Anda di halaman 1dari 3

www.alraufi.blogspot.

com


MUNYATUL MUSOLLI
(Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang)

12 HURAIAN KESEMPURNAAN SEMBAHYANG


1. [Adapun] ilmu itu, atas 3 wajah:
Pertama: Bahawa diketahui fardhu daripada sunatnya kerana bahawasaya sembahyang itu tidak
sah melainkan diketahui akan kaifiatnya.
Keduanya: Diketahui barang yang ada pada wudhunya daripada fardhu dan sunat. Maka
demikian itu syarat pula sah wudhunya, dan
Ketiga: Mengetahui akan tipu daya syaitan supaya dapat ia menjauh akan dia.
2. Maka adapun kesempurnaan wudhu itu hendaklah dikerjanya tiga perkara:
Pertama-tama: Engkau sucikan hati daripada khianat dan hasad dan bughd (
- benci), dan
Keduanya: Engkau sucikan badan engkau daripada dosa, dan
Ketiga: Sempurnakan basuh pada anggota wudhu dengan sempurna, dengan tiada berlebih-lebih.
3. Adapun pakaian itu, maka sempurnanya itu dengan tiga perkara:
Pertama: Bahawa ada ia halal, dan
Keduanya: Suci daripada najis yang tiada dimaafkan, dan
Ketiga: bahawa ada ia muwafaqah dengan sunnah, dan jangan ada pakaiannya itu atas jalan
takabbur, dan ujub, dan megah.
4. Adapun memeliharakan waktu itu, maka sempurnanya di dalam tiga perkara:
Pertama: Bahawa ada ia mata engkau melihat akan matahari, dan bulan, dan bintang, dan engkau
amat-amatikan dia bagi hadir waktunya, dan
Keduanya: Telingamu itu mendengar kepada bang (azan), dan
Ketiga: Hati kamu memikirkan janjian-janjian bagi waktu.
5. Adapun mengadap qiblat kesempurnaan di dalam tiga perkara:
Pertamanya: Bahawa engkau hadap qiblat dengan dadamu, dan
Keduanya: Bahawa engkau hadap kepada Allah dengan hati kamu, dan
Ketiganya: Bahawa engkau khusyu, dan tawadhu, dan tazallul (
- menghinakan) dengan
anggotamu.

29

www.alraufi.blogspot.com
6. Adapun niat, maka kesempurnaan itu tiga perkara:
Pertamanya: Bahawa engkau ketahui apa sembahyang yang engkau dirikan, dan
Keduanya: Bahawa engkau ketahui bahawasanya engkau berdiri di antara hadapan Tuhanmu dan
Ia melihat akan dikau. Maka engkau berdiri dengan haibah ( - takut) dan sakinah (
tenang), dan
Ketiga: Bahawa engkau mengetahui bahawasanya Ia mengetahui akan barang yang di dalam
hatimu. Maka selesaikan olehmu daripada membimbangkan pekerjaan dunia.
7. Adapun takbir itu, maka kesempurnaannya di dalam tiga perkara:
Pertamanya: Bahawa engkau takbirkan sebagai takbir yang sohih, lagi jazam (
-yakin ia
sohih)
Keduanya: Bahawa engkau angkatkan dua tangan berbetulan dua telinga, dan
Ketiga: Bahawa adalah hati engkau hadir. Maka engkau takbir dengan tazhim (
membesarkan Allah).
8. Adapun qiyam, kesempurnaannya itu di dalam tiga perkara:
Pertama: Engkau jadikan matamu itu pada tempat sujud kamu.
Keduanya: Bahawa engkau jadikan hati kamu itu kepada Allah, dan
Ketiganya: Bahawa jangan berpaling ke kanan dan ke kiri.
9. Adapun kesempurnaan qiraah (

- bacaan) itu, tiga perkara:

Pertama: Engkau bacaan yang sohih dengan tartil (


- tajwid) dan ketiadaan lahan (
baris).
Kedua: Engkau baca dengan tafakkur ( ) dan tadabbur ( ) akan maknanya, dan
Ketiga: Bahawa engkau amalkan barang yang engkau baca itu.

- salah

10. Adapun kesempurnaan ruku itu, pada tiga perkara:


Pertama: Bahawa engkau ratakan belakang serta lehermu. Maka jangan engkau merendahkan
dan tinggikan kepalamu.
Kedua: Bahawa engkau hantarkan dua tapak tanganmu di atas dua lututmu, dan engkau
jarangkan antara anak jarimu.
Ketiga: Bahawa engkau tomaninahkan ruku, dan dibaca tasbih serta tazhim dan ketetapan.
11. Adapun kesempurnaan sujud, tiga perkara:
Pertama: Bahawa engkau hantar dua tanganmu berbetulan dengan bahumu.
Kedua: Hendaklah engkau renggangkan dua lenganmu daripada dua lambungmu (bagi lelaki),
dan jangan kamu hamparkan keduanya kepada bumi.
Ketiga: Bahawa engkau tomaninahkan pada sujudmu dan mengucap tasbih kamu serta tazhim.
12. Adapun kesempurnaan duduk itu, di dalam tiga perkara:
Pertama: Bahawa engkau duduk atas tapak kakimu yang kiri dan engkau dirikan kakimu yang
kanan jika tahiyyat awal. Dan engkau keluarkan yang kiri di bawah betis kakimu yang kanan pada
tahiyyat akhir.
30

www.alraufi.blogspot.com
Keduanya: Engkau tasyahhud dengan tazhim dan engkau solawat akan Nabi (J) dengan
sempurna solawat, dan akan keluarganya, dan sahabatnya.
Ketiga: Engkau doakan dirimu dan bagi segala Mukminin.
13. Adapun kesempurnaan salam itu:
Bahawa engkau salamkan dengan sempurna bahawa ada ia serta niat yang sebenarnya, dan salam
engkau itu akan orang yang ada pada kanan engkau daripada Malaikat, dan Mukminin, dan Jin,
dan Manusia. Demikian lagi pada kiri.
14. Adapun kesempurnaan ikhlas itu, tiga perkara:
Pertama: Bahawa engkau tuntut dengan sembahyang itu dengan keredhaan Allah dan jangan
engkau tuntut akan redha manusia.
Keduanya: Bahawa engkau lihat akan taufiq itu daripada Allah, dan
Ketiga: Engkau memeliharakan dia (ikhlas) hingga hilang dirimu dengan dia.

31

Anda mungkin juga menyukai