Anda di halaman 1dari 2

Sesungguhnya program Kiosk KBAT yang telah dilaksanakan pada 29

September 2015 sama sekali memberi pengalaman serta pendedahan kepada


pelajar guru akan kepentingan pembinaan bahan bantu mengajar. Hal ini benar
kerana penghasilan bahan bantu mengajar oleh guru mampu memotivasikan para
pelajar untuk untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru
semasa proses P&P dengan lebih aktif. Hal ini kerana variasi sumber pengajaran
yang diperkenalkan oleh guru mampu menimbulkan keterujaan pelajar terhadap
P&P. Hasilnya guru berjaya menarik menarik minat pelajar untuk mengetahui
tentang topik yang bakal diajarkan oleh guru. Selain itu bahan bantu mengajar yang
menarik mampu merangsang minda pelajar untuk menghubungkaitkan sesuatu
konsep dengan topik yang akan diajar oleh guru. Perkaitan konsep tersebut
sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan berkesan. Hal ini
jelas sekali mampu meningkatkan kefahaman pelajar akan topik yang diajarkan oleh
guru. Penggunaan bahan bantu mengajar yang maujud oleh guru memenuhi
keperluan pelajar khasnya kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun kerana
pada fasa tersebut pelajar lebih cenderung dan berupaya untuk memahami sesuatu
konsep secara konkrit berbanding konsep yang diperkenalkan secara abstrak.
Pameran bahan bantu mengajar di Kiosk KBAT 29 September 2015 sama sekali
memberi peluang kepada pelajar guru untuk berbincang dan bertukar-tukar
pendapat mengenai ciri, kesesuaian, serta aspek-aspek lain yang berkaitan tentang
pembinaan bantu mengajar yang menarik. Program ini menjadi medan ilmu yang
membuka

minda

pelajar

guru

untuk

menghasilkan

lebih

banyak

inovasi

pembelajaran yang bakal melonjakkan tahap pencapaian murid dalam subjek-subjek


yang diajarkan di sekolah.
Antara bahan bantu mengajar yang menarik dan berbeza daripada bahan
bantu mengajar yang biasa dihasilkan oleh pelajar guru ialah kiub peta dunia yang
dihasilkan oleh pelajar dari PISMP Ambilan 2013 Sejarah. Kiub mudah alih yang
dihasilkan memberikan gambaran yang jelas akan perubahan dan pergerakan kerak
bumi yang akhirnya membentuk benua dan kepulauan-kepulauan kecil. Selain
penggunaan bahan yang tidak menelan kos yang tinggi, kiub tersebut juga mudah
untuk dikendalikan oleh guru dan pelajar. Hal ini memberi suatu pengalaman baru
kerana inovasi tersebut mampu diadaptasikan oleh pelajar guru untuk mengajarkan

topik-topik yang melibatkan sesuatu penerangan tentang sesuatu langkah atau


proses.

Anda mungkin juga menyukai