Anda di halaman 1dari 33

1

| P a g e

Dr. Hammam Abd. Rahim Saeed di dalam bukunya ( Qawaid Dakwah ilallah ) menulis dengan
pendekatan motivasi dan memberikan dorongan semangat agar para daie sentiasa optimistik dalam
memberikan alatho ad-dawi ( sumbangan dakwah ).Kaedah-kaedah ini digali dari asas-asas syarak
dan seerah nabawiyah, kisah para sahabat dan salafussolih. Ia memberikan ledakan baru dalam
memperkayakan fiqh dakwah. Antara kaedah-kaedah yang dinyatakan di dalam bukunya :

Ulasan bagi bahagian Muqaddimah:
Penulis buku memulakan tulisannya dgn tahmid, selawat dan syahadah. (Ini adalah kebiasaan
tulisan2 ulama'. Penulisan juga merupakan suatu ibadah dan da'wah, jadi mereka sentiasa berada
dalam keadaaan muraqabatillah serta menulis dgn penuh tawadu' pada Allah, walaupun hasil tulisan
mereka itu hebat dari segi nilai intelek.)


dakwah kpd allah semulia2 amalan dan setinggi2 ibadah..ciri khusus para rasul.
Nabi org yg mndpt berita/wahyu
Rasul yg memberi berita kpd org lain
Bila sampaikan islam - rasulullah
Sebab tu..dakwah itu adalah ciri khusus para rasul, tugas paling obvious utk para rasul

Menurut penulis, da'wah Islamiyyah sudah pun memasuki fasa di mana da'wah Islamiyyah tersebar
luas seantero dunia. Kelompok yang bekerja untuk da'wah bukan sahaja golongan rasmi yang
nampak sebagai 'pemegang simbol agama' (translator: ustaz2, pegawai agama, hakim shar'i, mufti
etc) saja, bahkan sekarang ni petugas2 da'wah terdiri daripada pelbagai golongan dari segi jantina,
umur serta bidang pengkhususan -sains dan juga kemanusiaan.

Perkembangan ini, yang kelihatan (trans. dgn ketara) di universiti2 di negara2 Islam dan barat,
merupakan binaan da'wah yang paling dominan. Jadi perkembangan baru ini tak perlepas daripada
beberapa kekangan/flaws dalaman dan luaran iaitu:

1. Kurangnya murabbi yang berketerampilan dan berkemampuan di bandingkan dengan sambutan
terhadap da'wah Islamiyyah yang sangat (semakin) besar.
- Ini adalah fenomena yang sangat bahaya dan ia perlu dirawat, sebab sebahagian besar daripada
manusia hidup dalam asuhan yang tak selari dgn apa yang sepatutnya (faham: masuk salah usrah).
-Yang sering berlaku pula ialah orang yang tak layak untuk mengendalikan tarbiyah dan takwin
memberi pendapat dalam masalah2 yang penting lalu mengosongkan medan daripada org2 yang
layak untuk memegang peranan tersebut.

2. Kelemahan dalam program yang mempersiapkan da'iyah dan muwajjih mengikut tahap2 yang
berbeza. sesuai dgn pelbagai tuntutan/keperluan (semasa) yang dihadapi.
-Kelemahan yang paling ketara ialah dalam bidang pembentukan paling asas, i.e. al-ta'sil wa al-ta'qid.
-Suatu perkara yang penting jika da'wah diterima dalam bentuk tasawwur (worldview or

2 | P a g e

Weltsantchuung) yang saling melengkapkan dari awal hingga akhir, dgn pemahaman keseluruhan
da'wah ini dan pengetahuan tentang prioriti di dalamnya. (faham: Hence, the need of this book on
Qawa'id da'wah)

3. Lambat beri kesan
-Masa yang diperuntukkan untuk individu sampai pada peringkat dapat beri kesan/pengaruh (al-
ta'thir) sangat lama.
-Punca sebenar perkara ini ialah tersebarnya pengetahuan dan maklumat serta luasnya pembacaan
serta pengalaman
4. Usaha-usaha utk menentang da'wah
-Usaha2 ini ada pelbagai bentuk dan kemungkinan2, pengalaman usaha2 ni luas untuk menentang
Islam.
- Boleh jadi bentuk2 mereka ialah yang seperti perseteruan hebat antara socialism dan capitalism,
dan di antara existentialism dan nationalism, boleh jadi juga gerakan2 dalam bentuk kumpulan2
kecil yang sesat yang dilandaskan hawa nafsu.
- Semua kumpulan yang pelbagai bentuk ni ada satu tujuan: memerangi Islam dan da'wahnya.
Usaha2 ini merupakan beban yang besar ke atas du'at yang perlu memahami perancangan2 musuh
mereka dan menjaga manusia daripada kejahatan2 mereka dgn suatu uslub yang benar2 merawat.

5. Godaan hidup dan kesibukannya
-juga merupakan penghalang da'wah dan du'at.
-d'uat perlu faham perjalanan hidup ini dan bagaimana menghidupkannya serta mengharunginya
dgn manusiawi, memahami kesan2nya dan cara membersihkannya (tazkiyyah)
- mungkin antara perkara yang menarik perhatian juga adalah sampainya da'wah di kalangan org2
kaya dan mereka yang hidup di tengah2 western civilization dan terdedah dgn godaan2 jahiliyyah
zaman moden (tambah: tapi tak tenggelam di dalamnya) . Ini boleh membantu memperkuatkan diri
du'at yang menghadapi godaan hidup.

6. Gelombang2 ideologi yang bergerak dgn pantas (dinamik)
- gelombang ini sampai pada manusia di mana saja mereka berada.
-sebagai da'i, adalah dituntut untuk utk berdepan dgn ideology2 ini secara academic dan objective.

Inilah beban2 yang menuntut kita untuk memindahkan (or melonjakkan) da'wah ini daripada medan
yang (diwarnai/disaluti) perasaan2/sentimen, gerakerja praktikal, ucapan2 dan kata2 sahaja, kepada
medan perancangan, organization, program, pembentukan org2 yang ahli (experts), dan pengasasan.

akhirnya penulis menegaskan bahwa sebagaimana cabang2 ilmu dalam islamic studies (seperti fiqh,
aqidah, tafsir) itu bukan suatu bid'ah, begitu juga ilmu da'wah, bukan sesuatu yang direka2, tapi
suatu displin ilmu


3 | P a g e

Table of Contents
Kaedah 1 Dakwah ke jalan Allah jalan penyelamat di dunia dan akhirat .............................................. 4
Kaedah 2 Dengan sebab usaha sungguhmu, Allah memberikan petunjuk kepada seorang lelaki itu
adalah lebih baik bagimu dari unta merah ............................................................................................ 5
Kaedah 3 Pahala terhasil dengan berdakwah dan tidak pada penerimaan manusia ............................ 6
Kaedah 4 Seorang Daie hendaklah sampai ke level muballigh dan berusaha mencapai al-
balagh( kepetahan dan kebijksanaan menyampaikan dakwah) ........................................................... 8
Kaedah 5 Daie memberikan segala usaha dakwah demi menuntut ganjaran rabbani ...................... 10
Kaedah 6 Daie adalah cermin bagi dakwah dan modelnya. ............................................................... 12
Kaedah 7 Berbicaralah dengan manusia menurut kadar pemikiran mereka ...................................... 14
Kaedah 8 Ujian adalah sunnatullah ..................................................................................................... 16
Kaedah 9 : Lapangan dakwah luas,maka pilihlah orang yang terbaik untuk menerima seruan dakwah
............................................................................................................................................................. 19
Kaedah 10 Masa adalah unsur penting dan kejayaan dakwah ............................................................ 21
Kaedah 11 Dakwah adalah seni dan kepemimpinan, perancangan dan pemantauan. ....................... 23
Kaedah 12 Dakwah merupakan satu tasawwur besar Jihad dari segi matlamat dan kesan ................ 27
Kaedah 13 Dakwah adalah perniagaan mulia ,tidak boleh dijual dengan habuan dunia, habuan dunia
merosakkan maruah sang Daie . ......................................................................................................... 29
Kaedah 14 Mengenali madu faktor utama mempengaruhinya .......................................................... 32

Kaedah 15 : Komtemporari, memahami kondisi umum adalah sebab-sebab kejayaan dakwah.

Kaedah 16 : Perpecahan, fitnah, uzlah dan jamaah..halangan di jalan dakwah

Kaedah 17 : Kefahaman yang betul adalah jalan amal yang betul

Kaedah 18 : Kefahaman yang memandu dan kefahaman yang wajib

Kaedah 19 : Menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkuran merupakan kefardhuan umat

Kaedah 20 : Menyalahi maksud dan tujuan al-Quran lebih bahaya dari meninggal dan mengabaikan
al-Quran

Kaedah 21 : Amal umum adalah asas amal khusus sebagai penarik dokongan dakwah.

4 | P a g e


Kaedah 1 Dakwah ke jalan Allah jalan penyelamat di dunia dan akhirat
1.Seorang Daie hendaklah faham bahawa Allah menciptakan manusia untuk beribadah kepadanya.
(Az-Zariyat :56).
2.Ibadah tidak akan terhasil melainkan atas basirah(kejelasan). Basirah pula tidak terjadi melainkan
selari dengan manhaj Allah yang diturunkan kepada para rasul dan para nabi a.s.
3.Para Nabi dan Rasul adalah para duat yang menunjuk kebenaran bagi mencapai maksud kenapa
allah menjadikan manusia sebagai khalifah.
4.Imam Ar-Razi di dalam tafsirnya (tafsir ar-Razi ) bertanya: Apakah tujuan ibadah diciptakan Jin dan
manusia ?.Beliau menyatakan sebagai satu penghormatan untuk mengagungkan perintah Allah dan
bukti kasih sayang kepada makhluk.
5.Justeru tugas mengagungkan Allah dan memuliakannya tidak akan diketahui semata-mata
berpandukan akal tetapi perlu mengikut syariatnya dan panduan ar-Rasul. Lantaran itu allah
mengurniakan nikmat kepada hambanya dengan mengutus para rasul bagi menjelaskan jalan dalam
memenuhi kedua-dua tuntutan ibadah tersebut.
6. Berdakwah ke jalan Allah adalah setinggi tinggi rupabentuk untuk mengagungkan allah.
7. Ini bererti seorang Daie tadi berdakwah kepada satu fikrah atau satu matlamat , kemudian
mengerah seluruh tenaga dan usahanya untuk mencapai perkara tersebut maka baginya ganjaran
besar di sisi allah.
8.Berdakwah juga sebagai tanda kasih sayang seorang daie kepada hamba allah. Ini kerana tugas
dakwah ialah mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam, dari jalan
menuju ke neraka kepada jalan syurga.
9. Dua matlamat (tazim li amrillah / syafaqah ala ibadillah)mulia ini merupakan matlamat ibadah
yang juga merupakan matlamat berdakwah di jalan Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat
tercapai dengan kedua-duanya.
10. Para nabi dan rasul sentiasa komited dengan melaksanakan tugas ini sebagai bukti kukuh untuk
mencapai keselamatan dan menjauhi kebinasaan.Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyentuh
perkara tersebut seperti :
o Kisah Nuh ( Yunus : 73 )
o Kisah Hud ( Hud : 58 )
o Kisah Solih (Hud : 66)
o Kisah Lut ( Hud : 81-82)
o Kisah Syuaib ( Hud:94)
o Kisah Musa a.s (al-araf : 136-137)
11. Keselamatan (najat) menerusi ayat-ayat di atas dicapai dengan berdakwah. Tidak ada
kerugiannya bila kita berdakwah.Rasulullah s.a.w pernah bersabda di dalam hadis yang bermaksud :

5 | P a g e

- (tidak akan berlaku Kiamat kecuali bila berlaku kejahatan manusia ). Hadis ini mengisyaratkan
Qiamat berlaku apabila hilang atau tiadanya tugas dakwah dan wujudnya para pendakwah.
- hadis lain: tidak berlaku kiamat melainkan ke atas manusia2 yg jahat (muslim)
- dimatikan org yg soleh seorg demi seorg, yg tinggal adalah hutholah (yg allah x hirau lgsg) (bukhari)
- sesungguhnya allah mengirimkan perutusan satu angin dr yaman, di mana angin ini sgt lembut,
angin ini tidak akan meninggalkan seorg pun yg mana dlm hatinya mempunyai iman (walaupun
sebesar bijian) melainkan angin itu mematikan org tersebut (bukhari)
12. dakwah nabi muhammad adalah keamanan kpd kemanusiaan. Jika dilihat pd umat2 sblm nabi
muhammad, diazab scr istisol (diazab sehingga terhapus lgsg), tp ini tidak berlaku pd umat nabi
muhammad. Ianya satu keselamatan krn masih ada peluang utk bertaubat dan kembali ke jalan yg
lurus dan ianya juga satu penghormatan pd umat nabi muhammad.
12. Kemuliaan manusia apabila wujud usaha dakwah dan wujud para daie dan apabila tiada kedua-
duanya maka manusia akan menerima kerugian kerana hilangnya sebab yang menghasilkan
kemulian manusia tersebut.Maka dakwah adalah pra-syarat atau sebab untuk mencapai
keselamatan dan kemuliaan hidup insan di muka bumi allah.Keselamatan itu tidak terhenti pada
seorang individu dari segala gangguan celaan dan kesakitan tetapi juga keselamatan Jamaah dan
Fikrah.
13.Muhammad Ahmad Ar-Rasyid menjelaskan bahawa yang dapat menyucikan kita hanyalah
dengan berdakwah. Berdakwah untuk mencapai kedudukan tertinggi di syurga iaitu jannatul
Firdaus..Selama mana kita tidak berdakwah selama itulah kita tidak memperolehi kemuliaan dan
keagungan di sisi allah.
Ayuh mari kita berdakwah

Kaedah 2 Dengan sebab usaha sungguhmu, Allah memberikan petunjuk


kepada seorang lelaki itu adalah lebih baik bagimu dari unta merah
Rasulullah s.a.w memberitahu kepada Ali b. Abi talib ketika ia memberikan panji pada hari Khaibar.
Ali berkata : Atas apakah aku berjihad memerangi manusia, adakah kita berperang sehingga
mereka menjadi seperti kita (muslim) ?. Maka kata baginda s.a.w : demi atas risalahMu sehingga
kamu turun dimedan mereka ,kemudian serulah mereka kepada Islam, dan khabarkanlah mereka
apa yang menjadi kewajipan ke atas mereka, demi Allah ! Dengan sebab usaha sungguhMu, allah
memberikan petunjuk kepada seorang lelaki itu adalah lebih baik bagiMu dari unta merah Hidayah
allah adalah sebenar-benar petunjuk. Tidak ada selepasnya melainkan kesesatan. Ketikamana Allah
memberikan perkenaan kepada sang Daie atas usahanya sehingga mendorong orang menerima
seruannya , maka signifikan penerimaan tersebut amat mulia dan agung.
Kerana apa ia menjadi mulia, agung dan hebat ?
1.Ia menyelamatkan para madunya tadi dari terjebak ke dalam api neraka. Sesiapa yang dijauhkan
dari api neraka sebenarnya ia adalah anugerah allah kepadanya atas usaha sang Daie dan Murabbi
yang mtelah menjaga dan mendidiknya.Sang daie tadi telah menukar sifat kekal di dalam neraka
kepada kekal di dalam syurga.Seorang daie itu memberikan jalan ke Syurga sebagai hadiah kepada

6 | P a g e

manusia dan menunjukkan mereka makam kebahagian hakiki.Selama itulah para daie tadi
mendapat balasan pahala disisi Allah berdasarkan kadar usaha dakwahnya.
2.Setiap gerak diam , setiap tasbih, setiap takbir, setiap rekaat dan sujud yang dilakukan oleh mereka
yang memperolehi hidayah, setiap sifat ihsan allah ke atasnya semuanya itu adalah disebabkan oleh
usaha seorang daie yang menjadi petunjuk jalannya.Nabi s.a.w pernah bersabda ad-daal alal
khair ka failihi ( riwayat Muslim) orang yang menunjuk jalan ke arah kebaikan beroleh
ganjaran seperti pelakunya selama mengamalkannya. Dalam Hadis lain nabi bersabda yang
bermaksud ; sesiapa yang melakukan satu sunnah yang baik baginya pahala , dan pahala orang
yang melakukan selepasnya (mengikutinya) tanpa berkurang sedikit pun pahala mereka.. ( riwayat
Muslim). Dakwah itu merupakan pintu kebaikan yang sentiasa terbuka. Pahalanya meningkat,
bertambah dan berkembang subur dari sehari ke sehari.Usaha dakwah nabi adalah contoh teladan
buat kita. Usaha Saidina abu Bakar, Bilal, Ammar, Khadijah, Asma mengislamkan manusia
lain..pahala mereka tidak terputus sehingga hari Akhirat.
3.Mereka yang mendapat hidayah dari tangan seorang daie akan menjadi penguat dan pendorong
kepada sang Daie tadi melaksanakan risalahnya. Dia menambahkan usaha sang Daie. Ini kerana
sifat dakwah itu sentiasa berkembang dan membiak. Dakwah tidak akan semakin kuat dan padu
melainkan wujudnya anasir baru yang kuat.Tidaklah keadaan umat islam silam berubah dari fasa
rahsia kepada fasa terbuka melainkan ketika Umar al-Khattab dan Hamzah mengisytiharkan
keislaman mereka. Dakwah juga berubah dari bentuk jamaah kepada bentuk masyarakat selepas
para Ansor beramai-ramai memeluk Islam.
4.Hidayah adalah satu uslub dari uslub kemenangan fizikal yang tidak dicapai melalui jalan
peperangan atau mata pedang atau busur panah, tetapi melalui jalan berdakwah ke jalan tuhanMu
dengan cara yang paling hikmah,dengan peringatan yang baik serta berdebat dengan cara yang
paling terbaik.. (an-Nahl : 125)
5.Sesungguhnya orang memperolehi cahaya hidayah melalui tanganMu wahai para Daie,
sesungguhnya ia merupakan satu binaan islam dari runtuhan binaan Jahiliyah. Ia adalah satu
kerugian bagi Syaitan dan para penolongnya dan keuntungan bagi Allah dan para penolong
agamanya.Begitulah hari-hari di Mekah..robohnya tiang-tiang jahiliah satu demi satu..Ketika mana
para pembesar Quraish sibuk membicarakan golongan yang keluar agama nenek moyang mereka,
ketika itulah orang-orang Islam bergembira dengan masuknya mereka ke dalam Islam.Pilar-pilar
kekufuran musnah dan hilang setiap hari hingga roboh tembok-tembok jahiliyah dengan usaha
dakwah Sang Daie.

Kaedah 3 Pahala terhasil dengan berdakwah dan tidak pada penerimaan


manusia
1. Kaedah ini merawat kesilapan yang sering berlaku pada kebanyakan manusia. Seringkali mereka
mengharapkan balasan dan natijah yang bersifat duniawi ( dilihat) hatta dalam urusan dakwah pun.
Sedangkan para Nabi A.S jauh dari bersifat demikian sekalipun sedikit yang beriman dengan risalah
mereka. Contohilah kesungguhan dan ketekunan Nabi Nuh A.S dalam berdakwah biarpun sedikit
yang menyahutnya walaupun memakan tempoh selama lebih 950 tahun.( al-Ankabut : 14 ).
2. Allah hanya menuntut amal, menyampaikan dakwah dan tabligh bukan melihat kepada natijah
(hasil).

7 | P a g e

Dan sekiranya mereka berpaling (dari seruanMu), maka tidaklah kami mengutuskan Engkau kepada
mereka sebagai penjaga melainkan ialah untuk menyampaikan seruan Ku . (Balagh)(As-Syura: 48)
dan sebenarnya Rasul Allah hanyalah untuk menyampaikan seruan dengan penjelasan
nyata(Surah An-Nur :54)
3. Hidayah ini adalah milik allah, kita hanya dituntut melaksanakannya.
Sesungguhnya Engkau ( Muhammad) tidak dapat memberikan petunjuk kepada siapa yang engkau
kasihi tetapi allah memberikan petunjuk kepada siapa yang ia kehendaki. ( Al-Qasas : 28)
4. Sesiapa yang memahami kaedah ini, maka dia tidak akan diruntun rasa kecewa,lemah, putus asa
dan tekanan psikologi berdepan dengan khalayak dan pelbagai ragam manusia yang menolak seruan
dakwahnya.Allah telah melepaskan kesukaran baginda S.A.W dan tidak membebankan baginda
diluar kemampuannya.
Jangan kamu merasa sedih terhadap mereka (An-Nahl :4)
Mudah mudahan Engkau ( wahai Muhammad) tidak membinasakan diriMu disebabkan
menanggung dukacita terhadap perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman dengan Al-
Quran. (Al-Kahfi 6)
5. Sang Daie haruslah berjiwa besar ketika melihat manusia berpaling dari dakwah dan memilih
jalan ke neraka.Kata Mujahid , kalimah bakhiun itu bermaksud ketakutan iaitu janganlah kamu
rasa takut sehingga menggugat dirimu bahkan teruskan menyampaikan risalah Allah, maka
barangsiapa yang diberi petunjuk , ia adalah untuk dirinya. Begitu juga mereka yang telah sesat ,
maka ia sesat ke atasnya.
6. Allah melepaskan beban kepayahan dan kesukaran dari para Duat umat Nabi Muhammad S.A.W
yang telah bersungguh-sungguh membawa risalahnya sekalipun manusia tidak mendapat petunjuk
dan menerima seruan tersebut.
7. Kaedah ini juga merawat penyakit istijal (gopoh gapah) yang melanda para duat masakini iaitu
para pendakwah yang hanya menanti natijah di dunia dan meletakkan ia sebagai syarat penerusan di
jalan dakwah.. Ini merupakan salah faham terhadap jalan dakwah dan bersalahan dengan
keterangan yang nyata tentang Kaedah Dakwah seperti yang disebut dengan jelas di dalam Al-Quran
dan Hadis.
8. Al-Quran menjelaskan tidak ada keselarasan(talazum) antara tuntutan dakwah dan istijabah
(penerimaan manusia). Daie dituntut berusaha dengan sedaya yang mungkin, mengerah keringat
dalam berdakwah tetapi natijah terserah pada Allah. Allah akan memberikan pertolongan ketika
mana dakwah sudah berhabis-habisan dan sampai kemuncak ujian sebagaimana allah menyatakan:
dan mereka telah digoncang (digugat) keimanan mereka sehingga berkata Rasul a.s dan orang-
orang yang beriman : Bilakah akan datang pertolongan Allah ?. Ia adalah peringkat pertengahan
(penghubung) ketika dharuroh (kemuncak ujian).
8. Ini tidaklah bermaksud bahawa para Daie tidak dituntut menghabiskan sepenuh usahanya dan
menggunakan kaedah yang terbaik dalam uslub dan method berdakwah. Sebenarnya seorang daie
hendaklah berterusan, pro-aktif, tidak mudah rasa lelah dan lemah, bersemangat dan bermotivasi
dalam menyampaikan dakwah sehinggalah allah memenangkan risalahnya di dunia atau di akhirat.

8 | P a g e

Sentiasa memburu pahalameraih syurga kapan ajal belum tiba

Kaedah 4 Seorang Daie hendaklah sampai ke level muballigh dan berusaha


mencapai al-balagh( kepetahan dan kebijksanaan menyampaikan dakwah)
1. Tugas berdakwah di jalan allah tidaklah sedikit dibandingkan dengan tugas mengajak dan mencari
keuntungan dunia. Kita percaya bahawa pemilik urusan tersebut akan menggunakan cara yang
terbaik dan paling luas pengaruhnya untuk menarik massa agar yakin dan percaya dengan barang
jualannya. Peniaga tersebut akan menggunakan pelbagai teknik, strategis seperti penggunaan kata-
kata, ilustrasi gambar dan promosi hadiah bagi mencapai hasrat dan matlamat memperolehi
keuntungan jualannya.
2. Allah telah menjadikan tugas dakwah yang dibebankan ke atas rasul-rasul dan nabi-nabinya
hendaklah sampai ke tahap al-balagh. ( keindahan dan kecantikan ). Ini terungkap di dalam saranan
al-quran pada ayat-ayat berikut : maka tidaklah para rasul itu melainkan untuk menyampaikan
dengan cara yang jelas lagi terang.. ( an-Nahl : 35) .Ketika manusia semua berpaling dari seruan
dakwahnya, allah mempertegaskan melalui firmannya akan tugas para rasul iaitu : wahai kaumku,
sesungguhnya aku telah menyampaikan risalah TuhanKu.. ( Al-Araf :79)
3. Al-Balagh adalah kata akar dari perkataan ba-la-gha bermaksud sampai atau hampir kepada
sampai ( puncak tertinggi). Ibn Faris menyebut sampai kepada sesuatu. Manakala al-Balaghah pula
ialah yang dipuji akan kefasihan (kelancaran dan kepetahan) kata-katanya kerana ia dapat
menyampaikan apa yang ia kehendaki. Al-Azhari menyimpulkan pula : berkata orang arab kepada
berita yang telah disampaikan salah seorang daripada mereka dan mereka tidak dapat
mempastikannya(memahaminya) maka dia telah melakukan keburukan ke atas mereka:dengar
tapi tidak balagh iaitu kami mendengarnya tetapi tidak sampai kepada kami..
4. Tidak ada itizar (maaf) ke atas seorang Daie yang gagal (menyembunyikan) dalam
menyampaikan seruan dakwahnya sebagai firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 66. Al-
Qurtubi menyatakan : ayat ini adalah tadib kepada Nabi SAW dan orang yang berilmu supaya
mereka tidak menyembunyikan sesuatu dari syariatnya.. Al-Balagh di sini bukan semata-mata
perkhabaran atau pemberitahuan tetapi risalah dakwah itu sampai kepada setiap manusia.
5. Antara tuntutan al-Balagh ialah seorang daie sedar dan peka apa yang beliau sampaikan. Ini
kerana tidak ada proses tabligh tanpa ada kesedaran (wayun). Ini berdasarkan sabda Rasulullah
SAW : allah memperelokkan seorang lelaki yang mendengar kata-kataku lalu dia sedar, hafal dan
menyampaikannya (pada orang lain)... Al-Khitabi menyatakan allah memperelokkan (naddharallah)
bermaksud doa baginya dengan kecantikan dan keelokan iaitu nikmat dan kegembiraan. Keindahan
dan kecantikan adalah kesan-kesan tabligh yang ada pada sifat mubaligh. Mereka memiliki wajah-
wajah yang ceria dan cantik di dunia dan akhirat. Beliau menyatakan bahawa dilarang (tidak disukai)
meringkaskan (membaca) hadis untuk orang yang tidak mencapai darjat tertinggi
kefahamannya(fikh).Justeru al-wayun itu ialah menghafal nas dan melaksanakan fungsinya seperti
yang disebut dan orang yang faqih ialah yang menjaga nas dan maksud -maksudnya yang berfaedah.
6. Termasuk dari tuntutan al-balagh ialah al-Balaghah (kelancaran, kecantikan dan keindahan
bahasa). Qaulan Baligha di dalam ayat 67 surah an- Nisa ialah kata-kata yang terhasil dari
kecantikan lafaz dan makna meliputi unsur targhib dan tarhib, dorongan dan amaran, ganjaran dan
balasan. Sesungguhnya kata-kata yang demikian akan berbekas kepada jiwa. Lantaran itu setiap
pendakwah perlu memahami seni bahasa dan gaya uslub agar dapat menyampaikan risalah
dakwahnya.

9 | P a g e

7. Al-Quran menegaskan keutamaan al-Fasohah (kelancaran) dan kesejahteraan berintonasi di dalam
menyampaikan kata-kata. Allah berfirman di dalam surah Thoha ayat 28 ketikan Nabi Musa a.s
berdoa agar diberi kelancaran dan kefasihan lidah. Nabi Musa a.s sedar dan faham bahawa
kesejahteraan intonasi dan kefasihan kata-kata adalah sebab mencapai al-balagh dan menegakkan
hujah.Ayat ini memberi signal bahawa setiap daie hendaklah berusaha membiasakan dirinya
dengan sebutan yang lancar, betul dan tidak tersekat-sekat.
8. Antara langkah-langkah yang dapat membantu seorang daie untuk sampai ke peringkat al-Balagh
ialah seperti berikut :
- Wujud teman seperjuangan yang dapat menolong memperbaiki metod penyampaian dakwahnya
sebagaimana tindakan Nabi Musa a.s dengan Nabi Harun a.s.
- Menggunakan teknologi moden dan bahan interaktif semasa seperti LCD, Audo-visual, film, peta,
u-tube, internet, sosiodrama dan bahan bantu mengajar serta lain-lain lagi.
- Mempelbagaikan teknik dan uslub penyampaian dakwah sebagaimana dakwah Nabi Nuh a.s.
Dakwah ketika terbuka tidak sama ketika tertutup, dakwah yang disampaikan di waktu malam tidak
sama di waktu siang, boleh jadi dakwah berbekas jika hati berada di waktu lapang dibanding ketika
sibuk, begitu juga berkesan ketika sakit bukan di waktu sihat.Ibn Kathir menjelaskan : pelbagaikan
uslub agar dakwah lebih berjaya.. ( merujuk tindakan Nabi Nuh a.s ke atas kaumnya).
- Menggunakan kata-kata yang lembut, lunak dan enak, memilih kata-kata yang menarik,
memanggil dengan nama yang indah kepada para madu.Ini tidaklah bermakna kita bersikap mudah
di dalam hukum syarak dan bertolak ansur dengan ahli batil.Menngunakan kata-kata yang lembut
menepati ruh ad-dakwah dan prinsip berdakwah dengan kata-kata hikmah dan peringatan yang baik.
( mauizah hasanah).
9. Antara tuntutan al-balagh juga ialah menggunakan kalam al-fasl (perkataan yang jelas, tepat dan
penggugah perhatian). Bagi mendapatkan kata-kata tersebut, perkara-perkara berikut bolehlah
diambil kira iaitu :

Gunakan istilah spesifik


Gunakan kata-kata sederhana
Hindari istilah istilah teknis
Gunakan teknik pengulangan
Hindari kata-kata klise
Gunakan bahasa pasaran secara berhati-hati
Hindari kata-kata yang tidak sopan dan vulgar(kasar)
Jangan memberikan jolokan
Jangan menggunakan eufemisme berlebihan.(ungkapan pelembut)
Gunakan kata-kata yang menyentuh khalayak
Gunakan kata-kata berona ( melukiskan sikap atau perasaan)
Gunakan bahasa figuratif (bahasa yang dibentuk sehingga menimbulkan kesan yang indah)
Gunakan kata-kata tindak dan pengharapan

10. Sebagai peringatan buat sang Daie :

Dakwah secara penuh hikmah dan mauizah hasanah akan menjadikan madu berada di
hadapan seruan dakwah.
Kata-kata kasar akan menjadi dinding penerimaan dakwah kepada madu.

10 | P a g e

Pendakwah yang berjaya ialah mereka yang tidak hilang ganjaran amalnya dan mampu
menseimbangkannya dalam apa jua keadaan sekalipun.
Mauizah hasanah dan Dakwah bilhikmah untuk menarik pendokong dakwah sedangkan al-
mujadalah (perdebatan) untuk menegakkan hujah. Jidal tidak memberikan hasil baik untuk
dakwah.

Kaedah 5 Daie memberikan segala usaha dakwah demi menuntut ganjaran


rabbani

Dakwah akan hidup subur, berkembang dan makmur dengan mengambil kira faktor-faktor
usaha manusia. Daie yang sebenar-benarnya ialah mereka yang mampu menggunakan
faktor sebab dan musabab untuk tujuan dakwah sebagaimana Rasulullah mengambil kira
faktor sebab musabab dan teknik-teknik semasa (terkini) dalam menjayakan misi dakwahnya.
Sirah menunjukkan bagaimana para Sahabat R.A berbeza pendapat dengan Nabi SAW dan
cuai dalam mengambil kira faktor sebab dan musabab telah memberikan kesan yang
menyedihkan (menyakitkan) di dalam Perang Uhud walaupun Rasulullah bersama mereka
dan wahyu turun kepadanya.
Firman allah la yukallifullahi nafsan illa wusahaa.. bermaksud beban atau taklif itu terikat
dengan kemampuan dan kesungguhan melaksanakan perkara tersebut. Imam Qurtubi di
dalam tafsirnya menjelaskan : Allah menayatakan bahawa Dia tidak membebankan
hambaNya waktu turun ayat dengan mana-mana ibadat (ibadat hati atau ibadat anggota)
melainkan dalam skop keupayaan mukallaf dan dalam lingkungan pengetahuannya (mampu
melaksanakannya) dan dengan niatnya...
Seorang Daie mencurahkan sepenuh daya usaha kemampuannya demi mencapai tuntutan
dakwahnya yang besar dan luas.Manusia berbeza dari sudut keupayaan dan kapasitinya
tetapi dia perlu melakukan yang optimum bagi mencapai objektif dakwahnya.Usaha sang
Daie itu hendaklah sentiasa meningkat dan bertambah dari semasa ke semasa.
Para sahabat R.A berpegang dengan neraca ini. Kita dapati mereka berjihad, berjuang dan
ramai antara mereka mati diluar negara mereka. Lihatlah Abu Ayyub al- Ansori dikebumikan
di Kota Konstantinople, Ummu Haram b. Malham di Cpyrus, Uqbah b. Amir di Mesir dan
Bilal b. Rabah di Damsyik.
Mereka bertebaran ke seluruh pelusuk dunia semata-mata untuk mengangkat panji-panji
Islam dan mengorbankan harga yang paling tinggi atau rendah semata-mata kerananya.Ini
kerana mereka berpegang pada konsep la yu kallifullah illa wus aahaa...
Lihatlah para sahabat r.a seusai Perang Uhud,terus menyahut seruan allah swt untuk
berdepan dengan orang-orang Musyrik. Kata Usaid b. Hudhir : Dengar dan Taat kepada
perintah Allah dan Rasul walaupun ada 7 luka kecederaan.Begitu juga Thufail b. an-Numan
yang mengalami 13 luka, begitu juga Bakhras b. As-Sommah yang mengalami 10 luka
Ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Irodah Qowiyyah ( kehendak yang kuat) yang
diberikan dari usaha akan dapat menghadapi cabaran dan penderitaan. Sedangkan
kehendak (kemampuan) yang lemah akan tetap lemah sekalipun ada wasilah dan
keupayaannya.
Kemampuan adalah merupakan dorongan dalaman yang menagarh untuk mencapai tujuan
tersebut dengan izin allah. Tanpanya seseorang itu akan ditimpa kelemahan. Justeru itu Nabi
SAW mengajar kita dengan satu doa : Ya allah, kami berlindung dari sifat sedih dan dukacita,
dari lemah dan malas, dari penakit dan bakhil, dari sifat menanggung hutang dan dikuasai
orang lain..
Rasulullah pernah mengingatkan kita di dalam satu hadis yang bermaksud : Mukmin yang
kuat lebih baik dan disukai Allah dari mukmin yang lemah, dalam semua kebaikan hendaklah

11 | P a g e

kamu berusaha mencapai apa yang member manfaat kepadaMu, pintalah pertolongan dari
Allah dan janganlah kamu merasa lemah..[riwayat Muslim].
Perasan lemah dan rasa tidak mampu yang sentiasa meniti dibibir para duat akan
mengabaikan tenaga Islam dan melambatkan kenderaan dakwah.
Sang Daie yang tidak mempromosikan dirinya untuk menebar dan melimpahkan dakwahnya,
tanpa rasa takut pada kegagalan, tidak terbeban dengan kritikan khalayak, sesungguhnya dia
tidak akan maju dan sampai ke tahap taujih dan taghyir (melakukan perubahan).

Apakah ukuran batasan kemampuan tersebut :


Allah menjelaskan perkara tersebut di dalam firmanya :
1. Sesungguhnya orang-orang beriman,yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, yang
memberi tempat tinggal, yang memberi bantuan, mereka itulah orang-orang mukmin yang
sebenarnya. [ Anfal : 74 ]
2. Dan orang-orang yang beriman, yang berhijrah dan berjihad di jalan allah dengan harta dan
jiwa mereka adalah semulia-mulia kedudukan di sisi allah. [ Taubah : 20]
3. Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang beriman dengan allah
dan Rasulnya kemudian tiada keraguan lantas berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada
jalan allah. [Hujurat : 15]
4. Berangkatlah kamu ke medan perang samada ringan atau berat dan berjihadlah dengan
harta dan jiwa kamu pada jalan allah. [Taubah : 41 ]
Maksud firman allah [ Infiru khifafan wa thiqaala ] merangkumi 7 kategori manusia:
1. Rasa ringan untuk berjihad atas sebab keaktifan kamu terhadapnya dan rasa berat atas
beban kesukaran yang terpaksa kamu menanggungnya.
2. Ringan atas sedikit beban belanja keluarga kamu dan berat atas banyaknya tanggungan
keluarga kamu.
3. Ringan untuk memikul senjata dan berat memikul senjata.
4. Orang yang berkenderaan dan yang berjalan.
5. Orang muda dan orang tua.
6. Orang yang berbadan kurus dan yang berbadan gemuk.
7. Orang yang sihat dan orang yang sakit.
Para ulama menyatakan semua kategori manusia termasuk dalam menyahut tuntutan jihad ini
kerana ia bersifat gambaran. Kata Mujahid : Abu Ayyub telah mempersaksikan jihadnya dalam
medan Badar bersama Rasulullah SAW dan tidak mundur dalam semua peperangan yang
ditempuh oleh orang-orang Islam...Begitu juga jihad Sofwan b. Amru . Walaupun sudah menjadi
Gabenor Hims dalam usia yang sudah tua. Katanya pada anak saudaranya : Wahai anak
saudaraku ! allah meminta kita agar mara berjihad samada ketika waktu ringan atau berat.
Ingatlah ! sesungguhnya siapa yang dicintai allah pasti akan diujinya... Saeed b. Musayyib pergi
berjihad dan telah hilang kedua belah matanya. Telah dikatakan padanya : kamu cacat dan ada
mudarat. Maka jawab Saeed : Berperang kamu ke jalan allah samada ringan atau berat, jika aku
lemah dari berjihad aku akan pasti banyakkan harta dan menjaga segala benda keperluan.Telah
dikatakan pada Miqdad b. al-Aswad sedangkan belian teringin untuk pergi berjihad : Kamu sudah
uzur... Maka kata beliau : Allah telah menurunkan ke atas kami di dalam surah Baraah [ Infiru
khifafan wa thiqhalaa..].
Dakwah adalah gerakan (berjihad ) ke jalan allah

12 | P a g e

Jihad ke jalan allah tidak terhenti pada jihad Qital (perang) bahkan ia bersifat umum .
Termasuk dalam pengertian ini ialah berdakwah ke jalan allah sebagaimana firman allah
dalam ayat 122 di dalam surah at-Taubah. Imam Ar-Razi apabila mengulas tentang ayat ini
menayatkan bahawa Rasulullah SAW membahagikan dua kelompok dalam amal jihad.
Pertama : bergerak ke medan perang dan jihad dan yang kedua tinggal bersama Rasulullah
SAW.Kelompok yang pergi ke medan jihad menjadi pengganti kepada kelompok kedua
dalam soal jihad manakala kelompok kedua pula menjadi pengganti kelompok pertama di
dalam soal tafaqquh (mendalami urusan agama). Dengan ini urusan agama menjadi
sempurna dengan peranan dua kelompok ini.
Lantaran itu seorang muslim dituntut mencurahkan sepenuh tenaga,
usahanya,bertanggungjawab terhadap taklif pada dirinya untuk membantu dan
memenangkan Islam dalam pelbagai bentuk jihad.paling asas berdakwah dengan penuh
hikmah dan member peringatan yang baik. Biarpun Islam tidak meminta sang buta untuk
memberikan apa yang termampu olehnya dibandingkan dengan yang mampu melihat, tetapi
semuanya mesti mencurahkan segala usahanya yang termampu sebagai menyahut perintah
infiru khifafan wa thiqaala.
Seorang mukmin dituntut mencapai darjat ketaqwaan yang tinggi berdasarkan kemampuan
dan usahanya. Darjat ketaqwaan insan akan meningkat dengan meningkatnya nilai ilmu,
menyukuri segala nikmat dan melakukan amal yang banyak.
Syuur takut akan kekurangan dalam mengorbankan segala yang ada untuk berjihad dan
keadaan orang takut berkorban segala usahanya untuk mencapai darjat ketaqwaan adalah
merupakan satu kedudukan dari kedudukan golongan Siddiqin.Ini akan menjadikannya
menuju ke tingkatan yang tinggi , suci dari sifat riak dan mencari sanjunagn dan menajamkan
himmah menuju sebaik-baik amal.
Seorang Daie yang sampai tahap rasa takut dan rasa kasih sayang allah akan menjadi
pendorong untuk bersifat Sidq (benar) dalam menentukan keupayaan dan kemampuannya
dalam amal dakwah dan jihadnya.

Kaedah 6 Daie adalah cermin bagi dakwah dan modelnya.




Tidak dapat disangkal lagi hubungan erat antara sang Daie dan dakwah yang
diserunya.Hubungan erat antara Daie dan dakwah sentiasa terpahat di minda manusia.
Seorang Daie menjadi saksi untuk dakwahnya. Ia menjadi persaksian yang kadang-kadang
menyebabkan manusia menerima seruan dakwahnya atau menolak seruan tersebut.

Manusia yang menerima seruan dakwah berasaskan keyakinan pada prinsip-prinsip yang
diyakini amat sedikit pada masakini sedangkan ramai manusia selalunya berinteraksi dengan
mereka yang memegang kepada prinsip atau dengan jurubicara prinsip tersebut.
Jika prinsip atau mabda kuat, murni maka komitmennya tinggi dan jalan mencapainya amat
sukar.Begitulah Islam yang mengandungi segala kewajipan dan taklif telah menjadikan
mujahadah sebagai jalan untuk mencapai kedudukan tertinggi, berterusan tidak lemah dan
terputus.
Anologinya jika Sang Daie jauh dari komited (iltizam) dengan kewajipan Islam maka ia
akan menjadi objek fitnah dan menjauhkan manusia dari agama Allah, memutus jalan
untuk membawa manusia menerima seruan risalahnya.

13 | P a g e

Model atau contoh terbaik dalam hal ini ialah para sahabat r.a . Mereka mempamerkan
model terbaik tentang Islam dan dakwah yang mereka seru. Kesannya manusia tertarik
dengan seruan dakwah yang disampaikan mereka.
Hasan al-Basri mencoretkan gambaran model terbaik generasi sahabat r.a . Katanya : Telah
zahir dari kalangan mereka tanda-tanda kebaikan, rupa, petunjuk dan kebenaran di langi,
pakaian mereka yang simple dan berpada, lagak jalan penuh tawaduk,logic yang disusuli
amal, makan dan minum dari rezeki yang baik,ketundukan mereka dengan sentiasa
melakukan ketaatan jepada tuhan mereka,dipandu dengan kebenaran samada pada
perkara yang mereka suka atau benci,memberi apa sahaja demi kebenaran dari jiwa
mereka,memandang ringan kemurkaan makhluk demi mencapai redha Allah,lisan mereka
sibuk berzikir, mereka mengorbankan darah mereka ketika diminta pertolongan, juga
harta ketika dalam keadaan memerlukan wang,indah akhlak mereka dan mulia perlakuan
mereka.
Para sahabat telah memberikan gambaran terbaik tentang hakikat ad-Deen dalam bentuk
yang terang dan mulia dikalangan manusia. Mereka tegar menghadapi ujian dan cobaan,
meninggalkan jalan rukhshah (pilih jalan azimah) yang mungkin menjadi sebab fitnah kepada
golongan yang tidak beriman.
Lihatlah kehebatan dan kekuatan Abdullah b. Huzaifah as-Sahmy , sahabat Rasulullah SAW
yang ditawan Rom.Beliau telah diuji dengan ujian yang dahsyat agar keluar Islam. Beliau
telah disalib, dipanah dengan busur, dicampakkan dalam bekas air yang mendidih . Raja
bertanya : Mengapa kamu menangis?.. Kata Abdullah : aku bercita-cita diberikan 100
nyawa agar dicampakkan seperti ini demi kerana allah (mempertahankan iman). Maka Raja
Rom berasa hairan dan takjub dengan pendirian sahabat Rasulullah s.a.w.
Apabila penduduk negara-negara pembukaan Islam (al-fath al-islami) melihat perilaku,
akhlak dan kebenaran akidah yang dibawa oleh para sahabat r.a , melihat kethabatan akidah
mereka , contoh unggul para sahabat ra.kepada manhaj Islam, lantas mereka terus
menerima (memeluk) Islam.
Ibnu Qaiyyim mencoretkan kenapa ramai orang-orang Nasrani tertarik dan memeluk Islam.
Ini adalah qudwah dan contoh yang baik yang telah ditunjukkan oleh para sahabat r.a.Kata
Ibnu Qaiyyim : [Sesungguhnya kami telah berdakwah, juga orang yang selain kami turut
berdakwah pada ramai ahli Kitab kepada Islam, mereka memberitahu kami bahawa
halangan bagi mereka (memeluk Islam) adalah apabila mereka sikap dan contoh yang ada
pada orang Islam]. Ungkapan ini dilontarkan oleh Ibnu Qayyim pada abad 18 hijrah.
Bagaimana pula pandangan beliau apabila melihat realiti umat islam yang berbeza pada
abad ini.
Seorang Daie boleh jadi seorang yang terkenal di dalam masyarakat atau tidak dikenali di sisi
mereka.Apabila beliau melalui jalan dakwah, maka sifat Istiqamah,warak adalah kunci
penerimaan manusia akan dakwahnya. Ia akan menjadi pendorong manusia menerima
risalahnya dan kata-katanya berbekas ke lubuk hati manusia.
Sebaliknya jika Sang Daie tadi tidak menunjukkan contoh yang baik dari aspek komitmen
keislamannya, maka kata-katanya ibarat panah yang tidak mencapai sasaran.
Al-Mawardi di dalam kitab Adab ad-Dunya wa ad-Deen mengungkapkan kata-kata Ali b.
Abi Talib : [ Sesungguhnya manusia menjadi zuhud di dalam menuntut ilmu tatkala mereka
melihat sedikit sekali untuk manfaatkan ilmu yang mereka tahu..telah dikatakan sebaik-
baik kata apa yang dipraktikannya, sebaik-baik yang betul apa yang disebutkan, sebaik-
baik ilmu apa yang ditanggungnya [diamalkan & bermanfaat].
Kata orang-orang solih ; [ ilmu sentiasa memanggil (berteriak) kepada amal , jika kamu
menyahutnya maka bergunalah (ilmu) tersebut kecuali ia akan pergi (berlalu ) sahaja..].
Sebahagian para pujangga bahasa pernah berkata : [ Daripada kesempurnaan ilmu ia
menggunakannya (beramal dengannya) manakala daripada kesempurnaan amal pula ia
membebaskannya iaitu bersungguh-sungguh melaksanakannya sedikit demi sedikit..]

14 | P a g e

Sang Daie yang tidak dikenali manusia, maka kata-katanya kekal tergantung, tidak ada yang
menerima atau menolak. Jika manusia mengenali daya istiqamah dan contoh yang boleh
diikuti maka kata-katanya berada di posisi penerimaan dan bulatan pengaruh.
Sebenarnya kehidupan seorang Daie samada bersifat umum atau khusus menjadi tempat
pemerhatian semua manusia. Mata-mata manusia sentiasa memerhati dan menilai
keperibadiannya. Manusia akan menjadi pembesar suara terhadap apa yang dia lakukan.
Sebelum Sang Daie meminta manusia meninggalkan ghibah (membicarakan keburukan
dirinya) maka sewajarnya ia menolak ghibah dan tohmah ke atas dirinya dahulu. Sang
Daie hendaklah sentiasa menjaga kehidupannya yang bersifat umum atau khusus sebelum
terbongkar pekung dirinya (terdedah keaibannya).

Kaedah 7 Berbicaralah dengan manusia menurut kadar pemikiran mereka


Dakwah adalah seruan ke jalan allah. Seruan tersebut tegak di atas prinsip hikmah dan peringatan
yang baik ( Mauizah Hasanah). Hikmah atau kebijaksanaan di dalam berdakwah tampak zahir dari
segi memahami kesesuaian kaedah dakwah dengan kelompok sasaran dakwah. Seorang Daie yang
bijak tidak mengungkapkan bicaranya berdasarkan kemampuan ilmunya semata-mata tetapi
berinteraksi dengan manusia berdasrkan kemampuan dan keupayaan sasaran dakwahnya (Madu)
dari kelompok manusia yang mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Sang Daie tersebut tidak
akan membawa risalah dakwahnya diluar keupayaan dan kemampuannya.
Ibnu Abbas R.A amat memahani firman Allah [ Kunuu Rabbaniyin ] dengan maksud [ jadilah kamu
seorang yang lembut dan faqih ]. Imam Bukhori di dalam syarah Fathul Bari menyatakan Arr-
Rabbaniyin ialah seseorang yang digelar sebagai Rabbaniy ialah yang mendidik manusia dengan
(Sighor al-Ilmu) sekecil-kecil ilmu sebelum sebesar-besar ilmu ( Kibar al-Ilmu)
Memulakan dakwah dengan sekecil-kecil ilmu menunjukkan asas rujukan tersebut mengambil kira
kepada meraikan kemampuan akal agar dakwah tersebut tidak menjauhkan para madu dengan
seruan dakwah tersebut. Ibnu Hajar ketika membuat ulasan menyatakan : yang diertikan dengan
Sighor al-Ilmi ialah apa yang terang dan jelas masalahnya sedangkan dengan sebesar-besar ilmu pula
ialah yang mendalam tentang masalah tersebut...
Terdapat nas-nas yang menyokong betapa pentingnya para Daie menyampaikan risalah dakwahnya
sesuai dengan keupayaan dan kemampuan akal para madunya. Antara nas-nas tersebut ialah :
1. Imam Bukhori r.a membawa satu hadis yang diterjemahkan dengan kata-katanya ( Bab
meninggalkan satu pilihan ditakuti membawa salah faham manusia terhadapnya yang akan
membawa kesan yang lebih buruk. Kemudian dia mengeluarkan hadis tersebut melalui jalnnya
kepada Al-Aswad. Katanya: Telah berkata kepadaku Ibnu Az-Zubair : Bahawa Aishah R.A amat suka
kepada kamu , maka apakah yang dia telah bicarakan kepada kamu tentang Kaabah ?. Aku berkata :
Dia telah berkata kepadaku : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : Wahai Aishah, kalau tidak
kerana kaum kamu berbica (tentang perjanjian mereka) , Kata Ibnu Az-Zubair dengan menolak ,
nescaya aka binasalah Kaabah dan ada dua pintu, satu pintu manusia masuk dan satu pintu manusia
keluar. Ibnu Hajar membuat ulasan dengan menyatakan bahawa faedah yang dapat diperolehi dari
hadis ini ialah meninggalkan maslahah agar tidak terjatuh ke dalam mafsadah (kerosakan) yang lain
pula.
2. Imam Muslim pula mengeluarkan Sanadnya kepada Ibnu Masud dengan berkata : [ Tidaklah
kamu berbicara dengan satu kaum mana-mana perbicaraan yang tidak mampu ditanggapi(dicapai)
akal mereka melainkan ia akan membawa kepada fitnah..]

15 | P a g e

3. Imam Bukhori pula mengeluarkan satu hadis yang menyatakan bahawa Nabi SAW telah
bersabda kepada Muaz b. Jabal. Sabdanya : Wahai Muaz b. Jabal. Kata Muaz : Labbaika Ya
Rasulullah dan berbahagialah kamu. Kata Nabi SAW : Wahai Muaz , Jawab Muaz Labbaika Ya
Rasulullah dan berbahagialah kamu (sebanyak 3 kali). Sabda Rasulullah SAW : Tidaklah salah
seorang daripada kamu mempersaksikan La Ilaha illah dan Muhammad Rasulullah dari hatinya
kecuali Allah mengharamkannya dicampakkan ke dalam neraka.. Muaz berkata Wahai Rasulullah :
Tidakkah aku perlu memberitahu kepada manusia agar mereka bergembira. Sabda Rasulullah SAW :
Jika begini, maka jadilah mereka akan berserah sahaja(cukup dengan bersyahadah). Hadis ini jika
didengari oleh ramai manusia boleh membawa kepada salah faham iaitu meninggalkan untuk
beramal (tuntutan Syahadah) kepada cukup dengan membuat pengakuan semata-mata. Hadis ini
sebenarnya diucapkan oleh Muaz sebelum dia meninggal dunia , takut terjatuh dalam dosa kerana
tidak menyatakan kepentingan mempersaksikan dua kalimah syahadah sebelum mati.
Manusia pelbagai jenis dan lapisan kelompok.
Manusia yang menjadi sasaran dakwah terdiri dari pelbagai jenis dan lapisan. Antara lapisan
kelompok manusia adalah seperti berikut :
1. Kelompok Pertama : Orang awam yang tidak terpelajar.

Berinteraksi dengan kelompok ini dan berdakwah kepada mereka amat sukar. Keadaan
mereka sama seperti mengajar para pelajar yang baru belajar membaca dan menulis.
Kesilapan dalam mendidik dan membimbing mereka akan membawa mereka berpaling dari
seruan dakwah.
Menyampaikan seruan dakwah kepada kelompok ini tidak memerlukan kepada perincian
mendalam terhadap satu-satu isu, dikemukakan hujah-hujah yang konkrit dan sistem yang
bercabang-cabang.
Berdepan dengan kelompok ini memerlukan Sang Daie yang mahir seni berdakwah
dan menyampaikan bicara kepada mereka.
Kelompok awam ini lebih terkesan kepada dakwah yang sifatnya dapat dirasai (menyentuh)
disbanding sesuatu yang abstrak. Dakwah yang mengambil kira keperluan dan suasana
hidup yang khusus adalah jalan (method) yang paling dekat kepada hati mereka.
Mengemukan contoh-contoh atau model yang lahir dari persekitaran mereka adalah
merupakan contoh-contoh yang mudah difahami dan ditanggapi mereka. Mereka mudah
terkesan dengan gerakan sentiment(emosi) dari rasional akal. Menggunakan uslub Targhib
dan Tarhib lebih memberikan kesan pada jiwa mereka seperti membawa kisah para
salafusolih, berita-berita para wali, peristiwa-peristiwa penting di dalam Sirah dalam bentuk
penceritaan dan pengkisahan bukan dalam bentuk analisis.

2. Kelompok Kedua :Golongan cerdik pandai yang berkelulusan universiti

Mereka dari kelompok ini menekankan kepada analisis, penyelidikan, bukti-bukti, data-data
dan sebab musabab. Berinteraksi dengan kelompok ini perlu meraikan kedudukan akademik
mereka. Mereka yang mampu berbicara dengan kelompok awam, boleh jadi tidak mampu
berinteraksi dengan kelompok ini. Ini dibimbangi akan membawa kepada fitnah jika tidak
diurus dengan mereka yang berkemampuan dan berkelayakan statusnya.

3. Kelompok Ketiga : Golongan akademik dan memiliki spesialisasi (kepakaran) di dalam


bidang-bidang tertentu.

16 | P a g e

Berineraksi dengan kelompok yang memiliki kepakaran dan spesialisasi ini memerlukan Sang
Daie yang juga memiliki kepakaran tersebut. Untuk berbicara dan berdakwah kepada
golongan para doktor, memerlukan sang Daie yang mahir berkaitan dengan ilmu perubatan.
Sedangkan bidang perubatan pun ada bidang-bidang kepakaran tertentu.
Begitu juga untuk berbicara denagn para peguam memerlukan penguasaan berkaitan ilmu
undang-undang dan selok belok keguaman.

Kesimpulannya setiap Daie perlu mempersiapkan dirinya dengan pelbagai disiplin ilmu di samping
penguasaan tentang ilmu syarak. Jika dia ditaklifkan untuk melaksanakan tugas dakwah kepada
kelompok ikhtisas tertentu, maka paling baik dia mempelajari ikhtisas tersebut dan berusaha
menambahkan pengetahuan berkaitan dengannya.. Dengan ini khitob dakwah akan sampai dan
memenuhi sasaran madu.

Kaedah 8 Ujian adalah sunnatullah


Jalan dakwah, jalan yang panjang dan sukar, payah dan memenatkan. Namun ini adalah yang paling
athbat (kukuh), tulen dan terjamin. Jalan ini tidak dihampiri dengan permaidani merah, ditaburi
bunga-bunga tetapi sarat dengan mehnah dan ibtilak.
Setiap amal dijalan dakwah memerlukan pengorbanan dan keringat. Semakin sukar dan sulit jalan
dakwah ini, maka semakin perlu setiap para Daie kepada usaha yang lebih besar di segi persiapan
dan latihan untuk mengharungi beban amal tersebut. Sedangkan amal untuk agama Allah sentiasa
berterusan, pelbagai bentuk dan luas medannya.
Berdakwah dijalan allah tidak terhentu pada satu-satu cara tetapi merentas kepada aspek substance
(isi) iaitu kandungan perisian dakwah. Tugas dan tanggungjawab yang dipikul para Daie sentiasa
bertambah sehari demi sehari. Tanggungjawab para Daie semakin besar selepas berjaya
memenangkan fikrahnya berbanding sebelum itu.
Lantaran itu Allah SWT menjadikan ujian (Ibtila) untuk menguji sof para Duat. Jamaah Islamiah
tidak akan berjaya mencapai visi dan misi perjuangannya melainkan setelah melalui fasa Ibtila dan
Mehnah. (ujian dan cobaan).
Banyak hadis-hadis dan ayat-ayat al-Quran yang menjalaskan bahwa ujian adalah satu daripada
sunnatud ad-dakwah.
1. Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah R.A bahawa Rasulullahs SAW bersabda :
Perumpamaan seorang Mukmin adalah seperti satu tanaman yang tumbuh dan tidak lekang
berdepan angin yang menggoyangkannya, dan sentiasalah seorang Mukmin itu
ditimpa dengan ujian. Sedangkan orang Munafik pula umpama satu pokok padi yang tidak
bergoyang melainkan setelah dituai dan dikumpul hasilnya.. [ Imam Muslim 4/2162]
Begitulah gambaran seorang Mukmin ibarat tanaman yang sentiasa terdedah kepada angin kencang
dan kuat. Dengan ini menjadikannya kukuh, utuh dan mantap berdepan segala ujian dan halanagn,
sedangkan sang Munafik tadi ibarat pokok padi yang tumbuh membesar tanpa menghadapi
kegoncangan angin, tidak akan mampu berdepan dengan ujian yang dahsyat dan mengerikan.
Begitulag Sang Daie akan mampu dan kuat menanggung kesulitan dan kepayahan di jalan adakwah
selama mana ia berdepan dengan pelbagai trubulasi dan rintangan.
Kenapa para Daie perlu menghadapi ujian sebagai satu Sunnatud ad-Dakwah ?

17 | P a g e

1. Ujian adalah proses untuk membina dan memantapkan Jamaah Islamiah. Tanpa ujian (Ibtila)
Jamaah tidak akan mampu menghadapi tribulasi demi tribulasi sepanjang perjalanan dakwah ini.
Seerah telah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat r.a telah melalui fasa-fasa ini
sebelum mengecapi kemenangan perjuangan. Hakikatnya ujian adalah batu bata perjuangan yang
mesti ditempuh dan dirempuh sebagai satu sunnah dakwah.
2. Ibtila adalah proses menyaring dan memilih anasir yang kuat dan soleh di dalam Sof dakwah.
Tujuannya tidak lain agar Jamaah Isdlamiah tidak dipenuhi dengan mereka yang lemah yang boleh
menimbulkan kerosakan kepada Jamaah Islamiah. Mereka yang telah teruji dan mampu memikul
beban dakwah akan thabat dan tetap pendirian di jalan dakwah. Mereka adalah para amilin (pekerja)
yang thabat berdepan dengan ujian, hasil dari keimanan yang mantap dijiwa mereka, mengharap
keredhaan allah dan ganjaran akhirat. Ini kerana mereka memahami bahawa kepayahan dan
kesukaran dijalan dakwah lebih besar dari habuan yang mereka akan perolehi di dunia ini.
3. Ibtila memaparkan kelompok yang membenarkan janji mereka dengan allah dan hakikat
penggabungan mereka terhadap nilai Iman. Inilah yang diungkapkan oleh firman Allah di dalam
surah Ali Imran ketika menggambarkan ujian yang telah ditimpa oleh orang-orang islam di dalam
Perang Uhud.
Jika kamu mendapat luka , maka sesungguhnya kaum Musyrik itupun mendapat luka seperti kamu.
Dan demikianlah , kami pergilirkan hari-hari (menang dan kalah) antara manusia supaya Allah
mengatahui orang yang benar-benar tetap iman mereka dan memilih antara kamu para Syuhada.
Dan allah tidak suka kepada orang berlaku zalim. (140)
Dan supaya allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan
membinakan orang-orang kafir..(141)
Imam Ar-Razi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa proses pergiliran ini (at-Tadawul) ini
bukan bermaksud allah memenangkan orang-orang Kafir tetapi pergiliran ini menunjukkan bahawa
Allah memberikan ujian dahsyat ke atas orang-orang kafir dan kadang-kadang ke atas orang yang
beriman. Ujian ini boleh dilihat dari beberapa perspektif berikut :
1. Kalaulah Allah memberi ujian yang dahsyat ke atas orang Kafir pada setiap masa dan
menghapuskannya ke atas orang-orang Mukmin maka akan terhasil satu pengetahuan bahawa Iman
adalah Haq (satu kebenaran) dan yang lainnya adalah Batil (kebatilan). Dengan ini akan terhapus
beban taklif, ganjaran pahala dan balasan kejahatan (Iqob). Justeru allah pergilirkan perkara ini ke
atas kelompok mukmin dan kelompok kafir.
2. Seorang mukmin kadang-kadang melakukan dosa dan maksiat, maka Allah memberikan ujian
yang dahsyat ke atasnya sebagai proses tadib (memberi adab) kepadanya.
4. Ibtilak memperdalamkan jurang antara kelompok yang beriman dan kelompok yang kufur.
Tidak ada titik pertemuan antara keduanya sama sekali. Kelompok kafir akan sentiasa
mendendangkan irama kesakitan dan kepayahan ke atas orang-orang yang beriman. Peperangan ini
berterusan dan berlanjutan sehinggalah orang-orang kafir tunduk kepada hukum Islam. Kalaulah
orang kafir berlembut dengan orang yang beriman dan membenarkan orang mukmin
menyampaikan risalah dakwah maka orang-orang yang lemah iman berkata : Bukanlah orang kafir
seburuk sifatnya seperti yang disangka... Allah SWT memberikan penegasan di dalam al-Quran di
dalam ayat 105 dan 217 Surah al-Baqarah yang bermaksud :

18 | P a g e

Orang-orang kafir dari ahli Kitab dan juga orang-orang Musyrik, tidak suka kiranya diturunkan
kepada kamu sedikit pun dari kebaikan dari TuhanMu. (105 al-Baqarah)
dan orang-orang kafir sentiasa memerangi kamu sehingga mereka mahu memalingkan kamu dari
agama kamu jika mereka mampu melakukannya (yang demikian itu). (217).
5. Ibtila memperkuatkan ikatan sesama mukmin dengan ikatan pemikiran dan perasaan. Ujian
ini membawa orang-orang mukmin berfikir kepada satu hakikat binaan Islam yang padu, yang akan
memberikan mereka satu binaan yang kuat dan mantap. Sesungguhnya mereka yang telah diuji
demi kerana keimanan, mereka telah memberikan sesuatu yang paling mahal di dalam hidup
mereka dari jiwa, harta, anak-anak dan negara mereka demi kerana keimanan. Ujian akan
menguatkan ikatan perasaan yang mendalam dan mencapai hakikat kebersamaan dan bantu
membantu. Kadang-kadang manusia mudah lupa orang yang bersamanya di saat-saat kegembiraan
sedangkan manusia tiadak akan melupakan seseorang di saat-saat kepayahan dan kesukaran.
6. Ibtilak adalah dalil terkuat yang menunjukkan kemampuan dan keutuhan dakwah. Ramai
manusia menerima seruan dakwah apabila mereka melihat para pendakwah thabat (teguh) di atas
jalan dakwah, tinggi kesabaran dalam mengharungi ujian yang jauh lebih dahsyat. Menanggung
beban ujian adalah satu persaksian ketahanan mereka dihadapan manusia.Khubaib b. Adi R.A
sentiasa mendendangkan ungkapan syairnya:
Aku tidak peduli ketika aku berperang sebagai seorang muslim
Dari arah mana..demi kerana Allah aku akan gugur (sebagai Syahid)..
7. Ibtilak akan menjadikan seorang mukmin sentiasa berhati-hati dan takutkan Allah. Seorang
mukmin akan sentiasa meningkatkan kualiti amalnya dan berusaha mencapai syarat-syarat
kemenangan serta menjauhkan sebab-sebab yang membawa kekalahan seperti maksiat dan dosa,
sikap lemah dan menyerah diri.
8. Ujian membentuk sifat ikhlas di dalam jiwa mukmin. Imam Ar-razi di dalam tafsirnya
menyatakan bahawa : Sesungguhnya keikhlasan seseorang insan dilihat ketika berada dalam
keadaan ujian (ditimpa bala), dia lebih banyak kembali mengadu kepada Allahnya berbanding
ketika menerima habuan dunia.

Allah menjelaskan hakikat dan sunnah ini melalui firmannya yang bermaksud :
Dan kami pasti menguji kamu dengan setu ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-
buahan, dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar yang apabila mereka diuji
dengan satu-satu musibah , mereka berkata : sesungguhnya dari allah dan kepadanya kami
dikembalikan...

As-Syeikh Mustafa Masyur di dalam bukunya Jalan Dakwah menjelaskan dengan panjang lebar
hakikat ini di dalam bab tribulasi dan mehnah di jalan dakwah.
Moga para pendakwah sentiasa bersabar dengan ujian kerana ia adalah satu sunnah dari sunnah
berdakwah

19 | P a g e

Kaedah 9 : Lapangan dakwah luas,maka pilihlah orang yang terbaik untuk


menerima seruan dakwah
(

Dakwah di fasa Tasis (pengasasan) dan Takwen (pembinaan) memerlukan usaha yang berlipat ganda
terutama untuk memilih anasir terpilih (nukhbah) agar dapat bergabung dengan kafilah dakwah.
Memilih anasir soleh adalah mabda (prinsip asas) di dalam amal dakwah khususnya di fasa-fasa awal
dakwah. Usaha ini dilakukan dengan amal tajmik dan dakwah fardiyah yang terancang, sistematik,
bermanhaj dan bermarhalah.
Antara kaedah berdakwah di dalam memilih anasir-anasir terbaik ini ialah :

Mulakan dengan orang yang dekat sebelum yang jauh.(




)
Mulakan dengan orang yang muda sebelum dewasa. (


)
Mulakan dengan orang yang tawadhuk dari yang sombong.(


)
Mulakan dengan orang yang berilmu sebelum yang buta huruf. (


)
Mulakan dengan orang yang belum intima dari yang sudah intima.(



)
Mulakan dengan kenalan kerja sebelum yang lain. (




)

a) Mulakan dengan orang yang paling dekat sebelum yang jauh.


Dakwah kita adalah dakwah untuk semua manusia. Tidak ada seorang manusia terlepas dari kita
menyampaikan seruan dakwah. Memulakan dakwah dengan orang yang paling dekat hubungan
ikatan kekeluargaan adalah keutamaan sebelum kita menyampaikan kepada orang yang jauh ikatan
kekeluargaan.Ini kerana mereka amat dekat dengan kehidupan Sang Daie. Sang Daie amat
mengenali latar kehidupan mereka, bergaul sejak kecil sehingga besar, memahami susah payah,
kerenah dan keperluan mereka berbanding mereka yang jauh ikatan keakraban.
Mereka ini akan mudah mencela dan mencemuh para daie jika dia lalai dan mengabaikan dari
mengambil berat urusan mereka dan mengutamakan yang jauh. Sang Daie ini adalah harapan
mereka, dia bergelut dengan kehidupan mereka. Segala kesusahan, kepayahan, kesenangan mereka
adalah dibawah tanggungjawab Sang Daie tadi dan dia pasti akan dipersoalkan di hadapan allah.
Prihatin dan pedulinya Sang daie terhadap hal kaum kerabatnya adalah tuntutan syarie sehinggakan
Allah SWT menyebut di dalam al-Quran sebagai taujih kepada Rasulullah SAW :
dan berilah peringatan kepada ahli keluargamu dan kaum kerabatmu yang terdekat.. (Surah
Syuara 214)
Imam Ar-Razi ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa kemudian dia memerintahnya
(Muhammad) berdakwah kepada orang yang paling dekat denganya dan seterusnya yang dekat
dengannya, yang demikian itu jika dia berkeras pada dirinya dahulu(sahut dakwah) kemudian pada
orang yang paling dekat dengannya dan seterusnya yang paling dekat juga, maka tidak ada orang
yang akan melemparkan fitnah terhadap dia (Muhammad), bahkan kata-katanya berguna dan
member kesan...

20 | P a g e

Apabila turun ayat ini, Nabi SAW segera naik ke Bukit Sofa dan mengumpulkan kabilah-kabilah
Quraisyh yang berbagai-bagai dan menyampaikan seruan dakwahnya. Ibnu Hajar menjelaskan
bahawa hikmah memulakan dakwah pada kaum kerabat dahulu agar ia menjadi hujah untuk
disampaikan dakwah pada orang lain setelah disampaikan pada orang yang terdekat dengannya, jika
tidak ia menjadi sebab orang yang jauh darinya terhalang menerima seruan dakwah.
b) Mulakan dengan orang yang muda sebelum dewasa.
Berdakwah kepada orang yang muda lebih member kesan yang efektif berbanding orang dewasa. Ini
kerana fikiran dan perilaku orang muda tidak dicemari dengan perkara negatif. Berinteraksi dengan
anak-anak muda lebih mudah berbanding dengan orang yand dewasa disebabakan kedudukan social
mereka, kesibukan kerjaya, tanggungjawab yang banyak dan takut kehilangan sumber kekayaan.
Anak-anak muda yang segera menyahut panggilan dakwah tadi mudah dibentuk dan dibina dan Sang
daie tadi tidak memerlukan masa yang panjang untuk mentarbiyah mereka, menanggalkan karat-
karat jahiliyah pada diri mereka berbanding generasi dewasa. Ini akan memudahkan proses
menyemai benih-benih akhlak dan nilai-nilai Islam pada diri anak-anak muda ini.
Sejarah dakwah menyaksikan bahawa pendokong dakwah adalah terdiri dari kalangan anak-anak
muda. Para pengikut awal dakwah Rasulullah SAW adalah terdiri dari kalangan orang muda seperti
Saidina Ali, Zaid b. Harithah, Uthman dan sebagainya .Mereka adalah zuriat yang secara tabiinya
menjadi pengikut para rasul dan penggerak dakwah. Ini bukanlah bermakna mengabaikan generasi
dewasa tetapi menekankan betapa orang muda lebih mudah dan cepat menerima seruan dakwah.
Menumpukan dakwah pada kelompok ini bermakna menyiapkan generasi masa depan. Pemuda hari
ini, pemimpin hari esok. Mereka adalah masa depan umat.
c) Mulakan dengan orang yang tawadhuk dari yang sombong.
Mengutamakan untuk berdakwah kepada orang yang tawadhuk berbanding orang yang sombong
kerana orang yang tawadhuk mudah dan senang menerima kebenaran. Manakala orang yang takbur
pula selalu memandang remeh kebenaran dan memandang rendah orang lain.
Sejarah mencatatkan bahawa kebanyakan para pengikut dakwah para rasul-rasul terdiri dari
kelompok kaya yang bersyukur, tawadhuk atau kalangan yang fakir, sabar dan lemah. Usaha menarik
kelompok ini akan membawa keuntungan pada dakwah tanpa mengenepikan kelompok lain pada
dakwah.
d) Mulakan dengan orang yang berilmu sebelum yang buta huruf.
Mendahulukan orang yang cerdik, pintar dan berilmu kerana mereka adalah kelompok sosial yang
berpengaruh di dalam masyarakat dan berperanan merubah masyarakat berbanding mereka yang
buta huruf. Pandangan dan hujah mereka diterima pakai di dalam masyarakat dan mendapat
kedudukan penting.
Berdakwah kepada kelompok ini kerana mereka mudah menilai dan menimbang pandangan serta
membuat pilihan terbaik dari pendapat yang dikemukakan. Mereka (golongan cendekiawan) adalah
kelompok yang sering mengajukan pelbagai pandangan sesama mereka dan berbahas mencari
hakikat kebenaran berdasarkan ilmu dan kefahaman mereka.
e) Mulakan dengan orang yang belum intima dari yang sudah intima.

21 | P a g e

Memulakan dakwah kepada mereka yang kosong fikrahnya(tidak terikat kepada mana-mana ideologi)
lebih diutamakan berbanding kepada orang yang sudah ada pandangan dan pendirian ideologinya.
Orang yang kosong intimanya berada di titik tengah antara mereka yang sudah ada fahaman atau
pendirian organisasi. Mereka ini lebih mudah didekati dan senang diajak untuk menerima
kefahaman dan fikrah . Berbeza dengan orang yang sudah ada kefahaman dan kuat ideologinya,
amat sukar meninggalkan fahaman dan anutannya. Usaha yang dikorbankan untuk merubah orang
ini memerlukan tenaga yang berlipat kali ganda berbanding mereka yang masih kosong(tidak terikat
dengan mana-mana intima). Jika orang ini menyambut seruan dakwah tanpa atas rasa kerelaan dan
kefahaman, maka dia akan berubah kepada dakwah ini dengan membawa pengalaman yang luas
dan persiapan yang besar . Perkara seperti ini amat sedikit sekali berlaku.
f) Mulakan dengan kenalan kerja sebelum yang lain.
Kawan atau rakan adalah kenalan yang paling hamper denga Daie dan sering bertemu secara
langsung atau tidak langsung. Memfokuskan dakwah kepada rakan sekerja lebih mudah dan senang
kerana wujud mekanisme berkomunikasi dan titik penglibatan melaksanakan aktiviti secara
bersama. Seorang doktor bersama para doktor lain lebih mampu berdakwah dikelompok yang sama
berbanding berdakwah kepada kumpulan sasar yang terdiri dari para jurutera atau para guru.
Jika sang daie yang berkerjaya doktor tadi menampilkan perilaku yang baik, menjadi qudwah
dikalangan mereka, suka berkhidmat, tidak mengejar habuan duniawi maka mudahlah baginya
menarik mereka kepada dakwah dan mempengaruhinya.
Namun dalam melaksanakan dakwah, setiap Daie perlu dan wajib mengambil kira faktor marhalah
(fasa dakwah) di dalam memilih madunya. Boleh jadi marhalah yang dilalui Sang daie itu adalah
marhalah tajmik dan peluasan, boleh jadi juga dia melalui marhalah amal yang bertujuan mencapai
matlamat tertentu seperti matlamat tarbawi, iktisadi (ekonomi) , sosial atau politik.
Setiap dakwah ada marhalahnya. Setiap marhalah ada tuntutannya dan setiap tuntutan itu ada
rijalnya. Sejarah menunjukkan bahawa dakwah Nabi SAW melalui pelbagai fasa. Ketika Nabi SAW
berdoa mengharap islamnya antara dua omar, ketika dakwah hanya berkembanmg dikalangan orang
yang lemah dan fakir, maka peribadi yang bernama Umar menerima seruan dakwah dan ia amat
bertepatan dengan fasa dakwah iaitu fasa dakwah secara terbuka. Maka Umar mengisytiharkan
keislamannya dan dakwah telah masuk ke period baru iatu period dakwah secara terbuka.
Begitu juga penghantaran Musab b. Umair R.A ke Madinah sebagai ketua atau naqib di sana adalah
sebagai persiapan dan persediaan memasuki era penegakan daulah Islam.
Berdasarkan kisah pengislaman Umar dan penghantaran Musab ke Madinah, kita dapat
merumuskan bahawa peranan dakwah harus memasuki wilayah kekuasaan dan kekuatan
masyarakat sehingga mampu membawa kepada proses transformasi dan taghyir. Begitu juga di
dalam pengoperasian amal dakwah perlu mengambil kita keperluan marhalah (muraat al-
marhaliyah).

Kaedah 10 Masa adalah unsur penting dan kejayaan dakwah


1. Sesungguhnya ramai para daie merasa berputus asa atau hilang pengharapan ketika dia
menyampaikan seruan dakwah kepada para madunya, menggunakan hujah dan bukti yang
nyata, namun para madunya tidak responsif terhadap seruan dakwah tersebut.

22 | P a g e

2. Ini berpunca dari sikap para Daie (pendakwah) yang tidak memahami atau mengambilkira
keutamaan factor masa sebagai factor penting di dalam menjayakan amal dakwah.
3. Imam As-Shahid Hasan al-Bana mengungkapkan satu kaedah al-waqtu juzun minal ilaj
[ masa adalah sebahagian dari perawatan]. Imam al-Bana mengingatkan para pendakwah
agar meletakkan unsur masa sebahagian dari langkah-langkah membaiki umat ini.
4. Kata-kata : Li kulli marhalah rijaluha wa likulli marhalah masyakiluha (setiap marhalah
dakwah ada rijalnya dan setiap marhalah dakwah itu ada permasalahannya). Justeru para
pendakwah dalam memikul masuliyatud ad-dakwah perlu lihat kepada factor masa, factor
kemampuan & keupayaan mempersiapkan rijal serta masalah-masalah di dalam perjalanan
dakwah itu. Maka menyelesaikan segala keperluan fasa itu harus diambil kira factor masa.
5. Kaedah fiqh menyebut : Manistajala qabla awanihi uqiba bihirmanihi.. [ Barangsiapa
yang memetik hasil sebelum tiba masanya maka dia terhalang untuk mendapatkannya..]. Ini
menunjukkan bahawa di dalam dakwah perlu dituai hasil-hasil dakwah itu secara matang
apabila sampai masanya dan cukup prasyaratnya.
6. Seerah menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW mengambil kira faktor masa di dalam
menjayakan agenda dakwahnya. Perpindahan marhalah dari Sirriyah (kerahsian) kepada
Jahriyah (terbuka) , dari Jahriyyah ke fasa iqamatud ad-deen adalah berasaskan faktor masa.
7. Dalam skop yang lebih mikro terutama melaksanakan usaha tajmik dan dakwah kepada
manusia, para daie hendaklah memahami bahawa masa (timeline) adalah salah satu dari
pra-syarat keberhasilan dakwah.
8. Ini kerana realiti yang melingkungi kehidupan madu adalah reality yang bukan Islam
(unislamic) atau biasa disebut sebagai realiti jahiliyah.Realiti ini telah mempengaruhi
kehidupan para madu samada dari aspek tingkahlaku atau pemikiran.
9. Ini mewujudkan jurang pemisah antara kehidupan yang dilalui oleh Sang Daie dengan
kehidupan para madu. Daie membawa nilai-nilai islamik sedangkan madu pula membawa
nilai-nilai yang tidak islamik dan bertentangan dengan aliran para daie. Lantaran itu,
mengharapkan dakwah diterima dengan cepat dan segera adalah suatu yang mustahil dan ia
bertentangan dengan sunnah dakwah.Oleh itu para daie perlu memahami beberapa perkara
iaitu :

Setiap seruan atau kalimah yang disampaikan oleh para daie itu tidaklah ia hilang begitu
sahaja di minda para madu. Madu madu tadi menghimpun maklumat, ilmu dan
kefahaman tersebut dari semasa ke semasa. Ia mengutip juga kefahaman tersebut dari para
daie yang lain, yang mungkin membicarakan topik yang sama sehinggalah apabila tiba
kesedaran di dalam jiwanya, dia menyatakan : aku pernah mendengar dari si fulan itu..si
fulan ini... Ini akan mengingatkan semula ingatan madu tadi pesanan yang disampaikan
oleh para pendakwah selepas beberapa ketika yang kadang memakan masa samada dalam
tempoh yang singkat atau panjang.
Para pendakwah perlu bijak memilih masa dalam pengoperasian amal dakwah dan ia berada
dikedudukan yang penting. Memilih masa yang sesuai, pada madu yang sesuai di temapat
yang sesuai adalah pra-syarat menjayakan seruan dakwah. Ini kerana dakwah terkesan
dengan suasana lingkungan yang dilalui oleh para daie dan madu. Ibnu Masud menyatakan :
Bahawa rasulullah SAW berhati-hati memberikan peringatan kepada kami (ikut
kesesuaian masa) , ditakuti kami merasa bosan dan jemu.
Tidak wajar para daie memanjangkan bicaranya terhadap madu kerana ini kadang-kadang
menjemukannya dan menyebabkannya berasa gelisah. Langkah terbaik bagi seorang daie
ialah membiarkan madu berkeinginan tinggi untuk mengetahui bahan yang disampaikan
dan meminta penambahan ilmu tersebut.
Sifat tergesa-gesa untuk melihat hasil berlaku kepada madu akan membawa natijah yang
buruk. Madu memberikan respon terhadap apa yang disampaikan oleh daie samada dia
menolak atau menerima seruan tersebut. Kedua- dua perkara ini jika belum sampai

23 | P a g e

tempohnya boleh membawa mudarat kepada madu. Setiap daie perlu bertadarruj
(beransur-ansur) dalam langkah-langkah dakwahnya. Situasi ini dapat dilihat dari sikap
madu dalam mengambil satu-satu keputusan samada dia menolak atau menerima. Jika dia
mengambil sikap menolak, mungkin disebabkan madu tadi tergesa-gesa untuk membuat
keputusan sebelum mendapat gambaran menyeluruh tentang seruan dakwah tadi. Madu
tadi pula ingin menzahirkan pendiriannya dan mahu dikenali dengan pendirian tersebut yang
akibatnya boleh merosakkan gambaran dakwah. Ini adalah berpunca dari perlakuan Diae
yang mahu memetik hasil dakwahnya sebelum tiba masanya.Sebaliknya jika madu tadi
menerima seruan dakwah dalam keadaan yang tergesa-gesa dan selepas beberapa ketika
diberikan taklif (beban tanggungjawab) dan wajibat (tugasan) yang tidak mampu
dilaksanakannya.Keadaan ini kadang-kadang membuatkan madu tadi berada dalam
pertentangan antara dua sikap iaitu sikap menzahirkan dan sikap berdasarkan prinsip. Ini
membawa madu terjebak di dalam kancah dosa seperti berdusta dan nifaq(pura-pura).
Kalaulah dia diberi peluang untuk berfikir maka mungkin pendirian yang diambilnya itu
berasaskan kepada prinsip yang jelas.Cara yang paling terbaik bagi menangani perkara ini
ialah para daie janganlah terlalu segera dalam membuat keputusan. Berilah peluang kepada
madu membuat keputusan secara langkah demi langkah dan beransur-ansur , dijelaskan
kepadanya akibat-akibat jika menerima seruan dakwah di samping menyatakan harapan-
harapn positif jika respontif terhadap seruan dakwah.
Meletakkan masa sebagai salah satu faktor efektif keberkesanan dakwah akan meringankan
tekanan yang dilalui oleh para daie terutama berdepan dengan kekecewaan dan
keputusasaan. Mengambil kira faktor masa akan membuka ufuk yang luas bagi daie,
sentiasa optimistik dan positif dan tinggi cita-citanya. Ia umpama seorang doktor yang
berdepan dengan pesakitnya. Doktor itu tidak pernah berkata kepada pesakitnya : Buatlah
sekali rawatan sahaja nanti akmu akan sembuh tetapi katanya : buatlah berkali-kali
rawatan, dalam tempoh tertentu pasti kamu akan sembuh... Semoga para daie mencontohi
sikap doktor yang bersabar dan tidak jemu merawat pesakitnya sehinggalah pesakitnya itu
sembuh. Semuanya itu dikira berdasarkan faktor masa , kesabaran, keikhlasan dan
kesungguhan di dalam mengubati pesakitnya. Daie ibarat doktor yang merawat umat yang
sakit.Di hadapannya seribu satu macam manusia yang semuanya menuntut kepada faktor
masa untuk sembuh.

Kaedah 11 Dakwah adalah seni dan kepemimpinan, perancangan dan


pemantauan.


Sebahagian besar para duat menyangka bahawa dakwah hanyalah usaha menyeru manusia kepada
kebaikan dengan menggunakan kalimah-kalimah yang baik pada mana-mana situasi atau
kondisi.Kemungkinan juga dakwah itu berlaku secara tidak berperancangan berdasarkan perbezaan
kemampuan para daie.
Ada sebahagaian para daie diberikan allah kemampuan yang luar biasa dan hebat menyampaikan
dakwah. Manusia mudah tertarik dengan seruan dakwahnya dan sang daie tadi mampu menjinakkan
hati-hati para madunya. Manakala sebahagian yang lain pula dikalangan para daie tidak memiliki
kemahiran (skill) dan seni untuk berdakwah dan menarik pandangan para pendengar.
Namun, kedua-dua kelompok duat ini amat-amat memerlukan kepada memahami prinsip-prinsip
berdakwah, tahu uslub dan teknik berdakwah serta latihan-latihan kemahiran untuk berdakwah.

24 | P a g e

Justeru itu dakwah adalah satu seni yang perlu dipelajari, kaedah dan uslub yang dikembangkan dan
metod yang terkesan dengan cara yang modern dan kontemporari. Ini memerlukan kepada
perancangan (plan). Dakwah yang tidak terancang akan mudah dikalahkan dengan jahiliyah yang
terancang. Jika para daie gagal merancang untuk dakwah bermakna para daie tadi merancang untuk
menggagalkan dakwah.
Perancangan atau takhtit (di dalam Bahasa Arab) adalah elemen penting bagi memenangkan dakwah.
Apatah lagi dakwah perlu merentasi fasa-fasanya yang menuntut kepada strategi dan perancangan.
Seerah Rasulullah SAW sendiri menunjukkan bahawa baginda mengambil kira faktor perancangan
bagi menjayakan setiap misi dakwahnya. Peristiwa Hijrah cukup membuktikan kepentingan
berperancangan di dalam melaksanakan amal dakwah agar amal dakwah itu menjadi Amal Qawiy.
Perancangan yang penuh sedar akan menghasilkan seni dakwah yang produktif. Ini kerana
perancangan merupakan tasawwur teorikal terhadap perjalanan dakwah. Sejauh mana perancangan
itu disusun dan menguasai setiap dimensinya akan membawa kepada keberhasilan hasil (natijah)
dengan bantuan dari allah dan selepas bertawakal kepadanya.
Dunia moden hari ini adalah dunia yang berasaskan kepada strategi dan perancangan samada dalam
aspek ekonomi, politik dan pendidikan. Tanpa perancangan tidak akan lahir hasil dan kesannya
kepada organisasi mahupun masyarakat sekitarnya.
Dalam konteks ini, kerja dakwah amat-amat memerlukan kepada perancangan. Perancangan pula
mesti mengandungi 4 perkara iaitu :

Ada matlamat yang jelas, sfesifik dan mudah dicapai.

Ada wasilah (metod) untuk mencapai matlamat tersebut.


Ada bahan iaitu sumber manusia yang bersifat material atau maknawi bagi melaksanakan
tugas dan peranan tersebut.
Ada pemantauan dan penilaian yang berterusan.

Jika ini dilaksanakan, dakwah akan menzahirkan kesannya kepada organisasi dan umat.
Dalam merencanakan dakwah, setiap organisasi perlu memiliki dua matlamat iaitu matlamat besar
dan matlamat kecil. Matlamat besar adalah matlamat utama di akhir pengoperasian dakwah,
sedangkan matlamat kecil adalah matlamat yang terikat dengan tempoh tertentu, tempat tertentu
kepada individu tertentu. Setiap matlamat tersebut saling memberi kesan kepada setiap yang lain.
Kegagalan dalam menentukan matlamat dengan jelas, sfesifik akan membawa kegagalan dalam amal
dakwah.
Jika sekiranya matlamat dakwah tidak tercapai dan hasil dakwah minima, maka para duat perlulah
merefleksi semula apakah tujuan dia berdakwah dan kenapa aku berdakwah?.
Mungkin daie yang pertama mennyatakan: aku berdakwah untuk membersihkan jiwa manusia
sesuai denganfirman allah di dalam surah As-Syam Qad aflahaman zakkaha wa qad khoba man
dassaha... Untuk mencapai tujuan tersebut, dikumpulkan manusia yang berminat, dilaksanakan
satu peraturan yang mengandungi arahan-arahan berbentuk amali, melaksanakan aurad dan zikir-
zikir tertentu bagi mencapai tujuan tersebut.
Mungkin daie yang kedua pula berkata : Matlamat dakwah saya ialah membantu fakir miskin dan
berlaku ehsan terhadap mereka. Lalu dia pun mengajak orang-orang yang baik melakuakan ihsan,

25 | P a g e

memberikan sedekah dan mengeluarkan zakat atau mendirikan pertubuhan kebajikan sebagai
sebaik-baik cara untuk mencapai matlamat ini.
Mungkin daie yang ketiga pula berkata : tujuan dakwah saya ialah menyelesaikan permasalahan
ilmiah yang menjadi titik perselisihan dan mengumpulkan hadis-hadis yang sohih... Jadi untuk
mencapai tujuan tersebut, dia mengadakan halaqah-halaqah ilmu, mendirikan sekolah-sekolah dan
institusi khusus serta menerbitkan buku-buku.
Manakala daie yang keempat pula berkata : Tujuan dakwah saya ialah memastikan umat Islam
memiliki kesedaran politik yang tinggi, tahu perancangan strategik musuh, apakah cara-cara mereka
dan sebagainya... Atas dasar itu, daie tadi berusaha mendirikan pusat-pusat kajian strategik dan
polisi, meneliti apa yang disebut oleh musuh dan pandangan mereka terhadap Islam.
Melihat kepada matlamat atau tujuan dakwah tadi, kita dapati para duat tadi tidak meletakkan satu
matlamat yang besar kepada pencapaian dakwah. Matlamat-matlamat tadi lebih menumpukan
kepada matlamat kecil yang merupakan antara batu penghalang di dalam amal islami dan sebab
utama permasalahan umat Islam.
Sepatutnya dalam gerak kerja dakwah, para daie berpegang kepada prinsip berikut :

Matlamat yang besar di dahulukan dari matlamat yang kecil


Matlamat yang menyeluruh hendaklah diutamakan dari matlamat yang bersifat juzie.
Matlamat yang merangkumi semua lapisan masyarakat didahulukan dari matlamat yang
hanya merangkumi individu atau kelompok tertentu.
Matlamat yang berterusan didahulukan dari matlamat yang bersifat sementara dan terhad.
Matlamat yang dapat dicapai didahulukan dari matlamat yang tidak mungkin dicapai.
Matlamat yang paling teratas didahulukan dari matlamat yang paling bawah.

Inilah yang diertikan bahawa matlamat dakwah yang besar (al-hadaf al-akbar) ialah merupakan
matlamat yang menyeluruh, paling atas, dapat dicapai, berterusan dan meliputi semua lapisan
masyarakat.
Matlamat paling besar
Matlamat dakwah yang paling besar dang agung ialah meraih keredhaan allah dan melaksanakan
ubudiyah lillahi wahdah (pengabdian diri kepada allah) secara total. Ini selaras dengan matlamat
penciptaan manusia di dalam firman allah : wamaa kholaqtul jinna wal insa illa liyabuduu..
( tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku Azzariyat : 56)
Matlamat yang agung inilah mendorong para sahabat r.a, generasi terdahulu merentas bumi sahara,
gua dan gunung ganang demi membawa satu misi agung sebagaimana yang diungkapkan oleh Rubi
b. Amir dihadapan pemimpin Parsi:
Kami datang untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesame manusia kepada
perhambaan kepada allah, dari penindasan agama-agama kepada keadilan Islam dan dari
kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat..
Berdasarkan kepada matlamat tadi, ,maka matlamat utama dan besar bagi individu muslim atau
jamaah Islam atau negara Islam ialah mencapai Ubudiyah Lillah (ketundukan kepada Allah).Matlamat
yang besar ini memastikan seluruh manusia, masyarakat, negara kembali menjadikan Allah sebagai

26 | P a g e

yang berhak disembah, yang berhak ditaati, yang berhak diberikan kecintaan, yang berhak
menggubal undang-undang, yang berhak mengurus dan mentadbir alam ini.
Faktor Wasilah ( Metod) dan Masa
Bagi mencapai matlamat yang besar ini, ia memerlukan kepada wasilah. Wasilah pula ada yang
bersifat secara langsung atau tidak secara langsung. Jika sekiranya ibadah dapat dicapai dengan
adanya seorang hamba yang kuat dari segi akal,ruh dan jasad, maka banyak cara untuk mencapai
perkara tersebut seperti menjaga kesihatan, khusyuk dalam beribadah, memilki pengetahuan dan
sebagainya. Semua ini adalah wasilah untuk mencapai tujuan ibadah tersebut.
Dalam kerangka mencapai matlamat dakwah ia memerlukan kepada wasilah dan uslub yang sesuai
dan efektif. Menggunakan wasilah dan uslub terbaik adalah faktor keberkesanan dakwah. Antara
uslub dalam berdakwah seperti uslub lembut-keras, uslub targhib dan tarhib (dorongan-ancaman),
uslub meramai- sedikit, uslub sir-jahr (rahsia- terbuka), uslub fardi jamaie (individu jamaah),
uslun tarikhi- wasfi (sejarah gambaran sifat), uslub meransang minda rangsang emosi, uslub
memberi derita - memberi harapan, uslub mengambil memberi.
Untuk membuat perancangan pula perlu kepada maklumat. Maklumat tersebut mestilah lengkap
dan terperinci. Setiap daie perlulah mempunyai maklumat dan informasi berkaitan realiti atau
suasana lingkungan dakwahnya, ada informasi berkaitan politik, ekonomi, sosial, aliran pemikiran,
faham dan tahu titik kekuatan dan kelemahan juga tahu halangan-halangan dan faktor pendorong
keberhasilan dakwahnya. Ini akan memudahkannya membuat plan dakwah dan mencapai objektif
dakwah. Inilah yang disebut sebagai dakwah ala basiroh [ qul hazihi sabili, aduu ala basirotin ]
Salah satu faktor lain untuk menjayakan perancangan dakwah ialah mengambira faktor masa. Setiap
perancangan perlu melihat kepada keupayaan merealisasikannya berdasarkan timeline (garis masa).
Bagi mencapai matlamat tersebut, perancangan tersebut perlulah ada perancangan bersifat
mingguan, bulanan, tahunan, penggal sehinggalah dapat memenuhi matlamat yang besar.
Setiap perancangan perlu dinilai, dipantau, diberi penambahbaikan agar objektif dan matlamat
dakwah tercapai. Melalui proses penilaian dan murajaah ia membantu para daie mengetahui apa
yang dapai dicapai atau tidaka dapat dicapai, apa yang mudah dan susah, mana matlamat yang perlu
didahulukan dan yang dikemudiankan serta mendedahkan kualiti atau tidak berkualiti uslub yang
digunakan.
Langkah terbaik bagi mencapai perkara tersebut ialah dengan Mutabaah (follow-up). Perancangan
yang hebat akan gagal jika tidak ada mutabaah (pemantauan) manakala perancangan yang lemah
pula boleh jadi berjaya jika ada mutabaah yang berterusan.
Bagi menjayakan perancangan dakwah ini, setiap duat perlu mengambil manfaat dari ilmu-ilmu
terkini dan kontemporari. Para duat hari ini perlu memiliki hardskill dan softskill untuk menguasai
gelanggang dan arena dakwah di samping menyerahkan segala urusan kepada allah setelah
melaksanakan semua aspek-aspek tadi dari segi perancangan, strategi, mengambil wasilah yang
terbaik dan sesuai, penilaian dan pemantauan.
Para duat hari ini perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiran seperti ilmu
pengurusan, ilmu komunikasi, kemahiran berbahasa, kemahiran beretorik, kemahiran pengucapan
awam, kemahiran perundingan, kemahiran personal dan intrapersonal dan apa sahaja yang
diperlukan oleh seorang daie bagi menjayakan khittah dakwahnya.

27 | P a g e

Daie yang hebat adalah daie yang proaktif, berprinsip dan mampu beraksi dalam semua situasi
terutama waktu-waktu sulit dan sukar. Dia mampu mengharungi perjalanan dakwah ketika
berdepan untuk menyatakan pendirian yang begitu sukar, namun dia dapat mengatasinya
disebabakan dia sudah memiliki persedian,ada tasawwur yang jelas dan tahu penyelesaiannya.

Kaedah 12 Dakwah merupakan satu tasawwur besar Jihad dari segi matlamat
dan kesan
Kerja dakwah bukanlah mudah sebagaimana yang disangka ramai orang. Ia adalah kerja yang payah
dan sukar, jalannya panjang dan memerlukan para kader yang tinggi kesabaran dan pengorbanan.
Dakwah bukan sekadar ungkapan perkataan dengan maksud menyampaikan alasan atau
menegakkan hujah dan diperkatakan pada mana-mana tempat, pada setiap ketika atau pada setiap
orang dalam apa jua keadaan tanpa dapat membezakan si fulan dan si fulan iaitu orang yang sedih
atau yang gembira, yang sakit, yang sibuk dan lain-lain lagi karektor. Seolah-olah matlamat dari
dakwah ini ialah melontarkan beban kesukaran dan menanam benih hasil manakala yang
memberikan taufik (petunjuk) itu di tangan allah.
Sekalipun rupabentuk dakwah sebegitu, sukar dan payah, menanam hasil pada kemudian hari atas
petunjuk dan hidayah dari allah, namun hakikat dakwah itu sendiri berdiri di atas Basiroh ().
Dakwah yang disampaikan secara semberono, tanpa melihat kepada kesesuaian masa dan tempat
serta kumpulan sasaran (madu) adalah dakwah yang tidak Basiroh.
Seorang Daie dituntut melaksanakan dakwah secara Basiroh berdasarkan firman allah di dalam
surah Yusof ayat 108 yang bermaksud :
Katakanlah wahai Muhammad ! Inilah jalanku yang lurus, aku dan para pengikutku mengajak ke
jalan Allah atas Basiroh ( manhaj yang jelas dan terang)
Imam Ar-Razi di dalam tafsirnya (Tafsir Ar-Razi) menjelaskan bahawa seruan dakwah ke jalan allah
akan menjadi lebih elok dan baik dan harus dengan syarat ini iaitu dilaksanakan dengan Basiroh
terhadap apa yang diperkatakan, iaitu di atas petunjuk dan keyakinan.
Basiroh ini tampak jelas dalam pelbagai aspek dan dimensi seperti aspek perilaku (suluk), cara
bertindak dan berinteraksi dan berseni memilih madu. Dakwah akan mudah disampaikan jika
dimulakan dengan pintu taaruf dan memahami kondisi para madu yang pelbagai latar belakang
seperti aspek sosial, ekonomi, pemikiran dan kejiwaan mereka.
Imam Hasan al-Bana mengungkapkan dengan kata-katanya : dakwatuna hubbun wa biha naftahul
qulub.. [ Landasan dakwah kita adalah cinta dan dengannya kita membuka pintu hati manusia..].
Manakala dalam wasiat 10, beliau menyebut : Saudaraku, berkenalanlah dengan sesiapa saja
yang kamu temui, ini kerana asas dakwah kita adalah taaruf (berkenal-kenalan).
Lantaran itu bertaamul dengan insan yang tidak dikenali sukar dan sulit berbanding jika bertaamul
dengan insan yang dikenali. Proses interaksi akan menjadi mudah dan memberikan kesan yang
mendalam jika kita berinteraksi dengan individu yang dikenali. Justeru proses taaruf adalah penting
dan pembuka pintu dakwah. Kaedah yang ditinggalkan buat para duat : At-Taarif Qobla Taklif
[Memperkenalkan dakwah (melalui proses taaruf) dahulu sebelum memberikan beban tugas ].
Untuk bertaaruf pula perlu kepada talif (menjinakkan hati) sebagaimana kaedah menyatakan At-
Taalif Qobla Tarif (menjinakkan hati sebelum mengenalkan dakwah).

28 | P a g e

Antara langkah yang perlu dilakukan oleh para daie di dalam proses taaruf ini ialah ;

Mengetahui nama para madu (sasaran dakwah), gelaran dan nama panggilannya.
Memanggil nama madunya dengan panggilan yang paling disukai.
Jauh dari menggunakan gelaran atau panggilan yang kurang digemari atau tidak disukai.
Mencatat nama-nama madu tersebut di dalam nota catatan dan bersungguh-sungguh
mengingatinya.
Apabila berjumpa dengan madu tadi,panggillah dengan panggilan yang paling disukai.Ini
kerana akan menambahkan rasa penghormatan dan prihatin madu kepada daie tadi atas
ingatan pada namanya tadi.
Mengenali apa yang disukai dan dibenci oleh madu. Ini akan menjadikan para daie
seorang yang faham dan mengerti bahasa madu.
Sentiasa bersama dengan madu di waktu senang dan susah. ( fi afrah wal atrah).
Mengambil berat dan prihatin dengan kondisi madu.
Sentiasa menziarahi, berjabat salam, memberikan hadiah dan senyum kepada madu.

Seerah telah menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW amat mengenali sasaran atau objek
dakwahnya. Rasulullah SAW amat memahami dan mengetahui bahawa Abu Sufyan suka kepada
kebanggaan dan kedudukan, lantas baginda bersabda : [ ]
barangsiapa yang masuk ke rumah Abu SuFyan , maka dia selamat. Tindakan ini membawa Abu
sufyan memeluk Islam.
Daie yang cemerlang adalah daie yang memahami dan mengenali keadaan manusia dan realiti
mereka dan tidak hilang dari keprihatinannya terhadap mereka yang berkaitan tentang pemikiran,
jiwa dan sosio budaya mereka. Dia tahu bilakah madunya sibuk, bila dia kosong, bila dia susah, bila
dia senang dan sebagainya. Dengan proses muayashah (bergaul) dan aktiviti sosial bersama
madunya, sang Daie tadi tidak akan mensia-siakan masa tersebut untuk bertaaruf dengan
madunya dengan lebih mendalam tanpa mengganggu perhatian mereka.
Melalui cara ini, sang Daie tadi akan mengetahui dengan lebih dekat keperluan madu,. Jika madu
tadi menghadapi kondisi yang memerlukan wang, dia segera membantunya, jika madunya sakit, dia
segera menghantarnya berjumpa doktor. Jika madu tadi bergaduh atau berselisih faham dengan
keluarga, jiran atau isterinya, dia mendamaikan antara keduanya. Jika dia mengetahui madunya
diabaikan hak sebagai pekerja, dia akan membantu menyelesaikannya dengan mencarika kerja atau
menuntut keadilan guaman. Jika madunya memerlukan nasihat dan bimbingan di dalam urusan
agama atau dunia, dia hadir dan tampil memberikan nasihat dengan cara yang terbaik, jika
madunya menghadapi sebarang kesulitan dan kelemahan, maka sang daie tadi segera
menghilangkan kesulitan tersebut dan melepaskannya dari kesulitan. Semua ini adalah tugas yang
perlu dilaksanakan sebagai seorang Daie. Daie itu sumber segala-galanya, dia adalah qudwah, pusat
rujukan dan keprihatinan, semuanya berlegar di dalam urusan hidupnya dan menjadi tumuhatnya
(obses) sebagai seorang daiyah.
Tampilnya Sang Daie tadi dimajlis-majlis keraian, waktu gembira dan sedih para madunya akan
membuka medan dakwah untuknya berhubung dengan manusia dan menarik cinta mereka. Sikap
ambil berat dan ambil peduli para daie terhadap madunya akan member kesan kejayaan
dakwahnya. Daie yang memiliki basiroh tidak sunyi untuk menvariasikan teknik dakwahnya dan
menggunakan pelbagai kaedah dan metod untuk menawan jiwa manusia dan meramai serta
melebarkan pendokong dakwah.
Daie sebagaimana yang diungkapkan oleh Syeikh El-Bahi El-Khauli di dalam kitabnya Tazkirotud Ad-
Duat ialah ..seorang pendakwan ( daie) adalah doktor masyarakat yang merawat penyakit

29 | P a g e

manusia, mengislah realiti masyarakat yang rosak, dia adalah pengkritik yang tajam
( berdasrakan hujah dan asas ilmu), dia mewakafkan kehidupannya untuk melaksanakan kerja
Islah (pembaikan) sebagaimana yang dikehendaki allah..dia adalah teman dan rakan, saudara
untuk si kaya dan si fakir, si tua dan si kecil..
Pendakwah itu adalah qaid (pemimpin) dalam suasana lingkungannya , ahli politik dalam
persekitarannya dan ketua (peneraju) untuk fikrohnya dan orang yang mengikutinya.
Justeru itu bertaaruf dan mengenali madu adalah asas utama untuk menawan hati dan membuka
pintu-pintu manusia untuk menerima seruan dakwah. Setiap daie perlulah belajar seni menawan
hati manusia dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan madu. Dengan ini dakwah akan lebih efektif
dan mrencapai matlamatnya.

Kaedah 13 Dakwah adalah perniagaan mulia ,tidak boleh dijual dengan


habuan dunia, habuan dunia merosakkan maruah sang Daie .


Seorang pendakwah itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut perintah Allah Taala.
Tugas dakwah ini lebih mulia dan amat payah jika dibandingkan dengan jawatan lain di dunia. Tiada
satu jawatanpun atas muka bumi ini yang terpikul segala bebanan dan kesusahan melainkan dakwah.
Dakwah itu bukan sahaja menuntut pengorbanan jiwa dan harta, bahkan terpaksa berjauhan dengan
keluarga dan negara. Ia tidak mampu dibalas dengan dunia.
Para anbiya berpegang teguh dengan prinsip ini sepertimana kata mereka dalam Surah al-Ana`am:
Ayat 90.
Maksudnya: Aku tidak meminta imbalan kepadamu dalam menyampaikan (al-Quran).
Rasulullah s.a.w diperintahkan supaya beriltizam dengan manhaj ini. Ketika penduduk Mekah
menolak dakwah Nabi s.a.w, turun ayat bertanyakan sebab penolakan mereka sepertimana firman
Allah dalam Surah al-Tur: Ayat 40 yang bermaksud :
Maksudnya: Ataukah engkau (Muhammad) meminta imbalan kepada mereka sehingga mereka
dibebani hutang?
Ketahuilah bahawa seseorang yang mencari habuan dunia tidak akan melakukan sesuatu perkara
melainkan untuk memperoleh ganjaran dan habuan dunia. Demikianlah kisah tukang sihir dengan
Nabi Musa di mana jelas terbukti ketika mana mereka berkata kepada Firaun di dalam Surah al-
Su`ara: Ayat 42 :
Maksudnya: Apakah kami benar-benar akan mendapat imbalan yang besar jika kami menang?
Kemudian Firaun membenarkan mereka dengan katanya :
Maksudnya: Ya, dan bahkan kamu pasti akan mendapat kedudukan yang dekat (kepadaku).

30 | P a g e

Setelah iman terpahat dalam jiwa dan sanubari mereka, mereka tidak meninggalkan untuk
mendapatkan ganjaran bahkan kata mereka kepadanya :
Maksudnya: Maka putuskanlah yang hendak engkau putuskan. Sesungguhnya engkau hanya dapat
memutuskan pada kehidupan di dunia ini. (Surah Toha : ayat 72)
Bentuk-bentuk habuan atau ganjaran yang perlu dijauhi oleh dai`e.
Habuan atau ganjaran ini bukan semata-mata berkisar berkaitan harta bahkan ia merangkumi setiap
manafaat yang diterima hasil daripada dakwah. Sayugia seorang pendakwah tidak ternanti-nanti
atau mengharapkan ucapan penghargaan atau terkenal.
Terdapat beberapa faedah dan hukum berkaitan tidak menuntut ganjaran ini:
Pertama: Sesetengah manusia beranggapan bahawa seseorang pendakwah itu memang telah
ditentukan bahawa dakwah yang dijalankan tersebut menghubungkannya dengan rezeki dan harta.
Barangkali seseorang pendakwah itu bertujuan untuk mengalihkan pandangan manusia supaya
mereka mendapat manfaat daripada dakwah yang disampaikan terutama sekali sebahagian besar
para daie terdiri daripada orang yang miskin.
Allah Ta`ala berfirman dalam Surah Hud: Ayat 29
Maksudnya: Dan wahai kaumku! Aku tidak meminta harta kepada kamu (sebagai imbalan) atas
seruanku. Imbalanku hanyalah dari Allah
Imam al-Razi berkata: Ayat ini menjelaskan bahawa seolah-olah Nabi s.a.w berkata kepada mereka:
Sesungguhnya jika kamu semua mengharapkan sesuatu yang zahir dan pasti maka ketahuilah
bahwa kamu akan mendapatiku miskin, dan jika kamu menyangka kesibukanku menyampaikan
dakwah ini untuk mendapatkan harta-harta kamu sekalian, maka yakinlah bahawa sangkaan kamu
itu salah, sesungguhnya aku tidak menyampaikan risalah ini untuk mendapatkan sebarang ganjaran.
Kedua: Kecenderungan bangsa dalam hal ini akan menjadikan mereka seperti ahli silap mata dan
dajjal yang menghubungkan agama untuk mendapatkan dunia dan kelazatannya. Ketahuilah bahwa
dakwah itu tulen dan asli yang tidak menuntut pengamalnya mengharapkan apa jua ganjaran dunia
atas apa yang dilakukannya.
Ketiga: Setiap amalan yang didasari dengan sesuatu ganjaran kadang-kadang mengundang
kekurangan dan kecacatan. Pengamalnya akan melaksanakannya mengikut jumlah ganjaran yang
akan diperolehinya sedangkan agama Allah yang mulia ini tidak dihubungkan dengan ganjaran dunia
tersebut tetapi ia mesti bertunjangkan keikhlasan.
Keempat: Sesuatu amalan yang ada ganjaran dunia sebenarnya terkesan dengan pemberi ganjaran.
Keinginan untuk memberikan apa jua ganjaran bersandarkan amal yang dikerjakan. Oleh kerana itu
ramai di kalangan manusia apabila berhadapan dengan tekanan untuk mendapatkan habuan dunia
sanggup mengubah atau meminda semata-mata untuk mengejarknya sedangkan para nabi dan daie
yang soleh tetap teguh dan thabat atas petunjuk dan jalan dakwah yang tetap tanpa berubah.
Kelima: Seandainya seseorang pendakwah itu dikenali oleh masyarakat sebagai orang yang tidak
mengharapkan ganjaran dunia maka ianya membuktikan kebenaran pendakwah dan mampu
menarik manusia atas dakwah yang dijalankan tersebut. Oleh sebab itu, dakwah Nabi s.a.w cukup
memberi kesan yang mendalam kepada pengikutnya.

31 | P a g e

Imam al-Hasan al-Basri berkata: Kemuliaan kamu di sisi manusia akan kekal selama mana kamu
tidak berhajatkan sesuatupun pada mereka, jika kamu melakukannya maka ketahuilah mereka
akan merendahkan kamu, benci apa yang kamu sampaikan bahkan memusuhimu.
Daripada tanda seorang pendakwah itu tidak berhajat atau mengharapkan kekayaan dari imbalan
manusia ialah dia memiliki hasil pendapatan sendiri sama ada melalui perniagaan, pertanian, bekerja
sendiri atau pertukangan. Ayyub As-Sakhtayani berkata kepada teman-temannya : sentiasalah
kamu di pasar (untuk tujuan berniaga) kerana sesungguhnya orang yang sihat itu bila memiliki
kekayaan(cukup rezeki).
Para sahabat Rasulullah SAW dan salafussoleh amat-amat tidak memerlukan bantuan dan imbalan
dari manusia. Ini kerana, mereka sudah ada sumber rezeki sendiri dan sentiasa bersifat dengan sifat
Qanaah (berpada dengan pemberian allah). Tetapi sumber rezeki yang ada pada ada sang daie tadi
tidak membawa kepada sifat tamak atau menghabiskan sisa-sisa umur untuk mengumpul harta dan
kekayaan.
Kadang-kadang seorang daie itu mudah diterima oleh masyarakat sehinggakan terpancar kasih dan
sayang mereka kepadanya melalui pemberian, hubungan yang erat, memberi bantuan mahupun
perkhidmatan serta menerima ajakannya. Seorang daie yang leka dengan menerima habuan ini
boleh jadi akan mengaibkan dakwahnya di sisi masyarakat, bahkan ia boleh menyebabkan
perjalanan dakwahnya terjejas dan mengundang fitnah terhadap keperibadiannya. Maka jadilah
pendakwah tadi buruk cara dan tercela perjalanan hidupnya.
Para daie yang jujur dan benar di jalan dakwah, akan sentiasa menyumbang bukan mengharap
imbalan. Mereka adalah yang paling banyak memberi dan memiliki jiwa yang besar serta mempunyai
maruah (harga diri). Maruah atau harga diri ini merupakan salah satu ciri-ciri syaksiah islamiah dan
inti keseqahan manusia pada seorang daie.
Imam Mawardi menyatakan : Maruah adalah perhiasan diri dan al-himmah (keazaman dan cita-
cita tinggi). Sifat al-muruah ( menjaga harga diri) tidak akan ada melainkan jika ada sifat iffah,
kesucian dan memelihara diri. Sifat iffah ialah dengan menjauhi perkara yang haram dan dosa,
manakala sifat suci bersih pula dengan menjauhi ketamakan diri dan terlibat dalam perkara yang
meragukan sedangkan sifat memelihara diri ialah dengan menjaga diri dari memikul (mengharap)
ganjaran atau pemberian dari manusia serta membebaskan diri dari meminta pertolongan dengan
makhluk.
Kata Imam Mawardi : Orang yang berhajat atau berharap sesuatu dari manusia lain, setiap dari
mereka dianiaya haknya, mendapat kehinaan dan menjadi bebanan pada orang lain.
Adapun jika seorang daie itu mengajar, menjadi imam atau menyampaikan khutbah dan dia
memperolehi pendapatan dari kerja tersebut, maka ia dibenarkan syarak untuk mendapatkan
imbuhannya atas sebab pekerjaan atau profesion tadi. Termasuk juga dalam urusan tanggungjawab
kepimpinan umum(contohnya sebagai pegawai @ penjawat awam kerajaan atau mana-mana
institusi dan jabatan) dan memegang jawatan perundangan (seperti bekerja sebagai hakim, kadi,
peguam) atau yang sepertinya, maka pendakwah tadi berhak mendapat ganjaran dari
kerja(profesion) tersebut dan tidak dicela.

32 | P a g e

Kaedah 14 Mengenali madu faktor utama mempengaruhinya


Sejajar dengan peredaran masa dan dunia tanpa sempadan kini, seseorang pendakwah sangat perlu
kepada penambahan ilmu pengetahuan. Bahkan ia menjadi satu kemestian bagi sang pendakwah
memahami suasana lingkungan dan persekitaran umum meliputi perkara berkaitan kehidupan sosial,
ekonomi, masyarakat dan politik. Ini kerana dakwah yang dibawa oleh pendakwah yang mempunyai
ketinggian ilmu dan kefahaman luas dalam pelbagai aspek dan bidang sama ada bersifat tempatan
mahupun antarabangsa lebih berkesan di hati masyarakat kerana ia boleh menjadi pemimpin yang
menjadi ikutan dan sumber rujukan masyarakat.
Memahami persekitaran umum ini dapat membantu seorang daie memanfaatkan peluang yang ada
sama ada yang bersifat nasional mahupun dunia. Demikianlah apa yang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w ketika mana melihat negara-negara ketika itu dan Baginda mendapati keamanan dan
ketenangan yang ada pada Najashi yang memerintah Habsyah. Sekalipun ia adalah wahyu daripada
Allah, namun seorang daie itu perlu berusaha bersungguh-sungguh memahami tuntutan peredaran
zaman, tempat strategik dan sosio kehidupan manusia.
Sememangnya setiap persekitaran itu mempunyai ciri-ciri keistimewaan dan tuntutannya. Sebagai
contoh persekitaran padang pasir, gurun berbeza dengan kampung, persekitaran kampung pula
berbeza dengan bandar, persekitaran kota perniagaan berbeza dengan persekitaran perusahaan
mahupun perladangan.
Dewasa ini Daie hidup di dunia Islam yang luas, ia tidak sunyi dan lari dari berdepan dengan masalah
atau isu yang kronik,. Pada masa yang sama, ia juga tidak dapat lari dari berhadapan dengan segala
unsur kekuatan dan tentangan musuh terhadap agama Islam dan umatnya.
Kesemua ini menuntut satu kesatuan dan kerjasama dalam menggerakkan amal Islami. Ia tidak
dapat tidak memerlukan kefahaman luas terhadap persekitaran yang berlaku di dunia ini.
Ketika ini, seorang daie hidup di dunia yang dicaturkan oleh institusi atau kuasa dunia berpengaruh
besar hingga kawasan yang memiliki keistimewaan dan keutamaan. Perkara ini memberikan kesan
sama ada positif mahupun negatif kepada dunia Islam dan juga dakwah Islam. Oleh yang demikian,
ia menuntut kepada pengetahuan yang jelas tentang segala pertembungan dan bagaimana kuasa-
kuasa besar ini memainkan pengaruhnya.
Pendakwah juga hidup dalam suasana dunia yang penuh dengan pertarungan dan pertembungan
aliran pemikiran, pandangan dan falsafah. Pemikran ini cepat berubah dan tidak statik. Dunia Islam
pula terdedah untuk menerima apa jua yang datang dari Barat mahupun Timur tanpa ada tapisan
dan saringan sehingga ia menjerat pemikiran dan pandangan pendakwah. Perkara ini boleh
diabaikan atau tidak diambil peduli pada waktu gerakan dakwah menghadapi kesukaran dan
kesulitan atau fasa perpindahan tetapi pada zaman teknologi dan abad satelit atau era globalisasi ini
ia tidak boleh diabaikan sama sekali.
Selain itu, pendakwah juga hidup dalam suasana inovasi dan penemuan baru sains dan teknologi. Ini
mampu mendatangkan sama ada manfaat ataupun membawa unsur negatif kepada dakwah
menerusi internet, facebook, email dan sebagainya. Pendakwah yang berjaya ialah pendakwah yang
dapat memanfaatkan inovasi dan ciptaan baru yang baik dan meninggalkan apa yang mendatangkan
keburukan kepada dakwah.
Pendakwah juga tidak harus hanya berpeluk tubuh dengan hanya melihat sahaja suasana di
sekelilingnya. Bahkan ia patut sedar bahawa ini semua adalah anugerah Allah untuk membantu

33 | P a g e

urusan dakwah hambaNya. Bantuan Allah ini tidak akan hadir melainkan setelah mempunyai
kefahaman yang mendalam terhadap segala perkara dan isu dalam pelbagai aspek dan dimensi
hidup, alam semulajadi yang berkaitan yang di laut,di sungai, di darat, di gunung ganang,tanah , air,
panas dan sejuknya.
Pendakwah juga perlu memahami bahawa ia juga hidup di antara kelompok masyarakat yang
berpegang kepada pelbagai mazhab, sama ada dekat mahupun jauh, mazhab yang melampau,aliran
permusuhan ataupun aliran perdamaian. Tidak dapat tidak ia memerlukan pemahaman yang
mendalam dari pelbagai aspek terhadap kewujudan golongan atau mazhab tersebut dengan kajian
secara ilmiah, memahami sejarah kemunculannya, matlamat dan metodologi serta pengaruhnya
terhadap perkembangan manusia.
Sesuatu perkara yang disampaikan oleh daie sehingga mendatangkan keamanan dan kesejahteraan
maka ketahuilah bahawa ia memperoleh kejayaan untuknya dan dakwahnya.