Peningkatan kemajuan Negara banyak mempengaruhi pembangunan pendidikannya
seperti infrastruktur sekolah akan lebih terpelihara dan baik. Sebagaimana yang kita tahu, Negara yang maju mampu melahirkan pendidik yang lebih professional dan lebih berfikiran kritis. Tenaga pengajar yang mempunyai ciri itu mampu menghasilkan inovasi yang tersendiri dalam bidang pendidikan supaya mendapat hasil yang lebih berkesan.sebagai contoh Negara mampu membayar tenaga pengajar dari Negara luar yang lebih professional dan mempunyai daya pengajaran yang lebih berkesan Negara yang maju akan melahirkan induvidu yang celik IT hasil daripada kemajuan teknologi semasa. Sebagai contoh penggunaan teknologi Ict, Para pelajar khususnya pelajar sekolah akan lebih mudah untuk memahami skop pembelajaran sekiranya teknologi di sekolah lebih canggih. Hal ini sekaligus menjadikan pelajar berkemahiran dan mempunyai tahap kecekapan dalam pengendalian teknologi sekali gus memperkembangkan lagi potensi induvidu secara menyeluruh yang seiring dengan falsafah pendidikan iaitu, memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ". Umumnya, penggunaan teknologi yang canggih seperti komputer, penggunaan internet untuk mengakses maklumat sangat penting kepada pelajar. Hal ini akan memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat di seluruh dunia. Selain itu, penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan prestasi para pelajar sekolah dan institit pengajian tinggi Selain itu, Negara yang maju mampu menstabilkan ekonomi Negara sekali gus dapat menambahkan bilangan IPT yang mampu melahirkan induvidu yang bijak pandai. Seterusnya, ekonomi yang stabil mampu menampung perbelanjaan pelajar yang belajar di luar Negara dengan memberi biasiswa dan kemudahan di tempat mereka belajar. Ekonomi juga mamu menaiktarafkan infrastruktur di mana-mana sekolat atau ipt untuk kemudahan pelajar. Sebagai contoh menyediakan kelas yang lebih besar dan selesa agar pelajar mampu menumpukan perhatian dalam pembelajaran. sekian