Anda di halaman 1dari 7

Semangat kejiranan

DEFINISI

PUNCA

Jiran ialah seseorang yang tinggal


berhampiran dengan kita dan tidak
mempunyai hubungan keluarga tetapi
menjadi tempat pertama untuk kita
mengadu hal serta meminta bantuan
apabila memerlukannya.
1. Sesetengah anggota masyarakat kini
lebih bersifat materialistik
mengutamakan kebendaan dan kerjaya
perubahan gaya hidup masyarakat sekarang
yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk
menyara keluarga masing-masing.
Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan
hidup dunia moden sering memaksa warga
kota bekerja sepanjang hari.
mereka keletihan dan kesuntukan masa
untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.
Corak pekerjaan yang dilakukan oleh
masyarakat dahulu dan sekarang sangat
berbeza.
2. Sesetengah anggota masyarakat kini
bersifat individualistic
mengutamakan hal masing-masing tanpa
mempunyai masa untuk mengenali jiran.
Manusia pada zaman sekarang lebih
realistik. Mereka menganggap segala
bantuan yang diberi kepada orang lain perlu
mendapat kan balasan.
Masyarakat pada masa sekarang semuanya
hanya mementingkan duit dan telah
mengabaikan hubungan antara manusia.
Setiap perkhidmatan yang diberi perlu
dibayar seperti mengupah pembersih
sampingan dan sebagainya. Hal yang

sedemikian telah memupuk sikap manusia


yang menganggap bantuan yang diberi
mestilah mendapatkan faedah dan
sebagainya.
Ada juga yang tidak pernah bercakap
dengan jiran walaupun telah tinggal di
tempat tersebut selama sepuluh tahun.
Mereka mengamalkan sikap yang tidak ingin
mengambil peduli terhadap hal jiran mereka.
3. Masyarakat di kawasan kejiranan tidak
menunjukkan kerjasama apabila tidak
melibatkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan yang diadakan di
kawasan kediaman mereka
tiadanya aktiviti rukun tetangga di
sesetengah kawasan kediaman
menyebabkan hubungan antara jiran
menjadi longgar
masyarakat kini lebih mengutamakan sikap
keakuan dan enggan mempedulikan perkara
yang berlaku di luar rumah yang tiada
kaitan dengan mereka
aktiviti kemasyarakatan seperti menjayakan
majlis kenduri-kendara semakin
dilupakan.Adat resam ini telah pupus
mengikut peredaran masa
amalan gotong-royong dalam majlis kenduri
dan sebagainya sudah semakin ditinggalkan
kerana masyarakat lebih suka menggunakan
khidmat katering
amalan bekerjasama untuk menjayakan
majlis kenduri telah diambil alih oleh orang
perseorangan ataupun restoran dan hotel
melalui tempahan yang diterima.
Keadaan ini telah menutup peluang anggota
masyarakat untuk menyumbang tenaga

KESAN

KEPENTINGA
N

secara besama-sama sedangkan aktiviti


aktiviti seperti itulah yang memberikan
kesempatan kepada mereka untuk bertemu
dan menjalinkan kemesraan.
Kes pecah rumah bertambah
Kes pencurian di kawasan perumahan
berleluasa.
Kes rogol meningkat.
1. Memudahkan kerajaan melaksanakan
pelbagai program pembangunan dan
membawa kemajuan kepada rakyat.
Slogan Negara Maju Rakyat Sihat
menunjukkan apabila rakyat hidup dalam
keadaan sihat sejahtera maka pelbagai
rancangan pembangunan dapat diatur,
dirancang dan dilaksanakan secara lancar
tanpa sebarang kekangan.
Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam
suasana yang aman dan harmoni maka
segala kemajuan yang disediakan oleh
kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan
dapat dinikmati bersama-sama secara adil
dan saksama.
semangat kejiranan dan perpaduan yang
ditunjukkan oleh anggota masyarakat di
sesetengah kawasan tempat tinggal.
2. Semangat kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat di sesuatu tempat
dapat dipupuk.
Semangat kerjasama amat penting dalam
kehidupan berkomuniti untuk mewujudkan
kehidupan yang harmoni dengan tolongmenolong antara satu sama lain.
Tanpa kerjasama antara satu sama lain
sudah pasti sesuatu kerja yang sukar tidak
dapat diselesaikan dengan mudah.
Kerjasama ini boleh dipupuk melalui
penglibatan anggota masyarakat dalam

pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan


tempat mereka tinggal.
3. Membentuk semangat kekitaan dan
melahirkan masyarakat yang bersatu
padu.
boleh meluaskan horizon pemikiran kerana
berpeluang mempelajari perbezaan budaya
dan sistem sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti mereka
agar dapat diterapkan dengan nilai saling
menghormati, bertolenrasi dan saling
menyayangi antara satu sama lain.
4. Membawa kepada jaminan keselamatan
penduduk setempat.
dengan wujudnya Rukun Tetangga yang
terdiri daripada ahli-ahli masyarakat di
kawasan kejiranan itu sendiri, mereka akan
menjalankan rondaan pada waktu malam
secara berkumpulan bagi memastikan
kawasan perumahan mereka berada dalam
keadaan selamat sejahtera.
Program ini juga mampu membantu pihak
polis dalam usaha untuk mengurangkan
kegiatan jenayah yang biasa berlaku di
kawasan perumahan seperti pecah masuk
rumah.
Jika perkara ini tidak ditegah secara serius,
dikhuatiri akan membawa kepada banyak
implikasi seperti harta benda dirompak dan
yang paling memilukan jika membawa maut
kepada ahli rumah yang menjadi mangsa
keadaan dalam kegiatan kebejatan moral
ini.
apabila terlaksananya program sebegini
yang melibatkan semua pihak, purata kes
jenayah dalam negara akan berkurangan
dari semasa ke semasa.

LANGKAHLANGKAH
MENGATASI
KERUNTUHAN
SEMANGAT
KEJIRANAN

1. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan


kepada anak-anak.
Jika ibu bapa menunjukkan teladan yang
baik kepada anak-anak maka mereka akan
mencontohi teladan yang
Sebagai contoh, ibu bapa haruslah
mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga
walaupun mereka berada dalam keadaan
yang baik atau tidak.
ibu bapa haruslah tidak sombong dengan
jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat
memupuk semangat kejiranan.
2. Kita juga hendaklah mengadakan majlismajlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan.
Amalan ini dapat membentuk ikatan
silaturahim dan memperkukuh semangat
kejiranan dalam kalangan jiran setempat.
Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat
bertanyakan khabar dan bercerita tentang
pengalaman masing-masing dengan lebih
dekat.
melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli
dalam masyarakat berpeluang untuk
berkumpul dan berbincang sambil
menikmati juadah yang disediakan oleh tuan
rumah.
Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas,
Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis
rumah terbuka hendaklah dijadikan acara
tahunan
dengan adanya pengimplimentasian
program seperti Rumah Terbuka
Kebangsaan bagi setiap sambutan
perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan
nilai hormat-menghormati dan sayangmenyayangi antara satu

kajian dari Universiti Sains Malaysia yang


menunjukkan keberhasilan penganjuran
program Rumah Terbuka Kebangsaan
dalam mewujudkan institusi kejiranan yang
kukuh di sembilan buah kawasan
perumahan di sekitar Pulau Pinang.
3. Menyemarakkan budaya kunjungmengunjung dalam kalangan rakyat
sebagai langkah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat kejiranan.
kita akan mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita.
Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke
hospital jika kita mendapat berita bahawa
jiran kita dimasukkan ke hospital kerana
menghidap sesuatu penyakit atau
kemalangan.
4. Mengadakan aktiviti gotong-royong.
jiran dapat berkumpul dan bekerjasama
sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong adalah seperti
membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kendurikendara dan sebagainya.
Apabila berkumpul dan berbincang, mereka
akan dapat berkenal-kenalan antara satu
dengan yang lain yang sekali gus
membolehkan seseorang itu mengenal hati
budi jiran mereka dengan lebih dekat.
Melalui cara ini, masyarakat yang
penyayang dapat dilahirkan di samping
dapat menerapkan pelbagai nilai murni.
Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri
pernah menegaskan bahawa dengan
melibatkan diri dalam kegiatan bergotongroyong, kita berupaya menerapkan pelbagai

nilai murni dalam diri.


Menurut laporan majalah The Times di
Australia, kegiatan gotong -royong yang
diamalkan di Malaysia merupakan antara
yang terbaik di dunia.
5. Program rukun tetangga di kawasan
perumahan mesti dihidupkan semula.
program rukun tetangga berfungsi sebagai
perisai untuk mengawal keselamatan
kawasan perumahan terutama pada malam
hari.
Anggotanya membabitkan semua pihak
tanpa mengira kaum kerana masing-masing
bertanggungjawab menjaga keselamatan
kendiri dan keluarga.
Sebagai contohnya, anggota rukun
tetangga akan bergilir-gilir bertugas
meronda kawasan tanpa mengira usia,
agama dan status.
Secara ghalibnya (lazimnya), senario ini
akan mewujudkan jalinan hubungan yang
mesra bagai isi dengan kuku sekali gus
memupuk semangat kejiranan yang hakiki
(sebenar).
Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang
muafakat akan membentuk masyarakat
yang harmoni