Anda di halaman 1dari 10

Topik 3 : Kerajaan Malaysia

Sistem Kerajaan Malaysia:


Elemen penting sistem pemerintahan Malaysia:
1. Demokrasi Berparlimen
2. Raja Berperlembagaan
Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah penadbiran Raja Berperlembagaan
dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

3.1 Konsep Demokrasi Berparlimen


1. Maksud: Pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui
pilihan raya.
2. Parlimen Persekutuan mengandungi:
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara
Dewan Rakyat
3.2 Konsep Raja Berperlembagaan
1. Maksud : Sistem beraja mengikut perlembagaan.
2. Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri.
3. Raja sesebuah negeri bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri.(EXCO)
4. Yang di-Pertuan Agong ---Ketua Negara
i. Perdana Menteri--- Ketua Kerajaan
5. Sultan/Yang di-Pertua Negeri---Ketua Negeri
i. Menteri Besar /Ketua Menteri---Ketua Kerajaan Negeri
3.3 Yang di-Pertuan Agong
1. Sebagai Ketua Negara
2. Dengan itu mengetuai ketiga-tiga badan pemerintahan iaitu
Perundangan
eksekutif
kehakiman

Sejarah Kewujudan Jawatan Yang Di-Pertuan Agong

1. Jawatan ini diwujudkan pada 31hb.Ogos 1957. Yang Di Pertuan Agong adalah
ketua negara Tanah Melayu yang merdeka.
2. Sebelum kemerdekaan Pesuruhjaya Tinggi British yang menjadi ketua negara.
3. Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang raja berperlembagaan yang
memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada baginda oleh
Perlembagaan.
4. Mengikut perkara 32 perlembagaan Malaysia terdapat maklumat-maklumat
berikut:
Hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara Bagi Pesekutuan
di gelarkan Yang di Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan
mengatasi segala orang dalam persekutuan.
5. Permaisuri Yang diPertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah
mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas
Yang diPertuang Agong.
6. Yang Di Pertuan Agong yang pertama adalah dari Negeri Sembilan.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong


1. Majlis Raja-Raja memilih Yang di- Pertuan Agong.
2. Baginda dipilih dari sembilan orang raja Melayu mengikut aturan yang
terkandung dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Malaysia.
3. Seseorang Raja adalah layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong melainkan
a) ia adalah seorang remaja;
b) atau ia telah memberitahu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
bahawa ia tidak mahu dipilih atau
c) Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan untuk undi sulit bahawa ia adalah
tidak sesuai untuk menjalankan tugas disebabkan oleh kelemahan akal atau
tubuhnya atau oleh kerana sebab-sebab lain yang munasabah.
4. Undian majlis sekurang-kurangnya lima diperlukan untuk meluluskan suatu
usul.
5. Urutan senarai raja untuk pemilihan YDPA adalah seperti berikut:
Negeri Sembilan
Selangor
Perlis
Terengganu
Kedah
Kelantan
Pahang
Johor

6.

7.

8.
9.

Perak
Selepas seorang Yang di Pertuan Agong dipilh Penyimpan Mohor Besar RajaRaja hendaklah maklumkan keputusan ini secara bertulis kepada kedua-dua
Majlis Parlimen.
Yang di Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh
jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakan jawatannya
dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja,
atau dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti
daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.
Saraan YDPA adalah oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan.
Yang diPertuan Agong hendaklah menyimpan dan menggunakan Mohor Besar
Persekutuan.
o Baginda adalah ketua negara.
o Baginda juga menjadi ketua agama Islam bagi negeri-negeri Melaka,
Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah , Sarawak

Fungsi Eksekutif Yang di-Pertuan Agong


1. Tugas YDPA boleh dibahagikan pada tugas rasmi dan kuasa budi bicara.
2. Kuasa budi bicara YDPA adalah
Melantik seorang Perdana Menteri
Tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;
Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang
semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia raja-Raja dan mengambil
apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.
Memberi pingat dan anugerah*
3. Tugas rasmi YDPA yang berkaitan dengan pentadbiran adalah :
Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang
diPertuan Agong
Dalam menjalankan tugas-tugasnya YDPA hendaklah bertindak
mengikut nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri
YDPA berhak atas permintaanya mendapat apa-apa maklumat
mengenai pemerintahan Persekutuan dari Jemaah Menteri.
YDPA ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.
YDPA bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
4. Melantik Ketua Setiausaha Negara, Akautan Negara, Juru Audit Negara,
ahli Suruhanjaya-Suruhanjaya, perdana menteri , menteri.
5. Perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri atas nasihat Perdana Menteri.
Fungsi Perundangan Yang di-Pertuan Agong

1.
2.
3.
4.
5.

Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa


Memberhentikan dan pembubaran Parlimen
Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen
Memperkenankan Rang Undang-Undang
Melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan dan Labuan dan
Putrajaya*
6. Melantik 40 senator yang lain*
Fungsi Kehakiman Yang di-Pertuan Agong
1. Melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Malaya, hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan sarawak,
hakim-hakim mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Agung ,Hakim
Mahkamah Rayuan dan mahkamh Tinggi atas nasihat perdana menteri
setelah berunding dengan majlis Raja-Raja
2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman(yang
mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunnding dengan Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan.
3. Memanjangkan perkhidmatan hakim selepas 66 tahun(lanjutan
perkhidmatan tidak melebihi 6 bulan setelah mencapai umur 66 tahun.)
4. Menolak tribunal memecat hakim
Fungsi-fungsi lain Yang di-Pertuan Agong
1. Mengeluarkan Perisytiharaan Darurat.(Perkara 150 Perlembagaan
Persekutuan)
2. Perlembagaan Negeri Melaka , Pulau Pinang , Sabah dan Sarawak
membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agongm sebagai
Ketua Agama. .(Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan)
3. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.
4. Mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi
kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua
kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan.
5. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan
Sarawak
6. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan
menerima mengadap diplomat asing.
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Yang di-Pertuan Agong

1. Yang diPertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai


Raja Negerinya kecuali tugas-tugasnya sebagai Ketua Agama Islam.
2. Yang diPertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang
baginya ada apa-apa saraan.
3. Yang diPertuan Agong tidak boleh mengambil bahagian dengan giat dalam
apa-apa enterprais perniagaan.
4. Yang diPertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis pendapatan
yang kena dibayar atau terakru kepadanya sebagai Raja Negerinya dibawah
peruntukan perlembagaan Negerinya itu atau peruntukan mana-mana
undang-undang Negeri.
5. Yang diPertuan Agong tidak boleh, dengan tiada persetujuan Majlis RajaRaja meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada lima belas hari,
kecuali atas lawatan Negara ke suatu negeri lain.
6. Jika Timbalan Yang diPertuan Agong bagi persekutuan atau mana-mana
orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang menjalankan tugas-tugas
Yang diPertuan Agong selama tempoh lebih daripada lima belas hari maka
hendaklah dipakai baginya selama tempoh itu sebagaimana dipakai oleh
Yang diPertuan Agong.

3.4 Mahkamah Khas


1. Mahkamah khas dalam kategori ini akan membicarakan kes untuk pihak
tertentu sahaja.
2. Jenis Mahkamah khas:
JENIS
Mahkamah Khas RajaRaja
Mahkamah Tentera

GOLONGAN
Untuk kategori raja dan sultan sahaja.

Untuk golongan golongan tentera atas kesalahan


perkhidmatan.
Mahkamah Syariah
Untuk orang Islam sahaja.
Mahkamah Kanak-kanak Untuk tertuduh kanak-kanak berumur 10-18 tahun.
Mahkamah Perusahaan
Mahkamah Buruh
Mahkamah Koroner
Mahkamah Bumiputera
-

Mahkamah Khas Raja-Raja

1. Mahkamah Khas Raja-Raja (MKRR) diwujudkan pada tahun 1993.


2. Terdiri daripada:
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan(Pengerusi)
Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi
Dua orang lain yang memegang atau pernah memegang
jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau
Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
Bidang Kuasa Mahkamah Khas Raja-Raja.
Mahkamah Khas membicarakan kesalahan kes sivil dan jenayah
seseorang raja atas sifat peribadi.
Mempunyai bidang kuasadan kuasa-kuasa yang sama seperti seperti
mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah
Persekutuan.
Proisiding dalam Mahkamah Khas dibuat secara tertutup dan diputuskan
mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad
dan konklusif dan tidak boleh dicaar atau dipertikaikan dalam mana-mana
mahkamah atas apa-apa alasan.
Tindakan bolah dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja
dengan keizinan Penguan Negara.

3.5 Majlis Raja-Raja


1. Secara Rasmi telah ditubuhkan pada tahun 1948 apabila persekutuan tanah
Melayu wujud. Sebelum Persekutuan wujud, sembilan Negeri-negeri Melayu
dan dua Negeri-negeri Selat (British Straits Settlements) telah ditadbir sebagai
Malayan Union di bawah pemerintah tertinggi seorang Gabenor British, iaitu
antara 1946 hingga 1948. Singapura yang juga adalah sebuah Negeri Selat telah
dipisahkan sebagai Tanah Jajahan British (British Crown Colony).
2. Penubuhan Majlis Raja-raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38
Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut Jadual Kelima
Perlembagaan Persekutuan.Antara yang terkandung ialah :
Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
bagi Persekutuan mengikut peruntukan Jadual Ketiga.


1.
2.

3.
4.

Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,


amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan
membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang
menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja atau
yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Rajaraja. *(Ketua hakim Negara, Hakim-hakim mahkamah Persekutuan,
rayuan dan Tinggi dan Ketua Audit Negara)
Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara
182.
Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum atau meremitkan,
menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12)
Perkara 42.
Majlis Raja-raja juga berperanan melindungi hak keistimewaan orang
Melayu dalam perkara 153,disamping bumiputera dan kaum-kaum lain.
Majlis Raja-raja juga melantik:
Seorang wakil untuk menganggotai Majlis Angkatan Tentera,
menurut Perkara 137 Perlembagaan.
Seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa &
Pustaka.
Majlis Raja-raja juga boleh menimbangkan hal-hal yang berkaitan
dengan Dasar negara dan yang lain apa yang dikira patut.Apabila
menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara
Yang di-pertuan Agong hendaklah disertai bersama YAB Perdana
Menteri dan Raja-raja yang lain dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua
Negeri disertai oleh Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri
mereka.
Tiada undang-undang yang boleh menyentuh secara langsung mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-raja dan
undang-undang tersebut tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan
Majlis Raja-raja.
Keahlian Majlis Raja-Raja
Sultan dan Raja-raja
Yang Di Pertua Negeri (tidak boleh menjadi ahli MRR)
=mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan dan Timbalan Yang
di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan dan membincangkan
mengenai keistimewaan Raja-Raja.
Perdana Menteri
Menteri Besar dan Ketua Menteri

5. Setiausaha (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja)


6. YDPA (bukan ahli MRR) hadir sebagai Ketua Negara pada hari kedua dan
diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.
Penyimpan Mohor Besar raja-Raja
1. Dilantik oleh MRR untuk menjalankan tugas menyimpan Mohor Besar RajaRaja.
2. Beliau juga bertindak sebagai setiausaha MRR
3. Orang yang layak adalah pegawai kanan yang masih berkhidmat dengan
kerajaan atau yang telah bersara.
4. Memegang jawatan sehingga berkenankan oleh MRR.
5. Tugas-tugas:
Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja
Memanggil mesyuarat atas arahan YDPA atau MRR
Menghadiri dan menyimpan minit mesyuarat
Mengesahkan semua keputusan.
Mengumumkan keputusan MRR, tarikh berpuasa dan tarikh hari raya
3.6 Ketua Audit Negara
1. Pelantikan Ketua Audit Negara
Dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas
nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan majlis Raja-raja.
Ketua audit negara boleh meletakkan jawatan bila-bila masa tetapi
tidak boleh dipecat daripada alasan-alasan dan dengan cara yang sama
seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.
Parlimen hendaklah dengan undang undang membuat peruntukan bagi
saraan Ketua Audit Negara dan saraan yang diperuntukkan itu
hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
2. Kuasa Dan Kewajiban Ketua Audit Negara
Memeriksa, menyiasat serta mengaudit:

Akaun-akaun Kerajaan Persekutuan Negeri.

Akaun-akaun mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan


secara berasingan oleh Persekutuan atau Negeri.
Akaun-akaun mana-mana badan atau Pihak Berkuasa Awam
jika diperuntukkan oleh undang-undang.
Akaun-akaun mana-mana badan termasuk Syarikat-syarikat di
bawah Akta Syarikat yang menerima geran atau pinjaman
termasuk juga syarikat-syarikat di mana lebih daripada
separuh modal berbayarnya dipegang oleh Persekutuan atau
Negeri.
Akaun-akaun mana-mana Pihak Berkuasa Awam jika Menteri
Kewangan menghendaki Ketua Audit Negara mengauditnya
bagi tujuan kepentingan awam
Pelaporan

Ketua Audit Negara hendaklah menghantar laporan-laporannya


kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,yang akan
mengarahkan laporan-laporan itu dibentangkan dalam Dewan
Rakyat.
Laporan mengenai akaun-akaun sesuatu negeri atau pihak berkuasa
awam negeri,hendaklah dihantar kepada Raja atau Yang Di-Pertuan
Negeri bagi negeri itu yang akan mengarahkan laporan itu
dibentangkan dalam Dewan Negeri tersebut.
Perkara-perkara yang dilaporkan kepada Dewan Rakyat atau
Dewan-dewan Undangan Negeri akan dibincangkan oleh Jawatan
Kuasa Kira-kira Wang Negara atau Jawatan Kuasa Kira-kira wang
Negeri mengikut mana yang berkenaan.
3.7 Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara(PAC)
1. Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara atau Public Accounts Committee
(PAC) dilantik oleh Dewan Rakyat di awal setiap sesi parlimen.
2. Keanggotaannya terdiri daripada wakil-wakil rakyat di kalangan parti-parti
politik utama yang berada di Parlimen.
3. Tugas PAC sebahagian besarnya bergantung kepada bentuk dan skop laporan
Ketua Audit Negara berkaitan dengan isu-isu kawalan dan pengurusan wang
awam.

4. Objektif utama PAC ialah untuk memastikan akauntabiliti pengurusan wang


awam oleh pegawai-pegawai awam.
5. PAC akan meneliti laporan Ketua Audit Negara berkenaan dengan
perbelanjaan yang melebihi peruntukan,wang tidak dibelanjakan mengikut
tujuan ianya dilulus dan diperuntukan dan sama ada program dan aktiviti
telah mencapai objektifnya dengan mengambil kira sama ada perbelanjaan
perbelanjaan yang dilakukan itu telah mendatangkan nilai untuk wang
kepada kerajaan.