Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita
yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba
bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda.
Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing
membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak
di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang.
Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali
sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat
daripada Singa.
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.
Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak
engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya
berdebar-debar.
Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.
Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan
permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata
Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan
tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatik
Patik
Sudah!

potong

Maharaja

Singa.

Tiap-tiap

binatang

hanya

boleh

mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta
kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya
perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawankawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.