Anda di halaman 1dari 18

KURSUS PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK

KE JKR NEGERI

TUNTUTAN KONTRAK

April 2014
1

MENGAPA WUJUD TUNTUTAN ?


Menurut peruntukkan kontrak, adalah menjadi
tanggungjawab kontraktor untuk menjalankan kerja dengan
tekun dan teratur

Kontraktor juga perlu menyiapkan kerja sebelum atau pada


tarikh siap yang ditetapkan
Apabila Kerajaan atau pihak dibawah kawalannya
menjejaskan kemajuan kerja yang menyebabkan kontraktor
tidak dapat menjalankan kerja dengan tekun dan
. teratur,maka ia merupakan satu tindakan kemungkiran
kontrak
2

PRA-SYARAT TUNTUTAN
Sehubungan itu,
kontraktor
bolehlah
menuntut
kerugian dan
perbelanjaan
tambahan
dengan syarat ia
membuktikannya
dengan
secukupnya

Namun demikian,
menurut
peruntukkan
kontrak Klausa 44,
kontraktor perlu
memberi notis
hasrat menuntut
dalam tempoh 30
hari selepas
daripada hal
keadaan kejadian
berlaku atau arahan
PP.

Ini bermakna notis


hasrat menuntut
yang
dikemukakan
selepas PKLM
dikeluarkan
bukanlah sejajar
dengan klausa 44
tersebut.

PUNCA-PUNCA TUNTUTAN
Menurut Klausa 44.1, sekiranya kemajuan kerja secara
materialnya terjejas dibawah klausa;
43.1(c) Penangguhan kerja dibawah klausa 50
43.1 (d) Arahan PP disebabkan pertikaian diantara tuan-tuan punya berjiran dengan syarat
bukan kemungkiran kontraktor
43.1 (e) Arahan PP dibawah klausa 5 dengan syarat bukan kemungkiran kontraktor
43.1 (f) Kontraktor tidak menerima arahan dalam tempoh sewajarnya berhubung penamaan
NSC, NSP atau arahan-arahan perlu berkaitan lukisan atau aras dengan syarat bukan
kemungkiran kontraktor
43.1 (h) Kelewatan disebabkan oleh artisan, tukang (tradesman) atau lain-lain yang dilantik
Kerajaan yang bukan sebahagian dari kontrak

Maka sekiranya kontraktor menanggung kerugian dan/atau perbelanjaan


tambahan secara lansung dan tidak akan dibayar ganti dibawah mana-mana
peruntukkan kontrak, kontraktor boleh menuntutnya.

PEMBUKTIAN TUNTUTAN
Dalam hal
ini,kontraktor
hendaklah
membuktikan
perkaraperkara
berikut;

Tindakan kemungkiran Kerajaan


Pertalian diantara tindakan
kemungkiran Kerajaan dengan kerugian
yang di alami (cause and effect)
Pembuktian kerugian yang dialami
Prinsip keterpencilan ganti rugi
(remoteness of damage)
Tindakan membendung kerugian oleh
kontraktor

KAEDAH PEMBUKTIAN TUNTUTAN


Kontraktor perlu membuktikan pertalian diantara tindakan
kemungkiran Kerajaan dengan kerugian yang dialaminya

Buku
Harian
Tapak
Carta
Organisa
si
PKLM

Inbois dan Resitresit

Surat
menyurat

Kaedah
pembuktian
kerugian
Arahan
PP

Minit
mesyuarat

CPM

KETERPENCILAN DAN PEMBENDUNGAN KERUGIAN


(REMOTENESS AND MITIGATION OF LOSSES)

Kerugian yang dituntut hendaklah terbit secara lansung daripada


tindakan kemungkiran Kerajaan

Kerugian tidak langsung seperti tuntutan sub-sub kontraktor tidak


boleh dipertimbangkan atau kerugian keuntungan prospektif
(prospective loss of profit) seperti keuntungan yang boleh diraih
daripada kontrak lain sekiranya kontrak ini tidak dilanjutkan di masa
hadapan.

Di sisi undang-undang, Kontraktor sebagai pihak yang terkilan


(aggrieved party) hendaklah membendung kerugian yang dialaminya
Contoh sekiranya arahan penangguhan kerja dikeluarkan, maka
kerugian yang dialami bagi loji-loji yang tersadai perlulah dibendung
dengan mengeluarkannya dari tapak binaan.

Klausa 50.2 berhubung dengan penangguhan kerja dimana


kontraktor perlulah melindungi dan menjaga keselamatan kerja yang
dilaksanakan daripada kerosakan dan juga membendung
7
perbelanjaan yang ditanggung.

PROSES
TUNTUTAN
PP menerima notis secara bertulis
dari Kontraktor tentang hasratnya
menuntut kerugian & perbelanjaan
tambahan

Notis tidak sejajar dengan syarat-syarat kontra

Notis sejajar dengan syarat-syarat


kontrak

PP maklumkan kepada
Kontraktor
Kontraktor mengemukakan
tuntutan berserta dengan
dokumen sokongan/bukti
kepada PP

PP menolak
menolak
PP
tuntutan
tuntutan
Kontraktor
Kontraktor
Kontraktor
merayu
PP menyediakan
laporan dan
perakuan
C

B
8

A
PP menolak
tuntutan
Kontraktor
Kontraktor
merayu
PP
menyediakan
laporan &
perakuan

PP
PP menilai
menilai
tuntutan
tuntutan &
&
menyediakan
menyediakan
laporan
laporan &
&
perakuan
perakuan
PP mengemukakan
mengemukakan
PP
laporan &
& perakuan
perakuan
laporan
kepada Urusetia
Urusetia JK
JK
kepada
Tuntutan
Tuntutan
Pembentangan
Laporan & Perakuan
kepada JK Tuntutan
PP memaklumkan
memaklumkan
PP
keputusan kepada
kepada
keputusan
Kontraktor
Kontraktor

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN


Sebuah

projek jalan di Perak Darul Ridzuan.


Setelah milikan tapak bina diberikan, masih ada
beberapa lot-lot tanah yang masih belum diambil
milik Kerajaan oleh kerana proses pengambilan
tanah masih belum lagi selesai.
Namun
demikian kontraktor masih boleh
menjalankan kerja di kawasan di mana masalah
pengambilan tanah tidak timbul.
Apakah yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor
sekiranya dia berhasrat untuk menuntut
kerugian dan pembayaran tambahan?
Apakah tanggungjawab P.P. untuk menangani
tuntutan kontraktor tersebut?
10

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN

P.P. perlulah memberi lanjutan masa sekiranya kelewatan


pengambilan tanah ini didapati secara material melewatkan
penyiapan kerja.
Kontraktor perlulah memberi notis hasrat menuntut sejajar
dengan syarat-syarat kontrak selepas arahan berhenti kerja
atau hal keadaan berkaitan dengan masalah pengambilan
tanah dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak (Borang
kontrak konvensyional dalam tempoh 30 hari atau 60 hari
bagi kontrak reka dan bina)
Kontraktor hendaklah menyenggarakan kesemua rekodrekod semasa berkaitan dengan perkara-perkara yang
hendak dituntut.
Kontraktor perlulah mengemukakan bukti-bukti kerugian dan
perbelanjaan tambahan yang ditanggung/dibayar olehnya
berkaitan dengan tuntutannya dengan syarat ia tidak
dibayar ganti di bawah mana-mana peruntukan kontrak.
11

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN


Kontraktor dikehendakki untuk mengemukakan
butir-butir tuntutannya disokong dengan buktibukti dalam tempoh 90 hari dari tarikh projek siap.
Secara lazimnya apabila masalah pengambilan
tanah berlaku, loji-loji di tapak bina akan tersadai
dan para pekerja akan sedia tunggu di tapak bina.
Namun demikian sekiranya tempoh pengambilan
tanah melibatkan tempoh yang lama, maka di sisi
undang-undang
kontraktor
perlulah
membendungkan kerugian yang dialaminya.
Sehubungan dengan itu sewajarnya kontraktor
membawa keluar loji-loji dan peralatan berserta
dengan para pekerjanya dari tapak bina.

12

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN

Apabila
kontraktor
mengemukakan
notis
hasrat
menuntut kepada Pegawai Penguasa, maka P.P.
hendaklah mengambil maklum akan notis hasrat tersebut
dan pada masa yang sama hendaklah memantau
kelewatan
yang
didakwa
oleh
kontraktor
yang
menyebabkan ia membuat tuntutan.
P.P. perlulah memastikan Buku Harian Tapak mencatatkan
kemajuan kerja, aktiviti kerja, bilangan pekerja dan juga
bilangan loji-loji serta perkakasan setiap hari.
Apabila kontraktor mengemukakan butiran tuntutannya
dengan terperinci maka P.P. hendaklah menilainya
sebagaimana yang ditetapkan di dalam syarat-syarat
kontrak.
Proses penilaian tuntutan adalah sebagaimana yang
ditetapkan dalam proses kerja SPB tuntutan.
13

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN


Butiran Yang Boleh Dituntut Kontraktor
Kontraktor bolehlah menuntut perkara-perkara berikut
tertakluk dengan bukti-bukti kerugian dan perbelanjaan
tambahan yang ditanggung.
Di antara perkara-perkara yang boleh dituntut adalah:
Tuntutan Di Bawah Kerja Awalan
a) Bayaran premium insurans bukti bayaran hendaklah
dikemukakan di atas nama kontraktor.
b) Bayaran tambahan bagi melanjutkan tempoh jaminan bon
pelaksanaan bukti bayaran dikemukakan di atas nama
kontraktor.
c) Bayaran kerja-kerja awalan seperti air, elektrik, talipon dsb
bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.
d) Kakitangan tapak yang berada sepenuh masa di tapak bina
bukti bayaran dikemukakan di atas nama kontraktor.
e) Kakitangan
Kawalan Keselamatan
- bukti bayaran
dikemukakan di atas nama kontraktor.

14

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN


Butiran Yang Boleh Dituntut Kontraktor
Kenderaan Projek Bukti bayaran penyenggaraan kenderaan
projek yang berkaitan dengan pelaksanaan projek dikemukakan di
atas nama kontraktor.
g) Lapuran Kemajuan Kerja dan gambar kemajuan bukti bayaran
berkaitan dengan projek dikemukakan di atas nama kontraktor.
h) Dan kerja-kerja awalan lain dengan syarat bukti bayaran projek
dikemukakan
Tuntutan Disebabkan Pemberhentian Kerja
i)
Kos loji yang tersadai hendaklah berdasarkan bilangan loji sebenar
yang berada di tapak bina dan juga melibatkan bilangan hari yang
terlibat. Dalam hal ini bayaran sebenar yang dibuat oleh
kontraktor hendaklah dibuktikan. Rujukan perlulah juga dibuat
kepada Buku Harian Tapak.
j)
Begitu juga para pekerja yang sedia tunggu di tapak - kontraktor
hendaklah membuktikan bayaran gaji yang telah dibuat di atas
namanya berserta dengan bilangan hari dan juga bilangan pekerja
yang terlibat. Rujukan perlulah juga dibuat kepada Buku Harian
Tapak.
f)

15

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN


Butiran Yang Boleh Dituntut Kontraktor
Hanya resit bayaran di atas nama kontraktor
sahaja yang boleh diterima sebagai bukti. Ini akan
menunjukkan bahawa kontraktor telah benarbenar menanggung kerugian dan perbelanjaan
tambahan disebabkan lanjutan masa yang telah
diberikan.
Sekiranya resit bayaran adalah di atas nama
subkontraktor, maka ini menunjukkan bahawa
subkontraktor yang menanggung kerugian dan
bukannya pihak kontraktor; walhal yang menuntut
terhadap Kerajaan adalah pihak kontraktor.
Sehubungan dengan itu tuntutan sedemikian
hendaklah ditolak.

16

KAEDAH PENILAIAN TUNTUTAN


BUTIRAN YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT
Kos perubatan yang tiada kena mengena dengan
kemungkiran oleh pihak Kerajaan.
Kos
keuntungan prospektif seperti kerugian
keuntungan 10 tahun di masa hadapan.
Kos kerugian yang berdasarkan kepada formula.
Kos keraian (entertainment cost).
Kos pembelian kenderaan projek.
Kepala tuntutan yang tiada kena mengena dengan
kemungkiran oleh pihak Kerajaan.
Apa-apa perbelanjaan tambahan dalam tempoh
lanjutan masa yang disebabkan oleh sebab-sebab
neutral seperti hujan, force majure dan juga
kekurangan bahan-bahan binaan.

17

Sekian
Terima Kasih

18

Anda mungkin juga menyukai