Anda di halaman 1dari 5

LARIAN JARAK JAUH

Acara jarak jauh ialah acara yang merangkumi acara 5000m hingga 10 000m. Contoh acara
ialah Marathon, lumba jalan kaki, merentas desa, medley relay, 4x1600m, 5000m dan 3000m lari
berhalangan. Namun begitu acara sukan seperti medley relay, 4x800m dan 4x1600m amat
jarang dilakukan dimana-mana kejohanan.

SEJARAH
Sejarah lari jarak jauh tidak tertulis secara tepat dan terperinci sejak manusia mula berlari
sebagai prestasi atau untuk kejohanan. Namun begitu, terdapat versi yang mengatakan lari jarak
jauh ini bermula daripada bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani
dan Persia di kota Marathonas, Pulau Egina Yunani.
Pasukan Persia mengalami kekalahan dan pasukan Yunani yang memenangi perang
tersebut, telah memerintahkan salah seorang pasukannya untuk membawa pesanan. Si pembawa
pesanan berlari ke Athena yang letaknya sejauh 40.8 km (25.4 batu) dalam sehari untuk
mengkhabarkan kemenangannya. Sesampainya di kota, si pembawa pesanan berteriak dan dia
akhirnya pengsan dan meninggal dunia. Untuk mengenang kemenangan terhadap perang tersebut
dan untuk menghormati si pembawa pesanan maka beberapa tahun selepas itu diadakan
perlawanan lumba lari dan sukan ini semakin berkembang menjadi satu sukan olahraga.
Disebabkan prestasi atau pencapaian yang memberangsangkan, sukan ini terpecah menjadi
berbagai cabang larian.
Dikhabarkan cabang olahraga larian seperti marathon yang pertama kali dipertandingkan
dalam olimpik telah diadakan di kota Athens. Acara ini telah dimenangi oleh Eucles dan pada
perlumbaan yang berikutnya acara ini dimenangi oleh atlet dari Filipina. Setelah mengalami

pelbagai kejadian dan mengambil masa yang panjang, perlumbaan ini berubah menjadi salah
satu acara olimpik dan pada tahun yang berikutnya, perlumbaan ini mendapat julukan olimpik
moden.

TEKNIK LARIAN
Permulaan

1. Teknik permulaan standing start adalah sesuai digunakan dalam acara jarak jauh dan
sederhana. Standing start digunakan untuk meningkatkan tahap konsentrasi dan respon
semasa berlepas.

2. Gambar diatas menunjukkan contoh lain bagi standing start iaitu falling start dan 3 or 4
point stances. Gerakan larian sejak permulaan lebih rileks dan tidak dilakukan secara
maksimum. Kedudukan mata ialah fokus kehadapan dalam jarak 10-20m.
3. Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam berlari sebaik sahaja permulaan
dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada
jarak yang jauh sedikit jika terus berlaku di lorong luar serta untuk mengelakkan diri
daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari.
4. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan pelari
yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak yang tidak
terlalu jauh dan mengekalkan larian di samping menyimpan tenaga untuk membuat
pecutan pada peringkat akhir larian.
Semasa berlari
a

Kedudukan badan
Kedudukan badan untuk acara jarak sederhana dan jarak jauh adalah sangat berbeza
dengan cara larian acara pecut.

Gambar diatas menunjukkan beza Ketika berlari dan mendekati garis penamat,
kedudukan badan agak condong kehadapan. Ketika membuat dip, badan akan ke hadapan
sedikit namun tidak seconding seperti pada larian pecut. Pergerakan lutut juga tidak
tinggi, sekadar untuk memastikan keseluruhan tapak kaki tidak mencecah trek.
b Pergerakan tangan

Tangan dihayun menyilang dan tidak melepasi garis tengah badan. Tangan dibengkokkan
disiku kurang daripada 90 dan dihayun ke atas setinggi dagu dan kebawah separas
pinggul dengan bukaan seluas lebih kurang 120.
Pergerakan kaki

Gambar diatas menunjukkan kedudukan tumit kaki belakang dan hujung tapak
kaki ketika tapak kaki mencecah tanah. Ketika kaki mencecah tanah, tumit belakang
tapak kaki akan mendarat dahulu, diikuti dengan keseluruhan tapak kaki kemudian
hujung tapak kaki hadapan. Setiap langkahan rapat dan berubah mengikut kelajuan.
i.

ii.

iii.

iv.

Atlit digalakkan untuk menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan kelajuan


sehingga ke peringkat akhir larian. Hal ini kerana, Walaupun kederasan larian
bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi dalam
acara jarak jauh ini, kederasan tidak dapat dikekalkan berterusan sepanjang larian.
Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya
berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Pelari hendaklah berlari
mengikut rentak larian sendiri untuk tidak menjejaskan larian sendiri.
Berlari di lorong yang paling dalam. Ini bertujuan untuk mengurangkan jarak
sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih
jauh jika dia menggunakan lorong luar.
Mengekalkan kepantasan. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat manamana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan berlari dalam
kumpulan.Tujuannya untuk bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak
terakhir larian.
Meningkatkan kepantasan pada akhir larian. Walaupun kebanyakan pelari tidak
terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidaktidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan
dalam mencapai garisan penamat.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG UMUM LARI JARAK JAUH

PERMULAAN

i.
ii.
iii.
iv.

Larian hendaklah dimulakan dengan letupan pistol.


Kata perintah yang standard bagi larian jarak jauh hendaklah digunakan.
Bagi perlumbaan antarabangsa, amaran lima minit, tiga minit dan satu minit hendalkah
diberikan.
Stesen hadapan di garisan permulaan hendaklah disediakan dan peserta-peserta dari satusatu pasukan akan berbaris memanjang ke belakang.

STESEN PERSEGARAN
i.
ii.

Air atau minuman yang bersesuaian hendaklah disediakan di permulaan dan penamat
perlumbaan.
Bagi semua acara, minuman hendaklah disediakan pada setiap pusingan jika keadaan
cuaca memerlukan ia di sediakan.

PENSKORAN
i.

ii.

Setelah perlumbaan selesai, para hakim hendaklah memutuskan kedudukan-kedudukan


muktamat para peserta setiap pasukan yang bertanding, mencampurkannya dan
mengisytiharkan pasukan yang memperoleh jumlah yang terendah sebagai pemenang.
Jika terdapat jumlah yang seri, kemenangan akan di berikan kepada pasukan yang peserta
terakhirnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada peserta terakhir pasukan
yang seri dengannya.

Anda mungkin juga menyukai