Anda di halaman 1dari 9

LARI BERHALANGAN

1.0 SEJARAH LARI BERHALANGAN


Lari berhalang atau steeplechase adalah salah satu acara balapan. Lari berhalang adalah
gabungan beberapa acara seperti lari jarak jauh , lari berpagar dan lompatan air. Acara lari
berhalang banyak dipertandingkan dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama ada di
peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
2.0 ASAS LARI BERHALANGAN
a. Pakaian
Atlet perlulah memakai pakaian yang sesuai dengan acara tersebut. Atlet juga
perlu memakai kasut spike yang di perbuat daripada bahan yang mudah kering
dan selesa untuk berlari.
b. Pagar
Halangan perlu berada dalam kawasan larian dan berkeadaan stabil. Ukuran bagi
pagar lompatan di trek larian dan pagar yang berada dilompat air adalah sama.
Dalam acara 3000 meter lari berhalang, seseorang perlu atlet mesti berlari
sebanyak tujuh setengah pusingan dengan melepasi 28 halangan berpagar dan 7
halangan lompat air.
c. Kolam Untuk Lompatan Air
Bentuknya ialah segi empat sama dengan ukuran 3.66 meter setiap sisi. Paras
permukaan air perlu hampir sama dengan permukaan trek. Kolam air dibina diluar
atau didalam kawasan balapan.
d. Jarak Larian
Jaraknya ialah 3000 meter. Kedudukan kolam air yang berbeza menyebabkan trek
larian dipendekkan atau dipanjangkan. Jika kolam air berada diluar trek, trek larian
dipendekkan kepada 390 meter untuk lompatan. Jika kolam air berada didalam
trek, trek larian dipanjangkan kepada 410 meter.

Kedudukan halangan

Balapan 390 m

Balapan 410 m

Jarak dari permulaan ke pagar pertama


(setengah pusingan)

270 m

130 m

Pusingan pertama ke pagar pertama

10 m

10 m

Dari pagar pertama ke pagar kedua

78 m

82 m

Dari pagar kedua ke pagar ketiga

78 m

82 m

Dari pagar ketiga ke lompat air

78 m

82 m

Dari lompat air ke pagar keempat

78 m

82 m

Dari pagar keempat ke garisan penamat

68 m

72 m

3.0 KEMAHIRAN
a. Teknik Lari Berpagar
i. Lonjak dengan kaki dominan
ii. Ayun tangan semasa melompat.
iii. Pijak bahagian atas pagar.
iv. Kekalkan badan dalam posisi yang rendah. Lonjak dari pagar.
v. Mendarat atas bola kaki hadapan.
vi. Semasa mendarat, posisi badan dilajakkan ke hadapan.

Terdapat dua kaedah untuk melepasi halangan berpagar, iaitu :


Kaedah lompat pagar
Atlet perlu memijak pagar sebelum melompat untuk melepasi halangan.
Teknik kaedah lompat pagar:
i. Lonjak dengan kaki dominan.
ii. Ayun tangan semasa melompat.
iii. Pijak bahagian atas pagar.
iv. Kekalkan badan dalam posisi yang rendah. Lonjak dari pagar.
v. Mendarat atas bebola kaki hadapan.
vi. Semasa mendarat, posisi badan dilajakkan ke hadapan.
Kaedah lari berpagar
Kaedah ini sama seperti larian 400 meter lompat berpagar. Pelari tidak
memijak halangan berpagar tetapi terus melompar pagar tersebut.
Teknik lari berpagar:
i. Lari terus ke arah halangan berpagar.
ii. Ayun kaki hadapan dengan pantas ke posisi mendatar.
iii. Luruskan kaki hadapan sambil condongkan sedikit badan hingga
rapat dengan kaki hadapan.
iv. Tarik kaki belakang supaya berada di sebelah badan.
v. Semasa melepasi pagar , paha perlu selari dengan trek. Sudut di
antara paha dan betis lebih kurang 90 darjah (ibu jari kaki belakang
menghala keluar).
vi. Mendarat dengan bebola kaki hadapan.

b. Lompat Air
Kemahiran lompat air adalah salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh atlet
bagi memastikan kelancaran larian semasa melompat melepasi kolam lompatan
air.
Teknik lompatan air:
i. Tambahkan kelajuan larian ketika berada pada jarak 10 meter hingga 15
meter sebelum pagar.
ii. Lonjak dengan kaki dominan dan kaki belakang di bawa ke hadapan untuk
memijak pagar halangan.
iii. Bengkokkan kaki untuk memijak pagar. Elakkan daripada berdiri tegak di
atas pagar.
iv. Rendahkan posisi badan untuk stabiliti.
v. Kaki belakang di bawa ke hadapan.
vi. Lonjak dari pagar halangan.
vii. Luruskan kaki dominan dan mendarat di hujung kawasan kolam untuk
lompatan air. Kawal imbangan badan ketika mendarat dan teruskan larian.

c. Ansur Maju Lari Berhalang


Kemahiran lari berhalang boleh dikuasai dengan latihan bersistematik. Latihan ini
menggabungkan lompatan melepasi peti lombol dan dua halangan pagar untuk
memahirkan kita dengan teknik lompatan. Kita boleh menganggarkan kelajuan dan
jarak larian yang sesuai sebelum melompat melepasi peti lombol dan halangan
pagar.
Teknik ansur maju kemahiran melepasi halangan
i. Letak peti lombol berhampiran pasir mendarat untuk acara lompat jauh.
ii. Letak dua pagar untuk acara lompat pagar kira-kira tiga meter dari peti
lombol.
iii. Mula-mula lompat pagar pertama dan kedua , kemudian lompat peti
lombol. Pastikan peti lombol berkedudukan stabil dan permukaan atasnya
tidak berpasir.
iv. Ulang larian sehingga empat atau lima pusingan tanpa henti.

4.0 OTOT-OTOT YANG TERLIBAT

5.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Undang-undang dan peraturan pertandingan lari berhalang perlu dipatuhi untuk
mengelakkan larian dibatalkan. Antara peraturan dan undang-undang lari berhalang, ialah:
i. Tidak mengganggu atau dengan sengaja menghalang pelari lain semasa
pertandingan.
ii. Semua peserta mesti melompat atau mengharung air.
iii. Larian dibataklan sekiranya peserta melompat ke kiri atau ke kanan pagar atau
meleretkan kaki di luar pagar.
6.0 KESELAMATAN
Antara aspek keselamatan yang perlu dipatuhi dalam acara lari berhalang adalah seperti
yang berikut:
i. Memastikan halangan pagar kukuh, stabil dan mampu menampung berat atlet. Jika
permukaan halangan telah rosak dan boleh menyebabkan atlet tergelincir, gantikan
dengan yang baru.

ii. Memastikan atlet tidak berlari terlalu hampir di belakang atlet lain apabila
menghampiri halangan pagar. Atlet digalakkan berlari di sisi supaya dapat melihat
halangan dengan jelas.
iii. Memastikan permukaan kolam untuk lompatan air diperbuat daripada bahan
konkrit, ditutupi dengan alas lembut atau permukaan getah. Hal ini penting agar
kasut spike atlet dapat mencengkam dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai