Anda di halaman 1dari 1

NUR IZZATIE NADIA BINTI SUBRI

SK SG BAKAS,
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MIRI,
98000 MIRI SARAWAK
NO TELEFON: 011-19186089
Pegawai Pendidikan Daerah Miri,
Pejabat Pendidikan Daerah Miri
(U/P: Unit Peperiksaan Dan Penilaian)

28 September 2015

SURAT TUNJUK SEBAB KELEWATAN MENGHANTAR BORANG TUNTUTAN BAYARAN


PENOLONG KETUA PENGAWAS UPSR
Sehubungan dengan itu, perkara di atas dirujuk.
2.
Saya Nur Izzatie Nadia Binti Subri (8908140125476) dari SK Sungai Bakas telah dilantik
untuk menjadi Penolong Ketua Pengawas di SK Sungai Liam. No Rujukan Pelantikan adalah
JPS(W)/SPP/153/06/04/16/01/02/04/Jld6(529).
3.
Saya memohon maaf diatas kelewatan untuk menghantar tuntutan perbelanjaan di atas
perkara yang tidak dapat dielakkan seperti berikut:
i.
ii.

Kad perakuan pendaftaraan kenderaan berada di Tawau, Sabah di rumah saya dan
perlu menunggu cuti sekolah untuk mendapatkannya semula dan membuat salinan
fotokopi sebagai lampiran tuntutan ini
Sepanjang cuti persekolahan pula, saya tidak dapat menghubungi guru besar
kerana beliau sedang bercuti di hulu baram untuk membuat pengesahan.

4.
Saya berjanji bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi dan semua kesalahan yang
saya lakukan adalah kerana kesilapan dan kecuaian saya dalam menjalankan tugas.
5.
Keprihatinan dari pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

(NUR IZZATIE NADIA BINTI SUBRI)