Anda di halaman 1dari 7

TEKS JURUACARA MAJLIS

PROGRAM ILMU DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT (MENTOR MENTEE)


TAHUN 2010
PADA HARI SABTU 24 APRIL 2010
Alhamdulillah.....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera, Salam ukhwah mahabbah... Salam 1Malaysia.
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...
Yang Dihormati, Kaunselor PPD Mersing, Pn. Norhimah binti Ismail selaku
penceramah jemputan,
Yang Berusaha, Puan Kamariah bt Jaid, Guru Besar SK Kem Iskandar,
Yang Dipertua P.I.B.G SK Kem Iskandar, Lt Kol Fouzi bin Sulaiman,
Mejar Abd Rahim bin Abd Rahman daripada Unit AJAR Kem Iskandar
En Mohd Bakri bin Md Nor, GPK Hal Ehwal Murid
En Ahmad Tahshim bin Salleh, GPK Kokurikulum
En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar, Penyelaras Tuisyen Kem
Barisan guru-guru
Para ibu bapa
Dan para pelajar Tahun 6 dan 5 yang dikasihi sekalian
Kami selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, merakamkan ucapan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin kerana telah
sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita
rencanakan pada hari ini.
Adab bermajlis salam bersambut,
Mengadap Illahi Maha terpuji,
KeredaanNya,
Selamat dan Sejahtera
Bersamalah kita memanjatkan hidayah
Memohon restu,berkat di pinta
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadil Ustaz Haza
bin Hamsi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Al Fadil Ustaz

........................................................ BACAAN
DOA ....................................................

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadil Ustaz di atas bacaan doa sebentar
tadi.
Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita
berkumpul di dalam Dewan SK Kem Iskandar ini dalam majlis Program
Ilmu dan Penyerahan Anak Angkat (Mentor Mentee) Tahun 2010.
Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,
Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara
takwim sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk
semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga,
malahan turut juga dapat mengetengahkan segala pandangan waimma
idea bernas daripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekalian.
Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi
tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam
meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi
mahupun ukhrawi. InsyaAllah.
Sekapur sirih,seulas pinang
Salam penghormatan sajian ungkapan,
Ucapan aluan,sumbangsih perangsang,
Pembuka majlis sebagai santapan
Bagi meneruskan majlis kita pagi ini, majlis dengan segala hormat dan
takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Puan Kamariah
bt Jaid selaku Guru Besar SK Kem Iskandar untuk menyampaikan ucapan
alu-aluannya. Majlis mempersilakan puan.
...............................................UCAPAN GURU
BESAR..................................................
Terima kasih diucapkan atas ucapan yang telah disampaikan oleh Guru
Besar sebentar tadi.
Tanpa melengahkan masa lagi, pihak majlis mempersilakan
Yang Dihormati
Lt. Kol. Fouzi bin Sulaiman
Yang Dipertua PIBG
SK Kem Iskandar
untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
.................................................. UCAPAN
YDP...........................................................

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.
Para hadirin sekalian,
Seterusnya tanpa membuang masa, majlis mempersilakan
Kaunselor PPD Mersing
Pn. Norhimah binti Ismail
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya ceramah beliau yang
bertajuk Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu Meningkatkan Prestasi
Anak-anak Dalam Menghadapi Peperiksaan.
Dengan segala hormatnya, pihak majlis mempersilakan puan.
...............................................CERAMAH
KAUNSELOR ...............................................
Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Kaunselor PPD Mersing
Pn. Norhimah binti Ismail
kerana telah sudi menyampaikan ceramah sebentar tadi.
Berbaju kebaya cantik berseri,
Di pakai oleh si dara sunti,
Ucapan puan kami dengari,
Amanat diberi disemat di hati.
Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan terima kasih, pihak
majlis dengan ini mempersilakan
Pn Kamariah Bt Jaid
Guru Besar
SK Kem Iskandar
untuk menyampaikan cenderahati kepada
Pn. Norhimah binti Ismail
Kaunselor PPD Mersing
Dipersilakan.
.............................................PENYAMPAIAN
CENDERAHATI.......................................

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian


cenderahati sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Pn Norhimah binti Ismail kerana
kesudian beliau hadir ke majlis kita pada hari ini.
Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka majlis kita berehat
seketika.
Dengan ini dipersilakan para jemputan dengan diiringi oleh Puan Guru
Besar untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
Tuan puan hadirin sekalian juga dijemput menikmati minum pagi di kantin
sekolah. Majlis kita akan disambung kembali pada pukul ________ (majlis
akan berehat selama 20 minit)
-------------------------------------------------REHAT---------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada para hadirin sekalian kerana masih setia
berada di dalam dewan ini untuk meneruskan majlis kita pada pagi ini.
Para hadirin sekalian,
Untuk pegetahuan semua, pihak sekolah akan menjalankan program
mentor mentee. Program ini telah dijalankan untuk Tahun 6 pada tahun
lepas tetapi pada tahun ini pihak sekolah ingin melibatkan murid Tahun 6
dan Tahun 5. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program mentor
mentee ini, dijemput En. Mohd Bakri bin Md Nor selaku Guru Penolong
Kanan HEM untuk memberikan serba sedikit penerangan. Dipersilakan.
--------------------------------TAKLIMAT PROGRAM MENTOR
MENTEE----------------------Terima kasih diucapkan kepada Guru Penolong Kanan HEM atas
penerangan yang disampaikan itu tadi.
Agenda seterusnya pada pagi ini adalah penyerahan murid-murid selaku
mentee kepada mentornya iaitu para guru. Acara ini turut membawa
pengertian bahawa guru akan menjadi ibu atau bapa angkat kepada
menteenya di sekolah.
Dengan ini dipersilakan ___________________________________ untuk
menerima menteenya iaitu _____________________________________ (baca
senarai nama guru dan murid satu persatu)

--------------------------------------------PENYERAHAN-----------------------------------------------Terima kasih diucapkan atas penyempurnaan penyerahan anak angkat itu


tadi.
Majlis kita diteruskan dengan Taklimat Tuisyen Kem yang akan
disampaikan oleh En Khairul Asmadi bin Abu Bakar selaku Penyelaras
Tuisyen Kem SK Kem Iskandar. Dipersilakan.
----------------------------------------------TAKLIMAT TUISYEN
KEM-----------------------------Terima kasih diucapkan kepada En. Khairul Asmadi atas taklimat beliau itu
tadi.
Majlis kita diteruskan dengan bacaan ikrar dan Akur Janji Pelajar Tahun 6.
Untuk makluman semua, peperiksaan UPSR bagi tahun ini akan
berlangsung pada 21 hingga 23 September 2010. Dengan lafaz akur janji
oleh pelajar-pelajar Tahun 6 ini sebentar nanti, diharapkan mereka akan
lebih berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR
kelak.
Dengan ini dipersilakan adik Muhammad Afiq Danial bin Mohd Ridhuan
mewakili pelajar tahun 6 untuk mengetuai lafaz ikrar tersebut. Para
pelajar Tahun 6 diminta berdiri untuk membaca ikrar.
....................................................BACAAN
IKRAR ........................................................
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar Tahun 6 atas lafaz ikrar
sebentar tadi.
Seterusnya ialah upacara menandatangani Akur Janji oleh Pelajar Tahun 6.
Dipersilakan Lt Kol Fouzi bin Sulaiman, YDP PIBG dan Pn Kamariah bt Jaid,
Guru Besar SK Kem Iskandar naik ke atas pentas untuk mejadi saksi
upacara tersebut.
Dipersilakan ___________________ bersama ibu bapa / penjaga.
(2 orang murid bersama ibu bapa akan naik ke pentas serentak untuk
menandatangani Akur Janji dengan disaksikan oleh Guru Besar dan YDP
PIBG)

..............................................TANDATANGAN AKUR
JANJI.........................................
Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG dan Guru Besar kerana sudi
menjadi saksi dan terima kasih kepada murid bersama ibu bapa kerana
telah memberikan kerjasama yang baik dalam upacara sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Pada tahun ini, Pihak PENAMA telah bermurah hati menyumbang hamper
kepada murid yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap
peperiksaan yang diadakan oleh pihak sekolah.
Dengan itu dipersilakan __________________________________ untuk
menyempurnakan penyampaikan hamper tersebut.
Dipersilakan Anas Safwan bin Muhamad Zaki untuk menerima hamper
kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPPM1. Adik
Anas telah mendapat 1A 4B dalam peperiksaan tersebut.
..PENYAMPAIAN
HAMPER..
Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ atas
kesudian beliau menyampaikan hamper sebentar tadi.
Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa penjaga
bersama para guru dan pentadbir sekolah. Sebelum sesi soaljawab ini
dimulakan, semua murid Tahun 6 dan 5 diminta berdiri dan bergerak
keluar dari dewan ke kantin dalam keadaan yang teratur.
Hadirin sekalian,
Majlis amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan para
waris penjaga. Ini bukan sahaja untuk kebaikan bersama, malahan ianya
juga tidak lain bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak.
InsyaAllah.
Majlis dibuka kepada sebarang pertanyaan atau cadangan. Dipersilakan
(jika ada)

----------------------------------------SESI SOAL JAWAB DAN


DIALOG--------------------------Terima kasih di ucapkan kepada semua soalan, cadangan dan pendapat
yang telah dilontarkan tadi. Semoga dengan perbincangan dua hala ini, ia
akan dapat memberikan impak yang baik dalam menjadikan anak-anak di
SK Kem Iskandar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.
Dalam diam tak diam, Kita telah pun berada di penghujung acara
Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang,
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur di baja,
Majlis kita berakhir di sini,
Silap dan salah lupakan saja.
Sebarang kelemahan harap dimaafi,
Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
Untuk akhirnya majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin, hadirat
dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak didalam
mengendalikan Program Ilmu dan Penyerahan Anak Angkat (mentor
Mentee) bagi Tahun 2010.
Para hadirin dipersilakan menikmati juadah makan tengahari di kantin
sekolah.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah..
Salam 1Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai