Anda di halaman 1dari 5

Kajian tindakan merupakan salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh

digunakan oleh guru dalam proses p&p di sekolah. Ia merupakan aktiviti sistematik yang
dilakukan sebagai usaha untuk memperbaiki, mengubah dan meningkatkan amalan pengajaran
seseorang guru dan meningkatkan minat terhadap pembelajaran pelajar. Proses kajian ini
mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan melibatkan proses
mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar
dari segi tingkah laku atau peningkatan prestasi pelajar.

McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau
meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi
lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan
bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka
serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Menurut Kemmis dan Mctaggart (1998),kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk
inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru
dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk
membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan
kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

MODEL KAJIAN TINDAKAN


Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan
empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu:
Proses 1 : Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat
perancangan. Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani
masalah yang dikenalpasti. Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk
menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )
Proses 2 : Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.( contoh: cara
penilaian pemerhatian, kumpulan sasar pelajar, guru ). Analisa keputusan / dapatan dan
mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 3 : Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan.Penyelidik


melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.
Proses 4 : Memerhati ( mengumpul bukti ).Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui
pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.
Proses 5 : Mereflek ( analisa dan refleksi ).Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar
guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru,
kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan
profesionalisme keguruan.
Contoh model yang boleh digunakan:

JENIS-JENIS MODEL KAJIAN TINDAKAN


1. Model kajian tindakan Kurt Lewin

Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui

Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan

Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan/ Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/


Semasa menjalankan tindakan

Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/
perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil

2. Model kajian tindakan Stephin Kemmis

Digunakan apabila masalah tidak diketahui.

Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat

Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen

LINGKARAN 2:
i. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih
ii. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan
iii. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan
iv. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki
3. Model kajian tindakan John Elliot

Digunakan untuk untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor
perubatan.

Tajuk kajian

Latar belakang kajian

Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori

Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan

Perancangan Tindakan : Tindakan 1, Tindakan 2, Tindakan 3 dan Tindakan 4.

4. Model Gelungan Skema Tindakan

5. Model Gelungan Skema Generatif

6. Model Conzenius & O'Neill 2002

Anda mungkin juga menyukai