Anda di halaman 1dari 10

OLAHRAGA

LONTAR PELURU

RANCANGAN LATIHAN PENDIDIKAN JASMANI

Jenis Sukan

Olahraga

Tarikh

Bilangan Peserta

Hari

Sabtu

Masa

12.00 th 1.00 pm

Tajuk

Olahraga ( Acara padang )

Kemahiran

Lontar Peluru ( Asas lontar peluru )

Objektif Latihan

Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran


dijalankan murid dapat :

Psikomotor

Melakukan 2 teknik memegang peluru dan kedudukan


peluru dengan lakuan yang betul.

Kognitif

Menerangkan secara lisan teknik memegang peluru dan


kedudukan peluru dengan betul.

Afektif

Menunjukkan sifat toleransi dan kesungguhan semasa


melakukan aktiviti.

Alatan Latihan

Kon besar (4), kon kecil (5), peluru (5), pita ukur (1), bola
softball (5), dan ABM

Pelaksanaan Aktiviti
AKTIVITI

ORGANISASI / PENERANGAN / BUTIRAN MENGAJAR

___________________________________________________________________________________________
1

OLAHRAGA

1.0 PERMULAAN
Pengenalan
( 1 minit )
-

LONTAR PELURU

Penerangan guru.
-

Penerangan

Terdapat 3 teknik gaya melontar yang biasa


digunakan. ( gaya berdiri statik, gaya berdiri
selangkah, gaya OBrien )

Guru memberitahu bahawa mereka akan belajar


teknik pegangan dan lontar peluru gaya berdiri statik.
G
M
M
M
M
M
M
M M M M

G = Guru
M = Murid

Peluru

MEMANASKAN BADAN
( 14 minit )
-

Murid berlari dengan mengelilingi 4 kon yang disediakan


oleh guru. ( 2 kali )

Lari anak ( joging )

___________________________________________________________________________________________
2

OLAHRAGA

LONTAR PELURU

Untuk melakukan teknik berjoging dengan betul,


dimulakan dengan kepala. Kepala mesti tegak.
Bahagian belakang tegak dan lurus.
Tangan pula dibengkokkan 90 darjah dengan jari
digenggam tapi relaks. Hayunan tangan adalah antara
paras dada ke paras pinggang. ( ke depan dan
belakang )
Kawasan midsole (tengah tapak kaki hingga jari kaki)
menyentuh tanah kaki perlulah dihayunkan hingga
ke punggung. Kemudian daya akan dipindahkan ke
hujung jari kaki dan akan menolak untuk lonjakan
seterusnya.

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa berlari


adalah bunyi hentakkan kaki. Jika bunyi hentakan
terlalu kuat, ini bermakna impak yang ditanggung oleh
kaki adalah besar. Ini amat merbahaya untuk
kesihatan kaki terutama bahagian sendi.
Kelajuan larian juga perlu dikawal kerana sekiranya
terlalu laju, pernafasan akan menjadi mengah, maka
kelajuan larian adalah sederhana.

___________________________________________________________________________________________
3

OLAHRAGA

Aktiviti keregangan

LONTAR PELURU

Semua otot-otot major di bahagian badan diregangkan


bermula dari bahagian kepala hingga ke bahagian
kaki.
Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas paras bahu.
Cekak pinggang dengan kedua-dua tangan.
Mendongak melihat ke atas dengan kiraan 10 saat.

Kemudian tundukkan kepala menghadap ke


permukaan tanah ( 10 saat )

Pergerakan yang dilakukan seterusnya di mana


kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan

___________________________________________________________________________________________
4

OLAHRAGA

LONTAR PELURU

Luruskan kedua belah tangan di belakang punggung


dan siku dihalakan ke dalam.

Tolak tangan perlahan-lahan ke atas dan kira dalam


kiraan 8.
Ulang aktiviti sebanyak 2 kali.
Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas paras bahu.
Tangan kanan menyilang ke kiri di hadapan badan.
Tangan kiri memegang siku kanan dan tarik ke arah
bahu kiri.
Ulang langkah yang sama dengan tangan kiri.

Kedua tangan memegang pinggang.


Kilas badan ke kiri.
Ulang langkah yang sama dengan mengilaskan badan
ke kanan.

Bongkokkan badan ke hadapan dan meleding


kebelakang.

___________________________________________________________________________________________
5

OLAHRAGA

LONTAR PELURU

Kesemua pergerakan dilakukan dengan kiraan


sebanyak 8 kali.

Akhir sekali mengangkat peha ke arah dada atau


perut dan melipat kaki ke arah punggung dengan
kiraan 8. ( kiri dan kanan )

PERKEMBANGAN
( 30 minit )
2. KEMAHIRAN LONTAR
PELURU
a. Teknik memegang peluru.
- ( Pelajar akan
mengaplikasikan teknik
memegang peluru
menggunakan bola
softball )
-

Ansur maju 1

teknik pertama

Guru menunjukkan teknik memegang peluru dan


kedudukan peluru kepada pelajar.
Peluru berada dalam bebola tangan
Peluru tidak mengenai tapak tangan
Gunakan tiga jari untuk menyokong bahagian atas peluru
Gunakan dua jari untuk menyokong bahagian bawah peluru

___________________________________________________________________________________________
6

OLAHRAGA

LONTAR PELURU

teknik kedua
Peluru berada dalam bebola tangan
Peluru tidak mengenai tapak tangan
Gunakan kelima-lima jari untuk menyokong
keseluruhan peluru

Teknik ketiga

Gambarajah teknik pegangan peluru di leher


sebelum peluru dilontar
Bawa peluru ke leher, ke bawah sedikit daripada
dagu.
Siku menghala keluar badan dengan pangkal lengan
membuat sudut 45 darjah dengan badan.

Fasa Persediaan.
-

Pelajar berdiri dan sambil memegang peluru dalam


kedudukan sedia
Pelajar akan mengilaskan badan dengan memusingkan
bahu, pinggang naik ke hadapan dan diikuti tolakan
dada ke hadapan.
Pelajar akan mengaplikasikan teknik melontar peluru
tanpa peluru terlebih dahulu

b. lontar peluru gaya berdiri


statik.
-

Fasa
Permulaan/Persediaan

___________________________________________________________________________________________
7

OLAHRAGA

LONTAR PELURU

(ansur maju 2 )
Fasa Lontaran
-

Pelajar pada kedudukan ini akan menggunakan kaki


yang dibelakang menolak dengan kuat sehingga badan
melentik.
Pergerakan ini disusuli dengan pergerakan menolak
bola dengan menggunakan bahagian bahu.
Kuasa tolakan tadi perpindah kepada tangan dan
melontar sekuat yang boleh.
Pelajar akan membuat lontaran secara statik dengan
menggunakan bola softbol.

Fasa Lontaran
( ansur maju 3 )

Fasa Ikut Lajak


-

Pelajar melakukan hayunan dengan membawa berat


badan ke hadapan dan seterusnya melontar.
Selepas lontaran, melonjak dengan kaki kiri untuk
mengimbangi badan sambil memerhati arah peluru
mendarat.

Fasa ikut lajak


( ansur maju 3 )
-

Tukar dengan pantas kaki kanan ke hadapan dan kaki

___________________________________________________________________________________________
8

OLAHRAGA

LONTAR PELURU

kiri digerakkan ke belakang.


Fleksi lutut kaki hadapan.

Pindahkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan.

Seterusnya, pelajar akan mengaplikasikan teknik


melontar peluru menggunakan bola sofbol.

KEMUNCAK ( 10 minit )
-

Pertandingan lontar
peluru

G
M
M

M
M
M

M
M M M M

G - Guru
M
-

4.0 Penutup ( 5 minit )


- pengenduran

- Pelajar

Setiap pelajar akan berpeluang menyertai


pertandingan lontar peluru.
Pelajar perlu mengaplikasikan semua kemahiran yang
telah diajar
Setiap pelajar di beri peluang melontar satu kali
sahaja.
Pelajar yang melontar peluru dengan jarak paling jauh
akan dinobatkan sebagai pemenang.
Jauh lontaran diukur dari sentuhan tanah terdekat
dengan bahagian penghujung garisan bulatan.

Gerak-gerakkan seluruh anggota tubuh untuk


meratakan asid laktik ke seluruh anggota badan.

___________________________________________________________________________________________
9

OLAHRAGA

Rumusan

LONTAR PELURU

Otot-otot major yang telah digunakan diregangkan


bermula dengan bahagian kaki hingga ke bahagian
kepala

Guru mengajukan soalan kepada pelajar.


Berikan fasa pergerakan dalam acara melontar
peluru mengikut teknik yang di ajar.

Guru memberi nasihat kepada pelajar berkaitan


dengan kemahiran yang di pelajari.

___________________________________________________________________________________________
10

Anda mungkin juga menyukai