Anda di halaman 1dari 2

SYAIR BIDASARI

syair
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,


Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta
kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

maksud
Pengenalan kisah seorang raja yang
memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya
hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda
merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi
contoh dan perbandingan kepada pembaca
Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah,
iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana.
Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada
peringkat awal sebelum dilanggar geroda).
Keadilan baginda telah menggamit kedatangan
para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu
agama yang merantau).
Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan
baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun
baginda tidak mengalami kesusahan. Namun,
tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu
akan berkekalan atau sebaliknya.
Sultan yang bijaksana bertambah berseri
apabila menempuh alam perkahwinan. Selang
beberapa bulan, permaisuri pun hamil.
Setelah beberapa tahun memerintah negara
dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala
petaka datang melanda. Baginda terpaksa
berundur dari istana.
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung
raksasa melayang di ruang angkasa negeri
Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti
dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja
sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan kemusnahan
Geroda melakukan serangan dengan suara yang
bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri
Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan
kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan
lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Ketika itu baginda sedang bersemayam di
singgahsana sambil menerima menghadap
pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara
bagaikan di medan peperangan jelas
kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang
tegas tentang perkara cemas apa pula yang
berlaku.

1 Persoalan
a) Keadilan dalam pemerintahan
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat genting)
2 Pengajaran
a) Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan amanah
b) Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
c) Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan
3 Perwatakan
a) Adil
b) Peka / prihatin / sentiasa waspada
c) Bijaksana / matang

SOALAN PEMAHAMAN:
i.

Berikan dua sifat raja yang terkandung dalam rangkap kedua syair tersebut.
[2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, apakah tiga kelebihan yang akan diperoleh seseorang yang berakhlak
mulia dan berhemah tinggi ? [KBAT]
[ 3 markah]

iii.

Jelaskan persoalan yang terkandung dalam syair ini

[3 markah ]