Anda di halaman 1dari 19

PELAN TINDAKAN

Menambahbaik amalan pengajaran operasi tolak dengan mengumpul semula bagi


tahun 3 dengan menggunakan teknik Petak Satu Satu

1.0

Latar belakang kajian


Matematik dikatakan satu bidang ilmu yang berstruktur dan berhierarki.
Justeru itu, konsep-konsep asas dalam matematik perlu difahami secara
tersusun dan berperingkat-peringkat. Seperti yang sedia maklum, setiap aktiviti
sosial manusia menggunakan matematik. Jackson P.W. (1992), dalam bukunya
menyatakan bahawa Newman melihat tiga ciri utama matematik iaitu matematik
disajikan dalam bentuk pola dan boleh digunakan secara meluas dalam bidangbidang ilmu lain. Namun, menurut kajian Aplin, N. dan J.Saunders (1996),
matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar
dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain.

Masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya


kepada para pendidik matematik itu sendiri.

Kecemerlangan pendidikan

matematik tidak mungkin berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan


penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan pembelajaran
(Noraini, 1994). Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah
penting dalam masyarakat kita yang sedang menuju ke arah sebuah negara
maju yang berteraskan sains dan teknologi. Murid-murid kita perlu kuat terhadap
konsep-konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin masa depan negara,
kita perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan
dalam mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang matematik dari peringkat
awal persekolahan.
Salah satu operasi asas dalam matematik adalah penolakan yang
merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dikuasai oleh murid-murid
sekolah rendah. Penolakan dibahagikan kepada dua bentuk iaitu penolakan

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

tanpa pengumpulan semula dan penolakan dengan pengumpulan semula.


Objektif

pembelajaran

menyatakan

bahawa

bagi

penolakan

dengan

pengumpulan semula, murid-murid perlu mendapatkan pemahaman penolakan


sebagai: "mengambil" atau "perbezaan" antara dua kumpulan objek.
Menurut Margaret M. Flores (2009), murid-murid mengalami kesulitan
dalam

mempelajari

matematik

apabila

mereka

gagal

memahami

cara

menyelesaikan soalan penolakan dengan pengumpulan semula. Secara amnya,


apabila guru menggunakan cara traditional semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, murid-murid mungkin tidak dapat memperolehi pemahaman yang
betul tentang konsep yang dibelajar. Mohd. Sapiyan Baba dan Thanaletchumi
Darmalingam (2003), mendakwa bahawa kaedah tradisional dalam proses
pengajaran

mengabaikan

pemahaman

murid-murid

dimana

ia

hanya

menekankan pada penghafalan dan pengaplikasian formula tanpa sebarang


penjelasan.
Berdasarkan pengalaman pengajaran yang ada pada para guru , mereka
dapat memikirkan cara yang ideal bagi membantu murid memahami dan
mempelajari sesuatu tajuk dalam pembelajaran.Kaedah yang digunakan amat
bersesuaian dengan tahap murid dan menarik minat mereka untuk mempelajari
tajuk tersebut. Hasil kajian tidak hanya berjaya menyelesaikan masalah
kefahaman murid sebaliknya dapat mencipta suatu teknik yang baru bagi
menambah kepelbagaian dalam menyelesaikan masalah matematik.
Pengalaman mengajar Matematik selama 10 tahun tidak bererti saya telah
berjaya menghasilkan murid yang boleh menyelesaikan operasi tolak dengan
baik. Saya seringkali menghadapi masalah untuk menyampaikan konsep dan
kefahaman kepada murid untuk menolak dengan mengumpul semula dengan
baik

terutamanya

murid

kelas

lemah.

Pada

tahun

ini,

saya

telah

dipertanggungjawabkan untuk mengajar Matematik tahun 3 Kreatif. Saya dapati

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

kebanyakan murid-murid tidak dapat menyelesaikan operasi tolak dengan


mengumpul semula samada dari puluh ke sa, ratus ke puluh dan ribu ke ratus.

1.1

Refleksi pembelajaran dan pengajaran yang lalu ( Pdp)


Saya telah mengajar matapelajaran Matematik selama hampir 10 tahun.

Selama itu jugalah saya menggunakan teknik bentuk lazim yang biasa
digunakan. Saya dapati, murid-murid kelas 3 Kreatif boleh menyusun bentuk
lazim dari ayat matematik dengan betul. Walaubagaimanapun, ketika menjawab
soalan tolak dengan kumpul semula melibatkan bentuk lazim, kebanyakan murid
menolak nombor di bawah dengan nombor di atas

kerana nombor di atas

adalah lebih kecil berbanding nombor di bawah.

74=3

Rajah 1 : Contoh kesilapan murid

Selain itu, semasa di dalam kelas mereka juga dilihat kurang memberi
tumpuan dengan bermain, mengganggu rakan dan berkhayal ketika guru
mengajar.

Berdasarkan masalah tersebut, saya telah mencari punca yang

menyebabkan kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah tolak dengan


mengumpul semula melibatkan bentuk lazim.

Masalah murid tidak dapat menyelesaikan soalan penolakan matematik


yang melibatkan pengumpulan semula telah membangkitkan semangat saya
NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

untuk membantu murid-murid tersebut menguasai topik penolakan yang


melibatkan pengumpulan semula dengan mudah dan berkesan.
Semasa saya mengajar topik penambahan didapati murid-murid tidak
menghadapi masalah dan mereka dapat menyelesaikan soalan penambahan
nombor bulat hingga 10 000.Topik penambahan nombor bulat hingga 10 000
yang saya ajar pada murid-murid tahun 3 Kreatif telah mencapai objektif dan
saya amat gembira dengan keputusan tersebut berdasarkan latihan didalam
buku tulis dan buku aktiviti.
Apabila saya mengajar topik penolakan iaitu selepas topik penambahan,
murid-murid masih dapat memahami konsep penolakan iaitu pengurangan dari
jumlah yang besar menjadi kecil berdasarkan latihan lembaran kerja dan buku
aktiviti. Namun apabila saya meneruskan pengajaran topik penolakan dengan
mengumpul semula didapati ramai murid tidak mampu untuk menyelesaikannya .
Kesilapan ini dapat dikesan melalui latihan yang diberikan di papan tulis.Saya
telah meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas bagi
menyelesaikan contoh soalan bagi operasi penolakan dengan mengumpul
semula . Mereka mengambil masa yang agak lama untuk berfikir , akhirnya
mereka lambat menyelesaikan soalan serta banyak melakukan kesilapan.

Rajah 1 : Tinjauan 1 dari hasil kerja murid


2.0

Fokus kajian

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

Di atas kesedaran betapa pentingnya kemahiran asas bagi murid-murid,


saya terpanggil untuk membuat kajian terhadap masalah kemahiran asas
matematik.

Melalui pemerhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran

,saya mendapati murid-murid hilang minat untuk menyelesaikan soalan


penolakan dengan mengumpul semula.Kebanyakan mereka menyatakan soalan
yang diberi terlalu susah dan mereka malas untuk menyelesaikannya.Mereka
juga cuai semasa menyelesaikan operasi penolakan dengan mengumpul
semula.
Saya juga telah menjalankan satu temu bual dengan mereka.Hasil temu
bual tersebut murid-murid telah meluahkan perasaan mereka terhadap topik
penolakan dengan mengumpul semula..Masalah ini jelas dapat dilihat melalui
lembaran kerja ,latihan buku kerja dan aktiviti di papan tulis.Saya terfikir bahawa
murid-murid akan berminat untuk belajar sekiranya mereka bergerak didalam
kelas dan tidak duduk sahaja sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh sebab itu saya mengambil inisiatif menggunakan teknik Petak Satu Satu
yang telah di inovasikan daripada bentuk lazim yang standard.
Berdasarkan masalah tersebut , saya cuba membantu murid Tahun 3
Kreatif , dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan
memperkenalkan teknik Petak Satu Satu . Saya telah mengambil 19 orang dari
kelas 3 Kreatif sebagai sampel kajian dalam penyelidikan kajian tindakan ini.
Kesemua murid ini mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti sering
melakukan kesilapan , tidak menjawab soalan dalam latihan yang diberi , tidak
menyelesaikan

soalan

dengan

cara

yang

betul. Oleh

itu

saya

telah

memperkenalkan teknik Petak Satu Satu bagi membantu murid menjawab


soalan penolakan dengan mengumpul semula. Maka dengan itu, fokus kajian
saya ialah menambahbaik amalan pengajaran operasi tolak dengan mengumpul
semula bagi tahun 3 dengan menggunakan teknik Petak Satu Satu .
3.0

Objektif Kajian

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

Objektif kajian saya ialah untuk menambahbaik amalan pengajaran operasi tolak
dengan mengumpul semula bagi tahun 3 dengan menggunakan teknik
Petak Satu Satu .

3.1
i)

Soalan Kajian
Bagaimanakah saya boleh menambahbaik amalan pengajaran operasi
tolak

ii)

dengan

mengumpul

semula

bagi

murid

tahun

dengan

menggunakan teknik Petak Satu Satu .


Bagaimanakah penggunaan teknik Petak Satu Satu dapat membaiki
kemahiran operasi tolak dengan mengumpul semula di kalangan murid
tahun 3?

4.0

Kumpulan sasaran
Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 19 orang iaitu
murid tahun 3 Kreatif . Kumpulan ini terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 5
orang murid perempuan . Murid-murid ini telah bersetuju menjadi kumpulan
sasaran dalam kajian tindakan saya ini.

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


Fokus kajian saya ialah untuk menambahbaik amalan pengajaran operasi tolak
dengan mengumpul semula bagi tahun 3 dengan menggunakan teknik
Petak Satu Satu . Untuk menjalankan kajian ini, saya akan menggunakan
Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin ( 1946 ) dan Laidlaw ( 1992 ) . Kurt
Lewin dan Laidlaw menjelaskan penyelidikan tindakan sebagai lingkaran lima
tahap seperti dalam rajah 1.

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

MENGENALPASTI ASPEK AMALAN

PERANCANGAN

REFLEKSI

TINDAKAN / IMPLEMENTASI

PENGUMPULAN DATA

Rajah 2 : Adaptasi dari Lewin (1946 ) dan Laidlaw ( 1992 )

Menurut Lewin (1946) dan Laidlaw ( 1992 ), kajian tindakan bermula dengan
mengenalpasti aspek amalan yang ingin ditambah baik . Pengkaji perlu memilih
amalan yang selalu mengganggu dan menyebabkan rasa tidak puas hati atau
dirasai bahawa ada sesuatu yang kurang tepat dalam pelaksanaannya. Pengkaji
mestilah mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa amalan perlu dan
boleh dipertingatkan.

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

Dengan ini, satu pelan tindakan dapat dirancangkan untuk mencapai objektif
yang dikenal pasti bersama dengan keputusan tentang tindakan-tindakan yang
perlu dijalankan. Peringkat seterusnya melibatkan pungutan data-data tentang
penambahbaikan amalan dengan tindakan. Setelah data dikumpulkan, peringkat
seterusnya adalah untuk menganalisis dan menilai data yang diperolehi.
Pengkaji membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data
yang dikumpul.

5.1

PERANCANGAN LANGKAH PELAN TINDAKAN


Pada

peringkat

ini

saya

akan

melakukan

langkah-langkah

dalam

mengenalpasti masalah sehingga persediaan dalam menjalankan strategi tindakan


bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap topik tolak dengan mengumpul
semula.Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan dalam kajian ini.

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

a) Saya telah melakukan tinjauan awal berhubung masalah yang dihadapi oleh
murid

Tahun

Kreatif

semasa

menjalankan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran bagi topik tolak dengan mengumpul semula.


b) Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran saya dapat mengenalpasti masalah
yang

berlaku

iaitu

murid

teragak-agak untuk

melakukan

pengumpulan

semula.Kebanyakan daripada mereka akan melakukan penolakan nombor yang


lebih besar tanpa meminjam dari rumah puluh.
c) Bagi mendapatkan maklumat seterusnya dengan lebih jelas , saya telah
melakukan analisis dokumen dengan membuat pemeriksaan terhadap latihan di
dalam buku tulis dan buku kerja.
d) Seterusnya saya telah menetapkan objektif dan persoalan kajian bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Saya juga memastikan penetapan
objektif dan persoalan kajian ini relevan dengan masalah yang telah di kenalpasti
bagi melakukan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara objektif utama yang ditetapkan adalah membantu murid menguasai
kemahiran operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula melalui teknik
Petak Satu Satu .

Guru membuat set induksi.


Langkah 1
5 minit

e) Saya juga telah memikirkan kaedah yang sesuai untuk membantu murid
Guru memberi penerangan cara menulis teknik ' Petak Satu Satu ' .
Murid-murid cuba menyelesaikan soalan tolak mengumpul semula
dengan menggunakan teknik ' Petak Satu Satu ' .

Langkah 2
25 minit

mudah menggunakan teknik Petak Satu Satu . Saya juga telah merancang
langkah-langkah dalam proses pengajaran dan pembelajaran

menguasai kemahiran operasi tolak dengan pengumpulan semula dengan


dilakukan

berdasarkan teknik Petak Satu Satu bagi merangsang kefahaman dan minat

Murid-murid duduk dalam kumpulan dan diberi aktiviti kumpulan untuk


menjawab soalan-soalan latih tubi menolak dengan mengumpul
semula.

murid. Saya akan melakukan satu sesi pembelajaran dan pengajaran dalam
Langkah 3
25 minit

kelas 3 Kreatif untuk memperkenalkan teknik baru untuk menolak dengan


mengumpul semula iaitu teknik Petak Satu Satu .

Penutup
Nyanyian lagu tolak.

SESI 4
5 minit

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

RAJAH 3 : Carta Alir Pengajaran dan Pembelajaran teknik Petak Satu Satu

TINDAKAN
Dalam tindakan , pengkaji melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan
melaksanakan prosedur dengan teliti. Pengkaji memperincikan langkah-langkah /
aktiviti tindakan pengajaran dan pembelajaran dengan amat jelas. Selain itu, pengkaji
memberi rasional terhadap setiap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas.

TEKNIK PETAK SATU SATU


Sebelum penolakan dilakukan, nombor-nombor yang terlibat perlu disusun dalam
bentuk lazim . Penolakan dilakukan satu persatu mengikut rumah. Penolakan dilakukan
seperti biasa sekiranya nombor besar tolak nombor kecil. Namun , bagaimana jika
soalan melibatkan nombor kecil tolak nombor besar? Teknik Petak Satu Satu digunakan
untuk membantu kita menolak nombor tanpa perlu meminjam.

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN TEKNIK 10 ATAS 1 BAWAH


1. Tuliskan nombor dalam bentuk lazim.

34 7 =
3
-

4
7

2. Penolakan bermula dengan rumah sa.


3
-

3. Kenalpasti nombor yang di atas lebih kecil dari


nombor yang di bawah.

keci
l

4
7

besa
r

47=?

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

4. Sekiranya nombor di atas lebih kecil daripada


nombor di bawah, terus lukis satu petak di

3
-

sebelah kiri angka sa dan satu petak lagi di


sebelah bawah rumah puluh. Letakkan angka
satu di dalam kedua-dua petak tersebut.

5. Nombor 4 menjadi 14. Kemudian, 14 7 = 7.


Kemudia di nilai tempat puluh, 3-1 = 2.
3
-

6. Lakukan proses yang sama bagi kedudukan


rumah yang lain pula.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PdP

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

4
7

4
7

PELAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA
Pemilihan tentang kaedah pengumpulan data dalam sesuatu penyelidikan tindakan
adalah bergantung kepada masalah yang hendak dikaji. Pengkaji perlu memahami
masalah yang hendak dikaji untuk menentukan apakah data yang dapat menyumbang
kepada kaedah penyelesaian yang sesuai terhadap masalah yang dikaji. Dalam kajian
ini, saya menggunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu temubual dan ujian.
Saya telah menjalankan temubual terhadap beberapa orang pelajar dari kelas 3 Kreatif
dan didapati murid-murid amat gembira dan rasa mudah menggunakan teknik Petak
Satu Satu . Murid- murid memberikan reaksi yang positif dan menyatakan rasa seronok
apabila dapat menjawab dengan betul kesemua soalan tolak dengan mengumpul
semula menggunakan teknik baru ini.
Saya juga telah menjalankan ujian selepas proses pembelajaran dan pengajaran
dijalankan. Tujuan menjalankan ujian adalah untuk melihat pencapaian murid, sebelum
dan selepas mengaplikasikan teknik Petak Satu Satu .

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

ANALISIS DATA

Temubual
Saya telah menjalankan temubual sebelum, semasa dan selepas teknik Petak
Satu Satu diperkenalkan. Menurut kebanyakan murid, mereka kurang berminat
untuk membuat soalan tolak dengan mengumpul semula. Mereka menyatakan
bahawa mereka tidak yakin dan keliru untuk menggunakan teknik potong dan
pinjam.

Ujian
Selepas

proses

pembelajaran

dan

pengajaran

dijalankan,

saya

telah

menjalankan ujian terhadap murid-murid kelas 3 Kreatif. Tujuan ujian tersebut


dijalankan adalah untuk melihat perubahan pencapaian murid. Guru akan
membuat perbandingan keputusan pencapaian murid, sebelum , semasa dan
selepas teknik Petak Satu Satu dijalankan.

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

6.1

ANALISIS SWOT

Keinginan untuk belajar yang tinggi

Lebih fokus dan mendengar arahan jika disertakan dengan


ganjaran

Rajin membantu guru

hubungan sosial yang rapat antara rakan sekelas

sentiasa perlukan rangsangan dalam melakukan


sesuatuperkara.

Tahap penguasaankonsep penolakan dengan


mengumpul semula.

ANCAMAN

Pengaruh negatif daripada rakan

Murid terlalu bergantung dengan ganjaran

Mudah lalai dan lupa

Cepat hilang tumpuan jika ada gangguan

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

Kurang minat membuat latihan


Masalah tingkahlaku yang ketara

berbuat sesuatu hanya kerana ganjaran

KELEMAHAN

KEKUATAN

Mudah hilang tumpuan

Perlu dirangsang dan dibimbing

PELUANG

Tunjuk kemajuan jika terus dibimbing dan dirangsang

Berani untuk cuba menjawab

melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan pengajaran

PELAN TINDAKAN

Kekuatan murid-murid ini ialah mereka dilihat mempunyai keinginan


yang tinggi untuk belajar. Ini dapat melalui penglibatan mereka ketika
menjawab soalan walaupun tidak tepat tetapi mereka mahu mencuba.
Mereka juga saya dapati lebih fokus kepada isi

dan aktiviti pelajaran jika

disertakan dengan ganjaran. Seboleh-boleh mereka mahu menjawab dengan


harapan

mahu

mendapatkan

ganjaran

tersebut.

Walaupun

mereka

menghadapi masalah untuk fokus dalam pelajaran, tetapi mereka juga


mempunyai sikap rajin dan ringan tulang untuk membantu guru-guru. Mereka
juga tiada masalah dalam membina hubungan rapat antara rakan-rakan
sekelas. Walaubagaimanapun, mereka didapati perlukan ganjaran dalam
melakukan sesuatu hal atau perkara sebagai rangsangan diri mereka.
Antara Kelemahan yang terdapat dalam diri mereka hasil dari
pemerhatian saya ialah mereka mudah hilang tumpuan semasa proses PdP
berlangsung tidak kira gangguan yang datang dalam bentuk apa sekalipun.
Mereka juga didapati perlu dirangsang dan dibimbing dalam menyiapkan
tugasan yang diberi kerana tahap penguasaan konsep penolakan dengan
mengumpul semula. Selain itu, kelemahan murid-murid ini ialah kurangnya
minat untuk membuat latihan dan ini akan memberi kesan kepada kemahiran
mereka dalam mengolah konsep penolakan tersebut. Mereka juga didapati
menghadapi masalah tingkahlaku yang ketara bagi sebahagian murid di
dalam kelas ini. Antara contoh tingkahlaku yang tidak baik dilakukan oleh
mereka ialah suka bercakap semasa guru sedang bercakap, bermain di dalam
kelas dan kadangkala bergurau kasar. Proses PdP akan lebih menarik jika
guru membawa hadiah sebagai ganjaran untuk mereka dalam melakukan
sesuatu perkara.
Walaubagaimanapun, mereka masih mempunyai peluang untuk terus
memperbaiki

kelemahan

diri.

Antaranya,

mereka

boleh

menunjukkan

kemajuan jika terus dibimbing dan dirangsang dengan cara yang baik.
Mereka juga dilihat mempunyai perasaan ingin mencuba yang kuat dalam
NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

menjawab soalan contohnya walaupun kurang tepat jawapan tersebut.


Mereka juga akan dan mahu melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran jika
terus diberi peluang.

Pelbagai

ancaman

dihadapi

oleh

murid-murid

ini.

Antaranya,

pengaruh negatif daripada rakan-rakan yang lain seperti dikacau ketika


sedang mengikuti proses pembelajaran dan sebagainya. Mereka juga dilihat
suka bergantung kepada ganjaran apabila mahu melakukan sesuatu dan
sikap ini dikhuatiri akan berpanjangan. Sikap mudah lalai dan lupa antara
ancaman yang dihadapi oleh murid-murid ini untuk mengekalkan apa yang
dipelajari sebelum ini.

7.0 REFLEKSI

Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah


dilaksanakan dalam pembelajaran dan pengajaran telah memberikan suatu impak
yang positif. Peningkatan skor markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan
kaedah yang dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan bagi murid Tahun 3
Kreatif. Murid semakin yakin untuk menyelesaikan operasi tolak dengan mengumpul
semula. Daripada tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang
dipelajari. Murid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan
operasi tolak menggunakan teknik pinjam dan potong. Saya juga melihat murid rasa
gembira apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan
menolak dengan mengumpul semula. Tiada lagi rungutan yang kurang enak
didengari daripada murid-murid saya.

Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila
saya melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah walaupun masih ada
seorang yang gagal. Kajian dan strategi serta kaedah yang diberikan sangat
bersesuaian dengan murid Tahun 3 Kreatif. Pada pandangan saya , murid ini mampu
NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan
dan cara yang betul untuk menolak dengan mengumpul semula. Secara tidak
langsung Saya juga dapat membaiki kelemahan saya dalam proses pembelajaran
dan pengajaran.

8.0

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA.


Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang
disasarkan. Pencapaian murid semakin baik walaupun bukan 100%. Namun
begitu , usaha perlu diteruskan agar murid terus berkemahiran

sehingga

mereka boleh menyelesaikan operasi tolak dengan mengumpul semula


semasa

UPSR

nanti.

Kebanyakan

murid

saya

di

tahun

sekarang

terutamanya 6 kreatif agak lemah untuk menolak dengan mengumpul


semula.
Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat
memberi

manfaat

kepada

kumpulan

sasaran

saya

khasnya

dalam

meningkatkan penguasaan operasi tolak dengan mengumpul semula. Ia juga


untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru
untuk memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini
boleh diguna pakai oleh rakan-rakan saya nanti.

Selain itu, sebagai tindakan untuk penambahbaikan, di masa akan datang


semasa proses PdP, saya perlu mengambilberat terhadap proses menentukan nombor
besar atau nombor kecil di setiap nilai tempat sebelum murid-murid menggunakan teknik
Petak Satu Satu .
Saya juga perlu mencari teknik yang lebih baik untuk membantu murid-murid
saya mengingati teknik yang telah diajar tanpa perlu di ingatkan semula sebelum
menjawab soalan. Penggunaan kaedah pembelajaran secara personal juga perlu
diterapkan dalam diri murid-murid supaya mereka boleh berdikari sendiri tanpa bantuan
rakan-rakan yang lain dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

PELAN TINDAKAN

menolak dengan mengumpul semula. Ini kerana , mereka sudah terbiasa dengan
perkongsian idea dan ayat dengan rakan-rakan yang lain.

NORAINI SAHIRIN / SK BBSP 2 / 2015

Anda mungkin juga menyukai