Anda di halaman 1dari 25

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

1.0 Pengenalan
Isu kemampuan memiliki rumah di kalangan masyarakat adalah kritikal dan perlu diberi
perhatian. Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya dikaji inisiatif
atau pendekatan untuk membolehkan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah
dan sederhana memiliki rumah. Sebagai langkah permulaan Program Perumahan
Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) telah diwujudkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri
Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan beliau telah mengumumkan program
pembangunan PR1MA di seluruh Malaysia.
Projek Rumah 1 Malaysia (PR1MA) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh
kerajaan bagi membantu masyarakat memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan
berkualiti. Harga yang ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000
hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki
persegi hingga 1,500 kaki persegi.
Selaras dengan kejayaan pelaksanaan Program PR1MA di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, program tersebut kini diperluaskan pula di Wilayah Utara iaitu di kawasan
Padang Meha Kulim Kedah. Harga ditawar bagi skim PR1MA ini adalah diantara
RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1000
kaki persegi hingga 1500 kaki persegi. Pelaksanaan Program PR1MA ini akan terus
dibangunkan secara berperingkat-peringkat di seluruh negeri-negeri di Malaysia.

S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.0 Pengurusan Dan Pelaburan Awam


2.1 Definisi Pengurusan Dan Pelaburan Awam
Kamus Dewan edisi keempat (2007), mentakrifkan pengurusan sebagai perihal
mengurus sesuatu seperti perihal mengurus syarikat, badan perniagaan, persatuan dan
sebagainya. Manakala, pelaburan pula didefinisikan sebagai sejumlah wang atau modal
yang dilaburkan dalam sesuatu urusniaga dan penanaman modal. Dengan kata lain,
pelaburan merupakan sesuatu yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan
yang berlipat ganda. Seterusnya, Kamus Dewan edisi keempat (2007), juga
menghuraikan awam adalah sesuatu yang berkaitan dengan masyarakat, orang
kebanyakan atau orang ramai secara keseluruhannya.
Dari sudut ekonomi pula, pelaburan awam ialah perbelanjaan modal awam yang
diusahakan untuk mendapatkan sesuatu faedah yang diharapkan pada masa hadapan.
Matlamat pelaburan awam ialah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat melalui
pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. Ia berbeza dengan pelaburan yang
dilakukan oleh pihak swasta di mana pelaburan yang dilaksanakan hanya bermotifkan
keuntungan material semata-mata. Contohnya, pelaburan dalam bidang pendidikan
membolehkan masyarakat bandar dan desa menikmati kemudahan dan perkhidmatan
pendidikan seperti sekolah, kolej, perpustakaan dan universiti yang lebih sempurna bagi
meningkatkan modal insan dan kualiti hidup.

S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

2.2 Taksonomi Pelaburan Awam


Projek

pelaburan

awam

dilaksanakan

untuk

mencapai

matlamat-matlamat

pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya Rancangan malaysia


Pertama (RMP) adalah bertujuan untuk:
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi
mengurangkan pengangguran
menyamaratakan agihan pendapatan dan kekayaan
Matlamat-matlamat ini telah ditetapkan namum ia berubah mengikut rancangan
Malaysia yang akan ditetapkan. Projek Pelaburan Awam terbahagi kepada 2, iaitu
Pelaburan Awam Langsung
Pelaburan Awam Tak Langsung
2.2.1 Pelaburan Awam Langsung
Pelaburan langsung ialah sebarang bentuk aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh
kerajaan secara langsung untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam.
Projek pelaburan ini adalah untuk memberi kemudan untuk semua rakyat. Selain itu
projek ini dijalankan bagi memenuhi keperluan hidup rakyat di Malaysia. Antara Contoh
projek pelaburan langsung adalah hospital kerajaan dan klinik 1 Malaysia.

2.2.2 Pelaburan Awam Tak Langsung


S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Pelaburan tak langsung melibatkan aktiviti pelaburan kerajaan secara tak langsung
samada melalui pelaburan ekuiti atau fizikal. Penyertaan kerajaan dalam aktiviti-aktiviti
pelaburan adalah melalui syarikat-syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan
tertentu. Antara contoh projek pelaburan awam tak langsung ialah Khazanah Nasional,
Petrolium Nasional (PETRONAS) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

2.3 Tren Pelaburan Awam

2.4 Ciri-Ciri Pelaburan Awam


S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Dalam menentukan sesuatu projek itu adalah satu projek pelaburan awan ia boleh di
nilai dari segi saiz pelaburan, pembiayaan dan peruntukan dan pulangan serta faedah.
2.4.1 Saiz Pelaburan
Kebanyakan projek pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah berskala
besar kerana skop penggunaan adalah luas. Oleh kerana pelaburan awam berskala
besar, maka kerajaan yang menyediakan projek ini dianggap sebagai monopoli. Skala
pengeluaran yang besar membolehkan kerajaan mengenakan caj yang rendah kepada
pengguna. Skala pengeluaran dalam pelaburan swasta ditentukan oleh mekanisma
pasaran iaitu berasaskan kepada interaksi antara permintaan dan penawaran terhadap
sesuatu produk. Contohnya projek penyediaan tenaga elektrik dipertanggungjawabkan
kepada Tenaga Nasional. Tenaga Nasional dapat menghasilkan tenaga elektrik dalam
jumlah yang besar.
2.4.2 Pembiayaan dan Peruntukan
Kebanyakan projek-projek awam memerlukan jumlah pelaburan yang besar. Kos ini
tidak mampu dibiayai oleh sebuah firma.

Komitmen terhadap pembiayaan tersebut

melibatkan tempoh yang lama. Contohnya pembinaan universiti.

2.4.3 Pulangan dan Faedah

S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan mengambil masa yang lama untuk
memberi apa-apa hasil. Faedah daripada projek pelaburan awam akan mengalir
beberapa tahun sehinggalah projek tersebut ditamatkan atau diberhentikan.Dua jenis
faedah pelaburan awam:
faedah nampak (tangible benefit)
faedah tak nampak (intangible benefit).

Faedah nampak ialah sebarang faedah yang terhasil daripada projek pelaburan
dinikmati secara langsung oleh penerima.

Faedah ini dapat dinilai dalam bentuk

kewangan dan bukan kewangan. Faedah tak nampak pula merupakan semua bentuk
faedah yang tidak dinikmati secara langsung oleh penerima. Faedah ini dapat dinilai
dalam bentuk bukan kewangan

2.5 Jenis-Jenis Pelaburan


Terdapat 4 Jenis Pelaburan di Malaysia,iaitu:

Pelaburan Baru
Pelaburan Penggantian
Pelaburan Pembesaran
Pelaburan Penambahan

2.5.1 Pelaburan Baru

S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Pelaburan awam untuk projek baru ialah perbelanjaan kerajaan bagi membina dan
mewujudkan sesuatu yang baru iaitu belum diwujudkan sebelumnya. Sebagai contoh
projek rel berkembar, projek jambatan Pulau Pinang yang pertama dan kedua
merupakan dua contoh projek baru kerajaan.

Projek-projek pelaburan yang

dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga merupakan kategori projek


baru.
2.5.2 Pelaburan Penggantian
Pelaburan awam yang dikelaskan sebagai projek penggantian adalah projek yang
dijalankan oleh kerajaan bagi menggantikan projek yang sedia ada. Antara faktor yang
menyebabkan berlaku projek penggantian adalah keselamatan, ketidakcekapan projek
sedia

ada

disebabkan

saiz

dan

teknologi

yang

ketinggalan

zaman,

kos

penyelenggaraan yang meningkat, lokasi yang tidak strategik dan keperluan masa.
Contohnya pembinaan sekolah baru di tapak sekolah lama merupakan projek
penggantian apabila sekolah lama dirobohkan.
2.5.3 Pelaburan Pembesaran
Projek pelaburan awam bagi jenis pembesaran melibatkan usaha kerajaan untuk
meningkatkan dan memperluaskan keupayaan projek yang sedia ada melalui proses
pengubahsuaian. Contoh projek pelaburan pembesaran adalah memperluas keluasan
sebuah universti dipertingkatkan untuk membolehkan pihak universiti menambahkan
bangunan yang sedia ada disebabkan keperluan dan permintaan terhadap pendidikan
tinggi meningkat dan Jalan raya dua lorong ditambah menjadi empat lorong dan projek

S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

menaiktaraf Tambak Johor merupakan contoh pelaburan awam dalam kategori


pembesaran
2.5.4 Pelaburan Penambahan
Projek pelaburan awam dalam kategori penambahan ialah sebarang bentuk projek
yang dibangun dan dibina bagi memberi tambahan kepada projek yang sedia ada.
Antara contoh projek pelaburan penambahan ialah:
Bilangan universiti ditambah merupakan projek tambahan universiti.
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua merupakan projek penambahan.
Sepertimana projek pembesaran, projek penambahan ini juga akan meningkatkan
kapasiti dan keupayaan sesuatu projek untuk kegunaan masyarakat.

2.6 Perbelanjaan Pelaburan


Perbelanjaan modal atau perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan yang
diperuntukkan untuk tujuan perlaksanaan pelaburan langsung kerajaan dalam aktivitiaktiviti ekonomi.
Perbelanjaan semasa atau perbelanjaan bukan pembangunan adalah perbelanjaan
bagi semua kategori perbelanjaan untuk tujuan pentadbiran dan pertahanan. Tujuan
perbelanjaan ini untuk meneruskan aliran barangan dan perkhidmatan yang disediakan
oleh kerajaan.

3.0 Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)


S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

3.1 Latar Belakang PR1MA


Tujuan

pelaksanaan

PR1MA

adalah

untuk

meningkatkan

akses

golongan

berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan


pemilikan hartanah kediaman. Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan
masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan
lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi
golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada
pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain. Pada masa ini
terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam
lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan
pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi
pulangan yang lebih besar. Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan
perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan
PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi
jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah
RM6,000 sebulan.

3.2 Unit PR1MA, JPM


S216033

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Unit PR1MA, JPM diwujudkan pada 1 Oktober 2014 dan diletakkan di bawah
tanggungjawab YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Unit ini diwujudkan bagi mempercepat
dan melancarkan lagi proses perancangan dan pelaksanaan program PR1MA supaya
objektif Kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti khusus untuk
penjawat awam dapat dicapai. Agensi pelaksana utama program adalah Unit PR1MA,
JPM. Manakala agensi pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya bagi Wilayah
Persekutuan Putrajaya. Unit PR1MA, JPM bertindak sebagai agensi pelaksana dan
juga

penyelaras

pelaksanaan

program.

Justeru

itu,

Unit

PR1MA

JPM

bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan memantau pelaksanaan


program secara keseluruhan.
Unit PR1MA , JPM menjadi single point of contact untuk serahan cadangan PPA1M.
Semua cadangan permohonan pembinaan PR1MA yang diterima oleh mana-mana
Kementerian/Agensi hendaklah disalurkan kepada Unit PR1MA, JPM. Unit PR1MA,
JPM

bertanggungjawab

membawa

kertas

cadangan

permohonan

untuk

dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Khas PR1MA yang dipengerusikan oleh YBhg.


Datuk Abdul Mutalib Alias. Unit PR1MA, JPM juga bertanggungjawab dalam urusan
memilih pembeli dan menawarkan rumah kepada pembeli bagi projek PR1MA yang di
luar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya kekal menjadi agensi
pelaksana dan penyelaras projek PR1MA bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya
termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli, melaksana dan
memantau PR1MA Putrajaya. Walau bagaimanapun, Perbadanan Putrajaya juga perlu
melapor segala perancangan dan pelaksanaan serta isu dan perkara dasar PR1MA

S216033

10

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

kepada Unit PR1MA, JPM untuk diselaraskan sebelum diangkat untuk makluman atau
pertimbangan Jawatankuasa Khas PR1MA.

3.3 Struktur Perbadanan PR1MA , JPM

sumber:Portal Rasmi Jabatan Perdana Menteri

S216033

11

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

3.4 Konsep Perlaksanaan PR1MA


Skim PR1MA adalah satu skim rumah mampu milik untuk masyarakat yang
menekankan kepada keselesaan daripada aspek saiz, reka bentuk, kualiti, lokasi dan
harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam. Rumah akan dibina oleh pemaju
sama ada di atas tanah Kerajaan ataupun tanah pemaju sendiri, dan menjualkannya
kepada masyarakat yang layak.
Skim ini bertujuan membantu masyarakat khususnya yang berpendapatan sederhana
yang berada dalam kategori income trap untuk memiliki rumah yang berkualiti di lokasi
yang strategik dengan harga yang berpatutan dan lebih rendah daripada harga
pasaran. Program ini memberi manfaat kepada semua masyarakat kerana kelayakan
untuk memohon di bawah skim ini meliputi semua masyarakat di negara Malaysia ini.
Ciri-ciri utama rumah PR1MA ini selain daripada harganya yang lebih rendah daripada
harga pasaran, keluasan unit-unit rumah juga mengambil kira faktor keselesaan kepada
masyarakat.
Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public
Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi
kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat
menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi
kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya. Pembeli rumah di bawah Program
Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh
institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain
dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.

S216033

12

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

3.5 Syarat Kelayakan Pembeli Rumah PPA1M


Untuk membeli rumah PR1MA tidak banyak syarat yang ditetapkan. Ini bagi
memudahkan seluruh masyarakat di Malaysia mampu memiliki rumah. Justeru rakyat
Malaysia hanya perlukan empat kriteria untuk memohon rumah PR1MA ini. Syaratsyarat memohon ialah seperti lampiran di bawah.

S216033

13

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.0 Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia di Padang Meha Kulim Kedah.


Peluang kini terbuka untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah bulanan
antara RM2,000 hingga RM10,000 untuk memohon bagi memiliki rumah impian
menerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Perbadanan PR1MA Malaysia
dalam hebahan awam memaklumkan, sebanyak 13 buah projek hasil inisiatif kerajaan
dibuka kepada tawaran di seluruh negara yang menyediakan rumah mampu milik
berkualiti tinggi. Dibangunkan di lokasi yang strategik, PR1MA menawarkan pelbagai
jenis kediaman dengan aneka kemudahan awam seperti surau, tadika, taman rekreasi,
pusat asuhan, dewan komuniti, sekuriti dan akses mudah.
Rakyat Malaysia diseru merebut peluang menjadi sebahagian daripada komuniti
PR1MA dan miliki kediaman impian anda. Pendaftaran dan permohonan adalah
percuma malah PR1MA tidak melantik mana-mana ejen untuk bakal pembeli yang
berminat. Projek PR1MA yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 2011 diuruskan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi
membantu rakyat dapat membeli rumah pada harga berpatutan.
Justeru satu projek PR1MA kini akan dijalankan di Padang Meha Kulim Kedah bagi
memastikan rakyat di negeri itu dapat memiliki rumah sendiri. Komitmen kerajaan
terhadap isu pemilikan rumah sangat diambil serius. Oleh itu projek PR1MA di Padang
Meha Kulim Kedah ini akan dilaksanakan bertujuan untuk memenuhi keperluan rakyat
di negeri itu.

S216033

14

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.1 Maklumat Projek PR1MA di Padang Meha Kulim Kedah


Projek Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) yang akan dibina di Padang
Meha Kulim Kedah merupakan sebuah projek pelaburan awam yang dijalankan oleh
kerajaan bagi memastikan masyarakat yang berpendapatan rendah dapat memiliki
rumah sendiri. Projek ini dikatakan sebagai sebuah pelaburan awam kerana saiz
pelaburannya yang besar dan luas. Selain daripada itu ia dikategorikan sebagai
pelaburan awam kerana perbelanjaan yang menelan belanja yang besar dan tidak
mampu di biayai oleh sebuah firma. Dari segi pulangan dan faedah ianya mengambil
jangka masa yang lama untuk mendapat balik faedah dan keuntungan tersebut.
Dari segi jenis pelaburan awam ini , projek PR1MA di Padang Meha Kulim Kedah
merupakan satu bentuk pelaburan penambahan. Ini kerana Unit PR1MA , JPM telah
menjalankan pelbagai projek PR1MA di serata negeri di Malaysia, namun disebabkan
permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat di Malaysia Unit PR1MA telah
menjalankan satu lagi projek PR1MA di kawasan Padang Meha Kulim Kedah. Ia lebih
tepat lagi dikatakan sebagai satu projek penambahan daripada projek yang telah sedia
ada. Projek penambahan projek PR1MA di kawasan Padang Meha Kulim Kedah ini
akan dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat di Malaysia untuk memiliki rumah
sendiri yang lebih selesa dengan harga yang murah.
Justeru itu dengan permintaan tinggi terhadap PR1MA ini, Unit PR1MA ,JPM telah
mencadangkan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menambah lagi PPA1M di
kawasan-kawasan lain dengan harapan lebih ramai lagi masyarakat mampu memiliki
rumah sendiri.

S216033

15

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.1.1 Peta Lokasi

S216033

16

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

S216033

17

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

4.1.2 Maklumat Projek

S216033

18

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

4.1.3 Pelan Lantai

S216033

19

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

S216033

20

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

Sumber: http://www.pr1ma.my/pr1ma_property

4.1.4 Contoh Rumah

S216033

21

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

S216033

22

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

S216033

23

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

4.1.6 Faedah Dan Kemudahan


PR1MA melambangkan persekitaran yang santai dan selesa, menjadikannya sebagai
salah satu tempat kediaman untuk semua orang. Selain daripada harga yang murah,
lokasi PR1MA ini dikatakan sangat strategik kerana berhampiran dengan Lebuhraya
Butterworth - Kulim dan lebuhraya Utara - Selatan. Selain itu lokasi PR1MA yang
terletak berhampiran dengan klinik Desa Padang Meha juga memberi satu kelebihan
kepada pemilik rumah PR1MA ini.

5.0 Kesimpulan
Projek PR1MA ini jelas menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan terhadap masyarakat
yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Justeru Penubuhan Unit
PR1MA , JPM ini adalah sangat penting bagi memastikan matlamat dan keprihatinan
kerajaan dapat dilaksanakan. Dengan harga rumah yang rendah, tempat kediaman
yang strategik serta kemudahan fasiliti yang disediakan masyarakat sangat berminat
dengan projek PR1MA yang dilaksanakan. Justeru diharap Unit PR1MA , JPM dapat
merealisasikan lagi perancangan untuk membina rumah PR1MA dengan lebih banyak
lagi terutama di luar kawasan bandar. Dengan cara ini masyarakat yang berpendapatan
rendah akan dapat memiliki rumah sendiri dan akan meringankan beban masyarakat di
Malaysia.

S216033

24

GMGF3013 Pengurusan Dan Pelaburan Awam

6.0 Rujukan
Sallahuddin Hassan (2010). Modul GMGF3013: Pengurusan Dan Analisis Pelaburan
Awam, Unit Pendidikan Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia.
http://www.pr1ma.my/

http://www.pmo.gov.my/ksn/home.php?

frontpage/speech/detail/2017
http://www.jpm.gov.my/post/modules/pajpm/vbulletin.php?bulletin_id=305&page=1
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ppa1m-peluang-penjawat-awammiliki-kediaman-berkualiti
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ppa1m-peluang-penjawat-awam-milikikediaman-1.377712

S216033

25