Anda di halaman 1dari 1

5. Cabaran yang dihadapi dalam pembangunan ekonomi negara.

1. Kekurangan modal. Keuntungan negara tidak mencukupi untuk


membangunkan faciliti. Ini melambatkan pembangunan ekonomi negara.
2. Bergantung pada dana asing. Ekonomi dikuasai oleh pihak luar. Sekiranya
mereka menghentikan pelaburan, ekonomi negara akan turut berhenti.
3. Pelabur asing mengalihkan perhatian ke negara lain. Mereka akan melabur
dalam negara lain yang menawarkan pelbagai insentif. Ini akan menyebabkan
industri perindustrian tidak berkembang.
4. Dana tempatan sukar diperolehi. Ini adalah kerana syarat-syarat yang
ketat. Kesannya, ekonomi negara kekurangan peniaga tempatan.
5. Kekurangan tenaga buruh mahir. Kualiti institut pengajian tinggi tidak
menanding negara asing yang maju . Kesannya , pekerja juga tidak
menerima pendidikan bertaraf antarabangsa.
6. Persaingan untuk mendapatkan buruh mahir. Pelbagai firma mencuba
untuk mendapatkan buruh mahir dalam negara akibat kekangan
penawarannya. Ini melemahkan struktur ekonomi firma.
7. Tenaga buruh mahir berminat bekerja di luar negara. Ini disebabkan oleh
faktor yang banyak seperti penawaran insentif serta upah yang lebih tinggi.
Kesannya, negara menghadapi krisis tenaga manusia yang berkemahiran.
8. Peningkatan harga dan kos pengeluaran. Oleh disebabkan inflasi yang
berlaku , kos pengeluaran yang meningkat turut menyebabkan peningkatan
harga. Kesannya, ekonomi negara dibebankan oleh kos hidup tinggi.
9. Produk tempatan yang kurang berkualiti. Ini akibat kekangan pekerja yang
mahir dalam negara. Hal ini menyebabkan produk tempatan sukar berdaya
saing dalam pasaran.
10. Negara lain mengeluarkan produk yang sama tetapi lebin murah dan
berkualiti. Hal ini menyebabkan negara terpaksa mengimport barang
tersebut. Ini menyebabkan ekonomi tempatan terjejas.