Anda di halaman 1dari 12

LATIHAN TATABAHASA 1

1.Abang saya akan melanjutkan pelajarannya________ Australia_______ akhir


bulan ini.
a.di, di

b.ke, di

c.dari, pada

d.di, pada

2.Gambar yang tergantung_______ dinding itu dibelinya_________ pelukis itu.


a.pada, daripada

b.di, dari

c.dengan, daripada

d.kepada, dari

3.Kami memang gemar_________ hobi mengumpul setem.


a.dengan

b.akan

c.dari

d.daripada

4.Bendera yang________ itu bendera negara Afrika selatan.


a.berkocak

b.berbuai

c.berkumandang

d.berkibar.

5.Itik yang sedang________ makanan itu besar-besar belaka.


a.mematuk

b.menyudu

c.memagut

d.menghisap.

6.Dalam________ seminggu, saya harus menyiapkan tugasan ini.


a.tempo

b.tempuh

c.tempoh

d.tempah.

7.Para pengundi_______ ke pusat pengundian di sekolah itu.


a.berebut-rebut

b.berdedai-dedai

c.berduyun-duyun

d.berlelai-

lelai
8.Isikan________ ini ke dalam sarung bantal yang baru dijahitkan oleh ibu.
a.kekacang

b.kekabu

c.kekisi

d. bebola.

9.Kapal yang_______ dari pelabuhan itu ke tempat ini kepunyaan Syarikat Azeem.
a.bolak-bolak

b.turun-naik

c.lalu-lalang

d.mundar-mandir.

10.Masukkan beberapa_________ bawang ke dalam sambal kicap itu.


a.iris

b.ketul

c.biji

d.buah.

11.Harga tiga________ petai itu ialah RM3.00.


a.papan

b.buah

c.gelung

d.gelang.

12.________ pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.


a.Bebatang

b.Bebuli

c.Reranting

d.Kekayu.

13.Dia membaling anjing itu dengan se_________ kayu api.


a.batang

b.papan

c.berkas

d.laras.

14.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.


a.Ielabi

b.lelabah

c.kekabu

d.tetupai.

15.Tudung saji digunakan untuk menutup________ itu.


a.sampah-sarap

b.semak-samun

c.sayur-mayur

d.lauk-pauk.

16.Keadaan malam itu sangat________ dan tidak berbintang di langit.


a.cerah

b.gelap

c.bahaya

d.suram.

17.Kita tidak boleh memandang_______ kepada orang lain walaupun mereka


miskin.
aserong

b.jijik

c.sombong

d.hina.

18.Pelajar lelaki universiti dipanggil________.


a.mahasiswi

b.mahasiswa

c.mahaguru

d.mahaputera.

19.Dalam filem, pelakon wanita dipanggil__________.


a.seniman

b.biduan

c.biduanita

d.seniwati.

20.Bapa Tong Fong memelihara beberapa_________ anjing untuk mengawal


rumahnya.
a.buah

b.biji

c.ekor

d.bilah.

Latihan Pemahaman
Baca berita di bawah dan jawab soalan-soalan berikut;

TELUK INTAN , 15 April 2006 Rumah Laksamana muncul sebagai juara bagi tiga
tahun berturut-turut sempena Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Perwira. Sukan
kali ke-6 ini berlangsung dalam suasana yang gilanggemilang, semalam.
Buat julung kalinya, sukan ini diadakan di Stadium Mini Teluk Intan bersebelahan
dengan Dewan Bandaraya Teluk Intan. Walau bagaimanapun, sesi latihan telah
diadakan di padang sekolah bermula 2 April yang lalu .
Sukan pada kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Onn bin Haji Hamzah
selaku wakil rakyat di kawasan ini. Turut serta dalam temasya pada kali ini ialah para
guru besar dari sekolah yang erdekatan serta ketua masyarakat setempat.
Tuan Guru Besar dalam ucapan alu-aluannya mengharapkan sukan kali ini dapat
memupuk semangat juang, semangat berpasukan serta semangat kerjasama dalam
kalangan murid. Selain itu, beliau berharap agar dapat mencungkil bakat-bakat baru
untuk diketengahkan dalam kejohanan peringkat kelompok, daerah maupun negeri .
Sukan pada kali ini menampilkan kelainan dengan mengadakan pertandingan
perbarisan serta rumah sukan tercantik. Sementara itu, acara olahraga berupa larian
100 meter, 200 meter serta acara padang seperti lompat tinggi dan lompat jauh turut
mendominasi kejohanan .
Temasya pada tahun ini banyak menampilkan bakat baru untuk diketengahkan.
Antaranya, Muhaimin bin Hakimi yang memecahkan rekod Majlis Sukan SekolahSekolah Daerah Hilir Perak dalam acara larian 100 meter dan 200 meter .
Pada akhir temasya , Rumah Bendahara muncul naib johan diikuti Rumah
Temenggung dan Rumah Bentara. Sementara itu Mohd Amirul bin Mohd Fauzi dan
Noratailah binti Ariffin dari Rumah Laksamana telah terpilih sebagai olahragawan
dan olahragawati sekolah tahun 2006. Mereka akan mewakili sekolah ke kejohanan
peringkat daerah yang akan diadakan pada 20 Mei hadapan, juga di tempat yang
sama.

1.

Peristiwa apakah yang diceritakan dalam teks tersebut ?

A.
B.
C.
D.

2.

Bilakah peristiwa tersebut berlangsung ?


A.
B.
C.
D.

3.

Guru Besar SK Perwira


Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Wakil rakyat
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

Apakah harapan utama guru besar terhadap temasya tersebut ?


A.
B.
C.
D.

5.

2 April 2006
14 April 2006
15 April 2006
20 Mei 2006

Siapakah yang merasmikan temasya tersebut ?


A.
B.
C.
D.

4.

Rumah Laksamana muncul juara


Peristiwa yang gilang-gemilang
Sukan Tahunan SK Perwira
Rumah Bendahara muncul naib juara

Mewujudkan kelainan dalam pertandingan


Mendapat sambutan yang menggalakkan
Memupuk pelbagai nilai positif
Mencungkil bakat-bakat baru

Penyataan yang berikut benar tentang temasya tersebut , kecuali


A.
B.
C.
D.

Rumah Laksamana merangkul beberapa anugerah utama


Muhaimin memecahkan rekod daerah dalam acara pecut
Rumah sukan dinamakan mengikut nama jawatan dalam istana
Temasya ini diadakan di tempat yang sama seperti pada tahun
lepas

Baca berita dibawah dan kemudian jawab soalan-soaln berikut;


TAIPING, 14 Januari Sekolah Kebangsaan Lubuk Simpangan telah
mengadakan Hari Interaksi 2012. Hari Interaksi 2012 diadakan bertujuan untuk
memberi peluang kepada para waris untuk bertemu dengan guru. Perjumpaan
seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malah mereka dapat
berbincang tentang perkembangan pelajaran murid-murid.
Program ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada para
waris. Ramai waris telah tiba sejak pukul 7.30 pagi. Sebelum waris bertemu dengan
guru kelas anak mereka, suatu taklimat khas telah diadakan. Guru Besar telah
menyampai ucapan dan taklimat berkenan Hari Interaksi 2012.
Kemudian, ibu bapa mula bergerak ke kelas anak mereka. Ibu bapa
berbincang tentang perkembangan pelajaran anak mereka dan selepas itu, mereka
menandatangani kad prestasi
pelajaran anak mereka.Rata-rata para waris berpuas hati dengan pelaksanaan Hari
Intreraksi
2012. Kebanyakan mereka berpendapat bahawa aktiviti tersebut dapat memberi
peluang kepada waris untuk mengetahui perkembangan dan prestasi anak-anak
mereka.
Antara acara lain yang diadakan semasa Hari Interaksi 2012 adalah jualan
buku cerita, buku rujukan, majalah dan novel. Terdapat juga beberapa gerai
makanan dan minuman yang dikendalikan oleh persatuan dan kelab sekolah.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Simpangan, Puan Noraini bt Harun
gembira dengan kejayaan Hari Interaksi 2012. Beliau berharap aktiviti seperti ini
akan diadakan lagi pada masa akan datang.
1

Apakah tujuan utama Hari Interaksi 2012 diadakan?


A
mengadakan jualan buku dengan harga murah.
B
menggalakkan murid-murid meminati bidang keusahawanan
C
mengadakan perjumpaan antara ibu bapa dengan guru-guru
D
meraikan pencapaian murid-murid dalam bidang pelajaran
Perkataan taklimat dalam petikan sama erti dengan perkataan
A
mesyuarat
B
huraian
C
penjelasan
D
penerangan

3
Mengapakah ramai waris berpuas hati dengan penganjuran Hari Interaksi
2012 ?
A
Berpeluang untuk beramah mesra dengan guru-guru
B
Berpeluang memasuki dan melawat kawasan sekolah
C
Berpeluang berjumpa dan berbincang dengan guru-guru
D
Berpeluang membeli buku-buku dengan harga murah

4
Apakah perkara yang dibincangkan oleh ibu bapa dengan guru kelas anakanak mereka ?
A
Kebaikan Hari Interaksi 2012
B
Aktiviti-akativiti yang dijalankan di sekolah
C
Perkembangan pelajaran anak-anak mereka
D
Masalah disiplin anak-anak mereka
5

Apakah harapan Guru Besar ?


A
Hari Interaksi akan diadakan lagi pada tahun hadapan
B
Ibu bapa memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka
C
Pelbagai aktiviti perlu dijalankan di sekolah
D
Murid-murid berminat untuyk menjadi usahawan yang berjaya

Baca catatan di bawah ini dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.
15 April 2012
9.00 pagi
Aku tiba di perhentian bas Sabak Bernam. Ketika itu, aku lihat orang ramai
berpusu-pusu di kaunter jualan tiket. Aku segera berbaris kerana bimbang tiket
bas kehabisan. Setelah lama menunggu, akhirnya tiket bas berjaya kubeli. Aku
lihat budak lelaki yang beratur di belakangku merungut-rungut apabila
diberitahu bahawa tiket bas ke Kuala Lumpur sudah habis. Aku menarik nafas
lega.
12.45 tengah hari
Bas ekspres yang kunaiki mula bertolak ke destinasi. Di dalam bas, aku duduk
di sebelah lelaki berbangsa India. Kami bertegur sapa tetapi tidak banyak
berbual. Akucuba melelapkan mata tetapi tidak berjaya. Keadaan jalan yang
agak buruk menyebabkan bas sering bergegar dan para penumpang
terlambung-lambung. Kulihat di kiri kanan jalan, kerja-kerja pembinaan dan
pembesaran jalan sedang giat dijalankan.
3.15 petang
Bas yang kunaiki tiba di Perhentian Bas Klang, Kuala Lumpur. Ketika turun dari
bas, mataku melilau mencari seseorang. Abdullah, sepupuku telah berjanji
untuk menungguku di perhentian tersebut. Aku berasa risau apabila kelibat
Abdullah langsung tidak kelihatan. Aku tidak tahu ke mana hendak dituju
6

kerana inilah pertama kali aku menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.


3.20 petang
Sedang aku duduk seorang diri, tiba-tiba bahuku ditepuk orang. Lega sungguh
hatiku apabila melihat Abdullah berada di depan mata. Tanpa banyak bertanya
aku segera mengikut Abdullah ke keretanya.
3.30 petang
Abdullah membawa keretanya menyusuri pusat bandar raya. Seperti rusa
masuk kampung, aku berasa terpegun dengan kepesatan pembangunan di
kota metropolitan ini. Keunikan bangunan-bangunan pencakar langit seperti
Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas amat menarik
perhatianku. Kesibukan kota yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan ragam
manusia amat berbeza dengan apa yang pernah kualami. Pengalaman ini amat
bermakna dan pastinya akan kuceritakan pada teman-teman di kampung.

1
.

Mengapakah penulis berasa lega?


A kerana mendapat tiket bas secara percuma
B kerana tidak perlu bersusah payah untuk membeli tiket
C kerana bernasib baik dapat membeli tiket yang terakhir
D kerana dapat menaiki bas ekspres yang canggih

2
.

Mengapakah penulis tidak dapat melelapkan matanya semasa di


perjalanan?
A Penulis asyik berbual dengan penumpang di sebelahnya.
B Penulis leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan.
C Penulis berasa tidak selesa disebabkan keadaan jalan yang tidak elok.
D Penulis sudah tidak sabar-sabar untuk tiba di Kuala Lumpur.

3
.

Perjalanan dari Sabak Bernam ke Kuala Lumpur mengambil masa


selama
A 2 jam 15 minit
B 2 jam setengah
C 2 jam 45 minit
D 3 jam

4
.

Kata melilau dalam petikan tadi bermaksud


A merenung ke satu arah.
B menjeling-jeling.
C memandang ke sana ke mari.
D tidak bergerak-gerak.

5
.

Yang berikut merupakan faktor-faktor yang menyebabkan sikap penulis


seperti rusa masuk kampung kecuali
A baru pertama kali berkunjung ke Kuala Lumpur.
B kagum akan kepesatan pembangunan di ibu kota.
C tidak mempunyai kenalan di ibu kota.
D pengalaman hidupnya di kampung amat berbeza dengan kehidupan
di kota.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut;

Aku dan keluarga hidup sederhana. Kami tinggal di rumah kos rendah. Ayahku
membeli sebuah kereta Proton Saga terpakai untuk kemudahan kami sekeluarga.
Bayaran ansuran kereta setiap bulan menjejaskan kewangan bapaku. Dalam hati
kecilku terpintas yang bapaku tentu tidak dapat menabung.
Oleh sebab teringat pesanan guru tentang amalan menabung ini, aku mula
menyimpan wang sedikit demi sedikit di dalam tabungku. Aku simpan lebihan wang
saku yang diberikan oleh ayahku pada setiap hari. Selepas setahun aku mula
membuka akaun di bank. Akan aku buktikan peribahasa sedikit-sedikit,lama-lama
jadi bukit.
Aku membawa bekal ke sekolah setiap hari untuk menjimatkan perbelanjaan
harianku. Selain itu, aku juga menyimpan duit raya yang aku peroleh setiap tahun.
Wang simpananku meningkat dari semasa ke semasa. Malang tidak berbau,adik
perempuan kesayanganku dilanggar sebuah motosikal. Kakinya cedera dan patah.
Doktor memberitahu kami yang adikku perlu menjalani pembedahan. Kos
pembedahan dianggarkan lima ribu ringgit. Keluargaku bagai jatuh ditimpa tangga
kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank. Ayah tidak berjaya memohon pinjaman
daripada bank kerana telahpun membuat pinjaman membeli kereta terpakai. Ibu
menggadaikan barang kemas kesayangannya.Wang gadaian cuma lima ribu ringgit
sahaja.
Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku. Aku segera ke bank
mengeluarkan wang sebanyak tiga ribu ringgit.Aku kemudiannya menyerahkan
wang itu kepada bapaku. Bapaku memelukku dengan linangan air mata. Aku
bersyukur kerana telah menyediakan payung sebelum hujan. Adikku telah selamat
menjalani pembedahan.Sejak kejadian itu ayahku mula menyimpan lima peratus
daripada gajinya ke dalam bank.
1
Siapakah yang paling banyak berkorban untuk menyelamatkan kecederaan
adik?
8

A
B
C
D

Aku
Ibu
Bapa
Adik perempuan

Apakah yang menyebabkan kewangan bapa terjejas ?


A Membiayai kos pembedahan
B Aku menabung setiap hari
C Membeli kereta terpakai
D Memiliki rumah kos rendah

Mengapakah bapa berkemungkinan tidak menabung??


A Aku sudah menabung sendiri
B Bapa sudah ada simpanan duit raya
C Anaknya perlu menjalani pembedahan
D Bapa terpaksa membayar ansuran kereta

Bagaimanakah anak perempuannya selamat menjalani pembedahan?


A Mereka menemui doktor pakar
B Memperoleh wang daripada tabung bapa
C Ibu menggadai barang kemasnya
D Kos pembedahan ditanggung oleh aku dan ibu.

Bersedia sebelum ditimpa kesusahan adalah maksud peribahasa ...


A Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
B Sediakan payung sebelum hujan
C Bagai jatuh ditimpa tangga
D
Malang tidak berbau

---------------------------------------------------------------------------------------------------------Baca dan fahami dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Milah

: Selamat petang, Mei Ling. Lama betul kita tak jumpa. Apa
Khabar?

Mei Ling

: Khabar baik, Milah. Ke mana awak menghilang selama ini?

Milah

: Oh, janganlah berkata begitu! Saya pulang ke kampung datuk


saya di Perak.
9

Mei Ling

: Patutlah saya tidak nampak awak. Seronokkah awak bercuti di


sana?

Milah

: Seronok. Nenek kirim salam pada awak. Saya banyak bercerita


tentang awak kepadanya. Oh, ya Mei Ling! Terlupa pula saya ! Ini
ialah buah tangan saya untuk awak.

Mei Ling

: Wah, cantiknya beg mengkuang ini! Milah. Tentu mahal


harganya,

Milah

: Tidaklah mahal. Nenek saya yang menganyamnya. Mei Ling,


awak tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu?

Mei Ling

: Saya tidak ke mana-mana kerana emak saya baru bersalin?

Milah

: Wah, seronoknya ! Nanti saya ingin menziarahi ibu dan adik baru
awak.

Mei Ling

: Baiklah. Kita jumpa selepas waktu sekolah nanti.

Ke manakah Milah pergi semasa cuti sekolah?


A Rumah Milah
B Rumah datuk
C Rumah tumpangan
D Rumah peranginan

Apakah kemahiran nenek Milah?


A Menangkap ikan
B Menganyam beg
C Melukis gambar
D Memasak

Mengapakah Mei Ling tidak ke mana-mana pada cuti sekolah yang lalu?
A Ibunya baru melahirkan adiknya
B Bapa tidak mahu bercuti
C Mei Ling terpaksa menjaga adik

10

Semua pernyataan di bawah adalah benar tentang petikan, kecuali


A Milah dan Mei Ling bersahabat baik
B Nenek Milah mahir menganyam beg
C Mei Ling mendapat adik baru
D Ibu Mei Ling pandai memasak

Maksud perkataan menziarahi dalam petikan ialah


A mempersilakan
B melihat
C melawat
D mengintai
--------------------------------------------------------------------------------------------------------5

Soalan 1 hingga soalan 5


Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan soalan berikutnya.
Kisah yang menakjubkan ini berlaku pada tahun 1861. Seorang penggemar ramarama berbangsa Perancis, iaitu Henri Monhot sering menangkap rama-rama di
dalam hutan di Kemboja. Semasa menangkap rama-rama, dia terjumpa sebuah
bandar di dalam hutan itu.
Kawasan yang ditemukan olehnya itu menjadi tumpuan para pengkaji dan
pengembara. Akhirnya barulah diketahui seluruh dunia, bahawa bandar hutan itu
ialah Angkor Wat.
Angkor Wat merupakan ibu negara bagi orang-orang Khmer pada abad ke
9. Bagaimanapun, empayar tersebut hanya dapat bertahan sehingga abad ke -14
sahaja.
Angkor Wat merupakan binaan candi yang terbesar di dunia. Binaan ini
mempunyai lima menara. Menara yang tertinggi lebih kurang sepuluh meter
ketinggiannya. Yang lainnya berupa seperti rumah yang mempunyai tangga yang
cantik, gelanggang, patung-patung berhala dan dewan.
Keluasan binaan ini adalah lebih kurang empat puluh batu persegi dan
terletak di tengah-tengah hutan. Di dalam candi yang terbesar terdapat dewa, dewi,
raja, ular senduk dan penari-penari yang diukir dalam pelbagai bentuk dan aksi.
Berhampiran candi itu terdapat banyak perpustakaan, tempat mandian dan
pintu-pintu gerbang. Selain itu, terdapat lantai-lantai marmaryang cantik. Berhalaberhalanya pula diperbuat daripada tembaga dan di sekeliling Angkor Wat itu
terdapat banyak candi yang kecil.
Bagaimanapun suatu persoalan yang timbul di kawasan Raja Khemer ini
memerintah pada masa dahulu ialah bagaimana rakyatnya membina candi yang
besar dan indah ini sedangkan peralatan-peralatan moden dan mesin tiada pada
masa itu.

11

1.
Mengapakah Henri Monhot menangkap rama-rama di dalam hutan di
Kemboja?
A
Kerana dia mencari rama-rama yang lain daripada yang lain.
B
Kerana dia ingin mencari sebuah bandar di dalam hutan itu.
C
Kerana sebagai alasan untuk menemukan Angkor Wat.
D
Kerana mencari rama-rama adalah kegemarannya.
2
Apakah yang menjadi tanda tanya kepada para pengkaji tentang
Angkor Wat itu?
A
Mengapakah Angkor Wat itu dibina?
B
Bagaimana Angkor Wat itu dibina?
C
Bila Angkor Wat itu dibina?
D
Siapakah yang membina Angkor Wat itu?
3

Semua kenyataan yang berikut adalah benar tentang Angkor Wat kecuali
A
seluruh kawasan empat puluh batu itu diliputi oleh batu marmar yang

cantik.
B
kebanyakan kawasan Angkor Wat terdapat perpustakaan.
C
Angkor Wat dibina semasa pemerintahan Raja Khmer antara abad
ke-9 hingga ke-14.
D
patung-patung berhala itu terdiri daripada pelbagai bentuk dan aksi.
4.

Apakah keistimewaan Angkor Wat?


A
Angkor Wat merupakan bangunan yang paling lama dibina di dunia.
B
Angkor Wat merupakan binaan candi yang terbesar di dunia.
C
Angkor Wat merupakan binaan candi yang dibina di tengah-tengah

hutan.
D
5.

Angkor Wat merupakan binaan yang tercantik di dunia.

Candi membawa maksud


A
muzium tempat menyimpan barang-barang lama.
B
istana lama tempat raja-raja tinggal
C
bangunan purba yang dibuat daripada batu
D
makam raja-raja pada masa dahulu.

12

Anda mungkin juga menyukai