Anda di halaman 1dari 3

Sedih harimau makin pupus

MyCAT bimbang jumlahnya merosot akibat perburuan haram dan habitat


terancam

Suzalinur Manja Bidin


Sebagai pejuang dalam isu pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar, Suzalinur
Manja Bidin ada sebab untuk berasa kecewa. Kenapa? Ikuti luahan hati beliau.
Sejak kecil, saya mempunya minat terhadap alam semula jadi yang terus
mendalam seiring dengan usia. Antara pengisian masa lapang adalah dengan
beriadah di persekitaran alam semula jadi atau membaca buku mengenainya.
Minat saya untuk terlibat secara aktif dalam usaha pemuliharaan harimau
bermula setelah saya menamatkan pengajian di peringkat ijazah.
Sebagai haiwan pemangsa utama dalam hutan di negara kita, harimau
berperanan penting dalam memastikan keseimbangan ekosistem habitatnya.
Ekosistem merujuk kepada sebuah hubung kait antara keseluruhan komuniti
habitat meliputi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma, untuk berfungsi
sebagai sebuah unit. Sebuah ekosistem yang sempurna dan sihat bukan
sahaja bermanfaat kepada penghuninya malah memberi kelebihan kepada
manusia seperti bekalan air dan udara yang bersih.
Namun, sepertimana spesies harimau lain di dunia, harimau Malaya turut
berada dalam keadaan bahaya kerana ancaman seperti perburuan haram dan
kemusnahan habitat.
Apakah saat yang paling saudara ingati sepanjang bersama MyCAT dan
apakah yang paling mendukacitakan?
Saat paling diingati apabila kerajaan Persekutuan menerbitkan Pelan
Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan pada tahun 2008 yang telah

diiktiraf oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri setahun
selepas itu.
Saat paling mendukacitakan saya baru-baru ini pakar pengkaji bersepakat
memutuskan bahawa anggaran bilangan harimau Malaya liar di negara kita
kini telah berkurangan dengan anggaran jumlah antara 250 hingga 340 ekor
berbanding 500 ekor 10 tahun yang lepas dan 3,000 ekor pada 100 tahun
lepas.
Ini masih terjadi walaupun hampir kesemua usaha pemuliharaan dilaksanakan
seperti yang tersenarai dan dirancangkan dalam Pelan Tindakan Pemuliharaan
Harimau Kebangsaan, bilangannya tidak bertambah seperti diharapkan.
Ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi di sesetengah negara untuk
bahagian badan harimau liar yang menyebabkan perburuan haram berleluasa.
Walaupun kita tidak dapat mengawal perdagangan haram di negara luar,
kerajaan dan rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk melindungi harimau
Malaya yang merupakan ikon penting negara.
Oleh kerana harimau Malaya hanya terdapat di Semenanjung Malaysia,
kepupusannya di sini bermakna kepupusan subspesies ini secara menyeluruh.
Sehingga kini, tiga subspesies harimau liar telah pupus iaitu Harimau Bali,
Harimau Kaspia dan Harimau Jawa.
Bagaimanakah nasib haiwan liar di negara kita? Apakah masyarakat kian
sedar mengenai masalah atau nasib malang spesies terancam ini?
Secara keseluruhannya, nasib hidupan liar di negara kita masih lagi berada
di tahap yang membimbangkan. Setiap hari ada sahaja berita mengenai
rampasan hasil perburuan atau perdagangan haram hidupan liar daripada
spesis terancam di media massa.
Jenayah hidupan liar kini melibatkan organisasi terancang yang turut terlibat
dalam urus niaga dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia.
Bagaimana memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya
menyayanagi haiwan?
Salah satu daripiada aktiviti anjuran MyCAT adalah untuk menghebahkan
mengenai ancaman jenayah terhadap haiwan liar, khususnya harimau Malaya,
dan bentuk sokongan yang dapat masyarakat berikan untuk membantu
mengurangkan berlakunya jenayah ini.

Beberapa bentuk sokongan penting adalah dengan:


1. Melaporkan sebarang jenayah yang diketahui atau dicurigai berlaku di
persekitaran mereka kepada pihak berkuasa atau ke talian hotline Hidupan
Liar MyCAT 019-356 4194 /report@malayantiger.net /
www.facebook.com/wildlifecrimehotline, yang beroperasi setiap hari
sepanjang masa.
Aduan boleh meliputi sebarang bentuk perburuan, perdagangan atau
pemilikan yang melibatkan apa jua spesies liar yang disenaraikan sebagai
dilindungi atau dilindungi sepenuhnya oleh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar
2010.
2. Elakkan memburu, menyimpan, membela atau memperdagangkan haiwan
daripada spesies hidupan liar yang terancam.
3. Jauhi daripada restoran yang menghidangkan sajian hidupan liar
terancam.
4. Pelajari dan fahami ancaman terhadap harimau Malaya di laman web
www.malayantiger.net dan www.facebook.com/themalayantiger.
5. Sertai program Citizen Action for Tigers (CAT) anjuran MyCAT dalam
usaha memastikan keselamatan harimau dan habitatnya terjaga di Koridor
Hidupan Liar Sungai Yu di Merapoh, Lipis, Pahang. Maklumat lanjut di
www.citizenactionfortigers.my
Antara fungsi utama MYCAT adalah untuk:

Menyelaras dan menguruskan program dan aktivitiusaha sama, seperti


program kesedaran awam Harimau Malaya Selamanya, Talian Hotline
Hidupan Liar (019 356 4194/report@malayantiger.net) dan Citizen
Action for Tigers (CAT).

Membantu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam


memantau pelaksanaan berkesan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau
Kebangsaan.

Menyelaras penyaluran maklumat berkenaan pemuliharaan Harimau


Malaya daripada rakan perikatan MyCAT kepada orang awam.

Anda mungkin juga menyukai