Anda di halaman 1dari 3

TAJUK

: BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera.


Terima kasih pengerusi majlis. Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakanrakan sekalian. Saya Nuralyaa Nasyrah akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk Bawang Merah dan Bawang Putih
Suatu masa dahulu, ada seorang gadis bernama Bawang Merah. Bawang Merah
tinggal bersama dengan ibu tirinya, Mak Senah dan adik tirinya, Bawang Putih. Bawang
Putih mendapat sepenuh kasih sayang daripada ibunya, manakala Bawang Merah pula
dilayan seperti hamba.
Bawang Merah, kemaskan bilik aku! arah Bawang Putih dengan garangnya.
Bawang Merah, basuh baju ini! pekik Mak Senah pula sambil menarik telinga Bawang
Merah. Nanti jangan lupa ambil air di perigi, aku hendak mandi!. Bawang Merah tidak
pernah membantah. Dia patuh melaksanakan semua arahan.
Pada suatu pagi, sedang Bawang Merah membasuh baju di tepi sungai, dia
ternampak seekor ikan kaloi. Ikan kaloi itu meronta-ronta dan tercungap-cungap di atas
tanah. Bawang Merah terus mengangkat dan memasukkan semula ikan kaloi itu di
dalam perigi. Bawang Merah berasa gembira melihat ikan kaloi itu berenang semula
dengan riangnya.
Sejak itu, setiap hari Bawang Merah bermain-main dengan ikan kaloi itu. Dia
akan bernyanyi sambil memberi makan kepada ikan kaloi. Setiap hari, Bawang Merah
akan ke perigi untuk mengambil air tanpa disuruh.Mereka ingin tahu mengapa Bawang

Merah berubah sikap dan mereka mendapati Bawang Merah sedang bermain dengan
ikan kaloi.
Pada suatu hari, Mak Senah memasak lauk ikan kaloi. Bawang Merah makan
dengan penuh berselera. Sudah lama dia tidak merasa lauk yang enak seperti itu.
Malam itu, Bawang Merah bermimpikan ibunya. Dalam mimpi itu, ibunya berkata,
Bawang Merah, tadi Mak Senah telah menangkap sahabatmu, ikan kaloi dan
memasaknya. Ikan itulah yang dijamu kepada kamu siang tadi. Kamu jangan bersedih.
Pagiesok, tulangnya berhampiran dengan perigi itu.
Bawang Merah terjaga dan berasa amat sedih. Keesokan harinya, Bawang
Merah keluar mencari tulang ikan kaloi yang dimakannya semalam. Dia terkejut apabila
melihat sekumpulan semut sedang mengumpulkan tulang ikan kaloi itu. Bawang Merah
mengutip tulang ikan kaloi lalu menanamnya di tepi perigi.
Pada hari berikutnya, Bawang Merah membasuh baju di perigi. Alangkah
terkejutnya dia apabila melihat sebuah pokok beringin tumbuh tinggi di tepi perigi. Di
dahannya tergantung sebuah buaian. Dengan perlahan-lahan, Bawang Merah duduk di
atas buaian itu. Tiba-tiba buaian itu mula berayun. Semakin lama, semakin tinggi.
Bawang Merah pun mulai menyanyi.
Semetara itu, Mak Senah dan Bawang Putih sedang mencari buah berangan di
dalam hutan. Tiba-tiba mereka terdengar suara nyanyian yang amat merdu. Mereka
mendekati suara itu.
Eh, itu Bawang Merah, ibu. Dia sedng bernyanyi sambil bermain buaian, kata
Bawang Putih. Merah! Turun kamu dari buaian itu! sergah Mak Senah sambil
bercekak pinggang. Bawang putih mengheret Bawang Merah turun dari buaian itu.

Tiba-tiba, muncul Tengku Mahkota bersama dengn hulubalang negeri yang


kebetulan sedang berburu di kawasan itu. Bagainda juga terdengar suara nyanyian
Bawang Merah yang merdu itu.
Baginda terus bertanya, suara nyanyian siapakah yang merdu tadi?.
Ampun tuanku, itu ialah suara anak patik, kata Mak Senah.
Kalau begitu, nyanyikan sekali lagi untuk beta, titah Tengku Mahkota. Mak
Senah terus menolak Bawang Putih duduk di atas buaian, tetapi buaian itu tidak
bergerak. Mak Senah sudah tidak sabar lalu menolak buaian itu.
Bawang Putih terus menyanyi dengan suara yng tersekat-sekat. Tengku Mahkota
merasakan suara yang didengari tadi bukan suara Bawang Putih. Dia memandang
Bawang Merah lalu memerintahkannya untuk menyanyi.
Dengan katakutan, Bawang Merah menuju ke buaian itu. Sebaik sahaja dia
duduk, buaian it uterus berayun. Semakin lma semakin laju. Bawang Merah terus
menyanyi dengan hati yang riang. Kini tahulah Tengku Mahkota bahawa suara merdu
yang didengarinya ialah suara Bawang Merah. Baginda amat murka kerana Mak Senah
dan Bawang putih cuba berbohong kepadanya.
Bawang Merah terus dibawa pulang ke istana. Tidak lama kemudian, Bawang
Merah berkahwin dengan Tengku Mahkota dan menjadi permaisuri baginda. Mak
Senah dan Bawang Putih pula kembali ke rumah usang mereka. Setelah ketiadaan
Bawang Merah, mereka terpaksa melakukan sendiri semua kerja rumah.
Ingat kawan-kawan, kita mestilah sentiasa bersabar sekiranya menghadapi
sebarang masalah atau kesulitan.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai