Anda di halaman 1dari 7

Soalan Sampingan 1

Apakah maksud salasilah keluarga? Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua,


salasilah bermaksud daftar keturunan keluarga. Menurut kamus sastera Melayu,
salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal keturunan. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa salasilah adalah bermaksud susur galur sesebuah keluarga
atau asal usul keturunan seseuah keluarga.
Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga kulawarga yang
bererti anggota, kelompok kerabat. Keluarga adalah lingkungan di mana
beberapa orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga juga
bermaksud satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah,
perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
Menurut Depker RI (1998), keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat
yang terdiri daripada ketua keluarga dan beberapa ahli keluarga yang lain serta
tinggal di dalam satu bumbung dan saling bergantungan antara satu dengan yang
lain. Helvie (1981) pula mengatakan, keluarga merupakan sekolompok manusia yag
tinggal dalam satu rumah tangga serta mempunyai hubungan yang konsisten dan
erat. Keluarga juga didefinisikan sebagai anggota rumah tangga yang saling
berhubungan melalui adaptasi pertalian darah atau perkahwinan (Who, 1969).
Dari sudut pandangan islam pula, definisi keluarga adalah terlalu luas dan
bersifat majmuk. Ini bermaksud sesebuah keluarga bukan sahaja terdiri daripada
ayah ibu dan anak-anak tetapi juga merangkumi datuk, nenek, adik beradik dan
saudara mara yang lain. Bahkan, keluarga juga bersifat majmuk kerana bukan
sahaja terdiri dari satu bumbung tetapi mungkin lebih kerana islam membenarkan
poligami sekiranya mampu. Selain itu, dari semasa ke semasa, sesebuah keluarga
mungkin akan tinggal berasingan atau terpisah akibat membina satu keluarga kecil
yang baru. Dalam banyak hal, ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai
hala ( Mahmood, 1997).
Melalui dua pandangan ini iaitu pandangan barat dan islam, dapat
disimpulkan bahawa keluarga ini terlahir daripada sebuah perkahwinan. Ikatan
perkahwinan ini lah yang mencipta sebuah perasaan kasih sayang dan saling
memerlukan antara satu dengan yang lain.

Salasilah keluarga merupakan carta yang mewakili hubungan kekeluargaan


dalam bentuk pepohon. Salasilah keluarga lanjutan yang digunakan dalam
bidang perubatan, genealogi, dan kerja sosial dikenali sebagai genogram.
Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat
manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi
manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan
hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.
Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta
dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum
kerabat." (Surah An-Nisaa: 1)
Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman: "Barang siapa yang
memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan
barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan mengukuhkan tali
kekeluargaannya nanti."
Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan
silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para
pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan
segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala.
Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak
lagi menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan
dan pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan
penduduk bandar.
Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut
mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam
kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja
maupun bangsawan sahaja. Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana
melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri.

Contoh Salasilah Keluarga

Nasab ke bawah

Soalan Sampingan 2
Gelaran ialah sejenis bentuk panggilan. Menurut Senarau Gelaran Melayu
(1980: V), gelaran didefinisikan sebagai tambahan kepada nama yang menunjukkan
tanda penghargaan atau penghormatan yang dianugerahkan kepada seseorang atas
jasa baktinya, kedudukan jawatan atau keturunan bangsawan. Gelaran boleh
dipegang turun temurun atau sebagai khas untuk penyandangnya.
Setiap masyarakat pasti mempunyai cara memanggil dan menyapa untuk
berinteraksi dengan individu lain. Cara tersebut dapat diklasifikasikan sebagai
sistem panggilan yang merujuk kepada penggunaan kata ganti nama seseorang.
Sistem panggilan tersebut memiliki pola dan tatacara tersendiri. Collins (1996)
menyatakan bahawa fenomena yang berkaitan dengan kata panggilan dan
kepentingan berbahasa bukan sahaja wujud dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam
kalangan semua bahasa di dunia. Pola ataupun tatacara panggilan tersebut boleh
didapati dalam bentuk kompleks ataupun mudah dengan amalan dan tatacara yang
tersendiri. Dalam konteks keluarga pula, bagi masyarakat Malaysia, khususnya
Melayu, panggilan dalam keluarga telah wujud sekian lama. Panggilan tersebut
dicipta oleh nenek moyang mereka dan diperturunkan generasi demi generasi.
Walau bagaimanapun, perbezaan susun lapis sistem sosial masyarakat dan
kepelbagaian negeri yang ada telah menyebabkan variasi dalam penggunaan kata
panggilan.
Walaupun demikian, pemilihan sistem panggilan yang akan digunakan dalam
sesebuah keluarga tidaklah tegar dan mesti. Biasanya sistem panggilan dalam
sesebuah keluarga akan ditentukan dan dimulakan oleh ibu bapa. Sistem yang
diamalkan dalam sesebuah keluarga bertujuan untuk membezakan setiap individu,
urutan anak, iaitu yang tua, yang tengah atau yang paling kecil. Selain itu, sistem
panggilan yang diamalkan dalam sesebuah keluarga secara tidak langsung
memupuk perasaan hormat yang lebih muda kepada yang lebih tua. Sebaliknya,
anggota keluarga yang lebih tua akan berasa lebih bertanggungjawab kepada yang
muda dan secara langsung hal ini menyisihkan perasaan kurang ajar dan tidak
hormat dalam kalangan yang lebih muda kepada yang lebih tua daripada mereka.
Ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat mempunyai hubungan yang erat antara
satu sama lain. Hubungan ini terjelma dalam berbagai-bagai bentuk. Salah satu
aspek penjelmaan hubungan antara ahli-ahli dalam masyarakat adalah melalui

bahasa. Cara mereka menggunakan bahasa, terutama dalam soal pemilihan


perkataan-perkataan tertentu, dengan jelas menggambarkan bukan sahaja
hubungan yang erat dan mesra, tetapi juga kedudukan masing-masing dalam
masyarakat tersebut, jarak umur, status dan sebagainya. Pilihan perkataan akan
mencerminkan struktur perhubungan antara individu-individu dalam sesebuah
masyarakat; sekurang-kurangnya antara dua orang yang statusnya sama atau
sebaliknya, orang yang berstatus tinggi akan lebih tinggi pangkatnya daripada orang
lain, dan sentiasa dalam kedudukan berkuasa. Umumnya, orang yang berstatus
tinggi mempunyai lebih banyak pilihan bahasa daripada orang yang berstatus rendah
dan pilihan-pilihan ini ditentukan dari segi sosial dan individu oleh orang yang
berstatus tinggi (Grayshon, 1977: 61)
Menurut Burling (1970:6), peraturan rujukan dan definisi bentuk-bentuk
rujukan benar-benar mengurangkan pilihan-pilihan yang diberikan oleh peraturan
tatabahasa; namun begitu peraturan rujukan masih meninggalkan beberapa pilihan.
Dalam bahasa, terdapat sinonim dan separa sinonim. Mengikut beliau, peraturan
tentang bentuk-bentuk rujukan boleh dikatakan memberi pilihan dalam kalangan
sinonim-sinonim. Misalnya bapa, ayah, pak dan ayahanda ialah sinonim. Pilihan
antara perkataan-perkataan itu ialah pilihan dari segi bentuk-bentuk rujukan, tetapi
yang penting ialah bahawa faktor-faktor seperti keperibadian orang yang bercakap,
hadir atau tidak bapanya sewaktu percakapan itu berlaku, sikap penutur terhadap
bapanya, atau keadaan latar pada masa itu menentukan pemilihan perkataanperkataan yang tertentu.
Oleh itu, boleh dikatakan bentuk-bentuk panggilan mencerminkan struktur
status sesebuah masyarakat (Wittermans, 1967:48). Kalau sesuatu masyarakat itu
telah atau sedang mengalami perubahan yang pesat, maka akan wujud juga
perubahan linguistik dalam beberapa situasi, terutama dalam bidang perhubungan
sosial. Yang penting ialah mengetahui bentuk-bentuk yang betul untuk digunakan
kepada seseorang yang setaraf, yang berstatus tinggi dan yang berstatus rendah
dengan kita (Wittermans, 1967:48)
Menyapa atau memanggil seseorang dengan nama asal khususnya dalam
sesebuah institusi keluarga dianggap perbuatan yang biadab. Berikutan itu, amalan
memanggil dengan panggilan khususnya mampu memelihara keharmonian dalam
sesebuah keluarga.

Nor Hasimah Jalaludin