/ Buku

Ketua jawatankuasa hadiah dan sijil memaklumkan semua

Program

hadiah bagi pertandingan telah disampaikan semasa majlis


penutup dan diagihkan kepada murid-murid dalam kumpulan
yang menang. Setiap peserta perkhemahan ini akan disediakan
sijil penyertaan (130 keping). Sijil ini telah diserahkan pada
hari Isnin semasa perhimpunan selepas seminggu berakhirnya
perkhemahan. Jawatankuasa juga melaporkan buku program
telah disediakan secukupnya dan telah diedarkan semasa majlis
perasmian pembukaan kepada tetamu jemputan dan para guru.

3.3 Laporan Kewangan


Pendapatan daripada setiap peserta = 140 X RM5 = RM700
Sumber Peruntukan Kokurikulum

= RM2400
12

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
Jumlah

=RM3100

Perbelanjaan
BI

PERKARA

PERUNTUKAN

JUMLAH

L
1.

Minum petang

RM2.00x130 orang murid

RM260.00

2.

Makan malam

RM2.00x15 orang guru


RM4.00x140 orang murid

RM30.00
RM520.00

Minum malam

RM4.00x15 orang guru


RM2.00x130 orang murid

RM60.00
RM260.00

Sarapan

RM2.00x15 orang guru


RM2.00x130 orang guru

RM30.00
RM260.00

Makan tengah hari

RM2.00x15 orang guru


RM4.00x130 orang murid

RM30.00
RM520.00

6.
7.

Air Mineral
Aktiviti pertandingan

RM4.00x15 orang guru


RM8x12
RM2.00x130 orang murid

RM60.00
RM96
RM260.00

8.

memasak
Aktiviti Berjalan

RM24.00

RM24.00

RM20.00

RM20.00

3.
4.
5.

Malam
9.

Tali dan belon


Aktiviti ikatan gajet/
pertolongan cemas

10

(tali)
Hadiah/ Sijil

Sijil (130xRM1.00)

RM130.00

Pertandingan

Tempat pertama

RM144.00

memasak &

RM4.00x18 orang=RM72x2

persembahan malam Tempat kedua


kebudayaan

RM108.00

RM3.00x18 orang
=RM54x2

RM72.00

Tempat ketiga
RM2.00x18 orang=RM36x2
Saguhati RM1.00x18 orang

RM18.00
RM36

=RM18
RM18 x 2 kumpulan
Khemah terbersih
RM1.00x18
13

RM18

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
Kumpulan berdisiplin

RM18

RM1.00x18
10.

Barang-barang runcit
JUMLAH PERBELANJAAN

RM108
RM3100.00

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

......................t.t........................

...................t.t.......................

(CHE TOM BINTI ABD HAMID)

(PN. ELYANA BT.ISMAIL)

Bendahari,

Penolong Kanan Kokurikulum,

Perkhemahan Unit Beruniform,

SK seri Tasek.

SK Seri Tasek.

Disahkan oleh,
.................t.t................................
(EN. ABDUL NASIR B.JAMALUDIN)
Guru Besar SK Seri Tasek.

3.4 Kesimpulan Laporan


3.4.1 Kelemahan/ Kekurangan :
a.

Khidmat Fogging ataupun semburan anti nyamuk perlu dibuat sebelum


perkhemahan diadakan.

Ini bertujuan untuk mencegah peserta daripada bahaya

gigitan nyamuk yang berkemungkinan boleh member kesan kepada para pelajar.
14

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
b.

Penggunaan tandas didapati agak sesak pada sesuatu tempoh, sewajarnya disediakan
bekas untuk menadah air supaya peserta tidak mengambil masa yang lama untuk
membersihkan diri. Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan dapat
diambil tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun
berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

c.

Masih lagi terdapat pelajar yang kurang mahit mengurus pakaian dan peralatan dengan
baik apabila mereka meninggalkannya di bilik air dan juga di tempat mandi.

d.

Sensitiviti guru terhadap pakaian seragam agak kurang kerana terdapat guru yang
tidak memakai uniform kokurikulum sewaktu beraktiviti.

e.

Keadaan cuaca yang kurang memuaskan di mana hujan sepanjang program ini
berjalan sedikit sebanyak telah menjejaskan aktiviti yang dirancang. Walaupun ianya
dapat dilaksanakan tetapi tidak begitu sempurna lantaran sukar membuat pergerakan
akibat cuaca yang hujan sepanjang hari.

f.

Kemudahan rawatan kecemasan iaitu walaupun ada urusetia di bahagian ini namun
terdapat juga kekurangan pegawai.Bagi kes kecemasan,pihak urusetia terpaksa
menghantar peserta ke hospital yang berhampiran. Diharapkan agar pada program
yang akan datang,pihak urusetia akan dapat meningkatkan bilangan pegawai yang
bertugas.

g.

Masa yang terlalu singkat dalam perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari adalah
singkat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.
Kesimpulannya pihak urusetia telah melakukan yang terbaik sepanjang aktiviti
ini berlangsung dan segala aktiviti dapat berjalan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

3.4.2 Kekuatan/Kelebihan :
Sepanjang program Perkhemahan ini dilaksanakan, didapati terdapat beberapa yang
boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor dalam program ini.Sifat kekitaan jelas
diperlihatkan,bak kata pepatah,Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Kejayaan

15

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
pelaksanaan program Perkhemahan Unit Beruniform kali ini amat bergantung kepada elemenelemen berikut:
a.

Peserta Pogram Kesemua peserta program adalah pelajar yang sememangnya

mempunyai karisma dan ketrampilan yang tersendiri.Oleh yang demikian,tidak ada masalah
disiplin yang berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka mengikut
peraturan yang telah ditetapkan.
b.

Kem Komandan/Pen.Kem.Komandan Pemilihan Kem Komandan dan Timbalan Kem

Komandan yang berpengalaman dan berkarisma serta bijak mampu membuatkan segala
program berjalan dengan baik.
c.

Urusetia yang berpengalaman Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa

sumbangan bakti daripada yang mahir dan berpengalaman . Urusetia telah dapat menjalankan
tugasan dengan cemerlang sepanjang kem ini berlangsung.
d.

Kemudahan prasarana yang lengkap Tempat program yang dijalankan sememangnya

lengkap dengan semua kemudahan asas terutamanya padang,tapak khemah yang luas,punca
bekalan air dan elektrik,surau dan kantin . Ini semua dapat membantu melancarkan perjalanan
program.
e.

Menjalinkan hubungan silatirahim Perkhemahan ini dapat menjalinkan hubungan dan

kerjasama yang erat antara guru dan murid,unit uniform pengakap dari 3 buah sekolah yang
berhampiran.
Keseluruhannya para pelajar telah mendapat banyak pendedahan semasa penglibatan
mereka dalam perkhemahan ini. Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti
kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi
pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar
lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan. Pelajar didedahkan dengan pelbagai
disiplin ilmu antaranya ilmu ikhtiar hidup, orientaring, pertolongan cemas, ikatan dan
simpulan di mana semua ini memberi banyak manfaat kepada mereka. Melalui pendedahan
ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap pengetahuan pelajar dan dapat membantu
ke arah pembentukan jati diri mereka. Selain daripada itu pelajar akan menjadi lebih
berdisiplin dengan mematuhi segala aktiviti yang dijalankan. Semangat kerjasama, bantu

16

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
membantu di kalangan murid berjaya dipupuk pada setiap individu murid. Rasa hormat
pelajar kepada guru dan sesama rakan akan dapat dipertingkatkan.
3.4.3 Cadangan Penambahbaikan.
Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki keberkesanan
program pada masa hadapan. Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan pada
masa perkhemahan unit beruniform pada masa akan datang. Di antaranya adalah seperti
pernyataan di bawah;
a.

Menjemput pasukan beruniform daripada sekolah berdekatan untuk turut sama


menyertai perkhemahan.

b.

Mengenalpasti kawasan yang lebih mencabar untuk dijadikan tempat perkhemahan.

c.

Membeli peralatan tambahan seperti khemah, alat siaraya bagi menggantikan alat
sedia ada yang sudah lama.

d.

Menjemput ibu bapa untuk datang pada malam kebudayaan agar ianya menjadi lebih
meriah lagi

3.4.4 Penutup :
Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya
program perkhemahan ini. Mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam
menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini
akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan murid SK Seri Tasek
yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.
Sesungguhnya program Perkhemahan Unit Beruniform 2013 ini merupakan suatu
langkah yang terbaik yang diambil oleh pihak sekolah dalam merealisasikan hasrat dan tujuan
pendidikan masa kini. Melalui platform pendidikan dengan sejumlah wang peruntukan
yang diberi dalam Kegiatan Kokurikulum dan juga peruntukan pada aktiviti sahsiah segala
usaha murni dalam membentuk modal insan akan dapat dilaksanakan.
Pihak sekolah telah mengusahakan suatu program yang terbaik. Hasil daripada
tinjauan dan pemerhatian yang dibuat banyak peserta, guru, agensi luar dan masyarakat
setempat memberi komen yang sangat positif.
17

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
AJK Penganjur ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua guru,
Kakitangan Swasta, Urusetia Perkhemahan, ahli belia kawasan Tasek, YDP dan NYDP PIBG,
Pegawai PPD Daerah Selatan dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan
aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Seri Tasek 2013.
Secara keseluruhannya peserta program ini berpuashati dan memberi komen yang
positif. Mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi sepanjang aktiviti ini
berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha
untuk melahirkan masyarakat pelajar skst yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani,
intelek dan sahsiah iaitu bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Disediakan oleh:
................t.t......................
NORZEHAN BINTI ISMAIL
Setiausaha Perkhemahan Unit Uniform

18

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

3.5 LAMPIRAN 1
BORANG PENILAIAN KURSUS/PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASEK,


14120 SIMPANG AMPAT,

BORANG PENILAIAN KURSUS/PROGRAM

SK SERI TASEK

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
Nama Program / Kursus :
Tarikh

Tempat

Objektif borang ini adalah untuk memastikan kursus yang diberikan kepada pesertapeserta adalah menepati taraf kualiti yang dikehendaki. Untuk membantu pihak SK
Seri Tasek, sila lengkapkan borang ini berdasarkan kepada penilaian anda. Borang ini
adalah sulit, anda tidak perlu mencatat nama atau menandatangani borang ini.
MAKLUMAT AM
1. Nama

2. Tahun

3. Kelas

ISI KANDUNGAN PROGRAM/KURSUS


1. Sejauh mana program/kursus mencapai objektif-objektif yang dinyatakan?
Amat Lemah Lemah Sederhana
Baik
Amat Baik

2. Bagaimanakah anda menilai keberkesanan program/kursus ini?


a) Isi Kandungan Program/Kursus menepati kehendak saya
Amat Lemah Lemah Sederhana
Baik
Amat Baik

b) Isi Kandungan Program/Kursus membantu meningkatkan lagi bidang


kepimpinan
Amat Lemah

3.

Bagaimanakah

Lemah

anda

Sederhana

menilai

Baik

progam/kursus

pembelajarannya?

Amat Baik

ini

dari

segi

bahan

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
a) Program/kursus ini telah menambahkan lagi pemahaman dan pengetahuan
saya.
Amat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Amat Baik

b) Saya
akan
dapat
meningkatkan
pengetahuan
dalam
bidang
pengurusan/kepimpinan setelah melalui latihan program/kursus ini.
Amat Lemah Lemah Sederhana
Baik
Amat Baik

4. Bagaimanakah anda menilai isi/kandungan program/kursus ini?


a) Adakah tajuk utama
Amat Lemah Lemah Sederhana
Baik
Amat Baik

b) Contoh yang diberikan adalah berguna dan membantu saya memahaminya


Amat Lemah Lemah Sederhana
Baik
Amat Baik

c) Contoh-contoh yang diberikan adalah mencukupi


Amat Lemah Lemah Sederhana
Baik

Amat Baik

d) Siri-siri perbincangan yang dijalankan adalah mencukupi


Amat Lemah Lemah Sederhana
Baik
Amat Baik

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

TAKSIRAN AM

1. Bagaimanakah anda menilai program/kursus ini berdasarkan pada kriteriakriteria yang berikut?
a) Kesenangan memahami
Amat Lemah Lemah Sederhana

Baik

Amat Baik

b) Aturcara dan susunan program/kursus latihan


Amat Lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Amat Baik

c) Pentadbiran dan kemudahan lain


Amat Lemah Lemah Sederhana

Baik

Amat Baik

d) Kesesuaian tempat latihan


Amat Lemah Lemah Sederhana

Baik

Amat Baik

e) Keselesaan tempat tinggal


Amat Lemah Lemah Sederhana

Baik

Amat Baik

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM
f) Makanan dan minuman
Amat Lemah Lemah Sederhana

Baik

Amat Baik

2. Adakah anda mengesyorkan rakan-rakan anda untuk menghadiri


program/kursus seperti ini?
Ya

Tidak

Berikan sebab-sebabnya

3. Komen/cadangan keseluruhannya

CMP2011-PENGURUSAN KOKURIKULUM

.....

URUSETIA

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

Anda mungkin juga menyukai