Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM

KEDATANGAN BARAT

1249/2
Sejarah Kertas II

SEJARAH TINGKATAN 4
SOALAN DAN JAWAPAN
BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN
BARAT
Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu
Soalan Struktur

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kesan terhadap aspek pendidikan hingga wujudnya
dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu, iaitu pendidikan formal dan pendidikan
tidak formal.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)
Pendidikan tidak formal adalah asuhan dalam keluarga yang menekankan pengajaran nilai-nilai moral melalui
pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
[2 markah]

(b) Sebutkan kaedah yang digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan
pengajaran.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)
o
o
o

Menerapkan melalui cerita.


Melalui pergaulan sosial
Menerapkan melalui pantun, peribahasa, teka-teki, pepatah dan lain-lain.

[3 x 1m = Mak. 2 markah]

(c) Senaraikan peranan istana sebagai pusat pendidikan formal.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201 - 202)
o
o
o
o

Sebagai pusat pengajian agama


Tempat ulama mengajar
Tempat perbincangan ulama daripada pelbagai bangsa
Tempat mengembangkan ilmu tasawuf
1

Nag2oO9

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM


KEDATANGAN BARAT

o
o

1249/2
Sejarah Kertas II

Tempat menyimpan buku-buku hikayat


Pusat pendidikan ilmu politik dan pentadbiran

[6 x 1m = Mak. 3 markah]

(d) Berikan ciri-ciri sistem pendidikan pondok.


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 202 - 203)
o
o

Memberi penekanan kepada ilmu agama


Menyediakan pelajar untuk bertugas sebagai guru agama

Menyediakan pelajar yang dapat bertugas untuk masyarakat

Tiada batasan waktu

Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian


[5 x 1m = Mak. 3 markah]

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu

(Pendidikan)

Soalan Esei
(a) Bandingkan bentuk pendidikan formal dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam dengan
selepas kedatangan Islam.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 201)

Hindu - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan masyarakat Melayu berasaskan tradisi agama Hindu dan Buddha.
Islam - Selepas kedatangan Islam pendidikan memberi penekanan terhadap agama Islam.
Bangsawan - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan didominasikan oleh golongan istana dan bangsawan.
Semua - Selepas kedatangan Islam, pendidikan melibatkan semua golongan.
Istana - Sebelum kedatangan Islam, istana adalah satu-satunya institusi pendidikan.

2
Nag2oO9

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM


KEDATANGAN BARAT

1249/2
Sejarah Kertas II

Institusi - Selepas kedatangan Islam, pendidikan formal dijalankan bukan sahaja di istana tetapi juga di institusi
pendidikan seperti masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok.
Pendeta - Sebelum kedatangan Islam, pendidikan diajar oleh pendeta dan guru khas.
Ulama - Selepas Islam, pendidikan disampaikan oleh ulama dan guru agama.
[8 x 2m = Mak. 12 markah]

(b) Bagaimanakah pendidikan formal dilaksanakan di madrasah ?


(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms.203)
Sukatan - Berdasarkan sukatan pelajaran
Kelas - Dilaksanakan secara kelas
Tahap - Pendidikannya mengikut tahap iaitu tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap khusus.
Mudir - Diawasi oleh Mudir.
Lembaga - Perjalanan madrasah diselia oleh lembaga, jawatankuasa dan sebagainya.
[5 x 2m = Mak. 8 markah]

Tajuk : Pengaruh Islam Terhadap Sosiobudaya Masyarakat Tanah Melayu


(Kesenian & Gaya Hidup)
Soalan Esei
(a) Huraikan pengaruh Islam terhadap seni persembahan muzik, nyanyian dan tarian dalam masyarakat
Melayu tradisional.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 205 - 206)

Sesuai - Seni persembahan disesuaikan dengan ajaran Islam.


Arab - Pengaruh Arab berkembang dalam kesenian ini.
Dabus - Tarian dabus mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali.
Inang - Tarian Inang ditarikan dalam majlis tertentu di istana.

3
Nag2oO9

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM


KEDATANGAN BARAT

1249/2
Sejarah Kertas II

Nazam - Lahirnya nyanyian nazam yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w , para nabi dan para
sahabat.
Upacara - Nyanyian nazam dipersembahkan dalam upacara bersifat keagamaan.
Dikir - Seni dikir dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang.
Seni kata - Seni kata dikir bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab.
Ghazal - Berkembangnya kesenian ghazal yang memuji kebesaran Allah.
[9 x 2m = Mak. 8 markah]

(b) Apakah kesan-kesan pengaruh Islam terhadap kehidupan sosial masyarakat Melayu.
(Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 207 - 208)

Keluarga - Hubungan kekeluargaan sangat rapat.


Hormat - Ibu bapa dan orang yang lebih tua dihormati.
Panggilan - Menggunakan panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua.
Jiran - Jiran dianggap seperti keluarga sendiri.
Suara - Orang muda menggunakan suara yang rendah bila bercakap dengan orang lebih tua.
Ziarah - Orang yang datang berziarah hendaklah memberi salam.
Bersalam - Tuan rumah bersalaman dengan tetamu.
Cium - Kanak-kanak mencium tangan orang tua apabila bersalaman.
Hidang - Tetamu dihidangkan makanan dan minuman.
Bismillah - Ungkapan bismillah dibaca semasa hendak makan.
Majlis - Majlis-majlis dijalankan secara Islam.
Gotong-royong - Majlis dijalankan dengan semangat gotong-royong.
Perpaduan - Nilai-nilai perpaduan sangat diutamakan.
[13 x 2m = Mak. 12 markah]

4
Nag2oO9

Anda mungkin juga menyukai