Anda di halaman 1dari 1

7.

Nilai murni atau iktibar yang perlu diamalkan di Malaysia


1. Rakyat hendaklah lebih giat berusaha. Rakyat perlu menceburi bidang
yang baru dan menguntungkan. Rakyat juga mesti melengkapkan diri dengan
semangat disiplin yang kuat.
2. Menjadi masyarakat yang produktif. Masyarakat perlu bersikap lebih
inovatif. Masyarakat perlulah menghasilkan sesuatu yang bernilai.
3. Kerajaan mesti mempunyai dasar ekonomi jangka panjang yang
menguntungkan. Ini untuk memastikan negara sentiasa maju. Contohnya,
Dasar Pembangunan Nasional.
4. Kita mestilah memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran. Kita
haruslah menghadiri kursus peningkatan kemahiran. Kita juga perlu
melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
5. Kita perlu bersikap terbuka menerima kemasukan teknologi baharu.
Teknologi mampu memajukan sebuah negara. Teknologi juga memudahkan
kehidupan harian manusia.
6. Kita hendaklah berhati-hati dengan muslihat orang luar yang ingin
menguasai kekayaan negara. Kita haruslah berwasapada agar orang luar
tidak dapat mendapatkan keuntungan negara kita. Ini supaya ekonomi
negara tidak berhenti maju.
7. Kita hendaklah tidak berputus asa jika menghadapi kegagalan. Kita
mestilah berusaha untuk menempuh sebarang cabaran. Contohnya, semasa
berlaku pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w , beliau masih tidak
berputus asa dan akhirnya berjaya menguasai Makkah.
8. Kita mestilah berdikari dan tidak bergantung pada pihak lain. Apabila
bergantung pada pihak luar, kita akan rugi pada akhirnya. Contohnya, tanah
Melayu yang dikuasai oleh pihak British menyebabkan negara kita tidak maju.
9. Kita mestilah saling bekerjasama untuk memajukan ekonomi. Kita
haruslah menggembleng tenaga demi masa depan negara. Masyarakat yang
bersatu padu mampu menjana ekonomi negara.
10. Kita haruslah mengelakkan permusuhan. Kita perlulah menjaga
perpaduan dengan mewujudkan kestabilan politik. Ini supaya ekonomi terus
membangun.