Anda di halaman 1dari 2

1.

Isu / Masalah
Minggu ini merupakan minggu terakhir saya menjalani praktikal. Saya agak tidak
berpuas hati dengan pengurusan masa. Kebanyakan aktiviti yang dirancang tidak
dapat dijalankan dengan lancar akibat kekangan masa.

2. Analisis
Saya dapati perkara ini berlaku mungkin disebabkan pengalaman mengajar yang
masih lagi kurang. Saya tidak dapat menganggar peruntukan masa dengan baik
untuk mengajar sesuatu konsep matematik yang baru kepada murid. Masa banyak
dihabiskan untuk menerangkan konsep kepada murid.

3. Cadangan untuk Memperbaiki


a) Saya

perlu

mengadakan

perbincangan

dengan

guru

yang

lebih

berpengalaman untuk mengajar sesuatu konsep matematik kepada murid


supaya mereka mudah faham dan masa tidak banyak dibazirkan begitu
sahaja.
b) Saya juga boleh berbincang dengan rakan yang pernah berpengalaman
mengajar topik yang sama untuk menganggar peruntukan masa dengan lebih
baik.
c) Pembacaan yang berterusan boleh membuka minda saya untuk mencari
penyelesaian

yang

terbaik

dalam

memperkenalkan

sesuatu

konsep

matematik kepada murid dengan mudah.


d) Saya perlu menyediakan aktiviti berbentuk pemulihan dan pengayaan bagi
menyeimbangkan

pencapaian

murid

agar

semaksimum yang boleh tanpa pembaziran.

4. Tempoh Masa

masa

dapat

digunakan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Sekiranya hal ini tidak
diatasi dengan segera, saya akan menghadapi masalah pada masa yang akan
datang. Mungkin pengajaran saya menjadi kurang efektif dan tidak berkualiti.

5. Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama rakan untuk memberikan penilaian mereka terhadap
pengajaran saya dan peruntukan masa. Setiap kelemahan yang dilakukan
hendaklah diberi teguran untuk diperbaiki. Saya juga mengharapkan guru
pembimbing untuk turut sama membantu saya memberikan panduan pengurusan
masa yang sistematik dan efektif.

6. Tindakan Susulan
Saya perlu menilai kembali pengalaman mengajar yang telah ditempuh sebelum ini.
Segala kelemahan hendaklah diatasi dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai