Anda di halaman 1dari 3

INTERGRASI KECERDASAN PELBAGAI

DALAM SENI DALAM PENDIDIKAN DAN


PERKAITANNYA DENGAN SUBJEK
KEMAHIRAN HIDUP
1.0 PENGENALAN
Setiap individu mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau
masalah yang dihadapi. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kecerdasan tersendiri. Kecerdasan
merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya
berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain.
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia
seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan
masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000)
mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat
mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten.
Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh
dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain.
Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner mendapati sembilan kecerdasan
manusia iaitu kecerdasan logikal matematik, spatial ruang, linguistik, intrapersonal, interpersonal, kinestetik,
muzik, naturalis dan eksistensialisme.
Sebelum mengetahui definisi integrasi kecerdasan pelbagai, definisi integrasi perlu diketahui.
Perkataan Integrasi, pada dasarnya integrasi berasal dari perkataan bahasa Inggeris "integration" yang
bererti kesempurnaan atau keseluruhan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, integrasi
bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan.
Kesimpulannya, integrasi kecerdasan pelbagai ialah penggabungan dua atau beberapa kecerdasan
pelbagai menjadi satu kecerdasan baru. Dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan, integrasi
kecerdasan pelbagai ini dapat dilihat dalam seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

2.0 INTEGRASI SENI DALAM PENDIDIKAN DAN PERKAITANNYA DENGAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH RENDAH
Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami, guru boleh
menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni
pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar. Integrasi seni ini bukan sahaja dapat
memudahkan kefahaman murid tentang kandungan pembelajaran yang diajar malah integrasi seni ini juga
mampu meningkatkan semangat serta minat murid untuk belajar.
SENI PERGERAKAN
Menurut Shahril Awang dalam bukunya yang bertajuk Seni Dalam Pendidikan, pergerakan membawa
maksud proses yang memandu murid untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik
menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan
kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Dalam subjek Kemahiran Hidup, seni pergerakan
dapat dikaitkan dengan pergerakan semasa melaksanakan kerja amali. Seperti yang kita sedia maklum,
pergerakan sangat berkait rapat dengan subjek Kemahiran Hidup kerana Kemahiran Hidup mempunyai
banyak amali.

Dengan itu, seni pergerakan memainkan peranan yang besar dalam subjek ini. Contohnya, dalam tajuk
Tanaman Sayuran, murid perlu melakukan pergerakan menyediakan tapak penanaman, membaja sayur,
menyiram sayur dan sebagainya. Pergerakan secara asasnya terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan
lokomotor, bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif alatan. Selain itu, dalam Kemahiran Hidup juga
murid akan mempelajari cara bertukang dalam tajuk mereka cipta di mana murid akan mereka dan
membuat sendiri projek kayu. Untuk menghasilkan projek kayu, antara pergerakan yang dilakukan
termasuklah mengukur dan menanda kayu, mengergaji kayu, mengecat dan sebagainya. Oleh itu, tidak
dapat dinafikan bahawa seni pergerakan sangat berkaitan dengan subjek Kemahiran Hidup.
Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan
kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan
kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan
murid menaakul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang hendak mereka
lakukan. Integrasi seni ini juga melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan murid dan pada
masa yang sama murid akan belajar secara aktif dan menyeronokan. Di samping itu, guru juga dapat
mempelajari cara muridnya berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, selain menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, ia juga dapat mengembangkan lagi potensi murid.
SENI MUZIK
Seni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat kita. Seni muzik
merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita sejak dahulu sehingga kini. Ahli falsafah
berpendapat manusia secara semula jadi mempunyai tarikan terhadap muzik. Fakta ini jelas kerana muzik
menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dinikmati melalui pancaindera
malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang. Secara amnya, matlamat pendidikan seni
muzik ialah untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan
etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks
budaya dan aspirasi negara. Jika dikaitkan dengan subjek Kemahiran Hidup, seni muzik boleh diaplikasikan
dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini lebih menarik dan menyeronokkan.
Melalui seni muzik, sememangnya dapat mempengaruhi corak pembelajaran murid terhadap
subjek Kemahiran Hidup. Seni ini akan mempengaruhi tahap konsentrasi dan kefahaman murid untuk lebih
memahami tentang isi kandungan pelajaran. Melalui seni muzik, guru boleh menerapkan elemen teater
untuk murid melakonkan watak-watak yang dikehendaki. Contohnya untuk topik keusahawanan guru boleh
mengarahkan murid untuk melakonkan watak usahawan yang berjaya. Selain itu, untuk tajuk penanaman
sayuran pula murid juga boleh menerapkan kaedah-kaedah menanam yang betul dalam lakonan. Ini akan
memberi impak yang besar untuk murid mengekalkan memori untuk menghafal ciri-ciri dan langkahlangkah yang terdapat dalam subjek ini.
Selain itu, Integrasi seni muzik dalam subjek Kemahiran Hidup juga membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti
Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang
mengetengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan
muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian
kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid
akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential.
SENI VISUAL
Seni visual terdiri daripada empat bidang utama iaitu melukis dan membuat gambar, membuat
rekaan corak, membentuk dan membuat binaan serta bidang kraf tradisional. Dalam kandungan pelajaran
Kemahiran Hidup murid didedahkan dengan pertukangan dan proses reka bentuk, ini semestinya murid
perlu untuk mengingati setiap alatan yang terlibat. Oleh itu, seni visual boleh diaplikasikan di mana guru
boleh mengarahkan murid untuk melukis setiap alat agar mereka lebih mengenali alat tersebut. Ini
sekaligus dapat memudahkan murid untuk menjawab soalan berkaitan alatan semasa peperiksaan.

Contohnya apabila murid sudah pernah melukis basikal, maka secara langsung murid akan dapat
mengenal pasti komponen-komponen basikal dan apabila soalan mengkehendaki murid untuk melabelkan
komponen sudah pasti murid dapat menjawab soalan tersebut dengan mudah.
Bidang seni visual mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam
pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej
tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanakkanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan
murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang
sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
.

3.0 KESIMPULAN
Integrasi kecerdasan pelbagai melalui seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam subjek
Kemahiran Hidup menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam
memahami gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam bentuk ekspresi dan
komunikasi seorang murid.Integrasi seni ini dapat membentu perkembangan menyeluruh dan seimbang
setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafagh Pendidikan Negara.
Melalui aktiviti integrasi seni ini, murid akan terdorong untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kecerdasan pelbagai. Ia juga membantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang
ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk
merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata
pelajaran yang lain.
Kesimpulannya, integrasi kecerdasan atau integrasi seni ini sangat berkaitan dengan subjek
Kemahiran Hidup.seni pergerakan penting semasa murid melakukan kerja-kerja amali. Manakala seni
visual pula dapat membantu murid mengenal pasti komponen alatan melalui aktiviti melukis alatan. Akhir
sekali ialah visual muzik. Seni ini juga mempunyai peranan sendiri di mana seni ini dapat meningkatkan
semangat kefahaman murid mengenai isi pembelajaran melalui aktiviti melakonkan ciri-ciri usahawan
berjaya, langkah-langkah kerja dan sebagainya. oleh itu, dengan adanya tiga integrasi seni ini maka proses
pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup dapat dijalankan dengan lebih menarik dan mudah
difahami.

Anda mungkin juga menyukai