Anda di halaman 1dari 7

Huraikan kepentingan pergeraan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran

manipulatif terhadap peningkatan kemahiran dalam sukan seperti olahraga,


sukan padang dan atau sukan gelanggang.

Berdasarkan sejarah perkembangan manusia, setelah manusia menjadi lebih


bertamadun mereka akan berusaha mencari pelbagai inisiatif yang lebih efisien untuk
mengukur sejauh mana tahap kecergasan mereka. Di mana setiap manusia akan terus
berusaha untuk mengekalkan kualiti hidup mereka dalam apa jua situasi. Justeru itu,
dapat dilihat pada peristiwa lampau di mana pada zaman Greek dahulu rakyatnya
sering dikerah untuk melibatkan diri di dalam sistem pertahanan negara. Pada zaman
tersebut kecergasan fizikal dan mental diberi keutamaan oleh rakyat Rom dan Sparta.
Rakyat bagi kedua-dua buah negara ini diwajibkan untuk menjalani latihan kecergasan
fizikal bagi membina kekuatan dan daya tahan otot agar kondisi mereka sentiasa
cergas, kuat dan berani untuk mempertahankan negara.

Pada masa kini, kejayaan sesuatu pembangunan sukan negara perlu bermula
dengan menggerakan masyarakat aktif dalam sukan sebagai amalan dan budaya hidup
mereka. Pendekatan menggerak dan membudayakan sukan hendaklah ditumpukan
kepada pendidikan sukan di peringkat sekolah. Pendidikan sukan menitikberatkan
pengajaran kemahiran, strategi dan pengetahuan tentang sukan dan aktiviti kecergasan
fizikal. Di mana pendekatan tersebut melibatkan sokongan daripada semua pihak
termasuk guru. Peranan guru bukan semata-mata mengajar topik-topik pelajaran yang
ditentukan dalam sukatan pelajaran pada bidang masing-masing. Peranan guru ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bidang kepakarannya melalui pelbagai
pendekatan mengajar untuk pelajar menimba pembelajaran secara berkesan. Hasil
dari proses pembelajaran yang berkesan, pelajar dapat meningkatkan kefahaman
melalui proses kognisi, membina kecekapan sesuatu kemahiran melalui pergerakan
psikomotor dan menerapkan nilai-nilai afektif yang baik melalui aktiviti sosialisasi (Rink,
2002).

Di dalam pendidikan jasmani terdapat beberapa kompenan yang sangat penting


seperti pergerakan asas yang mana ia menjelaskan bagaimana sesuatu kemahiran
pergerakan boleh dilakukan. Dengan ini dapat memudahkan murid-murid bagi
mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut. Pakar-pakar
dalam pendidikan jasmani ( Gallahue, DL.1996; Gabbard, C,LeBlanc, B.& Lowy,S 1994;
Burton, 1997 ) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan
lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif. Secara amnya,
pembelajaran di dalam pendidikan pergerakan mengandungi dua elamen penting iaitu
struktur koordinasi (komposisi atau keadaan tubuh badan) dan proses pergerakan serta
1

cara melakukannya. Ketiga-tiga pergerakan tersebut memainkan peranan penting di


dalam pendidikan jasmani. Pergerakan-pergerakan asas ini boleh mengembangkan
pemikiran, kemahiran, penyelesaian masalah dan pengembangan potensi diri yang
lain.
Seperti mana yang kita ketahui bahawa sukan sering dikaitkan dengan aktiviti
fizikal yang memerlukan kemahiran pergerakan motor serta kecergasan fizikal, mental
dan emosi yang baik. Sukan juga dilihat sebagai satu institusi sosial yang berpangaruh
dan berperanan dalam membudayakan masyarakat yang sihat, cergas, bersemangat
kesukanan dan bersikap positif dalam sukan. Membudayakan sukan perlu dibentuk dari
peringkat kanak-kanak dengan ilmu pendidikan sukan. Ilmu pendidikan sukan telah
bermula sejak dibangku sekolah lagi, melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
kegiatan kokurikulum. Guru yang terlibat secara langsung dalam pendidikan sukan
bertanggungjawab memberikan didikan dan bimbingan tentang bidang sukan dengan
sempurna. Kesempurnaan mendidik dan membimbing merujuk kepada kemantapan
ilmu konten dan pedagogi guru dalam bidang sukan melalui mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan kesihatan.

Di dalam pergerakan asas terdapat tiga kemahiran iaitu pergerakan lokomotor,


bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif yang mana ianya amat penting di dalam
meningkatkan kemahiran dalam setiap sukan sama ada olahraga, sukan padang atau
pun sukan gelanggang. Ini kerana pergerakan asas tersebut dapat memberi
pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor. selain itu dapat ia dapat
meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. Di samping ia dapat
mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan
elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa). Melalui pergerakan asas tersebut
meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak serta membentuk dan
melahirkan para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda
yang cerdas. Pelajar mendapat kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan
kecergasan tubuh badan yang sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka.

Bahkan melalui pergerakan asas tersbut pelajar dapat melibatkan penggunaan


seluruh anggota badan dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan. Dapat
mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Serta
menggalakkan pelajar menggunakan atau mencungkil idea dan daya cipta kreativiti
bagi melaksanakan pergerakan asas dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan.
Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. Melakukan
kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. Berasa
riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti
yang berfaedah.
2

Pergerakan Lokomotor merupaka pergerakan yang dilakukan oleh seseorang


yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut. Pergerakan yang
menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan
berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretapi.
Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan
mengikut pergerakan. Contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi,
skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala
pergerakan bukan Lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian
tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan
bergerak menggunakan otot-otot kecil. Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian
tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan yang tidak
mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contoh, melambung,
membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar
(menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian
sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan
bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk,
menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun,
membuai badan, dan lain-lain lagi.

Secara umum kepentingan pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor


dan kemahiran manipulatif adalah alat yang digunakan untuk mengukur pengetahuan
atau kebolehan dalam sesuatu kemahiran fizikal dan mental. Seorang guru atau
jurulatih biasanya akan mengukur tahap kebolehan dan pengetahuan para pelajarnya
tentang aktiviti dan sukan melalui ujian-ujian pergerakan yang ditadbir sendiri oleh guru
tersebut. Banyak sebab mengapa kita melakukan pergerakan lokomotor dan
pergerakan bukan lokomotor. Contohnya, seorang guru cuba membuat penilaian
terhadap keberkesanan aktiviti fizikal, menilai tahap kemahiran dan penerimaan pelajar,
mengesan kelemahan, mengukur minat serta kecenderungan para pelajar dan
sebagainya. Menurut Johnson & Nelson (1986), terdapat 8 sebab mengapa kita perlu
melakukan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor dalam sebarang
aktiviti fizikal. Antara sebab-sebab tersebut adalah seperti di bawah;

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Menilai tahap pencapaian semasa pelajar atau atlit dalam kemahiran-kemahiran


yang tertentu.
Menyediakan pelajar atau atlit dengan aktiviti yang lebih mencabar.
Sebagai panduan guru atau jurulatih untuk memilih atlit baru.
Memberi pandangan mengenai jenis sukan yang sesuai dengan tahap
keupayaan pelajar.
Untuk menilai keberkesanan sesuatu program latihan.
Sebagai panduan bagi guru atau jurulatih menyediakan program latihan yang
lebih sistematik dan efektif.
3

Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian


bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan,
keperwiraan, kelaki-lakian dan kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula
keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya
dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi
peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil
kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti
lokomotor seperti melompat dari satu tempat yang tinggi. Pelajar-pelajar yang
mempunyai sikap berani dalam diri mereka akan cuba untuk melakukan lompatan
tersebut dan begitu pula sebaliknya.

Selain itu, ia dapat mempuk sikap berdisiplin dikalangan pelajar-pelajar semasa


menjalankan sukan. Merujuk daripada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut
atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) atau menurut Kamus
Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti
pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut
cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti
yang dijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam
permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan
dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan
mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan muridmurid lebih berdisiplin kerana terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut.
Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri murid-murid.

Mempelajari kemahiran pergerakan asas adalah suatu yang sangat penting. ia


bukan sahaja penting kepada jasmani atau kesihatan seseorang, malah ia juga penting
dalam semua perkara dalam membina individu yang seimbang. Diaplikasikan sebagai
rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Terutamanya kepada murid-murid di sekolah di mana dengan ketiga-tiga pergerakan ini
dapat membantu guru-guru untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran
disampaikan dengan lancar serta dapat menwujudkan minat di kalangan murid-murid
terhadap pembelajaran. Serta meningkatkan potensi kreativiti murid seperti melakukan
pelbagai pergerakan dan kemahiran di dalam sukan. Selain itu, ia dapat memudahkan
murid-murid Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai
bahagian tubuh badan.
Secara keseluruhannya aktiviti pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor serta kemahiran manipulatif merupakan salah satu faktor asas dalam
menentukan kecergasan fizikal dan kebolehan seseorang pelajar menguasai
4

kemahiran. Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang dijalankan ini dapat
menilai tahap pencapaian pelajar atau atlit dalam kemahiran-kemahiran sukan yang
tertentu. Sesungguhnya, usaha menjadikan pelajar mahir dalam pergerakan asas
memerlukan usaha guru yang bukan sedikit malah menuntut pergorbanan yang agak
besar juga. Di samping itu ia juga dapat mengesan potensi maksimum pelajar atau atlit
serta melakukan persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi aktiviti yang lebih
mencabar. Ini memandangkan usaha mengesan bakat yang terpendam dalam
kalangan pelajar memerlukan satu mekanisme yang tepat dan jitu.

Keputusan akhir dalam pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran


manipulatif pelajar dijadikan kriteria bagi memilih pelajar untuk sukan atau permainan
yang tertentu. Selain daripada itu juga pergerakan asan ini boleh dijadikan sebagai
kriteria untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap keupayaan kemahiran pelajar.
Sebagai seorang jurulatih atau guru, pergerakan fizikal ini ini dapat dijadikan sebagai
panduan atau menilai keberkesanan sesuatu program latihan yang dirancangkan agar
ianya lebih sistematik dan efektif. Apa yang lebih menarik lagi ia juga dapat
memotivasikan pelajar atau atlit agar mereka dapat memperbaiki dan meningkatkan
tahap kecergasan fizikal mereka. Bahkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan
kemahiran manipulatif adalah sangat penting dimana ianya mempengaruhi pelbagai
perkembangan dalam kehidupan pelajar-pelajar secara langsung dan juga tidak
langsung. Aktiviti pergerakan adalah sesuatu yang unik dan penting dalam
perkembangan fizikal kerana sesuatu pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh
badan pelajar-pelajar menjadi sihat. Sesuatu kemahiran pergerakan akan diperolehi
melalui pengalaman dalam permainan ataupun aktiviti yang dijalankan di sekolah
mahupun di rumah.

Selain itu, aktiviti pergerakan juga dapat membantu dari segi aspek sosial
dimana mereka akan mengalami kepuasan dalam mempelajari sesuatu pergerakan.
Jika kanak-kanak aktif bermain dan bergerak secara tidak langsung dapat memupuk
sifat keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi dalam diri mereka. Dari aspek emosi pula,
melalui pembelajaran pergerakan yang mencabar dan seronok akan menjadikan
kanak-kanak riang dan aktif, sekaligus dapat mempengaruhi perkembangan kognitif
kanak-kanak melalui strategi pergerakkan yang pelbagai. Oleh itu, semua pihak iaitu
ibubapa, guru dan juga masyarakat perlu memberi peluang dan galakan kepada
pelajar-pelajar terutama kepada kanak-kanak yang berada di prasekolah untuk
menyertai dalam aktiviti pergerakan yang aktif, pantas dan mencabar sesuai dengan
sifat semula jadi kanak-kanak yang suka meneroka sesuatu yang baru.
RUJUKAN

Anuar Din, Raja Ismail Raja Lope Ahmad, Hasnul Noordin. 2012. Kurikulum Temporari
Dalam Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Kota Kinabalu : Universiti
Malaysia Sabah.

Bowers, R. W. & Fox, E. L. (1992). Sports physiology (3rd Ed). Dubuque, Lowa: Wm.
C. Brown Publishers.

Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1985). Concepts of physical fitness with laboratories. (6th
Ed). Dubuque, Lowa: Wm. C. Brown Publishers.

Greenberg, J. S., Dintiman, G. B. & Oakes, B. M.(1998). Physical fitness and


wellness. U.S.A.: Allyn & Bacon A Viacom Company.

Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 25/1998: Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Zainun Ishak (2006), Panduan Kesihatan dan Keselamatn Kanak-Kanak. Selangor:


Lohprint Sdn Bhd. Diperoleh pada 28 Oktober 2012 daripada laman web
http://www.scribd.com/doc/12394711/Konsep-Pergerakan-Asas

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai