Anda di halaman 1dari 6

Cerpen "Anak Penggunting Rambut"

Cerpen "Anak Penggunting Rambut" mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang
anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek
seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan. Manis. Wajahnya comel dan suka
tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu
pening dan pitam.
Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa
kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan
berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat
bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang
pendek. Namun begitu ayah menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai
tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga
anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis.
Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanakkanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut diletakkan di dalam bekas
kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara
dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui
wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja
sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi
mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya.
Apabila meningkat dewasa Manis menyambung pelajarannya ke Kuala Lumpur. Sepanjang
pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya
dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung. Pada suatu hari, ayah mendapat
panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di
hospital. Manis disahkan mengidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak
apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala
Manis kini sudah separuh botak.
Doktor memberi harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
Namun begitu, Allah lebih sayang akan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan
ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada ayahnya masih terngiang-ngiang di
telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu
menyimpannya lagi.

Cerpen 'Capa Rengat'


Cerpen 'Capa Rengat' mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai
kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, "Aku" akan mengikut bapa
saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut
udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai.
Hubungan Pak Cik Kinto dan "Aku" seperti belangkas.
Pada sebelah petangnya. "Aku" tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Konto
pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu "Aku" pula berasa bosan tinggal
lebih lama di kampung. "Aku" mengambil keputusan merayu-rayau di sekeliling
di kampung. Ketika lalu di sebidang paya, "Aku" melihat lima orang anak muda
sedang bermain di bahagian tepi paya.
Seorang budak perempuan, Su mengajak "Aku" bermain bersama-sama mereka.
Permainan yang dimainkan begitu janggal dan "Aku" berasa kekok pada
permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa

kekok "Aku". Akhir sekali, "Aku" diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah
katak "Aku" siap dibina, Su akan memecahkannya.

Tiba-tiba, ketika "Aku" dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota
buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su
terpaksa pulang ke rumah dengan segera. "Aku" mengenal pasti Su mempunyai
seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang
memanggilnya Su itu ialah adik tirinya.
Pada sebelah malamnya, "Aku" tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat
diletakkan di dalam botol berisi air. "Aku" ingin merasai kesegaran bau wangi
Capa Rengat dalam tidur. Setelah sehari berada di kampung, ibu memutuskan
siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta
ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk
pulang. "Aku" berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku
makin mendayu-dayu.
Dalam keadaan separuh sedar, "Aku" bertanyakan kepada ibu tentang
kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya ibu melahirkan
ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah
pusaka selesai. Keputusan ibu membuatkan "Aku" sedih apabila "Aku"
terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su.

Cerpen 'Dendam'
Cerpen 'Dendam' ini mengisahkan hubungan kekeluargaan antara kakak,
adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya
Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu
adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda
oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya
Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu, Along juga menolak
adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along
menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.
Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah
dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan
melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri
mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai
alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya
mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang
perangkap untuk mengenakan adiknya.
Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap
apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang
menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah
yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas
kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah
mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan
dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.

Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah
dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal
Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena
tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan
biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian
dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia
menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk Angah
kerana rasa terharu dan meyedari kasih sayang antara adik beradik.

Maaf Kupinta
Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu
dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya
tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan
filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk
rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong
perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah
terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.
Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana
terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya.
Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah
neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama.
Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi
tinggal di asrama.
Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa
buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku
untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada
kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati
oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.
Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak
sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di
kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah
tirinya atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya
berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya
di sawah dan di laut. Dia juga turut menunjuk ajar adiknya dalan pelajaran.

Gema Sepi Gadis Genius


Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun
tiadapun daripadanya berjudul program 'antibusut'. Dalam keadaan fikirannya
yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya. Hanani semasa mereka
masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan
pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka
berdua.
Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.
Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus
makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar

dengan masalah 'busut' yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah


bersemuka dengan teman-temannya para timbalan pengurus. Basirah
membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah
berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk
bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.
Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang
berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah
tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah
sasaran. Saluran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal
Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat
antara Basirah dengan rakanya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan
menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan
penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabilapintu yang terkuak berbunyi.
Beberapa orang remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang
membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu.
Selepas itu, sekali lagi osiloskop dipasang untuk mengesan gema
panggilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh
membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi
amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah
lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan
menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu
malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru.
Selang beberapa minit umpan mengena.
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat
penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang
tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Cerpen: WARKAH DARIPADA IBU
Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan
adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya.
Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan
neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat
menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan
faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk
ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya
menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang
tamu walaupun nenek telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur
dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan
harinya, apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba
mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan
dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-adiknya. Nenek telah
mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-rakan sebaya
Mira serta mengenali tempat di kampung neneknya itu. Bermula dengan
perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya
yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulang kaji pelajarannya. Dalam
keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira
membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.

Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa
dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah
dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat
kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan
persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan
dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang
soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak
kecil ibu bapa Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang
Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apaapa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi
yang baik. Hal ini menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke
kampung. Setelah membaca surat daripa ibunya, Mira melipat surat tersebut
dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir. Mira baru faham akan tersirat
selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira.

Jawab soalan-soalan berikut:


1. Berdasarkan petikan, apakah etika kedoktoran yang diamalkan oleh
Doktor Afif?
2. Berikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas.
3. Jika anda ahli keluarga Doktor Afif, apakah yang akan anda lakukan
untuk memujuk ayah menjalani rawatan?

Jawab soalan-soalan berikut:


1. Berdasarkan petikan, mengapakah Tini masih belum mendapat kerja
lagi?
2. Nyatakan perwatakan Tini berdasarkan petikan di atas.
3. Pada pendapat anda, adakah bekerja sendiri lebih baik atau berkerja
makan gaji. Berikan alasan anda.
4. Pada pendapat anda, apakah kebaikan bekerja sendiri?
5. Pada zaman sekarang, selain menternak ayam dan perusahaan kraf
tangan apakah jenis pekerjaan bekerja sendri yang sesuai dilakukan ?

Anda mungkin juga menyukai