Anda di halaman 1dari 6

BAB PENGHARAMAN MONOPOLI DAN DAN JUAL DIATAS JUALAN SERTA

PINANG ATAS PINANGAN MELAINKAN DENGAN PERSETUJUAN UNTUK


MENERIMA PINANGAN TERSEBUT.
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Kami dilarang, seorang kota menjual kepada orang desa, meskipun saudaranya atau ayahnya.
(Shahih Muslim No.2800)1
Huraian Hadis
-Nabi melarang jualan jenis monopoli .Bayangkan satu orang pedagang badwi atau yang
tinggal di luar Bandar dan datang ke Bandar untuk menjual barang yang menjadi keperluan
umum kaum Muslimin .Kemudian seorang penduduk Bandar menahannya dan tolong
menjual untuk pihaknya dengan membeli kesemua barang pedagang tersebut .Akhir sekali
pedagang Bandar itu menjual barang tersebut dengan harga yang lebih tinggi kepada
penduduk bandar yang lain dari harga asal pedagang Badwi tersebut dan pedagang Bandar itu
mengaut keuntungan yang lebih daripada pedagang Badwi itu. Cara ini dinamakan monopoli
dan ini dilarang oleh baginda Nabi S.A.W.
-Para fuqaha menegaskan bahawa barang yang dilarang tersebut adalah barang yang menjadi
keperluan umum seperti makanan ruji .
-Ini boleh berlaku kerana antara sebab adalah pedagang Badwi itu tidak tahu harga sebenar di
Bandar. Sekiranya kalau dia jual tanpa orang pertengahan , mungkin dia akan mendapat
keuntungan tinggi dan dapat melaksanakan jual beli dengan adil.
Hadis Dari Ibnu Umar r.a
Bahwa Rasulullah saw. melarang mencegat barang dagangan sebelum tiba di pasar. Demikian
menurut redaksi Ibnu Numair. Sedang menurut dua perawi yang lain: Sesungguhnya Nabi
saw. melarang pencegatan. (Shahih Muslim No.2793)2

Huraian Hadis
1. Manusia takkan berpisah dari urusan jual beli. Apabila Islam datang , agama ini
membetulkan persepsi cara kita pandang sesuatu perkara. Contoh ,pada zaman dahulu
apabila seseorang manusia mendapat wahyu , manusia lain cenderung untuk
mengaitkannya dengan unsur ketuhanan dan dijadikan sembahan manusia. Sama
1 http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=132:21terjemahan-hadits-shahih-muslim-kitab-jual-belidocx&catid=8:hadis-shahihmuslim&Itemid=58

2 Ibid

seperti para ketua tarikat . Dr Asri cuba mengaitkan kisah sahabtnya yang isteri
sahabat tersebut begitu kagum pada seorang ketua tarikat dari Cyprus dan isteri
tersebut sanggup pergi ke sana untuk bertemu beliau . Beliau menceritakan bahawa
para pengikut sanggup cium kaki tok guru tersebut untuk mendapat berkat.

2. Islam memberikan pandangan yang betul terhadap sesuatu perkara . Dr Maza


memberi contoh dengan hadis riwayat Al-Bukhari dalam kitab Sahih-nya :


Mafhumnya: Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku, seperti yang dilakukan
oleh orang-orang Nasara (Kristian) terhadap Ibn Maryam (Nabi Isa AS), sebaliknya
saya hanyalah hambaNya. Maka kamu sebutlah (kepada Saya) Hamba Allah dan
RasulNya.3

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang
percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang
soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.(Surah
al-Kahf: 110).

4.Pada zaman jahiliyah apabila seorang lelaki mati , isterinya boleh diwarisi oleh anaknya .Apabila
Islam datang , agama ini memberi pembelaan pada wanita dengan menyifatkan wanita sebagai
manusia yang mempunyai hak tertentu juga.

Prinsip Prinsip Islam Dalam Memiliki Harta


3 http://bin-sahak.blogspot.my/2011/12/larangan-berlebihan-memuji-nabisaw.html

Yang pertama, segala harta yang dimiliki di bumi ini dimiliki oleh Allah S.W.T . Antara ayat Al-Quran
yang boleh dikaitkan adalah :

Katakanlah: Ya Tuhan, Sang Pemilik Kerajaan! Kau berikan kerajaan kepada siapa Kau berkenan
Kau renggut kerajaan dari siapa yang Kau inginkan, Kau limpahkan kemuliaan kepada siapa Kau
berkenan Kau timpakan kehinaan kepada siapa yang Kau inginkan. Dalam genggaman tangan
Engkaulah segala kebaikan. Sungguh atas segalanya Engkau Maha Kuasa
(Surah Ali Imran ayat 26)

(Surah Al-Mulk ayat 1)

Di sini ditekankan satu konsep penting iaitu menggunakan harta yang Allah berikan untuk
mencari akhirat . Allah Taala berfirman dalam surah Al-Qashash ayat 77




Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri
akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan
berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan
janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berbuat kerusakan.
Dr Asri menegaskan bahawa kita seharusnya menggunakan apa yang
dikurniakan oleh Allah Taala untuk mencari akhirat serta menikmati harta dunia
tetapi tidak berlebihan sehingga menjadi lalai. Bukan mencari akhirat dan dunia
secara berpisah .
Qarun merupakan antara manusia yang paling kaya dalam sejarah tetapi dia
angkuh dengan mendakwa semua ini milik dia semata-mata .

Prinsip kedua Islam dalam pemilikan harta adalah setiap manusia mendapat
rezeki Allah berdasarkan usaha dan takdir.
Allah berfirman dalam Surah Al-Hadid ayat 7

Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu
yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di
antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar.

Dr Asri menegaskan bahawa dengan adanya harta juga adanya tanggungjawab


kita terhadap harta tersebut. Adanya hubungkait antara harta dan pembangunan
masyarakat.

Dalam sebuah hadith Nabi S.A.W :




.
."
"Perumpamaan orang menjaga hudud Allah dan orang yang melanggarnya ialah
seperti suatu kaum yang sama-sama menaiki kapal. Lalu sebhagiannya duduk di
bahagian atas dan sebahagiannya duduk di bahagian bawah. Apabila orangorang yang duduk di bahagian bawah hendak mendapatkan air mereka meminta
tolong dari orang yang duduk di atas. Maka mereka berkata "Alangkah baiknya
sekiranya kita tebuk satu lubang di bahagian kita ini, maka kita tidak
menyusahkan orang yang duduk di atas." Sekiranya orang-orang yang duduk di
atas membiarkan mereka melakukan apa yang mereka mahu, maka mereka
semua akan binasa dan sekiranya mereka melarangnya maka mereka semua
akan terselamat. (riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya. Juga diriwayat oleh AtTirmidzi)4
Islam cuba menerangkan kita tidak boleh bertindak sewenang-wenang dengan
harta kita kerana penyalahgunaan ini boleh memberi impak negative pada
masyarakat.
Prinsip yang terakhir adalah seseorang boleh memiliki harta sebanyak mana
mungkin dan tidak ada seseorang boleh menghalanginya .Tetapi
4 http://www.sunnah.com/bukhari/47/11

A. Harta tersebut mestilah didapati MENGIKUT SYARAK.Jika tidak , harta


tersebut boleh dirampas atau diambil semula. Tidak kira sama ada orang
pertikai atau tidak penggunaan harta haram tersebut , tetap haram
hukumnya disisi syarak.
B. Diharuskan untuk menggunakan harta tersebut untuk apa tujuan selagi
mana tidak memberi mudharat pada orang lain. Seperti contoh , kita
menggunakan radio yang dimiliki sah tetapi menggunakannya dengan
bunyi kuat sehingga menggangu orang lain.Sa
C. Diharuskan menggunakan harta selagi mana tidaklah menggugat
kemaslahatan umum. Seperti contoh , pihak kerajaan hendak membuat
jalan tetapi mesti melalui kawasan seseorang dan dimilik oleh individu
tersebut serta tiada kawasan yang sesuai selain kawasan dia , pihak
kerajaan boleh ambil dan beli darinya kerana melibat kepentingan umum.

Monopoli Secara Adil?


Dalam isu monopoli , bagaimana kalau pedagang Bandar itu beli daripada
pedagang luar Bandar itu beli dengan harga yang sama dengan harga di Bandar
serta jual di Bandar dengan harga yang sama tersebut?
Sebahagian fuqaha kata ini dibenarkan kerana illah telah diangkat.

Hudud Pada Zaman Ini


Islam menegaskan bahawa kepada pelaksana hudud perlulah lihat kepada
keadaan semasa dan tidak boleh terikat pada keadaan para Salaf sahaja kerana
perbezaan ciri zaman yang ketara. Beliau juga menceritakan sedikit zaman AlMalik Abdul Aziz ,Raja Saudi pada zaman 30-an yang baginda menetapkan
Bahasa Inggeris , Geografi dan Sains dalam pendidikan Saudi.Para ulama Saudi
membantahnya kerana mampu mengecam keimanan para rakyat . Mereka
berhujah kerana:
Sains : Ada gambar yang pasti menggunakan kamera dan ini bercanggah dengan
fatwa mereka iaitu mengharamkan kamera berdasarkan beberapa hadis
larangan membuat gambar dan mereka qiaskan dengan kamera.
Geografi : Dikhuatirkan para pelajar akan belajar bahawa bumi ini bukan leper
tapi bulat berdasarkan ayat Al-Quran

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta
Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.
(Al-Hijr 15:19)

Bahasa Inggeris : Mereka khuatir para pelajar akan belajar ilmu kufur
melalui bahasa asing ini

Anda mungkin juga menyukai